SASTERA DAN BUDAYA

DISTRIBUSI FONEM BAHASA LUN BAWANG : SATU KAJIAN PRELIMINARI

SAMBUNGAN MINGGU LEPAS

5. Kawasan Kajian

Kawasan kajian yang dipilih ialah di Kampong Senukoh dan Kampong Parit. Kedua-dua kampung diketahui ramai etnik Lun Bawang selain dari Kampong Negalang. Di samping itu, penulis juga menjejaki penutur Lun Bawang yang tinggal di Kampong Selangan (lokasi tidak jauh dari Kampong Parit) untuk melihat variasi BLB akibat daripada proses asimilasi antara etnik Lun Bawang dengan masyarakat di luar lingkungannya seperti Melayu dan Iban. Di Kampong Parit, terdapat perbezaan leksikal bahasa Lun Bawang kerana sebahagian mereka melalui perkahwinan melewati perbatasan sempadan iaitu antara etnik Lun Bawang Temburong dan etnik Lun Bawang yang tinggal di Trusan, Lawas. Maka data yang dipilih untuk dianalisis dalam kajian preliminari ini disenaraipendekkan daripada informan yang tinggal di Kampong Senukoh dan Kampong Selangan7 kerana terdapat persamaan bentuk dan ciri fonetik yang sangat jelas antara satu sama lain. Pemungutan data di kampung dan pekan kecil diharap dapat menjawab pertanyaan dan mengisi kelompongan kajian ilmiah BLB.

6. Tinjauan Kajian Lampau

Menelusuri kajian lampau merupakan satu kaedah pengamatan kepustakaan untuk mengamati kajian varian Murutik yang telah dijalankan sebelum ini diperhatikan dan difahami secara saksama. Dalam konteks Borneo sebagai hab bahasa-bahasa Austronesia, tinjauan kajian lampau berkaitan dengan kajian linguistik dan kebahasaan tidak seharusnya dibatasi garis geopolitik apatah lagi terdapat persamaan sejarah, etnik dan bahasa yang dituturkan oleh sesuatu kelompok. Dalam hubungan ini, James P. Ongkili (1972:1) berpendapat,

"No historical study of Sarawak and Sabah can begin without that Brunei for Sarawak was a part of Brunei Sultanate until the adventurous James Brooke succeeded in implanting himself as the Rajah of Sarawak in 1841, while Sabah was similarly so until Baron de Overbeck, Alfred Dent and a group of enterprising London businessmen the area, formed the North Borneo Chartered Company in 1881 and husbanded the territory until the Japanese occupation in 1941."

Meskipun disedari bahawa Brunei Darussalam mempunyai sejarah kegemilangan lampau, namun umum perlu mengetahui bahawa persamaan bahasa tidak berlaku secara kebetulan. Persamaan bahasa juga tidak berlaku secara empayarisme. Empayarisme hanya menyebabkan pinjaman kosa kata. Sebaliknya persamaan bahasa berlaku kerana adanya hubungan genetik sesuatu bahasa iaitu melalui induk bahasa yang sudah hilang dan diganti dengan pelbagai bahasa. Hakikatnya, persamaan bahasa bermula dari satu titik asal dan berpindah ke satu baru melalui proses migrasi bangsa dan bahasa. Fenomena ini sebenarnya telah ditelusuri secara mendalam oleh sarjana seperti Blust R.A (1992), Adelaar (1994), Collins (1995) dan Nothofer (1996). Sebagai salah satu cabang bahasa Austronesia, BLB bukan saja dituturkan oleh etnik Lun Bawang di Brunei Darussalam, malah bahasa berkenaan turut dituturkan di Sarawak, Sabah dan sebahagian Kalimantan. Bahasa-bahasa etnik ini telah menarik minat kalangan sarjana dan gerakan misionari Kristian membuat kajian merentasi sempadan geografi.

Menurut Clifford A. S (1975:307) penyelidikan bahasa-bahasa etnik seperti Dusun dan Murut di Sabah oleh para mubaligh Kristian telah bermula awal 60-an. Pada dasarnya, kajian bahasa Murut telah menarik perhatian beberapa orang sarjana seperti Douglas R.S. (1911 & 1912), Pollard F.H. (1933 & 1935), Southwell dan Hudson (1949), Bolang, Alexander dan Tom Harrison (1949), Garman M.A. dan rakan-rakan (1970), Prentice D.J. (1971), Clayre B.M. (1972), Blust R.A. (1974), Bilcher Bala (1993) dan kalangan sarjana lain8. Kajian bahasa Murut di Sabah oleh Prentice D. J (1971) telah disorot sepintas lalu oleh Cliford A.S. (1975). Prentice D.J. (1971) menghabiskan masa selama 18 bulan di Tenom, Sabah untuk mendekati aspek fonologi, struktur klausa dasar dan bukan dasar dan binaan frasa dialek Poros salah satu cabang bahasa Murut dataran (Clifford A.S. 1975:307). Clayre B.M. (1972) telah membuat kajian perbandingan antara bahasa Lun Bawang dan bahasa Sa'ban di Sarawak. Hasil perolehan data bertitik tolak dari pengabdian lapangan Clayre I. (suami Clayre B.M.) selama 20 tahun di Long Banga, Clayre B.M. mendapati bahasa Lun Bawang dan bahasa-bahasa Sa'ban mempunyai hubungan kekerabatan yang sangat dekat dengan taraf kognat kedua-dua bahasa ini sebanyak 75%.

Seterusnya Clayre B.M. (1972:148) mendapati sistem vokal bahasa Lun Bawang mempunyai ciri-ciri kontras vokal pada tahap primer namun kontras vokal tersebut mudah lentur pada vokal depan, tengah dan belakang apabila bertemu dengan vokal tinggi dan rendah. Kajian sarjana seperti Prentice D.J. (1971) dan lain-lain mengesani bahawa bahasa Lun Bawang mempunyai persamaan dengan bahasa Kayan, Kenyah, Kelabit, Tagel dan Tabun sebelum bahasa-bahasa tersebut membentuk ciri-ciri tersendiri. Meskipun wujud beberapa perbezaan dari segi perbendaharaan kata, tetapi kebanyakan merupakan variasi sahaja. Manakala kajian Blust R.A. (1974) merangkumi struktur fonologi dan morfologi Murik di Sarawak iaitu di rumah panjang Long Banyuq yang terletak di alur Sungai Baram sekitar 20 km dari Tutoh dan Long Semiang. Dasar kajian Blust R.A. (1974:153) ialah mengamati fonem segmental Murik, mengimbangi kajian lepas fonemisasi Murik dan merumuskan pengelompokan bahasa Murik dengan bahasa-bahasa Austronesia lain secara saksama berdasarkan ciri-ciri kesepadanan bunyi. S. Nathesan (1994) telah membuat satu catatan fonologi bahasa Murut Timogun (BMT) salah satu daripada beberapa rumpun Murut di Sabah.

Menurut S. Nathesan (1994:595) dalam BMT terdapat 4 vokal iaitu /a/, /i/, /o/, /u/, separa vokal /y/ dan /w/ dan 14 konsonan iaitu /p/, /t/, /k/, /’/, /b/, /d/, /g/, /m/, /n/, , /s/, /j/, /l/ dan /r/. Beberapa konsonan yang wujud dalam bahasa-bahasa lain seperti /c/, /f/, /h/, /q/, /v/ dan /z/ tidak wujud dalam BMT demikian juga vokal /e/ dan . Dalam konteks Brunei Darussalam sendiri, sejauh yang diketahui terdapat satu kajian bahasa Murut berbentuk latihan ilmiah yang dilaksanakan pada tahun 1996 yang mempunyai signifikan dengan kajian preliminari penulis. Kajian tersebut berkisar tentang aspek fonologi BLB. Norsharita Abdullah (1996) telah mendapati BLB mempunyai dua jenis bunyi iaitu bunyi segmental dan suprasegmental. Menurut Norsharita Abdullah (1996:111) bunyi segmental BLB terdiri dari enam bunyi vokal iaitu /i/, /e/, /a/, /u/, /o/ dan , 16 bunyi konsonan /p/, /b/, /t/, /g/, , /c/, /s/, /h/, /r/, /l/, /m/, /n/, dan , separuh vokal /w/, /y/ dan tiga bunyi diftong /ay/, /uy/, /aw/. Beliau selanjutnya menambah bahawa BLB mempunyai lapan jenis rentetan vokal iaitu /ai/, /ia/, /ua/, /au/, , /iu/, /ui/ dan /uo/. Kesemuanya mempunyai distribusi yang tidak lengkap kecuali rentetan vokal /ua/ yang boleh hadir di semua posisi.

7. Tujuan Kajian

7.1 Kajian preliminari melihat dampak perubahan distribusi fonem segmental dalam tempoh 10 tahun selepas kajian Norsharita Abdullah (1996). Kajian ini cuba melihat apakah terdapat peningkatan atau penurunan inventori fonem vokal, konsonan dan diftong BLB.

7.2 Kajian preliminari ini akan mengesani kewujudan ciri diftongisasi BLB. Collins berpendapat diftongisasi adalah proses mewujudkan diftong daripada monoftong asal (dlm Rahim Aman 2006:27). Diftongisasi hanya wujud pada suku kata terbuka sahaja.

7.3 Kajian preliminari ini juga mengesani apakah wujud ciri geseran velar bersuara dalam BLB berakibat daripada asimilasi penutur BLB dengan masyarakat setempat. Menurut kalangan sarjana, geseran velar bersuara adalah salah satu ciri fonem bahasa Melayu.

8. Penganalisisan Data

Kajian preliminari ini akan memperincikan distribusi fonem vokal dan konsonan BLB. Di samping itu, dapatan kajian penulis akan dibandingkan dengan kajian Norsharita Abdullah (1996) dan analisis fonologi bahasa Murut Timogun oleh S.Nathesan (1994). Hasil perbandingan tersebut akan dibincangkan di bawah tajuk penemuan dan kesimpulan. Sebahagian dapatan perbandingan tersebut akan terus digarap dalam pembicaraan distribusi fonem tertentu untuk memudahkan pemahaman pembaca. Oleh kerana ruang yang terhad dan sesuai dengan status penulisan sebagai satu kajian preliminari, maka tidak semua analisis tersebut dituntasi dalam perbincangan ini.

9. Distribusi Fonem Bahasa Lun Bawang

Distribusi fonem berkaitan dengan kajian fonologi salah satu cabang disiplin linguistik. Mengikut Katamba (1996:60) fonologi adalah cabang linguistik yang mengkaji bagaimana bunyi-bunyi pertuturan digunakan secara sistematis untuk membentuk kata-kata dan ujaran. Secara umumnya, kita boleh katakan bahawa fonologi adalah satu cabang dalam linguistik yang mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa yang bererti itu digunakan secara sistematis untuk membentuk kata-kata dan ujaran (dlm Rahim Aman 2006:15). Fokus perbincangan fonologi BLB hanya tertumpu pada ciri segmental sahaja.

9.1 Vokal Depan

Dalam BLB, terdapat dua fonem vokal depan iaitu vokal depan tinggi /i/ dan vokal depan separuh sempit /e/. Fonem /e/ dalam bahasa Melayu muncul sebagai dalam BLB. Fonem /e/ dalam BLB kurang produktif malah 164 daftar kata yang diperbandingkan hanya satu kosa kata memperlihatkan fonem /e/. Norsharita Abdullah (1996:28) mengemukakan /a/ sebagai vokal depan luas. Hal ini agak mengelirukan kerana dalam bahagian diagram vokal, vokal ini terletak pada posisi tengah.

9.1.1 Vokal depan /i/

Vokal depan tinggi ini menduduki semua distribusi suku kata. Distribusi vokal ini pada setiap suku kata (silabik) seperti berikut:

9.1.2 Vokal Depan Separuh Sempit /e/

Fonem /e/ didapati hadir pada posisi akhir kata dalam contoh suku kata berikut:

/e/ /ide/ abang/kakak

10. Vokal Belakang

BLB memiliki dua vokal belakang iaitu vokal belakang tinggi /u/ dan vokal belakang separuh luas /o/.

10.1 Vokal Belakang Tinggi /u/

Vokal belakang tinggi /u/ berdistribusi dalam semua posisi seperti contoh dalam suku kata berikut:

10.2 Vokal Belakang Separuh Luas /o/

Distribusi vokal belakang /o/ dapat ditelusuri pada posisi tengah dan akhir dalam suku kata berikut:

11. Vokal Tengah

BLB mempunyai dua vokal tengah, iaitu dan /a/. Distribusi vokal tengah dapat dilihat seperti berikut:

11.1 Vokal Tengah

Distribusi vokal tengah wujud pada posisi awal dan tengah suku kata. Pada posisi akhir tidak ditemui vokal tengah .

11.2 Vokal Tengah /a/

Vokal tengah /a/ boleh menduduki semua posisi suku kata. Contohnya:

12. Vokal Rangkap

Dalam BLB, vokal rangkap terdiri atas dua deretan vokal. Terdapat tiga jenis utama vokal rangkap iaitu (a) vokal rangkap depan, (b) vokal rangkap tengah dan (c) vokal rangkap tengah.

12.1 Vokal Rangkap Depan

Vokal rangkap depan dalam BLB, yang ditemui hanyalah berstruktur /a/ + /i/, dalam contoh kosa kata berikut:

/a/ + /i/ [mait] sakit

[m pait] pahit

12.2 Vokal Rangkap Belakang

Dalam BLB, terdapat dua vokal rangkap belakang, contohnya:

12.3 Vokal Rangkap Tengah

Vokal rangkap tengah dalam BLB, yang ditemui hanyalah berstruktur /i/ + /a/ dan /u/ + /a/, dalam contoh kosa kata berikut :

13. Diftong dan Diftongisasi Vokal

Collins (1996:30-31) berpendapat definisi diftong yang ditakrifkan oleh Bohumid Trnka salah seorang tokoh aliran Praha lebih jelas dan tepat. Mengikut takrif Bohumid Trnka, diftong sebagai perubahan nilai bunyi daripada permulaan hingga akhir yang secara umumnya wujud dalam setiap bahasa. Selain itu, menurut Abercrombie atau Van Riper dan Smith, suatu diftong itu dapat dianggap sebagai deretan dua vokal, asalkan dua bunyi itu hanya menduduki satu suku kata. Berdasarkan data kajian, terdapat lima ciri diftong dalam beberapa perkataan BLB. Semua diftong dalam BLB merupakan peninggian unsur kedua dalam deret vokal, lebih tinggi daripada unsur pertama [(- tinggi) (+ tinggi)]. Ciri diftong tersebut dilambangkan dalam kosa kata:

i. /aw/ - [k rubaw] (kerbau)
ii. /ia/ - [mesia] (merah)
iii. /ow/ - [madow] (jauh)
[pinow] (jarum)
[labow] (tikus)
iv. /oi/ - [lama oi] (berenang)
v /ay/ - [ raway]

Berdasarkan data yang dipaparkan, gejala diftong dalam BLB wujud pada posisi akhir suku kata terbuka. Sementara itu, ciri diftongisasi wujud dalam BLB. Collins berpendapat diftongisasi adalah proses mewujudkan diftong daripada monoftong asal (dlm Rahim Aman 2006:27). Diftongisasi hanya wujud pada suku kata terbuka sahaja, dalam contoh suku kata berikut:

i. /iy/ - [matiy] (mati)
[atiy] (hati)

14. Deskripsi Konsonan

Bahasa Lun Bawang

BLB memiliki 18 konsonan, iaitu /b/, /p/, /d/, /t/, /g/, /k/, , /m/, /n/, , /c/, /s/, /h/, /l/, /r/, , /w/ dan /y/. Berdasarkan inventori konsonan BLB hasil pengamatan Norsharita Abdullah (1996:44), jumlah fonem konsonan yang dicatatkan ialah 16. Fonem konsonan yang tidak tersenarai ialah letusan gusi palatal tidak bersuara /c/ dan geseran velar bersuara . . Beliau juga memisahkan bunyi nasal gusi /n/ dan nasal lelangit keras sebagai bunyi yang berasingan dan berstatus fonem berdasarkan perbandingan pasangan minimal.

14.1 Konsonan Letupan Bibir Bersuara /b/

Konsonan letupan bibir bersuara /b/ wujud pada posisi awal dan tengah suku kata. Contohnya:

14.2 Konsonan Letupan Bibir Tidak Bersuara /p/

Distribusi konsonan /p/ wujud dalam semua posisi secara sempurna iaitu awal, tengah dan akhir dalam contoh suku kata berikut:

14.3 Konsonan Letupan Gusi Bersuara /d/

Distribusi konsonan /d/ wujud dalam semua posisi secara sempurna iaitu awal, tengah dan akhir dalam contoh suku kata berikut:

14.4 Konsonan Letupan Gusi Tidak Bersuara [t]

Distribusi konsonan /t/ wujud dalam semua posisi secara sempurna iaitu awal, tengah dan akhir dalam contoh suku kata berikut:

14.5 Konsonan Letupan Lelangit Lembut Bersuara /g/

Distribusi konsonan /g/ dalam BLB terbatas pada posisi awal dan tengah dalam contoh kata berikut:

14.6 Konsonan Letupan

Lelangit Lembut Tidak Bersuara /k/

Konsonan ini menduduki semua posisi dalam BLB. Konsonan ini memiliki alofon pada akhir kata, iaitu [ ] . Menurut Asmah Omar, [k] bervariasi bebas dengan pada akhir kata (dlm Rahim Aman 2006:31). Contohnya:

14.7 Konsonan Letupan Glotis Tidak Bersuara

Dalam BLB, konsonan ini wujud pada posisi tengah dan akhir kata. Pada posisi tengah, konsonan ini disisipkan pada kata dasar yang diawali oleh vokal /a/ dan /i/. Mengikut Asmah Omar, meskipun alofon [ ], harus diakui sebagai fonem sendiri kerana terda-

pat banyak pasangan minimum yang menunjukkan kontras antara /k/ dan (Rahim Aman 2006:32). Contoh suku kata BLB yang berkonsonan seperti berikut:

14.8 Konsonan Nasal /m/, /n/ dan

Ketiga-tiga fonem nasalisasi tersebut wujud dalam semua posisi iaitu di awal, tengah dan akhir, seperti contoh dalam kosa kata berikut:

Dalam beberapa kosa kata BLB, berlaku proses penyengauan pada posisi awal kata. Proses penyengauan melibatkan konsonan tak bersuara /p/, /t/ dan /k/ dan konsonan bilabial /b/. Fonem nasal /m/ dan

disisipkan pada posisi awal kata dalam beberapa

contoh kosa kata seperti jadual berikut:

Walau bagaimanapun penyisipan memerlukan kajian lanjut untuk menuntasi sama ada status sebagai fonem atau satu bentuk morfem terikat yang mewakili bentuk /me/ dalam bahasa Melayu kerana semua daftar kata yang mengalami penyengauan

tergolong dalam kata kerja dan kata adjektif. Dari satu aspek lain, penyisipan merupakan proses pendwisukuan kata dasar. Dalam dialek melayu Brunei (dmb), proses pendwisukuan dan trisuku kata dasar dapat dilihat melalui perkataan /karamunti - kemunting, /kulilawar/ - kelawar, /kulira ga/ - kerengga. Seperti juga dalam dmb, proses penyisipan dalam blb ialah kerana untuk mengekalkan dan mempertahankan ciri dwisuku.

14.9 Konsonan Letusan

Gusi Palatal Tidak Bersuara /c/

Dalam BLB, konsonan letusan (afrikat) sejauh yang ditemui ialah konsonan gusi palatal tidak bersuara /c/. Manakala konsonan letusan gusi bersuara /j/ muncul sebagai /b/, /p/, /d/, /m/, dan dalam BLB. Distribusi konsonan /c/ wujud pada posisi awal dan tengah dalam beberapa suku kata berikut:

Bagi posisi awal dalam contoh di atas, BLB tidak membenarkan kewujudan gugus konsonan bagi kata cermin. Dalam kes seperti ini, vokal /a/ disisipkan untuk memisahkan rangkap tersebut.

15. Konsonan Geseran (Frikatif)

BLB memiliki tiga bunyi konsonan geseran. Konsonan tersebut ialah /s/, /h/ dan . Distribusi setiap konsonan geseran menurut perincian berikut:

15.1. Konsonan Geseran Gusi Tidak Bersuara /s/

Konsonan ini berdistribusi dalam semua posisi kata dalam suku kata berikut:

15.2. Konsonan Geseran Glotis Bersuara /h/

Distribusi konsonan ini hanya terdapat posisi akhir kata. Situasi /h/ gugur dalam BLB sama seperti bahasa Melayu Brunei yang pada kebiasaannya mengalami pelesapan fonem pada posisi tengah kata. Data yang diberikan dapat menyokong kenyataan ini.

15.3. Konsonan Geseran Velar Bersuara

Kajian S. Nathesan (1994) ke atas bahasa Murut Timogun salah satu daripada 14 bahasa yang dituturkan oleh rumpun Murut di Sabah; alofon tidak wujud dalam bahasa Murut Timogun. Kajian yang dilaksanakan oleh Norsharita Abdullah (1995) di beberapa buah kampung yang dihuni oleh penutur Murut iaitu di Kampong Batu Apoi, Kampong Parit dan Kampong Senukoh juga tidak menjumpai bentuk . Ironinya, satu bentuk wujud pada posisi akhir suku kata di Kampong Selangan yang terletak berhampiran dengan Kampong Parit. Data yang diberikan dapat menyokong kenyataan ini.

15.4. Konsonan Lateral Bersuara /l/

Distribusi fonem /l/ lengkap dalam semua posisi suku kata dalam BLB, seperti contoh suku kata berikut:

15.5. Semivokal Bahasa Lun Bawang

Secara fonetik, semivokal BLB membentuk onset dan koda suku kata, contohnya:

16. Inventori Vokal dan

Konsonan Bahasa Lun Bawang

Berdasarkan analisis distribusi fonologi yang dipaparkan, secara umum dapat digambarkan inventori vokal dan konsonan BLB seperti berikut:

Berdasarkan carta inventori di atas, terdapat enam vokal, 18 konsonan dan lima diftong iaitu /aw/, /ia/, /ow/, /oi/ dan /ay/ dalam BLB. Norsharita Abdullah (1995) menyatakan BLB hanya mempunyai tiga diftong iaitu /ay/, /uy/ dan /aw/. Beliau menyanggah dapatan Mohd Hassan (1990) yang menyatakan BLB mempunyai lima diftong iaitu dengan menambah diftong /oi/ - [apoi] - api dan /ei/ - [atei] - api. Dalam kajian preliminari ini, penulis menemukan lima diftong iaitu tambahan /ow/ dan /ia/. Di samping itu, penulis tidak menjumpai kewujudan gugus konsonan BLB dalam kajian preliminari ini. Situasi ini agak berbeza dengan bahasa Murut Timogun yang ditutur di Sabah. Hasil analisis S. Nathesan (1994:600), terdapat lapan bentuk gugus konsonan bahasa Murut Timogun. Gugus konsonan tersebut ialah:

i. nt - [lontong] sejenis racun
ii. nd - [tindal] padi bukit
iii. mp - [ampus] asma
iv. mb - [lamba] pukul
v. ngk - [ungkuyon] lelaki
vi. ngg - [nggalan] nama
vii. ns - [lonson] lembah
viii. mb - [tumbung] punggungviii. mb - [tumbung] punggung

17. Penemuan dan Kesimpulan

Dalam usaha penyelidikan dialek sesuatu etnik, pada suatu ketika terdapat penemuan yang tidak diduga sebelumnya. Penemuan yang tidak diduga harus dianggap sebagai maklumat yang sangat menghairankan dan bermanfaat sekali untuk merumus teori tentang jaringan sesuatu dialek (Collins 1986, 1996). Dalam kajian preliminari ini, penulis menemukan ciri diftongisasi /iy/, diftong [jumlah diftong yang ditemui penulis setara dengan penemuan Mohd Hassan (1990) berbanding Norsharita Abdullah (1996)] dan geseran velar bersuara . Kedudukan distribusi fonem vokal dan konsonan kekal tetapi mencatat sedikit persilihan. Penulis berpendapat bunyi /n/ dan yang dicatatkan oleh Norsharita Abdullah (1996) memadai diwakili satu bunyi fonem iaitu /n/. Fonem /n/ sememangnya bunyi nasal tanpa perlu dibezakan titik artikulasi sama ada nasal gusi atau nasal lelangit keras. Collins (1984:41) mentakrifkan penyengauan sebagai gerakan alat tutur yang membuka saluran rongga hidung sehingga bunyi yang dilafazkan semasa itu bersifat sengau.

Bunyi dalam BLB ternyata tidak produktif dan tidak konsisten. Berhubung kewujudan geseran velar bersuara , sama ada bentuk merupakan bentuk pinjaman atau dipengaruhi ragam-ragam lain belum dapat dipastikan kerana sejauh ini kajian distribusi fonem belum mencatatkan kewujudan fonem

begitu juga bentuk diftong /ow/ dan /ia/ dalam BLB. Manakala fonem dalam BLB adalah fonem pinjaman daripada bahasa Melayu. Struktur BLB mempunyai pola VKV, VKVK, KVK, KVKV, KVVK dan KVKVK. Pola ini mevisualisasikan bahawa BLB sejauh ini dalam konteks penutur BLB di Brunei Darussalam tidak membenarkan konsonan rangkap. Secara keseluruhannya, terdapat sedikit persilihan dapatan Norsharita Abdullah (1996) dengan dapatan kajian preliminari penulis. Manakala analisis BMT yang dikemukakan oleh S. Nathesan (1994) nyata mempunyai ciri-ciri tersendiri dengan BLB yang dituturkan di Brunei Darussalam.

Berhubung dengan beberapa persilihan BLB, berdasarkan faktor masa, perubahan bunyi bahasa (bervariasi) tidak dapat ditolak berakibat daripada pengaruh dan asimilasi sesuatu dialek dengan dialek lain. Walau bagaimanapun, kewujudan fonem yang beragam dan tidak setara bukan saja ditemui dalam BLB malah dalam beberapa bahasa Austronesia lain oleh para pengkaji yang berbeza. Mungkin variasi fonetik saja yang terlibat tetapi rasanya dalam hal ini pun pengaruh bahasa baku dan ragam-ragam bahasa lain memainkan peranan juga.

Jika diamati kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, perhubungan dan lain-lain, keadaan Temburong sekarang tentulah jauh berbeza dengan Temburong 10 tahun dulu. Sekian banyak sekolah kerajaan didirikan, peranan Pejabat Daerah melalui institusi penghulu mukim dan ketua kampung, khidmat kesihatan daerah, pengaruh televisyen dan radio sudah meluas yang sudah tentu mempengaruhi situasi berbahasa di kalangan etnik Lun Bawang. Faktor bilingual juga mempercepatkan lagi perubahan bahasa.

Dalam tulisan yang sederhana ini, terdapat beberapa andaian bersifat linguistik dan sosiolinguistik. Pertama, sistem ragam vokal BLB tidak jauh berbeza dengan bahasa Melayu. Perbezaan hanya pada leksikal sahaja. Kedua, penelusuran BLB di daerah Temburong menyokong andaian bahawa kajian dialek harus peka terhadap geografi, sejarah dan perbatasan wilayah sesuatu masyarakat. Ternyata, meskipun kedudukan geografi yang hampir dan berada dalam peta yang sama, namun perbatasan wilayah dan asimilasi antara komuniti, setengah komuniti Lun Bawang sendiri yang tinggal di perdesaan dan pedalaman mengakibat munculnya ragam berbeza untuk memperkatakan perkara yang sama.

Namun begitu, situasi ini merupakan fenomena biasa dalam sejarah bahasa mana-mana pun. Disebabkan fenomena sosiolinguistik, beberapa ciri pertuturan mereka yang membezakan dengan ragam bahasa lain hilang atau dikawal melalui sebutan baku atau sebutan lazim yang wujud di sekeliling mereka. Penulis mengakhiri tulisan yang sederhana dengan cadangan agar kajian linguistik khusus aspek distribusi fonem BLB perlu diuji, diperhalusi, diperbandingkan dan diganti dengan andaian-andaian dan tantangan yang lebih munasabah. Ini bertujuan untuk mengimbangi kajian terdahulu agar kajian tersebut tidak rigid dan bertahan sebagai satu fakta sejarah.

BIBLIOGRAFI

Asmah Omar.1993. Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Omar.1983. The Malay People of Malaysia and their languages. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bernd Nothofer. 1987. Bahasa-bahasa Austronesia di Brunei Darussalam. Kertas Kerja Seminar Antarabangsa Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, 3 - 8 Ogos.
Bernd Nothofer. 1996. Migrasi orang Melayu purba: kajian awal. Sari 14: 33-52.
Bolang, A dan Harrisson, T. 1949. Murut and related vocabularies with special reference to North Borneo terminology. Sarawak Museum Journal. V: 116-124.
Bilcher Bala. 1993. Masyarakat Kelabit dan Lun Bawang di Sarawak. Jebat 21: 20-54.
Clayre, B.M. 1972. A preliminary comparative study of the Lun Bawang (Murut) and Sa'ban languages of Sarawak. Sarawak Museum Journal. XX 40-41: 143-171.
Clifford A. S. (review). 1975. The Murut languages of Sabah by Prentice D.J. Sarawak Museum Journal. XXIII 44: 307-309.
Collins, J.T 1986. Dunia Melayu dan dialek Melayu: wilayah laut China Barat Daya. Jurnal Dewan Bahasa 30 (12): 895-907.
Collins, J.T 1996. Khazanah dialek Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Collins, J.T 1984. Penyengauan dan kesengauan vokal: maklumat dialek Melayu Tioman. Jurnal Dewan Bahasa, 28 (1): 39-59.
Collins, J.T. 1999. Bahasa-bahasa di Pulau Kalimantan dan persebaran bangsa Melayu-Polinesia. Makalah undangan yang dibentangkan di Pusat Kajian Budaya Melayu, Universitas Tanjungpura, Pontianak, 13 September.
Collins, J.T. 1984. Penyengauan dan kesengauan vokal: maklumat dialek Pulau Tioman. Jurnal Dewan Bahasa 28: 39-59.
Heidi Munan. 1995. Lun Bawang beads. Sarawak Museum Journal, XL VIII 69: 49-65.
Ipoi Datan. 1989. A brief ethnography of the Lun Bawang of Sarawak. Sarawak Museum Journal. XL 61, III: 143-156.
James P. Ongkili. 1972. Pre-Western Brunei, Sarawak and Sabah. Sarawak Museum Journal. XX 40-41: 1-19.
Mohd. Hassan. 1990. Kepelbagaian fonologi dialek-dialek Austronesia di Negara Brunei Darussalam. Latihan Ilmiah. Universiti Brunei Darussalam.
Norsharita Abdullah. 1996. Fonologi bahasa Lun Bawang (Murut). Latihan Ilmiah. Universiti Brunei Darussalam.
Pejabat Daerah Temburong. 2005. Profil mukim dan kampong daerah Temburong. Temburong: Pejabat Daerah Temburong.
Peter W. Martin, Conrod Ozog & Gloria Poedjosoedarmo. 1996. Language use and language chance in Brunei Darussalam. Monograf 100. Ohio University.
Prentice, D.J. 1965. Forms and functions in the verbs of Sabah Muruts: A Preliminary Analysis. Oceanic Linguistics: 127-150.
Prentice, D.J. 1971. The Murut languages of Sabah. Canberra: Pacific Linguistics.
Rahim Aman. 1998. Asal usul bangsa dan bahasa Melayu dan ikatannya dengan bahasa peribumi Borneo Barat Laut. Jurnal Dewan Bahasa, 42 (4): 343-354.
Rahim Aman. 2006. Perbandingan fonologi dan morfologi bahasa Iban, Kantuk dan Mualang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Robert A. Blust. 1974. A Murik vocabulary. Sarawak Museum Journal. XXII 43: 153-189.
Shantrol Abdullah. 2006. Perlakuan berbahasa etnik Kayan. Jurnal Dewan Bahasa. 6 (7): 18-23.
S. Nathesan. 1994. Bahasa Murut Timogun: satu catatan fonologi. Jurnal Dewan Bahasa 38 (7): 593-601.
Yabit Alas. 2002. Keluarga bahasa Paitanik: satu kajian semula. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Persidangan Linguistik ASEAN II, Universiti Brunei Darussalam, Brunei Darussalam 28-30 Oktober.

BAHAN TIDAK TERBIT

http://my.lunbawang.com/category/lun-bawang/