KESEISMIKAN  MALAYSIA

Malaysia terletak berhampiran dengan dua sempadan pertembungan kepingan yang aktif keseismikannya iaitu sempadan pertembungan antara Kepingan Indo-Australian dan Kepingan Eurasian di sebelah barat dan sempadan pertembungan antara Kepingan Eurasian dan Kepingan Laut Filipina di sebelah timur. Gegaran gempa bumi bermagnitud besar yang berpusat di sempadan pertembungan kepingan-kepingan tersebut dapat dirasai gegarannya di Malaysia.

Sempadan kepingan-kepingan dan taburan pusat gempa bumi

 

Gegaran gempa bumi yang dirasai di pantai barat Semenanjung Malaysia adalah berpunca dari gempa bumi bermagnitud besar yang berpusat di Sumatra dan Laut Andaman. Bagi Sabah dan Sarawak pula, disamping menerima gegaran gempa bumi bermagnitud besar yang berpusat di selatan Filipina dan utara Sulawesi, Sabah dan Sarawak juga mengalami gempa bumi bermagnitud kecil hingga sederhana. Gempa bumi lokal ini dikaitkan dengan gelinciran aktif yang wujud di Sabah dan Sarawak.


Berikut adalah gambar yang menunjukkan sebahagian daripada kerosakan akibat daripada gempa bumi yang berlaku pada 26 Mei 1991 dan 10 Oktober 1996.

 

 

 

Kerosakan struktur yang teruk ke atas dinding saluran sampah sebuah sekolah di Ranau, Sabah akibat gempa bumi pada 26/5/91.

(Gambar ihsan daripada Jabatan Kajibumi)

Keretakan di Rumah Pangsa Macallum di Macallum Street Ghant, Pulau Pinang selepas gegaran pada 10 Oktober 1996.

(Ihsan daripada The Star)

[ Kembali ]