Salam sejahtera. Saudara, isu gay atau homoseksual mendapat sorotan meluas akhir akhir ini ekoran pendedahan Perdana Menteri dalam satu wawanchara bahawa pemerintah kini lebih terbuka menggajikan golongan ini walaupun di jawatan jawatan penting. Mesej nya, realiti hari ini memaksa pemerintah menghargai setiap bakat tidak kira gaya hidup mereka. Tapi, ramai membantah atas dasar agama dan kepentingan sosial. Ramai juga menolak baka ada peranan dalam rentukan seseorang itu menjadi gay. Jadi apakah faktor penentu?

Untuk itu Mazlina Mazlan telah bertemu dengan dua orang homoseksual...

Zac (in a relatively low, masculine, unclearly articulated voice): "Kenyataan nya saya seorang lesbian. Dalam hati saya, saya tahu saya seorang lesbian. Perasaan saya seorang lesbian. Saya mahu hidup dengan pasangan saya. Saya pun ada chita chita mungkin mendapatkan anak, adoption kah apa.

Helmi (in a rather effeminate lisp): "Dia tu adalah homoseksual. Dia datang pada waktu saya memerlukan seseorang yang, untuk mempercayai diri saya yang saya ini bercakap benar, tentang perasaan saya dan saya tidak membohongi sesiapa tentang perasaan saya."

Pengakuan terus terang ini dibuat oleh dua anak Melayu. Beruasia 30 tahun, Zac yang dilahirkan perempuan mengaku tertarik pada kaum sejenis sejak dibangku sekolah. Pada usia 13 tahun ketika belajar di sebuah sekolah perempuan, Zac jatuh cinta dengan kekasih pertama nya. 4 tahun lalu, Zac berkahwin dan bergelar suami. Ia di selenggarakan oleh masyarakat gay di sini.

Zac: "Pendorongan untuk bersatu dengan dia, saya rasa kerana, umur pun telah meningkat, habis betul juga dia orang cakap kita dah bersama 6 tahun, habis dah ada rumah sendiri, kan?, jadi pikir pikirkan, might as well, lah, teruskan sekali lah. Habis, kita buat satu kumpulan itu, kan? dia orang jadi witness lah. Kami jadi saksi bahawa Zac dengan Ira akan bersatu untuk selama lama nya, bukan sebagai suami isteri atau pun sebagai pasangan yang saling bercinta, saling mahu berhidup bersama. Itu saja lah. Ta' ada Tok Kadi, ta' ada padri, ta' ada apa apa lah, Terus lepas itu kita tukar cincin. Cincin itu masih berada dengan saya."

Namun, jodoh nya tidak berpanjangan. Mereka berpisah. Kekosong di hatinya baru baru ini di isi dengan kehadhiran Sharon, wanita bangsa Cina yang amat di sayangi kerana memahami isi hatinya. Mereka kini tinggal bersama.

Bagi Helmi pula, ejekan dan cemuhan kawan kawan yang mempersedahkan sifat yang lembut membuatkan nya yang begitu tertekan. Dia berpaling kepada Internet mencari cari sokongan yang di perlukan. Di dalam ruang ruang sembang cyber, Helmi menemui rakan rakan senasib. Kerana selesa bersama mereka, Helmi mengambil keputusan menjadi lelaki gay.

Helmi: "Saya berkongsi segala gala nya lah perasaan dari kehidupan saya. Kita keluar hampir... kita keluar sama sama. Dia menolong saya dalam segi pelajaran. Dari situ saya mendapat konfiden saya balik dan saya mendapat, apa, kepetusan cemerlang dalam sekolah. From then on, saya rasa saya masih, apa kata itu?, potential untuk hidup, ...(after being prompted)...saya, berjaya untuk hidup."

Walaupun telah wujud agak lama di sini, kumpulan homoseksual atau gay mendapat sorotan meluas, ekoran pengumuman bahawa pemerintah bersedia menggajikan mereka dalam sektor awam. Dalam satu wawancara dalam keluaran terbaru majalah Time baru baru ini,

PM Goh Chok Tong antara lain berkata, "Kita dilahirkan begini dan mereka dilahirkan demikian. Tapi mereka seperti anda dan saya." Kenyataan ini telah menimbulkan berbahasan hangat. Kumpulan kumpulan pro-gay menyifatkan nya sebagai satu pengikhtirafan yang progresif.

Namun ramai juga yang lantang menentang kerana percaya langkah itu akan hanya memusnahkan Singapura melalui keruntuhkan akhlak rakyat. Kami dapatkan pandangan orang awam dalam soal ini.

Hassan Bek: "Should be open to all these lifestyles, lah. We should give everybody a chance. Let's everyone live and let us live, lah."

Latifah Abdullah: "Semua ugama, walaupun Christian pun, tak agree tentang gayism because kita dah tengok dalam history, Sodom and Gomorrah, apa yang telah terjadi, kan?"

Sylvia Chang: "Just feel it's uncomfortable, if I know my neighbour, my colleague is a gay, then I don't know how to react."

Ruby Yusof: "Ya-lah, memang saya bimbang kalau pemerintah menerima golongan sedemikian, hmm, dengan tak sengaja sebagai macham menggalakkan begitu, saya rasa, ya?"

Apakah itu 'homoseksual'? Apakah ia suatu penyakit yang perlukan rawatan? Atau naluri(?)semulajadi yang terdapat dalam baka seseorang gay. Atau apakah ia satu pilihan gaya hidup dan oleh itu boleh di ubah bila bila masa. Kami wujudkan soalan soalan itu kepada presiden Persatuan Psychiatrik Singapura,

Dr. Francis Ngui: " There is a growing support and scientific studies that show that homosexuality is a condition that occurs naturally. There are others who feel that it can be a choice, to decide to choose your sexual orientation. The environment can perhaps play a part on the orientation, it be (sic) on the critical age for some of them, maybe going through crisis or stress of some sort. They may be uncertain which line to follow. They're not sure whether they're attracted to guys or girls. So for them, they could be influenced to basically jump on one side or the other, depending on what the environment is like for them."

Beberapa kajian di Amerika Syarikat mendapati sekitar 10% masyarakat di kalangan pelbagai penduduk dunia bersifat homoseksual.

Quick Search (?) kami di Internet mendapati ratusan lelaman Web khusus untuk golongan gay dan lesbian yang padat dengan perkembangan terkini alam homoseksual. Misal nya tempat tempat khusus untuk mereka berhibur, iklan iklan menchari pasangan, serta nasihat kesihatan seperti mengenai HIV AIDS. Kami dapati kebanyakan nya terut serta di lelaman lelaman ini merupakan golongan karyawan termasuk para penggiat seni. Namun dalam suasana ekonomi berteraskan ilmu hari ini, bakat setiap individu diperlukan termasuk golongan gay. Ini juga merupakan pinggirian pemerintah. Tapi, ia tidak menghairankan menurut pengarah sebuah bank antarabangsa,

 Enche Bahren Shaari: "Dari dahulu mungkin fahaman agama, warna kulit, gaya hidup dan chara pemikiran seseorang itu tidak begitu di pentingkan di swasta, dan yang di pentingkan lebih bakat seseorang itu. Kalau kita dapat tahu yang seorang itu menjalankan, atau seorang itu gay atau homoseksual, ia tidak akan menjejas kerja nya di dalam perusahaan."

Namun bagaimana dengan soal moral dan keruntuhan akhlak masyarakat Singapura, tidak kah ia sama penting dalam membina Singapura yang maju? Apa pula pandangan Islam dalam soal ini? Jawapan nya sebentar lagi...

Tahu kah saudara terdapat lebih 300 lelaman Web khusus buat homoseksual Muslim? Tujuan mereka untuk memberi sokongan dan ruang untuk berhubung. Malah kebanyakan lelaman ini mengesyurkan gaya hidup homoseksual tidak semesti bertentangan dengan Islam. Semalam, Majlis Kebangsaan Gereja Singapura telah pun menyatakan penderian mereka yang melarang hubungan sejenis. Bagaimana pula pandangan Islam? Ikuti lapuran kedua Mazlina Mazlan.

Walaupun yakin dengan pilihan untuk mengamalkan gaya hidup homoseksual, kedua dua Zac dan Helmi mengaku mereka sering di landa konflik tentang identiti masing masing. Pertama mengenai keluarga. Mereka tidak mahu mengechewakan hati anggota keluarga yang tidak dapat menerima gaya hidup mereka. Kedua agama Islam, mereka berdua mengaku masih kuat mengamalkan tuntutan agama.

Helmi: "Saya rasa saya hidup dalam dua dunia, ya? Ahmm, meneruti keluarga dan meneruti kemampuan saya. Dua dunia berbedza. Tetapi dalam dua dunia berbedza, saya dapat achieve one common goal. Kebahagian keluarga. Itu yang paling important. Kalau mereka ta'ada, mereka tak memberi saya sokongan menerima kenyataan ini, saya tidak akan, apa ini, rasa begitu tenang sekarang."

Zac: "Saya pun tak hendak menunjul nunjulkan kenyataan yang saya seorang lesbian, pasal saya tahu mungkin ia akan confirm nya lah hati mesti berkechai. Tapi sebagai seorang Muslim, rukun Islam 5 perkara, 4 perkara, saya dah lakukan. Cuma hanya yang satu sahaja itu untuk ketanya suci. Bukan nya hati tak terbuka. Cuma mungkin belum masa nya.

Tapi Islam tegas melarang hubungan homoseksual. Menurut penolong Mufti dan ketua Pejabat Mufti, Majlis Ugama Islam Singapura,

 Ustaz Fatris Bakaram: "Tidak ada ulamat pun yang bercanggah atau memberi pandangan yang berbedza tentang haram nya perkara yang tersebut. Tidak ada pilihan yang kedua, tidak ada pilihan yang ketiga. Fitrah seorang lelaki ia lah mempunyai kecenderongan kepada wanita. Begitu sebalik nya, wanita terhadap lelaki. Malah setiap orang daripada mereka di kurniakan keupayaan, serta alat jasmani yang tertentu, ya?, di mana hubungan seksualiti itu secara fitrah nya ia lah untuk menghasilkan zuriah, ya?, untuk mengembang biakkan keturunan manusia secara sah dalam keadaan yang murni. Tetapi apabila hubungan seksualiti itu, ataupun hubungan jenis tadi berlaku dalam suasana tidak mampu melahirkan zuriah, maka dalam pandangan Islam, di anggap sebagai sesuatu yang melanggar fitrah, sesuatu yang tidak dapat di terima. Kerana Allah ta'allah telah menjelaskan bahawa kejadian asal yang di tetapkan oleh Allah itu tidak boleh di adakan perubahan atau pertukaran nya."

Sungguhpun begitu, beliau menambah. Masyarakat tidak boleh mencemu golongan ini.

"Rasul Ullah salam tidak mengajar kita, ya?, bila ada seorang sahabat, seorang saudara yang mungkin terkeliru, yang mungkin tersilap bila buat keputusan dalam kehidupan dia, yang melakukan sedikit kesilapan, Nabi tidak pernah mengajar kita untuk mencemu. Jadi saya lihat satu perkara yang sama juga dengan golongan yang punya kecenderongan homoseksualiti seperti ini. Ehrr, dalam Islam melihat fitrah mereka telah tercemar. Dan dalam Islam itu melihat itu sebagai satu penyakit yang harus di sembuhkan, di ubati, ya? Jadi, peranan kita bersama. Tanggung jawab kita bersama. Jadi, kita harus ambil jalan tengah. Ekstrim yang pertama dalam untuk mencaci mereka tidak boleh. Ekstrim yang kedua pula ia lah kita ini terus melepaskan tangan. Makna nya apa nak jadi, jadi lah. Itu pilihan dia, itu keinginan dia sendiri. Itu juga tidak merupakan satu sokongan yang di anjurkan dalam agama kita."

Dr. Francis Ngui berkata, pendekatan yang bertimbang rasa adalah membantu mereka yang kebingungan tentang keseksualan masing masing.

"For many of them, they feel quite lost. Where to turn to? Ehrr, most of the time, the focus on helping these individuals would be to gradually, ehrr, get the support of the family. Go through with them what are the advantages and disadvantages. Whether it's advantageous from the society level, from the family point of view, from their religious point of view. And then the...help them to prioritise what they really want, and, ehrr, make the decision, and after make the decision to take responsibility for that decision."

Lantas lebih banyak badan badan Melayu Islam perlu tampih untuk memainkan peranan lebih aktif dalam membantu golongan gay ini. Ini kerana ketika ini hanya 3 pertubuhan sahaja, ia itu di visyen Al-Hijrah AMP, Pusat Khidmat Keluarga, PPIS Mendaki dan Klub Mewadah yang menjalankan khidmat kounselling dan memberikan motivasi kepada golongan tersebut.

Namun apa yang pasti ini adalah trend semasa yang di bawa bersama globalisasi yang melanda negara negara maju. Menurut tinjauan Universiti Carnegie Mellon di Amerika Syarikat tahun lalu, negara yang maju ekonomi nya memberi keutamaan kepada 3 faktor: teknologi, bakat dan toleransi.

Dalam soal toleransi, kajian itu berkata bahawa jika sebuah negara itu terhadap wujud nya kumpulan gay, maka ia toleran terhadap apa jua jenis manusia. Mereka yang kami temui juga akur sikap terbuka kepada kepelbagaian ini mungkin kunci penakatan negara sekecil Singapura.

Jamali Marsadi: "Sikap terbuka nya itu pulang pada pihak perusahaan ini untuk menerima mereka. Kalau mereka boleh dapat mengawal diri mereka, walaupun dia orang seorang gay, yang sekarang dapat dekat orang itu di terima, ehn?, rasa saya itu tidak jadi masa'alah lah."

Latifah Abdullah: "Kalau nak demokrasi atau kebaikan, orang nak pakai tudung, orang nak belajar, orang nak apa itu, yang harus di beri, agak apa ni, kelonggaran."

Greg Chang Abdullah (American-Chinese Muslim convert): "You're bringin' up your kids, you have to instil in them a good sense of decision makin', and let them experience it for themselves, and if they have that good foundation, they'll make the right decisions. You can't shelter them forever, because it is a global world."

Bank Director Bahren Shaari: "Kita lihat dari trend globalisasi, di mana setiap individu itu di berikan...mempunyai hak untuk memilih cara hidup mereka dan aktiviti aktiviti yang mereka senangi, asalkan tidak melanggar hak kepentingan orang lain, kehormatan orang lain dan juga kepentingan masyarakat. Jadi kalau dalam isu isu atau perubahan ini tidak menjejas dalam kepentingan masyarakat, jadi mungkin sudah waktu nya untuk kita lebih terbuka."

Jadi bagaimana kah masyarakat Melayu Islam harus berdepan, dengan cabaran cabaran yang di bawa bersama globalisasi? Tapi pada masa yang sama mengekalkan nilai nilai murni Islam dan bangsa Melayu.

Ustaz Fatriz Bakaram: "Kita sebagai manusia yang hidup dalam satu zaman dengan perubahan yang begitu pesat, kita punya pilihan. Sama ada untuk mengasingkan diri, kita ada pilihan juga sama ada untuk melahwan arus, ataupun ketiga, kita mencari ruang ruang untuk lebih membangunkan kehidupan kita. Dengan mengasingkan diri bukan satu pilihan yang bijak. Kita akan di agak sebagai masyarakat yang tidak dapat menyahut cabaran. Kita akan di agak sebagai satu masyarakat yang tidak berani, ya?, ehrr, untuk memberikan sumbangan seperti yang saya katakan tadi. Pilihan yang kedua juga bukan lah satu pilihan yang bijak. Untuk kita terus, ehrr, bertahan, ehrr, dengan tegas, dengan... ataupun lebih tepat, dengan kasar, cuba menghalang semua perubahan yang ada, sebab akhir nya kita akan kalah. Akhir nya kita akan penat dalam usaha kita sendiri, ya? Tetapi pilihan yang sepatut nya kita ambil ia lah bahawa kita mencari ruang dan kita cuba mengubah perubahan yang ada kearah yang lebih positif."

1