26 October 2010

::: Cerita Panjang Hujung Minggu Itu

Hujung minggu sudah tamat. Puas hati. Berehat dalam privasi. Terima kasih untuk yang sudi mengerti.

Banyak benda yang gembira terjadi. Cuba memahami diri serta 'insan yang separuh dari diri ini' dengan lebih baik. Ada peluang untuk bercakap benar dari hati. Mungkin intonasi apabila didengari orang lain kami umpamanya sekadar bergurau. Tapi kami masing-masing mengerti, borak-borak kami itu lahir dari hati.

Gembira. Dapat merasa sedikit pertambahan kematangan dalam diri masing-masing. Semoga lebih bertambah segala - gembira, matang, tolak ansur, memahami, sensitiviti, jujur, sayang, cinta.

:astig:

++++++++++++++++++++++++++++++

Kawan. Terima kasih setinggi langit kerana masih prihatin walaupun rasanya cuma tinggal secebis. Aku sudah baca apa yang ditulis. Entah. Hati masih rasa tidak enak. Masih rasa 'belum boleh menerima'. Tapi aku janji akan aku pujuk hati. Mungkin sudah tiba masa untuk aku lepaskan apa yang pernah aku ketahui. Kerana kau pun sudah boleh belajar melupai. Kenapa tidak aku? Baik. Kau teruskan. Aku doakan kau, kawan.

++++++++++++++++++++++++++++++

Ada seorang insan tinggalkan komen dekat last entry aku. Wirajiwa namanya. Thank you so much atas kesudian :) Mungkin dia dulu-dulu selalu follow entry aku. Ataupun komen itu sekadar komen biasa yang tiba-tiba sahaja darinya. Katanya penulisan aku kini makin dewasa, tapi ada nada keras dalam kematangan itu.

Benar. Untuk makluman, hati aku ini keras. Keras kerana banyak yang telah aku pelajari. Jatuh bangun, dikutuk dikeji, dipuja dipuji. Benar. 25 tahun pengalaman ini belum mampu mendahului kamu-kamu yang sudah jauh mengorak dan mencorak masa depan. Sudah mampu tersenyum untuk mencari dan pegang duit sendiri sedangkan aku masih belum punya apa-apa lagi.

Tapi 25 tahun aku ini padat dengan pelbagai corak lukisan. Umpama kanvas putih yang sudah sesak dengan seluruh warna yang ada wujud dalam sekian alam. Kerana sesak warna atas kanvas hidup itulah aku menjadi yang lebih memahami. Memahami bahawa hidup ini terlalu singkat untuk aku kesali. Terlalu singkat untuk tidak aku harungi.

Aku biar yang dulu terus pergi. Aku menunggu yang di depan untuk hadir. Aku hargai yang sekarang sepenuh hati.

:wave:


| Ketut! Ketut! Ketut! |

21 October 2010

::: Hujung Minggu

Alhamdulillah..

Results end of posting yang pertama haritu dah keluar. Syukur dengan rezeki Allah. Terima kasih atas doa keluarga, doa semua.. Semoga langkahan kaki terus ke depan.

Hujung minggu ini masa untuk berehat. Aku mau privacy. Berehat secukup-cukupnya. Jangan ganggu dengan panggilan telefon. Jangan ganggu dengan text messaging. Jangan ganggu dengan email! Tutup telinga, tutup mata, takmau tau pasal cerita orang sekitar. Kali ini, semua cuma cerita aku!

Hujung minggu ini milik aku.. Mau rehatkan otak, rehatkan minda sepuas-puasnya~


| boleh pergi shopping? hik~ |

20 October 2010

::: Aok Nang Juak!

Yah! Marek kamek ngereypak dalam bahasa Kelantan nak? Pa kata aritok kamek masuk ke tema bahasa ibunda kamek gik. Yihaaa!!!

Aok.. Kamek nang orang Kuching, kitak sik tauk kah? Tedah.. Ya lah orang tua-tua madah, ngerayo masuk blog orang tapi malas nak baca. Main tembak-tembak mencapub ajak. Bagus iboh nak? Hukhuk.

Tok kamek nang gik panas badan. Pelik juak kenak la dunia Sibu tok panas macam harrr! Pelik aih. Banyak gilak dosa kah di sitok. Kedak rasa di padang pasir. Kering kontang jak. Mungkin banyak gilak tokey balak membotakkan hutan. Ya nyuruh nya kali..

Pa lah kitak orang tolong mendoakan hujan lebat berserta ribut dan petir datang ke Sibu tok lok.. Sak hujan membasahi tanah di sitok.. Sikda lah kamek orang jadi sakit jiwa gilak bila panas naik ke palak time kelas.

Ok ok kamek stop..

Mana-mana yang angol udah ya, boh ngangak luas gilak. Tang ada jak lango masuk ke mulut kitak orang kaktok...

:okay:

p/s: Hooray! Terima kasih JPA! Hikhik~


| tema hari ini, Sarawak! |

19 October 2010

::: Kecek Ko Tangey

Dulu-dulu kawe ado sorey saim. Namo Sharil. Budop Puchong tapi asal Kelate. Panas baran mak aih! Buleh sakit jiwo! Sapo kenal dio? Meh kabar ko kawe dio tu idup lagi ke dop?

Sapo lagi budok Kelate? Hok mari sini! Kecek sikit..
p/s: Abe Majik toksey lah kecek, kecek serupo ore siam. Abe majik kecek ko tangey jer!


| tema hari ini, Kelantan! |

14 October 2010

::: Sunway College

2003-2005. A Level. Sunway Monash Condo. Sunway College.

++++++++++++++++++++++++++++++

I had a good friend, Farah, as my housemate. Dia bilik sebelah. Single room. Aku kat shared-room, with another chinese roommate. So setiap kali malam menjelma, Farah will come over to my bed. Kalau tak lama pun, seminit dua pun kira jadi lah. Selalunya before dia pergi mandi, dia akan singgah just to say hi. Bila time lewat tengah malam pulak, aku akan datang meronda pergi bilik dia. Ganggu dia study and menyanyi. Sebab singing is her favourite hobby and she does have a good voice too! Maka selalu sangat terjadi aktiviti 'kami meniarap sambil buat kerja buang masa' kat bilik dia.

Weekend je, we merayap to Sunway Pyramid. Paling kurang pun, having fun watching TV all day long! Or maybe cooked together, but our main menu was usually chicken nuggets or scramble eggs with mayo! Hahahaha so unhealthy yet we love it!

Selalunya weekend akan ada functions kat Sunway Lagoon. So from Farah's room corridor, kitorang akan skodeng cuci mata sambil menikmati music yang super loud dari those ongoing functions. Then we kutuk-kutuk any events yang pasang music entah hape hape merapu meraban.. Buat sakit taik telinga.

But still, we were like enjoying the Sunway Lagoon's events for free!! Just from her corridor. Heaven! Fireworks were almost there every weekends!

We had funs,
we shared gossips,
we played with make-ups,
we stayed up till late just to chit chat about stupid stuffs,
we laughed and teased each other,
we copied each other's homeworks,
we came late for classes,
we did last minute revision,
overall we had funs!

Damn. I miss her. Now she is already a pharmacist. Here in Malaysia. Graduated this year from Bath University I guess. The last time I met her was 2 years back. That was when I traveled from Leicester to Bath to visit her and have some run away vacation with my Sunway College's friends back in UK.

If only I have time to meet her up again. This time for sure in Malaysia! Yes our home country! Not in UK anymore!

I miss those moments! Missing her so much!

:inlove:


| itu baru kawan |