Jabatan Penjara Malaysia

 
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
  • default color
  • green color
  • blue color

Hukuman Sebat Rotan Dari Segi Perundangan Dan Pelaksanaan

Print

OBJEKTIF

Prosedur ini bertujuan bagi memastikan perlaksanaan hukuman sebat rotan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

 

SKOP

Prosedur ini digunapakai oleh bahagian pengurusan rekod keatas banduan yang dijatuhkan hukuman sebat rotan oleh mahkamah dan penjara.

 

 

 


Pesalah yang akan menghadapi hukuman sebat sedang diletakkan pada 'tripod' dan pembantu sebatan akan memegang bahagian kepala pesalah.  Proses sebatan sedang dijalankan keatas pesalah
   
 
Rotan yang digunakan untuk melaksanakan hukuman sebat

 

HUKUMAN SEBAT

Akta Penjara 1995, Peraturan-Peraturan Penjara 2000 peraturan 131.

 

(1)

Apabila mana-mana hukuman sebat dijatuhkan ke atas seseorang banduan di bawah peraturan-peraturan ini, dia tidak boleh dikenakan lebih daripada satu hukuman berkenaan dengan perbuatan atau perbuatan-perbuatan, atau peninggalan atau peninggalan-peninggalan yang kerananya dia dihukum.

 

(2)

Sesuatu hukuman sebat tidak boleh dikenakan kepada banduan perempuan dan banduan lelaki yang berumur lebih daripada 50 tahun.

 

(3)

Sesuatu hukuman sebat yang lebih daripada sepuluh kali sebat dengan rotan ringan tidak boleh dijatuhkan atau dikenakan ke atas seseorang banduan muda dan bilangan maksimum sebatan yang boleh diaward kepada banduan muda oleh pegawai Yang Menjaga ialah enam.

 

(4)

Hukuman sebat dengan rotan hendaklah dikenakan pada punggung pesalah itu.

 

Peraturan Penjara Berkaitan sebat Rotan

 

Peraturan 134 peremitan hukuman sebat

Pegawai perubatan boleh mengesyorkan tiada apa-apa hukuman dikenakan lagi. Pegawai Yang Menjaga hendaklah meremitkan hukuman selebihnya.

 

Peraturan 135 rekod hukuman sebat

Pegawai Yang Menjaga hendaklah mencatatkan dalam buku hukuman (bilangan sebatan dan apa-apa perintah Pegawai Perubatan)

 

Peraturan 136 penyata hukuman sebat

Dikemukakan kepada Ketua Pengarah Penjara setiap bulan

 

Peraturan 137 Rekod hukuman

Pegawai Yang Menjaga hendaklah mencatatkan dalam buku hukuman bagi setiap o/b terlibat (tarikh jenis kesalahan & hukuman, nama o/b, pihak berkuasa urusan kes, arahan pegawai perubatan)

 

 

Peraturan Undang-Undang

 

Kanun Prosedur Jenayah (FMS, Cap 6) Seksyen 286, Seksyen Seksyen 287, Seksyen 288, Seksyen 289, Seksyen 290, Seksyen 291, Seksyen 293

 

Kanun Jenayah Syariah 1985 Negeri Kelantan

 

Enekmen Kanun Prosedur Jenayah 1997 (Negeri Johor)

 

Akta Penjara 1995 & Seksyen 50 (3)

 

Peraturan Penjara 2000 & Peraturan 131, Peraturan 132, Peraturan 133, Peraturan 134, Peraturan 135, Peraturan 136

 

Peraturan Sekolah Henry Gurney 1949 & Peraturan 50 dan Peraturan 51

 

Seksyen di bawah Kanun Keseksaan

 

Keseksaan Jenis hukuman, Hukuman penjara minimum Hukuman penjara maksimum

Hukuman Lain

 

354 : Menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan.

Barang siapa menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada mana-mana orang, dengan maksud hendak mencabul atau dengan mengetahui mungkin bahawa ia akan dengan jalan demikian itu mencabul kehormatan orang itu, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun, atau dengan denda, atau dengan sebat, atau dengan mana-mana dua daripada seksaan-seksaan itu.

 

375 : Rogol

Seseorang lelaki adalah dikata melakukan rogol jika ia, kecuali dalam hal yang dikecualikan kemudian daripada ini, bersetubuh dengan seseorang perempuan dalam keadaan yang termasuk di bawah mana-mana daripada perihal-perihal yang berikut:

a.

bertentangan dengan kemahuan perempuan itu

 

b.

dengan tiada kerelaan perempuan itu

 

c.

dengan kerelaan perempuan itu manakala kerelaannya telah
didapati dengan mendatangkan kepadanya atau mana-mana orang lain ketakutan mati atau cedera, atau telah didapati melalui salah tanggapan fakta dan lelaki itu tahu atau ada sebab untuk mempercayai bahawa kerelaan itu telah diberi akibat dari salah tanggapan tersebut.

 

d.

Dengan kerelaan perempuan itu manakala lelaki itu ketahui bahawa ia bukan suaminya, dan kerelaan itu diberi kerana perempuan itu percaya lelaki itu ialah seorang lelaki yang menjadi atau yang ia percaya menjadi suaminya yang sah disisi undang-undang atau yang kepadanya ia kan memberi kerelaan

 

e.

Dengan kerelaannya, jika pada masa memberi kerelaan itu dia
tidak boleh memahami jenis dan akibat mengenai apa yang dia
memberi kerelaan

 

f.
Sama ada dengan kerelaan perempuan itu atau tidak jika
perempuan itu di bawah umur enam belas tahun

 

376 : Seksaan bagi rogol

Barang siapa melakukan rogol hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat.

 

376A : Sumbang mahram

Seseorang itu dikatakan melakukan sumbang mahram jika seorang lelaki atau seorang perempuan melakukan persetubuhan dengan orang lain di mana hubungan lelaki dan perempuan itu adalah tidak dibenarkan, di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan yang berkait bagi lelaki dan perempuan tersebut, untuk berkahwin dengan orang lain.

 

376B : Hukuman bagi sumbang mahram

(1) Barangsiapa yang melakukan sumbang mahram hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih dari dua puluh tahun, dan hendaklah juga dikenakan sebatan.

(2) Ianya hendaklah menjadi pembelaan kepada tuduhan terhadap seseorang di bawah seksyen ini sekiranya dibuktikan :-

(a)

Bahawa lelaki atau perempuan itu tidak mengetahui bahawa orang yang lelaki atau perempuan itu mengadakan persetubuhan itu adalah seseorang yang hubungan dengannya adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan yang berkaitan bagi lelaki atau perempuan tersebut untuk berkahwin dengan orang itu; atau

 

(b)
Bahawa perbuatan persetubuhan telah dilakukan tanpa persetujuan lelaki atau perempuan itu.

 

377A : Persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.

Mana-mana orang yang melakukan perhubungan seks dengan seseorang lain dengan memasukkan zakarnya ke dalam dubur atau mulut seseorang lain itu dikata melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.

 

377B : Seksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.

Barang siapa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan luar tabii hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat.

 

377C : Melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan, dsb.

Barang siapa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan luar tabii ke atas seseorang lain tanpa kerelaannya, atau bertentangan dengan kemahuannya atau dengan meletakkan orang lain dalam ketakutan mati atau cedera kepada orang itu atau kepada mana-mana orang lain, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat

 

 

Pegawai yang perlu ada semasa hukuman dijalankan

 

Pegawai Yang Menjaga Institusi

 

Timbalan Penguasa Penjara

 

Pegawai Rekod

 

Pegawai Sebat Rotan

 

Pegawai Perubatan (menjalankan pemeriksaan kesihatan dan hadir semasa hukuman sebat dijalankan)

 

 

 

 

Pihak berkuasa menjatuhkan hukuman sebat

 

Mahkamah Tinggi

Tidak lebih 24

 

Mahkamah Seksyen/Tengah

 

Tidak lebih 12

Mahkamah Majistret

Tidak lebih 6

 

KPP/Hakim Pelawat

Tidak lebih 24

 

Ketua Institusi

(PKP ke atas)

Tidak lebih 12

 

Banduan yang tidak boleh disebat

 

Banduanita

 

Banduan lelaki berumur lebih 50 tahun

Banduan hukuman mati

 

Banduan yang tidak diluluskan doktor

 

Banduan yang Mahkamah menimbangkan berumur lebih 50 tahun (Kanuan Prosedur Jenayah S.289)

 

 

Mesej Dari Penjara

 

 

JAUHI DADAH DAN JENAYAH"

 

 

 

 
Selamat Datang! Ada 20 pelawat  turut bersama anda ketika ini

Pelawat

Mulai 11 Jun 2008
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini170
mod_vvisit_counterSemalam1637
mod_vvisit_counterBulan ini33341
Terima Kasih!
Dikemaskini pada:
20/3/2009


Waktu Solat

Bagi Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya.
Subuh 6.02 AM
Zuhur 1.24 PM
Asar 4.29 PM
Maghrib 7.26 PM
Isya' 8.35 PM

Web Dalaman

Banner
Banner
Banner
Banner
Banner

Tinjauan Pendapat

Ruangan Pilihan Anda:-