Entry #1000: Saya Bukan Ahli Politik, Tetapi…
“Aih, di sini pun cakap politik juga”, keluh seorang pembaca.
“Ingatkan berkecuali. Rupa-rupanya sama sahaja si Abu Saif ni!”, rungut pembaca yang satu lagi pula.
“Saya tak suka cakap-cakap politik ni. Boleh tak elakkan politik di sini?”, minta seorang lagi pengunjung.
Panas juga. Tak pernah-pernah Abu Saif menulis tentang politik, tiba-tiba semenjak kebelakangan ini, lain pula nadanya. Saifulislam.Com sudah mula berpolitik?
Saya bukan ahli politik. Tidak terfikir di minda saya untuk menjadi seorang ahli politik. Ahli politik dalam erti kata berkempen politik, berceramah di pentas politik, atau mungkin juga bertanding sebagai ADUN atau Ahli Parlimen, menggantikan Lim Kit Siang yang sudah sekian lama mewakili orang kampung saya.
Saya bukan ahli politik.
Tetapi ini tidak bermakna saya buta politik, atau berkecuali dari berfikir tentang politik, apatah lagi menganggap politik bukan urusan saya dan bukan urusan agama. Saya bukanlah peminat Khomeini, tetapi ada kata-katanya yang patut diberi perhatian. Beliau pernah menyebut, “orang yang memisahkan politik dari agama, dia itu tidak faham apa itu agama, dan apa itu politik”.
Jahil terhadap kedua-duanya.
Apabila saya berbual atau menulis tentang politik, saya maksudkan ia sebagai disiplin mengatur kehidupan manusia. Tentang peraturan hablun minannaas yang merupakan separuh kedua agama kita. Mahu tidak mahu, kita tetap merupakan sebahagian dari politik. Sama ada kita berperanan mencorakkan politik, atau kita sendiri menjadi mangsa percaturan politik akibat buta politik. Atau sengaja memejamkan mata terhadapnya.
Soal keterlibatan seseorang dengan perlakuan politik, itu soal kedua. Apatah lagi jika anda seorang pelajar. Biar pun undang-undang negara telah mewartakan anda pada usia begitu sebagai seorang yang layak mengundi, anda ada peraturan-peraturan universiti yang tidak boleh dikesampingkan begitu sahaja. Maka soal keterlibatan pelajar dengan politik, saya serahkan kepada anda untuk membuat percaturan mengenainya.
Tetapi tidak terlibat dengan politik, tidak bermakna kita tidak boleh belajar, mengambil tahu dan membuat pendirian mengenainya. Buangkan jauh-jauh nama parti politik yang kalian tidak suka, isu-isu yang mereka bawa tetap tidak boleh kita pisahkan dari kehidupan.
Jika isu tol, kenaikan harga minyak, kepincangan sosial, pembelajaran sains dan matematik di dalam Bahasa Inggeris dan korupsi serta kronisma dan nepotisma… kita kaitkan dengan parti politik tertentu, jika parti politik itu mati sekali pun, isu-isu berkenaan tetap merupakan masalah kita, masyarakat kita. Parti politik adalah kenderaan dan wadah untuk memperkata dan memperjuangkan isu-isu tersebut, tetapi tanpa parti politik sekali pun, isu berkenaan tetap wujud di depan mata.
Maka Islam mempersoalkan peranan kita terhadapnya. Ada istilah amar makruf, ada istilah nahi munkar. Bagaimanakah anda melaksanakan dua tanggungjawab ini, terhadap isu-isu yang saya sebutkan tadi.
Jika kita alah dengan parti politik, ia bukan alasan untuk kita buat tidak peduli kepada masalah yang membelenggu kehidupan kita dan masyarakat. Biar pun hadith , “barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam maka dia itu bukan dari kalangan mereka” itu dihukum sebagai hadith yang sangat lemah oleh al-Albani, apakah ini juga bermaksud saranan Islam agar seorang Muslim menjaga kebajikan saudara Muslimnya yang lain juga lemah?
Pernahkah Nabi SAW sambil lewa terhadap apa yang berlaku kepada sahabat, juga komuniti non-Muslim di sekitarnya? Apakah ada orang yang tertindas, ditekan dan dizalimi, dan Nabi SAW tidak peduli kepada nasib mereka?
Renung sahaja amaran Allah SWT:
“Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin. maka kecelakaan besar bagi ahli sembahyang (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya. (juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri terhadap amalannya), dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya)” (Al-Ma’oon 107 : 1-7)
Pendusta agama yang diperincikan oleh Allah karakter mereka adalah golongan yang tidak melaksanakan tanggungjawab sosial, sebelum Allah menyebut kecacatan ibadahnya. Di peringkat massa, kebajikan anak yatim, membela kaum fakir miskin, adalah persoalan-persoalan yang membabitkan banyak aspek. Bagi kita sebagai rakyat, ia boleh dilaksanakan dengan pelbagai cara. NGO dan badan-badan kebajikan boleh berperanan dalam membantu hal ini.
Tetapi bagi sebuah negara, ia bertanggungjawab untuk memastikan kebajikan rakyatnya terjaga. Polisi-polisi harus memberikan keadilan dan kesejahteraan hidup kepada masyarakat. Semua ini bersangkutan dengan politik kerana politik itulah medan urusan ini ditadbir dan dijaga.
Apakah kita bisa membiarkan diri menjadi pendusta agama dengan tidak mempedulikan tanggungjawab ini?
SAIFULISLAM.COM DAN PENDIRIAN POLITIK
Soal Abu Saif memilih parti mana, itu perkara yang berasingan. Tetapi wacana saya di sini menyeru kepada kita semua agar cintakan kebenaran dan keadilan. Sebagaimana kita suka menyuburkan kebenaran di pelbagai peringkat kehidupan, saya juga mahu kita peka kepada lawan kebenaran itu. Kebatilan tidak boleh disembunyikan. Ia mesti diperkatakan.
Allah mengutuskan setiap nabi dan rasul kepada umat, bukan hanya untuk mengajak manusia kepada mengabdikan diri kepada-Nya, tetapi juga menjauhkan manusia dari saingan Allah. Al-Quran mengistilahkan saingan ini sebagai taghut, iaitu pelampau yang melampaui batas-batas Allah. Ia mungkin manusia, mungkin sistem. Lantas tanggungjawab amar makruf dan nahi munkar, menuntut kita untuk bukan sahaja cintakan kebaikan, tetapi juga mengambil bahagian dalam bertindak mengatasi kebatilan.
Tidak semestinya dengan membabitkan diri sebagai aktivis politik. Tetapi mustahil kita boleh berperanan jika kita buta politik atau jahil mengenainya.
MENYALAH TAFSIRKAN SAIFULISLAM.COM
Saya mendapat feedback daripada pembaca, bahawa ada golongan yang menjadikan artikel-artikel saya sebagai hujah mereka untuk menolak agenda BERSIH yang menuntut pilihanraya yang adil dan telus. Kata mereka, “lihat, Ustaz Hasrizal sendiri mengajak kita kepada perdamaian”.
Ya, saya mengajak kepada kedamaian. Tetapi bukan secara berkompromi dengan kebatilan. Saya sering berusaha mengajak semua daie yang cintakan Islam untuk bersatu, tetapi bukan atas nama kesatuan itu, perkara batil kita diamkan.
Bila kalian mendapati keadaan di mana umatku takut untuk berkata kepada orang zalim, “Wahai zalim”, maka kamu telah diucapkan selamat tinggal daripada mereka (HR. Ahmad)
Oleh yang demikian, tidak pernah dalam mana-mana artikel saya, ada cadangan agar kita memansuhkan politik dari pengetahuan dan perhatian kita. Apa yang sering saya kongsikan bersama pembaca, ialah agar kita menekuninya sebagai sebahagian daripada definisi diri kita menjadi hamba dan khalifah kepada-Nya.
Malah di peringkat pertubuhan-pertubuhan Islam, mereka boleh mengambil pendekatan untuk tidak terlibat dengan politik atas pertimbangan-pertimbangan tertentu. Tetapi ia sepatutnya dilakukan hanya untuk pengkhususan bidang dan strategi, dan bukannya menolak politik secara prinsip.
Maka, janganlah sekali-kali mereka yang berjuang di dalam NGO, menabur idea bahawa “perjuangan kami lebih baik dari perjuangan kamu sebab kami NGO yang selamat, sedangkan kamu parti politik yang mencampakkan diri ke kebinasaan!”. Ini bukan bahasa da’ie yang tulus dalam perjuangannya.
ULTRA SALAFI YANG MENGHAIRANKAN
Ketika BERSIH berjaya mengumpulkan rakyat dari pelbagai agama, bangsa dan parti politik, atas suatu titik persamaan iaitu mahukan keadilan dan transparesi dalam pemerintahan dan pilihanraya, kita dikejutkan dengan idea-idea kelompok ultra Salafi yang tidak henti-henti melaungkan seruan, “haram menegur pemerintah secara terbuka”.
Haram menegur pemerintah melalui ceramah dan tulisan terbuka.
Kemuncaknya adalah haram menegur pemerintah melalui demonstrasi di jalan raya.
Semua ini diklasifikasikan sebagai maksiat kepada Allah.
Saya faham, memang terdapat banyak hadith Nabi SAW dan peringatan dari atsar Sahabah tentang tuntutan menyabarkan diri atas kezaliman pemerintah. Tetapi hadith-hadith tersebut diungkapkan dalam konteks satu amalan politik yang ada karakter tertentu. Malah larangan menegur pemerintah secara terbuka juga tidak mutlak.
Konteks politik yang saya maksudkan itu ialah, selama 1000 tahun pemerintahan Islam, kita tidak mempunyai legasi constitution yang memperincikan bidang kuasa dan kaedah check and balance di dalam sebuah kerajaan. Channel menegur pemerintah lazimnya dalam format yang straight to the point dan kita bisa faham bagaimana teguran secara terbuka dan langsung mempunyai risiko yang tinggi untuk mencetuskan keresahan dan ketidak stabilan sosial. Maka, mengekalkan ketenteraman awam, lebih penting dari usaha meluruskan pemerintah dalam kesalahan-kesalahan peribadinya yang tertentu.
Hari ini, saluran menegur sudah diperincikan oleh perlembagaan. Bidang tugas dan ruang lingkup menyatakan pandangan juga sudah diperincikan oleh peraturan negara. Selagi mana komitmen terhadap peraturan ini dipatuhi, selagi itu kestabilan masyarakat terus terjamin. Kerajaan memberi peruntukan kebebasan bersuara, manakala rakyat pula memanfaatkannya secara berhemah dan bertatasusila.
Demonstrasi juga bukanlah suatu yang patut diselalukan, tetapi ia ada justifikasi selagi mana komitmen mereka yang terlibat boleh dikawal.
Jika Islam mengajar tenteranya agar sempat peka kepada larangan mematah pokok, menyerang orang tua, perempuan dan kanak-kanak serta mereka yang berlindung di rumah ibadat, maka tidak mustahil untuk demonstrasi dilakukan dengan etika-etika tertentu. BERSIH baru-baru ini sekali lagi mengulang cerita, bahawa yang melanggar komitmen kepada keamanan ialah pihak berkuasa, bukannya massa.
Tidak Mutlak
Tetapi larangan menegur dan tuntutan sabar terhadap kesalahan pemerintah itu juga tidak mutlak. Ia dibatasi dengan ingatan Baginda SAW bahawa “selagi mana pemerintah itu memastikan solat ditegakkan”, “selagi mana pemerintah itu tidak melakukan kekufuran yang bawwah – nyata tanpa boleh dipertikaikan lagi -”, juga “selagi mana pemerintah itu tidak melakukan maksiat yang bawwah“.
Kecelikan kita semua terhadap isu-isu semasa amat penting dalam membuat penilaian, apakah unsur maksiat bawwah atau kufur bawwah itu ada di dalam masyarakat kita? Manusia yang jahil politik, atau sengaja memejamkan mata dari masalah-masalah masyarakat, tidak mungkin dapat menilainya dengan betul.
Bagi golongan yang tidak merestui korupsi pemerintah, mereka mengambil pendekatan menegur di dalam parlimen dan dewan rakyat, menyebutnya di dalam ceramah dan penulisan, dan dalam keadaan-keadaan tertentu mereka terpaksa berdemonstrasi. Apabila kaedah yang mereka pakai begitu terbuka dan jelas, maka mudah untuk kita membuat penilaian. Jika salah, boleh diperbetulkan.
Tetapi bagi yang mengharamkan perbuatan menegur pemerintah secara terbuka, kita perlu tahu apakah method yang mereka pakai untuk menegur pemerintah. Saya yakin, apa sahaja mazhab dan manhaj kita, kemungkaran tetap kemungkaran dan ia perlu dicegah dan dibasmi. Hal ini wajib menjadi suatu kesepakatan di antara kita.
Akan tetapi, bagi golongan ultra Salafi ini, apakah cara mereka melaksanakan nahi munkar tersebut? Apakah mereka menulis surat dan email kepada menteri-menteri kita? Apakah mereka buat temu janji untuk bertemu bagi sesi menegur? Apakah mereka jemput menteri ke rumah untuk mendengar nasihat mereka? Atau mereka bertandang ke rumah menteri untuk memberitahu mereka bahawa rasuah, ISA, bebanan tol, kepincangan sistem kehakiman, kronisma dan nepotisma, penipuan tender dan sebagainya ini, adalah suatu kemungkaran?
Ini yang perlu diperjelaskan.
Dalam mengemukakan pendapat yang berkaitan dengan ibadah, kesan bermanhaj secara literal tidaklah besar impaknya kerana ia terhad kepada amalan peribadi. Tetapi untuk memperkatakan tentang muamalah dan siasah, pendapat kita mesti valid untuk dijadikan polisi. Maka apakah polisi golongan ultra Salafi dalam menjalankan tanggungjawab mereka mencegah kemungkaran?
Selain SS Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, yang boleh menggunakan kapasitinya sebagai mufti untuk meluruskan ibadah, muamalah dan siasah Perlis, menjadi penasihat kepada Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri Perlis, bagaimana pula dengan individu ultra Salafi yang lain? Apa method mereka? Mufti dengan tugas mufti, mereka yang bukan mufti juga adalah tanggungjawab masing-masing dalam hal ini.
Jika persoalan ini gagal dijawab, maka ia akan menjurus kepada gerakan Sunnah untuk sekali lagi diperguna dan diperalatkan oleh politik dan politikus. Sudah banyak kali gerakan Sunnah berjaya mencapai kuasa perlaksanaan, tetapi sering berakhir sebagai mangsa politik pemerintah. Bak kata pepatah Melayu, “habis manis sepah dibuang”. Seperti kes yang menimpa Mehmet Birgili yang pernah saya bentangkan di seminar di UIA beberapa tahun yang lalu. (Klik di sini untuk muat turun kertas kerja tersebut).
Inilah yang saya maksudkan tadi, bahawa dalam kehidupan realiti, sama ada kita mengawal politik, atau politik akan mengikat dan mengawal kita. Untuk terlepas dari politik, jauh sekali.
Persoalan ini penting, kerana golongan ultra Salafi dan pihak pemerintah sendiri, senada dalam memberi teguran kepada orang ramai.
SS MUFTI PERLIS DAN BERSIH
Di dalam temubual oleh Radio 24 Bernama pada Berita 8 malam 12 November baru-baru ini, SS Mufti Perlis memberi ingatan kepada BERSIH supaya memikirkan bahawa ketika kepentingan peribadi, golongan atau parti tertentu mahu dicapai, kesan tindakan mereka sebenarnya menimpa semua orang. Beliau juga mahu BERSIH melihat nasib negara-negara Muslim lain yang tidak menikmati keamanan dan kebebasan bersuara seperti yang ada di Malaysia. Selain itu, beliau mengingatkan BERSIH agar tidak lupa kepada adab-adab semasa berada di Masjid, dan adab itu perlu dibawa juga ke luar masjid.
Soalnya, sekalian mereka yang terlibat di dalam BERSIH memang komited kepada keamanan. Buktinya, kesemua mereka bersurai secara aman dan teratur selepas memorandum berjaya diserahkan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Sedangkan siapakah yang menembak orang ramai dengan water canon dan air berasid? Siapakah yang mengunci masjid malah pernah dalam demonstrasi sebelum ini, mereka masuk ke masjid dengan memakai but? Tidakkah semua itu dilakukan oleh FRU sebagai jentera pemerintah?
Bukankah teguran sepatutnya ditujukan kepada pihak berkuasa, sebelum ia dilontar kepada massa?
Mengapa pembangkang juga yang akhirnya bersalah?
CELIK POLITIK
Kerana sedar dengan realiti politik, saya pernah menyebut sebelum ini bahawa, jika Dr. Asri dilantik sebagai Mufti selepas Pilihanraya Umum, maka saya pasti segera mengucapkan tahniah. Tetapi jika perlantikan dibuat sebelum Pilihanraya Umum, maka saya terpaksa tunggu dan lihat.
Masih belum terlambat untuk kita saling berlaku adil. Bahawa kemungkaran tetap kemungkaran, ia mesti diperbetulkan sama ada ia dilakukan oleh ahli bid’ah di tengah masyarakat, atau pun pemerintah yang berkuasa di negeri dan negara.
Jika dirujuk kepada sejarah, British tidak pernah menganggap penentangan kaum Hindu sebelum Ghandi sebagai suatu ancaman kepada kuasa kuasa kolonialisasi mereka. Ini berpunca daripada kepercayaan kaum Hindu bahawa mereka telah ditakdirkan dihidupkan di dunia ini pada kasta tersebut dengan nasib semasa yang menimpa. Justeru mereka mengambil langkah pasrah, dengan harapan boleh lahir semula di alam kedua nanti dengan kasta dan nasib yang lebih baik.
Malah agama Kristian juga begitu. Politik ditinggalkan kerana negara idaman hanyalah Kingdom of Heaven di alam sana.
Apakah ultra Salafi mahu menyemai sikap inferior yang sama seperti ini?
BELAJAR TIDAK SEMESTINYA TERLIBAT
Oleh itu, saya ingin mengajak kita semua, pelajar dan pekerja, Salaf dan Khalaf, ahli PAS mahu pun JIM, ABIM dan Tabligh, agar sama-sama peka dengan politik. Memperkatakan tentang politik, jangan sempitkan kepada isu partisan semata. Ia terlalu luas dan murni sebagai satu cabang kehidupan dan disiplin pengetahuan.
Apa erti saya menganut Islam?
Salah satunya ialah, peduli terhadap nasib umat Islam, pada makruf dan pada mungkarnya.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor
Comments are closed.
about 2 years ago
Siapa kata abu saif ahli politik mmg kurang berfikir.
Ana lebih politik dari abu saif as far as i’m concern. Abu Saif nothing as politician. Can take my statement ni as a joke or serious one.
about 2 years ago
Alhamdulillah…artikel ni banyak merungkai salah faham tentang peranan politik!!
about 2 years ago
Setuju…
Agama dan politik tak boleh dipisahkan…
Politik adalah sebahagian dari CARA HIDUP @ AD-DIN..
dan AD-DIN yang terbaik adalah AD-DIN AL-ISLAM…..
Kalau kita kata dalam Agama Islam takder panduan/amalan untuk berpolitik, maka, samalah macam kita kata Islam tu cara hidup yang tak lengkap… itu satu fitnah yang besar terhadap Agama Allah yang Suci ini…
about 2 years ago
Alhamdulillah, ramai yang berminat dengan agama dan singgah di blog ustaz tetapi masih ada yang khilaf untuk apa agama sebenarnya dan melihat agama dari satu dimensi sahaja.
about 2 years ago
salam..
sebagaiman komen #2: pak_hang
mssg artikel ini jelas. senanglah nanti utk saya sampaikan kpd isteri/anak2 kenapa saya menyebelahi missi oleh ‘BERSIH’.
about 2 years ago
Perlu cakna dengan Islam dan politik dalam negara…semoga pengunjung laman web ustaz ni bersama-sama menyahut seruan ustaz, insyaAllah…
about 2 years ago
Saya teringat pada ungkapan Albert Einstein pernah kata ‘Politics is harder physics.’ Tetapi dalam susahnya itu sebenarnya mengandungi banyak hikmah yang perlu kita pelajari dalam mengenal kehidupan manusia. Ya politik memang susah kerana kita belajar memahami karenah manusia yang tidak pernah berpuas hati dengan apa yang ada dan juga mengatur kehidupan manusia itu sendiri.
Saya agak ralat bila ada orang kata saya benci politik padahal kata-kata itu sebenarnya menunjukkan kita juga berpolitik sebenarnya!Jadi politik memang tidak boleh lari dari manusia.Cuma kena lebih beradab dan sopan selaras dengan tuntutan syarak.
Orang sekarang segelintirnya tidak peka pada politik semasa dan amat jahil dalam menilai sesuatu yang ada. Kalu boleh mahu telan bulat2 apa yang disajikan tanpa kita membuat pertimbangan yang wajar.
Oleh itu sebagai orang yang mengambil berat tentang politik semasa kita haruslah mengambil tahu politik sama ada suka mahupun tidak kerana itulah kehidupan kita sebenarnya. Wassalam
about 2 years ago
Saya teringat pada ungkapan Albert Einstein pernah kata ‘Politics is harder than physics.’ Tetapi dalam susahnya itu sebenarnya mengandungi banyak hikmah yang perlu kita pelajari dalam mengenal kehidupan manusia. Ya politik memang susah kerana kita belajar memahami karenah manusia yang tidak pernah berpuas hati dengan apa yang ada dan juga mengatur kehidupan manusia itu sendiri.
Saya agak ralat bila ada orang kata saya benci politik padahal kata-kata itu sebenarnya menunjukkan kita juga berpolitik sebenarnya!Jadi politik memang tidak boleh lari dari manusia.Cuma kena lebih beradab dan sopan selaras dengan tuntutan syarak.
Orang sekarang segelintirnya tidak peka pada politik semasa dan amat jahil dalam menilai sesuatu yang ada. Kalu boleh mahu telan bulat2 apa yang disajikan tanpa kita membuat pertimbangan yang wajar.
Oleh itu sebagai orang yang mengambil berat tentang politik semasa kita haruslah mengambil tahu politik sama ada suka mahupun tidak kerana itulah kehidupan kita sebenarnya. Wassalam
about 2 years ago
saya bersetuju
kadang2 terfikir, MAZA kelak akan menjadi calon BN akhirnya…
Itu bukan masalah tetapi janganlah kerana hendak jadi calon politik prinsip yang di bawa selama ini MAZA gadaikan..
Berhujah sekadar untuk menarik perhatian pihak2 tertentu…
Mungkin Ustaz hasrizal lebih kenal akan senior ustaz sendiri???
Dalam politik apa pun boleh berlaku…
about 2 years ago
beliau senior saya, tetapi saya tidak mahu ia dikaitkan dengan artikel ini kerana saya tidak memberikan pandangan dalam bentuk peribadi. ia adalah kritikan terbuka saya kepada seorang public figure, yang kebetulan kenalan saya.
artikel ini bebas dari ‘hubungan’ itu
about 2 years ago
teringat satu kisah pada zaman saidina abu bakar, waktu itu ramai umat islam murtad atau pendek kata keadaan umat islam pada waktu itu kucar kacir dengan munculnya golongan riddah …
maka datang seorang ke rumah saidina abu bakar lalu menyuruhnya supaya tutup saja pintu rumahnya dan beribadat sahaja,
lalu saidina abu bakar pun mengambil pedangnya lalu dihunuskan pedang tersebut ke arah org itu, lalu mengatakan “aku takkan biarkan islam ini berterbangan ibarat debu-debu”
begitulah sifat seorang khalifah yang tidak mementingkan diri sendiri bahkan sanggup bergadai nyawa demi kepentingan bersama …
about 2 years ago
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
“Mengiyakan yang benar dan menidakkan yang bukan”. Inilah yang dinamai syaja’ah. Iaitu berani kerana benar dan takut kerana salah. Prinsip dan perangai yang sihat ini sewajarnya dipegang utuh, dijiwai dan dibudayakan ke arah meluruskan ufuk minda dan sekaligus mengangkat martabat gerakan.
Menurut Prof. Dr. HAMKA di dalam bukunya ‘Tasauf Moden’, keutamaan syaja’ah merupakan salah satu syarat yang perlu dalam memantapkan kesihatan jiwa selain daripada sifat ‘iffah (pandai menjaga kehormatan batin), hikmah (tahu rahsia dari pengalaman hidup) dan ‘adaalah (adil yakni meletakkan sesuatu pada tempatnya). Prof. Dr. HAMKA menukilkan bahawa syaja’ah ialah perangai yang timbul daripada tabiat manusia yang bernama ghadab, ertinya marah. Syaja’ah mempunyai dua pinggir. Pinggir sebelah ke atas terlalu panas dan itulah yang bernama tahawwur, iaitu berani membabi buta. Sementara pinggir ke sebelah bawah terlalu dingin dan itulah yang bernama jubun, iaitu pengecut.
Tahawwur ialah keberanian manusia menempuh suatu hal meskipun menurut pertimbangan akal yang waras perkara itu tidak sewajarnya ditempuh. Punca kepada timbulnya sikap berani membabi buta ialah lantaran darah marah yang mendidih yang timbul dari nafsu membalas dendam. Manakala jubun pula ialah penyakit yang di bawah dari darjat pertengahan. Pendek kata, kalau diukur dengan termometer kehidupan, tabiat ini amat dingin. Kurang perasaan marah, sehingga tidak ada marahnya pada ketika dan tempat sepatutnya marah. Sikap pengecut atau bacul ini menjadikan seseorang tidak mampu untuk tampil ke hadapan sewaktu perkara tersebut menjadi kewajipan baginya.
Syaja’ah merupakan pusat dari segala budi pekerti dan kemuliaan. Melalui syaja’ah maka akan lahirlah sifat-sifat dan ciri-ciri mulia yang lain. Adaptasi budaya ini jugalah yang akan mengarahkan kepada terhasilnya pembangunan seimbang yang kolektif dari segi pembangunan intelektual, kekudusan rohani, keperkasaan jasmani dan kesejahteraan emosi di dalam kehidupan manusia.
“Politics is good, but not all politicians are good!”
about 2 years ago
artikel yang tulus dari ustaz dan membuka minda pembaca semua bahawa perjuangan menuntut keadilan dan kebenaran memerlukan kefahaman dan pengorbanan. politik sebahagian dari diri kita-jangan nafikannya. Kita juga aktor politik dalam kehidupan seharian. Cuma dalam konteks kenegaraan-maka aspek keadilan dan kebenaran yang ditekankan.
Kalau tidak masakan Kahlifah Umar Abdul Aziz menjadi contoh dan Imam Nawawi bertegas di hadapan Sultan Malik al-Zahir dari menggunakan wang rakyat demi menghadapi serangan tentera Monggol kerana gelang emas di kalangan hamba-hambanya masih tidak dibelanjakan.
Kebenaran akan datang dan kebatilan pasti lenyap. Sesungguhnya kebatilan pasti lenyap.
about 2 years ago
Surah yang ustaz bawa itu pernah naqib saya, Dr hafizi kupas hampir dua jam dalam usrah kami…Walaupun saya dari aliran salafi tapi bila selalu diusrah dengan ayat2 Quran..subhanallah, apa yang ustaz nakalkan untuk post kali ini, itu lah yang saya pegang sehingga saat ini..
Soal Dr Asri, waalluallam..Dia arif bab agama tapi sedikit lemah dalam soal politik..Demontrasi dalam konteks demokrasi itulah teguran yang paling baik selepas di Parlimen..Saya bukan nak begaduh dengan gang-gang salafi kerana Dr Asri juga tok guru saya..Seperti mana Ustaz hasrizal tuliskan, Dr Asri sepatutnya kena tegur Pak Lah, FRU dan Tan Sri Musa Hassan agar jangan buat provokasi..rasanya beliau awal-awal lagi kena hantar surat rasmi kepada BERSIH,PM,KP negara agar masing-masing jangan buat provokasi…
Agamawan kena bijak dalam semua bidang termasuklah perlembagaan!
about 2 years ago
I have to say this…
VERY WELL SAID, USTAZ
about 2 years ago
Selepas 999 entry menghiasi saifulislam.com, saya sangat kecewa apabila apabila malam tadi, saya diminta oleh pengunjung agar tidak bercakap tentang politik.
Memang saya ada dikutuk oleh kawan sendiri bahawa blog saya hanya menceritakan tentang isteri bersalin di hospital tak dapat layanan elok, cerita jalan-jalan cari makan di Turki, Ireland dan Jordan…
Ada juga yang suka dengan artikel saya tentang keibu bapaan, cerita tentang kecomelan anak-anak kita dan pengalaman masing-masing membesarkan mereka.
Lantas, ada yang membuat kesimpulan yang salah bahawa saifulislam.com tidak perlu, tidak patut, tidak akan, dan tidak wajar menyentuh politik.
Hingga terganggu tidur saya malam tadi.. dan kerana itu, sambil membaca Muqaddimah Ibn Khaldun untuk exam esok, saya siarkan artikel YANG KE-1000 ini untuk mengingatkan kita semua, kita bebas membuat pendirian terhadap pendekatan politik, tetapi jangan sekali-kali menafikan politik secara prinsip.
Maaf kalau ada yang terasa. Jika artikel saya tiada siapa yang terasa, maknanya ia hanyalah fish and chip english yang hambar tiada perisa.
about 2 years ago
ustaz, bagaimana dgn peihal tindakan/stand imam ahmad, ibnu taimiyyah, imam nawawi, dan keadaan para tabi’in di zaman al-hajjaj di bawah penguasaan malik bin marwan?
about 2 years ago
Ustaz, ini pandangan peribadi sayalah…
Terkadang, perlu juga kita mengamalkan konsep ‘BULLDOZER’.
Jikalau terlalu ikutkan kehendak ‘audience’ kita kurang jujur terhadap diri kita sendiri.
Lagipun, bukanlah ‘audience’ yang memberi PAHALA.
ALLAH lah jua.
about 2 years ago
kufrun bawwah… teringat usrah online dgn ustaz dlu2… bila la nak ade lagi…
about 2 years ago
salam.
ustaz, mungkinkah mentality masyarakat kita yang selalu disogok dengan perkara-perkara negatif berkaitan demostrasi menyebabkan sesetengah dari kita cepat ‘jatuh hukum’ demo baru-baru ini ’salah’? masyarakat di sebelah sini menganggap demostrasi sebagai salah satu ‘channel’ menyampaikan mesej mereka kepada pihak-pihak tertentu dan mereka ini dianggap mengembalikan hak-hak mereka. Tetapi kenapa tidak dengan masyarakat kita?
about 2 years ago
nawawi, stand yang diambil akan mengambil kira keadaan dan persekitaran pada masa tersebut. stand tersebut adalah ‘akademik’ dan perlaksanaan mengikut zaman ada ‘industri’
Apa2 yg lahir dari akademik tidak semestinya 100% digunakan dalam industri. Mungkin perlu ubahsauai(dalam byk kes) untuk disesuaikan untuk industri.
sebagai cth Abu Saif bercakap dari sudut akademiknya. Kita ni kena lah sesuaikan dengan ‘industri’ kita.
about 2 years ago
Abu Saif said;
Oleh itu, saya ingin mengajak kita semua, pelajar dan pekerja, Salaf dan Khalaf, ahli PAS mahu pun JIM, ABIM dan Tabligh, agar sama-sama peka dengan politik. Memperkatakan tentang politik, jangan sempitkan kepada isu partisan semata. Ia terlalu luas dan murni sebagai satu cabang kehidupan dan disiplin pengetahuan
Saya menyahut seruan ustaz, insya’4JJI…
about 2 years ago
setuju!!agama dan politik tidak boleh dipisahkan…
about 2 years ago
Assalamualaikum wbt…
Awwal kalam,terima kasih tak terhingga kepada ustaz saiful kerana sudi keluarkan artikel yang bermanfaat ini.
Ana bersetuju ngan pandangan dan dalil2 yang ustaz war2kan.Syabas ana ucapkan kepada salah seorang ‘mujahid moden’ zaman sekarang kerna berani menyuarakan rasa kecewa n prihatin kepada pejuang2 islam!
Dalam kekalutan umat zaman sekarang,ramai yang masih tidak tahu erti dan mengapa Allah SWT perintahkan Muhammad SAW sebagai rasul kepada umat Islam.Ana lihat dari sudut kaca mata pihak orientalis,umat Islam sekarang ibarat ‘menunggu hujan turun tatkala melihat langit mendung’ yang bermaksud:Umat Islam sekarang hanya sekadar menyaksi pihak kuffar memijak-mijak n menghina agama kita secara umum tanpa ada tindakan.
Sampai bila kita harus menunggu PM Malaysia bertukar tangan kepada pihak pembangkang sedangkan kita hanya bersenang lenang n goyang kaki di rumah.
Jadi,ana seru kepada diri ana sendiri dan seluruh umat Islam agar bangkit dari lena dan berjuang habis2an menegakkan amar makruf dan mencegah nahi mungkar.
Wassalam.
about 2 years ago
Salam…
Pendapat saya, masalahnya bukan salafi atau ultra salafi atau super salafi atau mega salafi atau hyper salafi. Jgn bertopengkan umno dgn istilah salafi….
about 2 years ago
Salam ya ustaz,
Itulah dilema kita. Seringkali orang ramai mahukan kita berbuat semua perkara yg mereka perbuat sedangkan kita punya limitasi tertentu.
Pemikiran yg terkandung pelbagai falasi (kesalahan berfikir) mmg sentiasa wujud dlm masyarakat. Dulu juga pernah sy ingatkan di Idealis-Mahasiswa bahawa seruan “Tidak boleh menegur pemerintah secara terbuka” sbg apa yg Saidina Ali k.w. sifatkan “kata yg benar tetapi bermaksud batil”. Entah siapalah yg mahu menegur pemerintah.
Mungkin mereka lupa dgn Sabda Rasul s.a.w. tentang Perjanjian Fudhul (Hilf Al-Fudhul). Mungkin mereka terlalu terbangkit dgn kegemilangan empayar sedangkan zaman telah bertukar kpd negara bangsa dan konsensus telah memilih Raja Berpelembagaan sbg struktur sistem yg mengatur masyarakat.
Dlm hal ini, bukan sahaja pemerintah dan pembangkang, malah kita org awam yg mahu berpartisipasi harus mampu mendepani perubahan zaman tanpa menanggalkan prinsip2 Islam (non partisan tak sama dgn non participation ya!). Cabaran ini saya pulangkan kpd diri saya dan kita semua.
Sedih juga sy mendengar bila ada yg meremehkan perkongsian ustaz ttg hidup di Ireland, perihal kedoktoran dan hal2 yg tidak menuju terus kpd politik. Politik mmg hitam dan putih, tak pernah puas dgn jalur kelabu.
Mungkin elok sy perkongsikan pandangan sdr Wahyu, teman dari Indonesia yg sempat berkongsi pandangan pada tahun 2001 ttg jayanya gerakan reformasi yg digerakkan mahasiswa di Indonesia bahawa “kegagalan pemerintah adalah cermin kegagalan (fikiran) rakyat ttg masalah masyarakat dan negara”.
Dalam erti kata lain, byk urusan hidup rakyat yg tidak lurus. Tak perlu pergi jauh..beratur nak masuk LRT pun susah nak disiplinkan..
Ruang reformasi terlalu luas, cuma kita yg mahu terlibat dlm ruang ini harus sedia menghubungkan satu fenomena dgn satu fenomena yg lain agar upaya pembaharuan dpt dilihat sbg 1 sistem.
reformasi (dieja dgn huruf kecil = proses panjang pembaikan) manakala Reformasi (dieja dgn huruf besar merujuk kpd fenomena politik 1998 yg masih berlanjut hingga kini).
Harus ada garis pemisah yg jelas tentang itu. Saya tidak mahu memberi komentar ttg Dr. Maza. Saya hanya mahu mendoakan beliau sihat dan dpt melaksanakan tugasnya sbg yg sepatutnya.
Memang saya bersetuju perhimpunan aman BERSIH punya implikasi panjang. Saya harap Dr. Maza juga sedar setiap bahagian ungkapan beliau sbg Mufti juga punya implikasi panjang apatah lg bila didokong oleh pendokong penguasa dgn segala kekuatan jentera kerajaan untuk meneruskan falasi mereka.
Tidak membenarkan menegur pemerintah tidak pernah beerti membiarkan kezaliman.
Saya tak dpt bayangkan jika Bush mahu menyelamatkan diri dari orang Islam, beliau memilih mengisytiharkan dirinya Islam..adakah saat itu kelompok Ultra Salaf akan bermatian membelanya?
Maaf kerana fikiran yang nakal..
about 2 years ago
nabi nuh berdakwah 900 tahun lebih, nabi musa dan harun berdakwah kepada fir’aun… namun, tiada mereka diminta berdemo walau keras tindakan yg dikenakan kpd mereka…
about 2 years ago
aslm wbt.
Merek yang banyak songeh ni, kalau tak suka bicara bab politik, tak payahlah baca. Kalau nak orang menulis apa yang kalian suka sahaja, pergilah buat blog sendiri.
about 2 years ago
Salam ya ustaz..
Alhamdulillah. Hanya Allah SWT jua yang memberi ilham dan kefahaman agama kepada hambaNya yang mencari dan memilih kebenaran dengan bersungguh-sungguh. Artikel ustaz, insyaAllah, harap dapat meleraikan kekusutan pemikiran rakyat dan umat yang sedia kusut atau dikusut oleh pelbagai orang/kumpulan/sistem. Boleh disebarkan-sebarkan ni. Syukran ya ustaz..
about 2 years ago
salam,
Artikel yg bagus dan menyelikkan lagi pandangan berpolitik kita di negara ini. bagi yg melihat politik dengan mata hati yg sempit sia-sialah artikel sebagus ini.
Jangan jadikan salafisme benang halus tapi berbisa yang menjerat seterusnya menghalang umat dari menegakkan keadilan dan kesyumulan Islam.
about 2 years ago
Salam politik
1. Samada disedari atau tidak, soal politik adalah soal kepimpinan. Apa tujuan Allah menjadikan manusia di Bumi ini, sekiranya tidak menjadi pemimpin? Khalifah di atas Bumi Allah. Kalau kita faham perlunya kepimpinan di peringkat keuarga, maka begitulah pentingnya kepimpinna di kalangan sekumpulan keluarga (kampung, daerah, negeri dan negara). Tidak timbul bahawa politik itu kotor kerana politik itu sebahagian dari Islam dan Islam tidak pernah kotor, hanya penganutnya yang menjadi kotor, disebabkan tidak memahami kehendakNya.
2. Kotornya pemimpin adalah kerana kotornya yang dipimpin. Demi demokrasi (penuh atau sebahagian), yang dipimpin mahu menyuarakan pendapat masing-masing. Samada berilmu atau tidak, masing-masing mahu menggunakan hak sebagai seorang individu yang hidup bermasyarakat. Kalau diketepikan hak menentukan pemimpin, sudah pasti mereka akan memberontak dan mengatakan pemimpin mereka tidak menghormati mereka kerana tidak memberikan hak menentukan pemimpin.
3. Kesedaran kepada kepimpinan memang redah di kalangan Muslim. Mereka tahu ada nas yang mengatakan, sekiranya terdapat lebih dari dua orang dalam kumpulan, maka seorang dari mereka perlu dilantik untuk memimpin atau menjadi ketua. Di dalam solat berjemaah, itulah yang hendak diutarakan, soal kepimpinan. Tetapi kita semua terlebih maklum, solah yang dihidupkan, mati sejurus selepas memberi salam. Bila imam membuat salah semasa solat, baru kita akan dapat lihat yang dipimpin faham soal kepimpinan atau tidak, nak berpisah atau nak bersama meneruskan solat bersama imam?
4. Allah menjadikan manusia sebagai khalifah di kalangan mahluk, setelah diberikan ilmu asas. Allah mengharapkan seterusnya manusia mencari ilmu untuk meneruskan kekhalifahannya. Maka kaum yang tidak berusaha menambah ilmu, bukan sahaja terpinggir dari menjadi pemimpin, malah dilihat kadang-kadang tidak juga sesuai dipimpin sebagai manusia, iaitu mempunyai hak kebebasan untuk dipimpin. Sebahagian besarnya menunjukkan sikap tidak boleh dipimpin secara demokrasi, kerana tidak mahu memahami atau berilmu tentang bagaimana hendak menjadi yang dipimpin.
5. Menjadi pemimpin perlu kefahaman tentang kerjasama dan kerja sama-sama. Mengimbangi kedua-duanya perlu dibust secara bijak. Ada pemimpin yang hanya menjadi wakil suara dari yang dipimpin, maka tiada pembaharuan yang akan berlaku kerana segalanya adalah berdasarkan suara majoriti yang dipimpin. Kita perlukan pemimpin yang membuat pembaharuan dengan merumus dari suara majoriti, sesuatu yang baru dari ideanya sendiri. Pada dasarnya sama dengan suara majoriti, tetapi pada hasilnya, mendatangkan sesuatu yang di atas dari yang dipimpin harapkan. Kalau yang dipimpin mengharapkan kebaikan, pemimpin menghasilkan kecemerlangan.
6. Masalah timbul apabila yang dipimpin tidak berilmu untuk membezakan kebaikan dan kecemerlangan. Maka pemimpin beradaptasi menjadi, yang mewakili suara yang dipimpin bulat-bulat. Tanpa ada pembaharuan. Demi mengekalkan era kepimpinannya. Terbentuklah kecenderungan mencari populariti, dengan mengabaikan perjuangan sebenar yang harus dicapai. Apabila kecenderungan ini berjangkit keseluruh perusuk bahagian perjuangan, maka terbentuklah ciri-ciri politik kotor, yang hanya menggunakan kuasa pasaran kemahuan manusia secara menyeluruh. Manusia dijadikan sangat minat kepada yang popular, termasuklah dalam berbudaya (berpolitik) dan beragama.
7. Kita perlu berbangga bagaimanapun, adanya kebebasan terkawal, suasana politik demokrasi berparliment (beraja). Mungkin ada yang merasakan ia tidak berfungsi sepenuhnya, tetapi selagi kita dapat menggunakan akal dengan sempurna, tujuan utama kita memilih sistem tersebut akan dicapai. Kebabasan berfikir dengan akal yang sempurna berlatar-belakangkan suasana kehidupan yang bebas, akan memastikan tujuan kehidupan dapat dipimpin ke arah mencapai kebebabasan hidup hakiki, yang semestinya merangkumi kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Kejayaan melaksanakan Syariat dan Sunnah Allah swt.
about 2 years ago
Assalamualaikum….
Hmmm… entry #1k. Menarik… jazakallahu khairal jaza’ ya akhi. Anta telah meletakkan saifulislam.com dalam keadaan lebih berwarna-warni. Tidaklah begitu sahaja dan tidaklah ia begini semata-mata. Semoga sekalian pengunjung pula lebih faham dengan warna kehidupan yang direstui Allah. Sibghah Allah.
Apa yang boleh ana ucapkan hanyalah teruskan perjuangan. Seperti yang pernah dibualkan, Biar serendah manapun semangat yang dirasakan lantaran komen yang pelbagai namun ada insan lain yang akan rasa bersemangat apabila berkunjung ke saifulislam.com. Kalau empunya saifulislam.com dapat ‘memberi’ dalam erti yang lebih bersemangat maka sudah tentu pula semangat tersebut akan dapat diterima sama oleh pengunjung. Semangat itu pula sudah tentu ada pro dan kontranya.
Tidaklah pula ’semangat’ ini dirujuk kepada semangat padi, semangat waja, semangat tubuh badan akan tetapi semangat tersendiri yang ada dalam saifulislam.com yang dapat ‘memberi’ kepada insan yang memerlukan.
Sekian dulu. Bittaufiq wannajah insyaAllah utk exam nanti. Wassalam.
about 2 years ago
Saya setuju dgn article ust …. Saya rasa sebagai orang beriman kita sepatutnya mengatakan yg hak itu hak dan yg batil itu batil.Kita patut juga memahami situasi semasa termasuk hal ehwal politik,supaya umat Islam tidak tersalah langkah.
Tetapi saya rasa dalam perkara2 yg melibatkan kepentingan bersama,umat Islam mestilah bersatu,seperti menolak pencerobohan golongan kafir ke atas umat Islam,pembebasan Baitul Makdis,menolak penghinaan ke atas Nabi Muhammad saw dan sebagainya.Dalam perkara seperti ini golongan Islamits,nasionalist sepatutnya mencari jalan untuk berada sehaluan dan mengelak perbezaan.Dalam keadaan tertentu umat Islam patut mengunakan bahasa berdiplomasi,bukan bahasa menyalah satu sama lain.
about 2 years ago
setuju dgn stand ustaz tentang kenyataan dr asri..
about 2 years ago
artikel yang paling menarik bagi ana .. : ) sepanjang melayari saifulislam .
about 2 years ago
Artikel2 kekeluargaan tu untuk sesi taaruf. Para pembaca akan merasa dekat dengan ustaz. Cerita2 ustaz di sana-sini untuk proses tafahum dengan cara berfikir ustaz. Oh, rupa2nya bila nak sampai ke marhalah takaful ada masalah sikit. Takkan pemikir sehebat ustaz mengambil sikap berkecuali di dalam isu2 politik. Tak macho tu…
about 2 years ago
Salam…
Nawawi nawawi…(org kelantan kalu ulang cakap macam tu ada benda la tu)
Betul ustaz, saya pernah ada kawan yang sindir ustaz..katanya ustaz hasrizal jiwang…dok citer pasal bini beranak la and so on…Kalu ikut hati saya nak lempang jer budak tu..tapi nak buat mcm mana, he is my seniour..huhuhu.
Betul Masri, org yang tak suka BERSIH atau politik baik jangan baca..nati sakit hati…
Takut2 jadi macam nawawi..huhuhu, sori sheikh nawawi, we are same path but not same clothes…
about 2 years ago
maybe mereka juga fikir nabi saw jiwang sebab pernah berlumba lari dengan isterinya aishah…
what can I say… jantan tak bertempat
about 2 years ago
kite dah tegur pemimpin cara baik mula2,tapi diorg wat dunno..dah kite ada kuasa ber ‘demo’,apa salahnye???takkan nak ikut islam hadhari paklah kot…ke nak ikut sheikh nawawi??..camne tu nawawi,??kalau ikut islam hadhari paklah,konsert halal,demo haram..asalkan dapat permit suma halal…
about 2 years ago
salam;
Gelombang kuning merempuh bandaraya kuala lumpur. Gelombong mengarah pada dan meminta pada satu institusi monarki yang pernah satu masa dijatuhkan dengan konsensus rakyat.
Gelombang Rakyat vs @ = monarki
Hari ini kuasa monarki itu pula dipohon untuk memberi keadilan pada rakyat. Moga-moga Allah menetapkan indvidu yang memegang kuasa monarki itu agar Adil dan Berani; kerana jika tidak, Rakyat akan sekali lagi kecewa. Ini bukan kali pertama kuasa monarki diharapkan dalam menuntut keadilan. Saya sempat berada di Kota Bangkok setahun lalu ketika usai coup d’etat, yang mana pemimpin hartawan Thaksin digulingkan oleh para tentera yang memakai riben kuning. Rasa serba salah untuk berkunjung ke kota Bangkok di tenteramkan oleh para teman aktivis di sana dengan jaminan bahwa ini adalah Royal Coup d’etat. Keselamatan rakyat dan asing terjamin. Usai semalam kunjungan saya ke Swaziland (Afrika), telah juga mengajar saya satu pengajaran bermakna tentang demokrasi. Di sini, thesis yang bermain di fikiran saya terbukti apabila sebahagian rakyat Swaziland tidak punya rasa lain kecuali membenci kuasa monarki yang bagi mereka hanya menjaga kepentingan “monark”nya dan gagal memberi keadilan dan kebajikan pada rakyatnya dalam suasana demokrasi yang diciptakannya.
Maafkan saya Abu Saif, bukan untuk membawa antithesis pada wacana politik saudara, namun tergerak untuk menyatakan Sifulislam.com perlu satu langkah lebih ke hadapan.
Gelombang Rakyat = Gelombang Anwar Ibrahim 1997-98 @ Gelombang Shariati 1959 – 79
Gelombang kuning 10 November harus di dokong. Namun persoalan yang lebih mendalam harus ditanya. Demokrasi; kemudian apa? Terngiang-ngiang kata-kata seorang teman aktivis dari Switzerland (Eropah) dalam wacana berkenaan Demokrasi – ( “Demokrasi so what? Switzerland telah 700 tahun dengan demokrasi… dengan pendidikan, kesihatan percuma dan pelbagai lagi kenikmatan untuk rakyatnya. Namun 700 tahun demokrasi tidak dapat berbuat apa untuk memberi keadilan kepada rakyat yang ditindas atau dirampas haknya diluar persempadanan Swiss. Keadilan itu untuk siapa?” ) katanya-.
Revolusi @ reformasi @ transformasi
Saya punya satu thesis; perubahan yang dipaksa unuk berlaku dalam waktu yang cepat akan tidak dpat bertahan lama dan kembali pada sifat asalnya juga pada waktu yang segera. Mungkin Idea Newton dalam menanggapi peraturan fizika alam terguna pakai di sini dalam membaca teori dinamis politik massa. Gelombang kuning harus didokong. Mereka yang gentar mendokong adalah dayus. Namun mereka yang enggan bertanya dan menggerakkan persoalan “selepas ini apa?”, juga adalah mereka yang gagal memberi keadilan kepada Rakyat dan Alam. Jika persoalan ini berani dijawab maka kejengkelanan “orang autoritatif agama menggunakan agama untuk tujuan politik” akan cukup terserlah dalam waktu yang sama adalah satu topik kecil yang tidak perlu dipolemikkan. Pilihanraya yang adil dan bersih adalah satu tuntutan, dan tuntutan itu adalah benar. Namun tuntutan itu, sepertimana tuntutan kes VK Linggam pada keadilan Kehakimanan juga berada pada dedahan yang rapuh kerana polemik keadilan demokrasi dan kehakiman ini juga membawa maksud kepada beberapa pihak bahawa ke tidak demokrasian dan ketidak adilan yang mengekang hak keluar dan masuk mana agama, hak sama rata (equality not justice) antara semua kaum, hak memperolehi kerajaan sekular. Pengaruh kuasa oleh mereka yang menuntut keadilan dan demokrasi sebegitu juga kuat. Andaian saya walaupun tidak punya suara, namun bakal lebih kuat dari luangan “Allahu Akbar” yang memenuhi gelombang kuning sabtu lalu.
Sehubungan itu saya bertanya pada diri saya, kepada saudara saya Abu Saif dan pembaca dan komentator Saifulislam.com. Apa permintaan kita? dan wacana dan polemik yang bagaimana boleh menggentar resah dan gelisah ummah untuk bertanya atau mengangkat jari pada orang yang dipanggilnya “Wahai Zalim”.
Saya percaya “pembaca” Saifulislam.com punya potensi. Jangan biarkan potansi itu tidur bersama tidurnya umat dan tidurnya sebahagian pembaca disini yang gagal ber”reaksi” ketikamana saifulislam.com sesekali bersuara dalam nada-nada yang lebih serius, dalam dan menggentarkan.
Wasalam
Abu Saif Al Mahshari
Bertam
about 2 years ago
tambahan edit akhir para 4;
“… Namun 700 tahun demokrasi tidak dapat berbuat apa untuk memberi keadilan kepada rakyat yang ditindas atau dirampas haknya diluar persempadanan Swiss ‘oleh syarikat-syarikat Swiss’. Keadilan itu untuk siapa?”
about 2 years ago
Tambahan edit para 5 akhir (para 3 dari bawah);
“… Pengaruh kuasa oleh mereka ‘(sekular – liberal)’ yang menuntut keadilan dan demokrasi sebegitu juga kuat. Andaian saya walaupun ‘pengaruh kuasa (sekular -liberal) ini tidak punya suara ‘yang kuat’ sabtu lalu, namun bakal ‘punyapengaruh kuasa’ lebih kuat dari luangan “Allahu Akbar” yang memenuhi gelombang kuning sabtu lalu.”
about 2 years ago
Ada ulama’ pemerintah kata demonstrasi jalanan itu haram dalam Islam.
Kekadang pelik juga Ulama kerajaan ni.. yang melibatkan pembangkang semua haram belaka, sedangkan yang jelas haram seperti kilang arak & pusat judi tak berani ditegur pula.
Apa yang mereka buat digambarkan dalam media semua betul belaka..
Media Malaysia memang tak ada maruah.. terutama pemimpin yang mengawal dengan memberi penekanan kepada mereka yang bertugas di media supaya tidak bebas.
Mereka yang menyokong dan memberi undi pada pemerintah juga termasuk dalam golongan ini.. tiada maruah.
Mereka yang bersikap `skeptikal’, enggan mengundi & melarikan diri dari proses pilihanraya juga tiada maruah.. kononnya politik kotor! Akhirnya suara Islam makin berkubur..
Mana nak letak muka dihari pengadilan Tuhan..
about 2 years ago
salam..
eh!hilang dah ke posting yg ana komen first sekali tu..baru je nk tgk komen org lain..sape2 x minat politik byk lagi artikel boleh baca dlm saifulislam.com nih..jangan mengada sangat..buat blog sendiri lagi baik..tulis sendiri, bace sendiri..puas hati..gagal memahami tujuan penulisan Ustaz Hasrizal..
about 2 years ago
keluar je video di Youtube.com ana terus masuk saifulislam.com,al-ahkam.net, drmaza punye blog..dan juga fiqhmusafir-blog ust maszlee…nk tgk komentar..setakat ni saifulislam.com dan al-ahkam.net sahaja panas dgn isu ni..ust maszlee sibuk dgn research kot..dan mungkin sebab jauh duk di UK(mcm ana juga)…Moga DrMAZA dikuatkan hati untuk terus teguh dengan pendirian..ameen.
about 2 years ago
Telah begitu lama fikiran masyarakat kita telah terperosok dengan hujah untuk mengasingkan hal politik dalam kehidupan harian,
bukan satu tugas mudah untuk melupuskan pemikiran sedemikian sehinggakan abusaif pun terkena tempiasnya apabila sekadar cuba-cuba menyentuh secara kasar sahaja persoalan keadilan dan kezaliman dalam pemerintahan.
padahal kuasa politik itulah yang banyak mencorakkan keadaan hidup kita sekarang dan yang sangat penting untuk halatuju generasi anak cucu kita di masa depan..jika kuasa pemerintahan diperolehi oleh mereka yang tiada amanahnya, kesannya boleh dijangka dan ianya jelas kelihatan.
SS Dr. Maza mungkin merujuk kepada kesan himpunan seperti kes contoh sebilangan kedai yang terpaksa ditutup pada hari tersebut, tetapi mungkin beliau gagal membaca kenyataan beberapa pekedai yang telah diminta untuk berlakon olok-olok dan mengeluarkan pengakuan kepada RTM yang mereka telah mengalami banyak kerugian kerana terpaksa menutup kedai.
about 2 years ago
WOW!!! inilah artikel yang sangat MANTAP!!!
kami warga east midlands mengucapkan TAHNIAH dan terima kasih kepada abu saif.
Betul2 dah betulkan minda aku yang sebelum ni tak faham….
kepada yang lain, tulis lagi. kita nak banyak lagi macam ni.
about 2 years ago
Assalamualaikum wbt.
Sekadar memberi pendapat.
Mungkin kerana tiada lagi pemerinatahn Islam skrg ni, umat Islam berbeza pendapat bagaimana utk kita menegur pemerintah. Macam yg ustaz kata, golongan ‘ultra salafi’ mengatakan haram utk kita menegur pemerintah secara terbuka, dengan memberikan pelbagai contoh contoh dr hadis Rasulullah. Manakala segolongan lagi mengatakan oleh kerana Malaysia menggunapakai prinsip demonstrasi, maka mengadakan demonstrasi ataupun menegur dalam parlimen bukanlah termasuk dalam perkara yg dilarang oleh agama, selagi kita tidak melampaui batas.
Dalam kita memperjuangkan kedua dua prinsip ini, kita perlu sedar ada pihak pihak yg akan cuba menangguk di air keruh. Golongan pemerintah yg menggemari pendapat ‘ultra salafi’ ini akan meng’quote’ kata kata mereka utk dijadikan perisai supaya rakyat tidak menunjukkan kekuatan bangkangan mereka. Begitu juga dalam kita mempertikaikan kekejaman kerajaan, ada pihak yg akan menggunakan pendapat yg satu lagi utk membenarkan segala macam cacian dan celaan, walaupun dalam konteks yg jelas bertentangan dengan agama.
Sukar sekali utk kita menemukan persamaan dalam kedua dua pendapat yg jelas bertentangan ini. Namun, setiap muslim ada peranannya masing masing, tak kira mereka yg berpegang kpd pandangan ultra salafi mahupun pendapat yg umum.
Mereka yg ultra salafi, sekiranya menegur pemerintah secara terbuka dikira tidak boleh, maka mereka perlu menemui cara lain utk menegur dalam negara yg berprinsip demokrasi. Saya berpendapat kalau mereka berpegang kpd prinsip tidak boleh terbuka dalam menegur pemerintah, mereka tidaklah akan menghebohkan pada yg lain bahawa mereka telah menegur pemerintah; menjadikan cara mereka itu cuma boleh dinilai oleh mereka sendiri. Utk menjadikan proses ini lebih diterima ramai, maka perlulah dijelaskan ada cara umum yg boleh digunakan, spt yg dijelaskan oleh u.Hasrizal (eg: email, mesyuarat dgn pemerintah setiap bulan).
Bagi mereka yg memegang pendapat yg satu lagi, maka dalam menyuburkan proses demokrasi, perlulah kita berjaga jaga agar tidak melampaui hadis hadis rasulullah, tidak menyerang peribadi ataupun menggunakan kata kata cacian yg menghina seolahnya kita confirm masuk syurga manakala pihak lain confirm masuk neraka. Menegur perlulah dalam perasaan sayang sesama Islam, bukan kerana ingin membiarkan mereka lebih hanyut.
Sekadar pendapat.
about 2 years ago
salaam… ustaz berusaha menjelaskan ape yg perlu kita JELAS mengenainya, maka bersedialah utk memberi peluang pd diri utk LEBIH JELAS akan isu agama ini. Allahumma faqqih-hu fiddin, wa ‘al-limhu- ta’wil…ameen!
about 2 years ago
sebagai pelajar…na tidak bebas untuk berparti tapi na bebas untuk berpolitik…..sebab na ada otak untuk berfikir……dan na tidak mampu untuk membekukan otak na bila na melihat pelbagai suasana di sekeliling na
about 2 years ago
Salam.. Sangat kagum dengan artikel yang ke-1000 ini.
Ia membuatkan saya berfikir kembali tentang laungan ultra-salafi supaya tidak menegur pemerintah zalim secara terbuka dan pada had manakah ketaatan pada pemerintah perlu ditunjukkan.
Walaupun saya tak ‘menyertai’ BERSIH hari sabtu lalu kerana masih berhempas pulas dengan exam, namun saya masih peka tentang apa yang berlaku.
Alhamdulillah teguran Ustaz pada Ustaz Asri sememangnya ikhlas dan menyindir sinis. Dr Asri pun manusia juga….
about 2 years ago
Alhamdulillah..
Memang Agama dan Politik berjalan seiringan..
Wajib ia sebegitu..
Wallahua’lam..
about 2 years ago
Salam
Saya sedar bahawa dalam kepelbagaian gerakan, ada yg cenderung mengharapkan hadir kenyataan2 dari mereka yg punya pengaruh utk menolak kenyataan2 dari pihak yg sememangnya kita pilih utk tidak bersetuju (kadang2 tanpa hujah)..
Justeru, saya harap saya dan kita semua dapat kekal berlaku adil dan tidak keterlaluan membenci peribadi mana2 pun. Adalah lebih baik kita hadirkan kasih sayang dalam teguran2 kita biarpun kadang2 bunyinya keras.
Ustaz Asri, Ustaz Hasrizal malah sesiapa juga di kalangan kita yang bernama manusia ini tidak akan pernah sunyi dari salah dan silap..dan pada Allah s.w.t. jugalah kita bergantung harap.
Janganlah artikel2 ustaz yang menyebelahi pandangan yg kita sejahtera maka ia jadi alat melaga-lagakan dan artikel yang tidak kita sejahtera dgnnya jadi alat berlaku sangsi.
Tegakkan martabat ilmu dan kemuliaan insan!
about 2 years ago
salam syeikh hasrizal…
1- tahniah atas artikel ke 1000, ana antara yg mengangkat ibu jari tanda setuju..! seronok baca artikel tu… kerana artikel itu adalah ANTA sendiri…
2- kekadang teladan dari cerita seorang ayah dgn seorang anak dan seekor kaldai yg terkenal tu cukup menggambarkan masyarakat kita pada hari ini…
Apapun… doa ana…semoga Allah SWT sentiasa membantu anta ya syeikh… dan kita semua… AMIN.
about 2 years ago
Alhamdulillah, rasa saya artikel kali ini yang paling banyak menerima respon. Jelaslah, satu wadah diperlukan untuk kita bebas bersuara dalam sebuah negara yang mengamalkan “demokrasi” tapi sayangnya ada kuasa-kuasa yang mengekang. Yang tak setuju tu, sebenarnya takut Saifulislam.com hilang di alam siber. Bukan senang nak memuaskan hati semua pihak. Bukan begitu ustaz?
about 2 years ago
askm,
terima kasih dan tahniah ustaz kerana menghasilkan artikel yg. padat dan tepat dalam konteks semasa. Tidak keterlaluan jika boleh disebut sebagai contoh baik bagi konsep fiqh-ul-waaqi, sesuai dgn. iklim semasa corak politik di negaraku. Syabas kepada mereka yg. terlibat dengan gelombang kuning. Terasa semangat berkobar dalam diri walau dari jauh. Mudahan gelombang tersebut menyuntik semangat para perjuang utk. turus menegakkan keadilan di tanah air. Sekadar ingin berkongsi perasaan bila mendengar respon menteri ZAM kpd. koresponden Al-Jazeera. MALU, SEDIH dan TERHINA sungguh rasanya menjadi rakyat yg. mempunyai menteri sebegini. Sunggunh teruk perangai, emosional, tidak profesional dan penuh prasangka. Dgn. bahasa tunggang langgang, memotong percakapan tak kena tempatnya..malangnya dpt menteri sebegini..ishh..geram betul aku..org. sebegini patut kena hukum krn malukan negara!!.
about 2 years ago
Ustaz;
Saya rasa Dr MAZA tak pernah merasai suasana Islam di negeri bukan Islam. Lihatlah di UK atau Australia. Demostrasi adalah perkara biasa dan polis akan menjagi demonstrator supaya tidak diganggu. Tak pun buruk imej negara mereka. Kebajikan rakyatnya first class. Kebebasan bersuaranya first class. Layanan kepada orang berlainan pendapat seperti pembangkang adalah first class. Adakah mungkin Malaysia menjadi negara maju sedangkan mindanya masih kolot?
Tunjuk perasaan bukannya bertentangan dengan Islam. Lihatlah ibadat haji. Apa guna disyariatkan melontar di jamrah kepada syaitan yang tak kelihatan itu kalau bukan untuk tunjuk perasaan anti-syaitan.
Dr MAZA seharusnya malu dengan harga skrew driver yang dua tiga ringgit menjadi puluhan atau ratusan ringgit itu. Dr MAZA seharusnya malu dengan bilangan pembuangan bayi yang banyak itu. Dr MAZA seharusnya malu dengan orang miskin dan ditimpa bencana yang tidak sampai bantuan. Dr MAZA patut malu dengan mat rempit berlumba itu. Dr MAZA patut malu dengan perbahasan agama dan ikhtilaf di Kalangan orang awam yang tak menngertipun Bahasa Arab yang sering bertaklik kepada MAZA sendiri.
Itulah yang dia patut malu bukannya menentang kezaliman, kemungkaran dan ketidak adilan. Menentang kemungkaran dan kezaliman adalah prinsip seperti menentang bidaah juga. Apatah lagi kemungkaran dan kezaliman itu dilakukan oleh orang besar manakan bidaah itu dilakukan oleh orang kerdil yang bodoh, sudah tentulah menentang kemungkaran dan kezaliman itu lebih utama.
Syabas Ustaz Abu Saif.
about 2 years ago
Salam Ustaz,
Ana sokong anta shaikh drz! betoi tu.
about 2 years ago
Dahlaa tu memperkatakan banyak banyak pasal org lain. Mana kita nak tahu dia rasa malu ke tidak. Bila seseorang menyokong org buat A, tak semestinya dia jadi against kepada org yg buat B. Apatah lagi kalau perkara A + B tu baik, kemungkinan besar sesorang tu akan menyokong kedua duanya sekali.
Seolahnya kita tahu apa yg org fikir.
about 2 years ago
Terima kasih atas komen yang begitu banyak. Lagi 7 komen, artikel ni boleh masuk dalam top ten. Tetapi setiap komen akan di’convert’, sama ada jadi kebajikan, atau jadi bencana… so hati-hati ya.
Lega.. exam sudah selesai. Tapi tidaklah pula rehat namanya, macam student undergraduate. Esok kuliah maghrib di wangsa maju. lusa ada kursus, jumaat ke penang untuk kursus hospital mesra ibadah. tak rehat juga nampaknya…
Suka saya ingatkan sekali lagi, saya tidak memusuhi SS Mufti Perlis atas dasar peribadi. Maka janganlah pula ada yang menganggap bahawa artikel saya ini berguna untuk menjustifikasikan permusuhan peribadi dengan peribadi. Apa yang kita perkatakan adalah bersandarkan hujah.
Apa yang paling penting adalah komitmen kita dengan Akhlaq. Sepanjang Ramadhan, banyak artikel yang telah saya tulis untuk emphasize bahawa “kuat sejati ialah pada keupayaan mengawal diri ketika marah”. Kawal diri kalau suka sangat dengan sesuatu, kawal diri juga semasa marah atau bencikan sesuatu.
Nanti saya sambung lagi. Nak luruskan tulang belakang sat. Letih…
about 2 years ago
Setiap entry di saifulislam.com bukan untuk dipandang dan dinilai dengan mata kasar, tapi pandang dan nilailah dengan mata hati, terus ke dalam sanubari, kemudian tepuk dada tanya diri sendiri, jangan hanya pandai menunding jari, BARU KAU TAHU APA KEBENARAN YANG HAKIKI!!!
P/s: Ustaz Hasrizal teruskan perjuangan anda!!! kami akan terus menyokong ANDA!!!
about 2 years ago
Salam ya Ustaz, ana pernah terbaca satu hadis Rasul s.a.w. tentang suka sesuatu tp jgn suka sangat2, dan benci sesuatu jgn benci sangat2 (mohon dibetuli jika salah).
InsyaAllah, bg mereka yang jelas pencarian, pertembungan peribadi bukanlah jadi maksud tp idea dan hujah.
Cuma seperkara diingatkan bahawa sistem yg kita rancang sunnatullahnya tidak bergerak sendiri melainkan ada manusia yg menggerakkannya. Justeru, dlm mengguna pakai label Islam dlm gerakan dan sbgnya, diri kita akan memalit secara tak langsung segala kebaikan dan keburukan kpd struktur. Cthnya; bila kita katakan kita perjuangkan Islam dan memilih platform PAS sbg wadah. Segala akhlaq baik dan maki hamun (jika ada) tetap akan disandarkan kpd parti.
Begitulah harus kita memahami kenapa Islam dilihat dari penganutnya dan bukan dari ajaran Al-Quran dan contoh mulia Baginda s.a.w..
Semoga saya dan kita semua selalu sedar.
about 2 years ago
Salam.
Tahniah, dah habis exam dan terima kasih dengan tulisan ke 1k ini.
Komen yang negatig pasal politik tu kat mana? Ana cari tak jumpa le plak. Dah di”bersih”kan ker?
about 2 years ago
Salam
Akhi Amin, saya setuju dengan “sistem yg kita rancang sunnatullahnya tidak bergerak sendiri melainkan ada manusia yg menggerakkannya” atau dalam lain perkataan manusia membuat pilihan dan hasil yang berlaku adalah berdasarkan pilihan kita. Sangat perlu difahami.
Akhi Elbariti, Kaifa Hal? Kalau jumpa highlightlah sikit!
about 2 years ago
Salamun ‘alaikum.
Sering juga melawat ahkam dan saifulislam. Di ahkam, sememangnya “panas”. Ana cuma harapkan agar komen2 di saifulislam tidaklah se”panas” seperti di ahkam. In other words, kurangkan pengaruh emosi “terlebih” dalam memberikan komen.
Terima kasih.
about 2 years ago
saya akan visit semula discussion di al-ahkam.net tu selepas hari penamaan calon pilihanraya umum akan datang, insya Allah
about 2 years ago
salamun ‘alaikum,
Terkenang kembali artikel ust hasrizal tentang “siapa aku sebenarnya?” yang mana kebenaran itu tidak mengenal pakej2 aliran.
Relevannya ana mengaitkan dengan situasi sekarang, adalah kerana ana concern dengan situasi yang mana segelintir daripada kita mungkin mula “kurang senang” dengan dr MAZA selepas isu ini sehingga menyebabkan enggan dan “reluctant” untuk mendengar kuliah2 bermanfaat daripada beliau.
Maka, ingin mengingatkan diri dan sahabat2, agar jangan kerana tidak bersetujunya kita dengan sesuatu aspek daripada seseorang, maka kita terus sahaja menolak keseluruhan kelebihan yang ada padanya. Yang ruginya adalah kita.
Wallahu’alam.
salam dari adelaide. (tengah study week =) )
about 2 years ago
Inilah barang yang hilang dari umat Islam iaitu Hikmah dan Bijaksana…Ana tak nampak pon isu ini akan bertukar menjadi satu perkara yang berbau emosi sekiranya kita mengambil pendekatan berlapang dada….
Yerlah siapa yang tak panas telinga apabila mahagurunya dikecam dengan pelbagai dakwaan dan tuduhan!!
Entahlah…kadang-kadang ana pon jadi confius!!!!
about 2 years ago
Assalamualaikum Ustaz Hasrizal..
Boleh ana tanya, ustaz guna nick/username apa di al-ahkam.net? Ana guna nama ana sendiri, amzari sebagai username di sana, tapi sudah lama tak pergi laman al-ahkam.
wassalam
about 2 years ago
Maaf ustaz Hasrizal, baru jumpa username. Ustaz guna username yang sama dengan nama Ustaz di laman tersebut, ingatkan guna username lain. Maaf lagi sekali.
about 2 years ago
salam…ana dengar pihak lawan pun turun berdemo lepas bersih berdemo. Dengar kata KJ jadi orang utama dalam demo tu. Ana tak pasti sebab sumbar kurang jelas lagi. Tapi ada gambar KJ rempuh FRU.
Jadi, ana terfikir la…kalau BERSIH berdemo haram, sama la KJ pun berdemo, haram jugak kan? Jadi, macamana ni ye?
about 2 years ago
huh..
panjang perjalanan artikel baru ustz nie.. penuh pro n kontra.. wat pertama kalinya saya xbersetuju ngn dr asri secara total.. sy bersetuju ngn ustz dlm hal nie.. berbeza pendapat perkara biasa, harap mereka yg xbersetuju ngn dr asri jgn terus menghukum sesuatu yg tdk benar pdnya.. begitu juga sebaliknya.. harap2 kita sama2 akan dipertemukan dgn kebenaran.. anyway, artikel ni sgt bgs.. gud work ustz..
about 2 years ago
Akak harap kenyataan ustaz ini kita sebatikan dalam diri agar kita tidak ditertawakan. Semua media massa adalah milik kerajaan jadi media yang kita ada perlulah digunakan secara optimum. Seperti yang ustaz tekankan, fikirkan ’substance over form’. Pengisian kita perlu mantap, iaitulah Ilmiah Tanpa Nota Kaki.
Eh ubai_upm, lama tak nampak. Biarlaj siapa pun yang berdemo selepas ini, yang penting kita tahu kenapa kita berdemo. Tetapkan pendirian kita, walaupun kita belum menang sejak dulu lagi iktikad dan pendirian kita terhadap kezaliman akan diperhitung oleh Allah SWT. Untuk menetapkan pendirian kita memerlukan hujah yang kukuh, bukan untuk berdebat dengan orang lain tetapi untuk diri sendiri.
Semenjak Reformasi 1998, kesedaran politik orang ramai seolah2 meningkat begitu juga kefahaman terhadap Islam, tetapi rupa2nya Tipah Tertipu!!! Teringat kata2 ustaz dalam ceramah Habit 5, ada orang berada di masjid kerana rumah tidak selesa bukannya kerana kesedaran Islam. Akak rasa faktor2nya telah banyak ustaz perkatakan di dalam artikel2 sebelum ini.
about 2 years ago
Setuju dengan drZ, “ibarat gajah depan mata tidak nampak sebaliknya kuman nun jauh di sana yang kelihatan..” Ganjil tapi betul!!
Buat Nawawi, jika inginkan kebenaran:
http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=125&Itemid=95
Di dalamnya ada hujah berkenaan demontrasi.
Syabas Abu Saif..
about 2 years ago
Semua orang wajib ‘celik’ politik. Tidak perlu kita ‘apologetic’ dalam kita berpolitik asalkan politik kita bermatlamat untuk kemenangan Islam. Insya’Allah.
about 2 years ago
Khas buat Nawawi..
hujah berkaitan demontrasi..
about 2 years ago
Salam po litik
1. Sebagaimana kita tidak perlu menjadi imam untuk mendapat 27 darjah, bergitu juga kita tidak perlu menjadi ahli politik untuk berpolitik. Sebagimana kita menjadi ahli masyarakat yang membentuk sebuah negara (yang kemuadian mendokong ummah), kita tidak perlu menjadi pemimpin tertinggi untuk meninggalkan kesan kepada masyarakat. Pemimpin yang baik memerlukan pengikut yang baik dan bergitulah sebaliknya. Keseluruhan suasana masyarakat bernegara dan berpolitik tidak hanya bergantung kepada beberapa orang atau kumpulan jemaah yang memimpin sahaja. Semua memainkan peranan ayng besar.
2. Saya tertarik dengan Tiaph yang asyik tertipu, di dalam semua bidang. Seperti kata Kak Ija “kesedaran politik orang ramai seolah2 meningkat begitu juga kefahaman terhadap Islam, tetapi rupa2nya Tipah Tertipu!!!”. Orang ramai Malaysia terutama Melayu Islam baru tersedar tentang kepentingan politik atau kepimpinan, walaupun pekara kepempinan telah lama terpahat di dalam Al Quran. Apabila tersedar (dari tidur) maka sifat Glokal (Glabah dan Kalut, mengikut kata Ahki Muhtar Suhaili) menguasai diri, terkecualilah penidur professional. Masing-masing mencari dahan untuk berpaut. Rapuh tak rapuh belakang kira. Asalkan nampak macam dahan, termasuk yang lapuk di dalam dan dicat baru di luar, pun jadilah untuk membentuk keyakinan diri berpaut pada sesuatu.
3. Maka apa saya warna yang melambai, kuning ke, hijau ke, biru ke, tidak menjadi kisah. “Tahawwur ialah keberanian manusia menempuh suatu hal meskipun menurut pertimbangan akal yang waras perkara itu tidak sewajarnya ditempuh. Punca kepada timbulnya sikap berani membabi buta ialah lantaran darah marah yang mendidih yang timbul dari nafsu membalas dendam” jelas Ahki Muhtar Suhaili. Segala rational berhubung dengan tindakkan yang perlu diambil menjadi kurang proiritinya. Sifat inilah yang dieksploit oleh penganjur selalunya untuk menjayakan kemahuan mereka.
4. Ustaz Hasrizal sentiasa mengingatkan “Apa yang paling penting adalah komitmen kita dengan Akhlaq. Sepanjang Ramadhan, banyak artikel yang telah saya tulis untuk emphasize bahawa “kuat sejati ialah pada keupayaan mengawal diri ketika marah”. Kawal diri kalau suka sangat dengan sesuatu, kawal diri juga semasa marah atau bencikan sesuatu.” Dan kadang-kadang (hampir selalu sebenarnya) menurut Akhi Amin Ahmad “sememangnya kita pilih utk tidak bersetuju (kadang2 tanpa hujah)..”. Tiada alasan yang dapat difikirkan dengan rational, bahkan hanya menurut emosi (dari pengaruh lambaian warna-warna melambai lembut di atas).
5. MemBERSIH adalah proses yang sehat. Tujuan yang sangat baik dan murni. Tetapi tujuan sahaja tidak dapat menjamin hasil yang sempurna. Kerana tujuan tidak menghalalkan cara, sebagaimana cara yang salah juga tidak akan mencapai kepada tujuan dan matlamat. Ustaz pilih Surah Al Maaon, kerana salah satunya mengandungi amaran keras Allah kepada mereka yang mendirikan tiang agama (solah). Cara yang salah atau proses yang tidak mencapai tujuan (seperti solat yang tidak mencegah kepada fahsa dan mungkar) akan hanya mendapat balasan buruk dari Allah. Begitu juga tujuan BERSIH dengan cara yang kurang bersih.
6. Akhi Drz yang mengatakan “Saya rasa Dr MAZA tak pernah merasai suasana Islam di negeri bukan Islam”, perlu memahami mengapa Ustaz Harizal cenderung kepada kata-kata Muhammad Abduh berhubung “Di Paris, ada Islam tanpa Muslim, tetapi di Mesir ada Muslim tanpa Islam”. Dengan berpuluh demo pun tidak akan dapat menyenangkan kerja Dr MAZA dan mufti-mufti lain di Malaysia, untuk mereka sahaja membentras segala kegiatan tidak diingini. Semuanya terpulang keapda team-work. Pemimpin dan yang dipimpin. Kedua-dua perlu pro-aktif.
7. Saya tidak merasakan BA akan dapat menangani masaalah yang BN hadapi dengan cara pemikiran dan pendekatan yang sediaada pada BA sekarang. Memang saya sendiri suka melaungkan reformasi, tajdid, anti-ultra-ke, mini-ke, salafi, tetapi laungan-laungan tersebut perlu datang dari akal rational, dan bukan hanya dari lambaian lembut warna-warna yang memperjuangkan jalan pintas. Jalan dan mengembara (jasmani dan rohani) untuk membuat rumusan dari nota-nota kaki yang ada, berhubung carakerja bagaimana yang akan memberikan hasil yang lumayan. Sunnah Allah menunggu pilihan kita.
about 2 years ago
salam..
ya.. celik politik itu perlu. Bukan sekadar celik politik negara. tapi celiklah politik yang melanda dunia.’Kebangkitan rakyat menuntut demokrasi’ memang satu-satunya gelombang yang diimpi oleh Yahudi dan Amerika untuk melanda dunia. Mereka beri dokongan malah media massa dunia turut sensasi kepada seruan dan gelombang itu.
Orang islam marah apabila Iraq dan Afghanistan diceroboh Amerika. Namun semua orang islam ‘pro demokrasi’ mahu tak mahu tetap mengangguk bersetuju di Iraq dan Afghanistan tak ada demokrasi bawah taliban dan saddam.
Perkembangan dunia hari ini langsung tak dipandang gerakan islam atau pejuang, padahal umum tahu, rencana penyebaran demokrasi dan leberalisasi sedang hebat digerakkan malah Bush semakin ghairah menyokong mana-mana pembangkang yang sudi menjadi pendokong gerakan menuntut demokrasi secara tak demokrasi yakni secara reformasi, rusuhan, rapat umum dan bantahan yang mampu memberikan imej bahawa negara itu tenat dan rakyat menderita.
samada malaysia sedang menderita atau tidak, boleh difikir dan direnungi sendiri oleh rakyat dengan muhasabah serba sedikit dengan negara-negara yang bergolak itu. Namun jangan sampai merosakkan negara mengikut aspirasi dan keinginan musuh, yang sangat sukakan huru hara berlaku.
mahasiswa , pemuda, pemudi perlu ada pendirian politik malah tak menyalahi agenda memperkasa orang muda.
saya ada pendirian politik juga (ada saya karang di blog saya), tapi siapa mahu kisah pandangan dan pemikiran orang muda. semua orang dewasa persetankan saya sejak kecil.
about 2 years ago
mfrstudio, ada baik pengalaman hitam peribadi tidak dijadikan asas pertimbangan.
Ana pun kalau ikutkan zaman remaja pernah di’persetan’kan dan kerana itu memotivasi ana hampir jadi setan.
Tapi tidakkah nabi SAW pernah berdoa kepada Allah org Thaif itu dari kalangan orang yang tidak mengerti. Ana ada seribu alasan untuk menolak berbuat kebaikan.
about 2 years ago
Salam
Akhi Mfrstudio, Ish ish ish … Jangan setan persetan … Baca dulu ni http://saifulislam.com/?p=10#comment-8564. Saya akan lawat laman Ahki kemudian.
about 2 years ago
sdra mfrstudio..
1 pandangan yg mencerahkan. tp sy fikir sdr x perlu mengeluh soal dipersetankan. org muda harus punya kesabaran dan strategi utk itu.
sy fikir persoalan liberalisasi dan demokrasi yg sdr tunjuk sbg racun dlm perjuangan itu harus diperhalusi. sy tidak menolak ruang2 yg mungkin disalahguna melalui demokrasi dan liberalisasi. dan jgn lupa, atas nama Islam juga wujud ruang2 yg boleh disalahguna.
sy tidak fikir wajar utk sy letakkan liberalisasi, demokrasi dan islam di 1 tingkat yg sama. Demokrasi serta liberalisasi adalah cara. Memusuhi liberalisasi dan demokrasi secara umum hanya akan menguatkan hegemoni politik US dan Zionis.
cukup utk saya pertanyakan – apakah teori ekonomi islam bg melawan teori ekonomi liberal? sekurang-kurangnya karl marx telah mendepankan teorinya sbg alternatif. sbtlnya soalan ini yg saya pertanyakan dlm sesi sumbang saran ekonomi bersama Akademi Sains Islam utk sama2 saya dan kita semua fikirkan.
US dan Zionis tak akan terusik selagi mana kita terpaksa mengikuti teori2 dlm penyusunan masyarakat yg diasaskan mereka atau sekurang2nya dikembangkan mereka secara sungguh2. selagi mana kita hanya menggunapakai, bukan memimpin, kita tidak akan mengungguli mereka. ya, kita ada Islam..justeru, kita harus kemukakan model dan seharusnya berupaya memberi alternatif yg lebih kukuh.
Islam bukan hanya label dan permusuhan. Sebahagian dari urusan umat ini telah disabdakan Rasul s.a.w. bahawa “kamu yang lebih tahu”.
Soal ke mana hala tuju kita, kita yg berupaya tentukan. Jika nak dikira buruk baik, komputer dgn kemudahan internet ni pun terlalu byk unsur negatif bersamanya..tapi x ada pula yg mahu buang komputer.
Pokoknya mungkin ada pada tingkah laku dan akhlak manusia.
about 2 years ago
saya berpandangan, mfr tak berapa kena dengan generalize banyak perkara…
Saya rasa, ini bukan kesekapatan semua orang Islam yang pro demokrasi.
Ini juga suatu bentuk generalization
Jangan berhenti. Teruskan menulis dan mengkaji.
Anyway, apabila kita meminta kerajaan supaya komited dengan prinsip-prinsip demokrasi, kita mungkin merujuk kepada demokrasi yang lain dari demokrasi yang dipegang oleh kerajaan. Sebagaimana sekularisma ada pelbagai definisi, begitu juga dengan demokrasi
Jadi, elok kita hadkan maksud kita, andai merujuk kepada BERSIH baru-baru ini, bahawa yang dituntut dalam kerangka demokrasi itu ialah satu dua tiga empat tuntutan yang terdapat di dalam memorandum. Berkisar tentang keadilan, ketelusan… yang mana semua ini adalah prinsip Islam, biar atas nama apa sekali pun kita menyebutnya.
Apabila saya menulis sokongan saya kepada BERSIH, ini tidak bermakna saya juga meminjamkan sokongan saya kepada idea DSAI untuk menganjurkan satu lagi demonstrasi 3 minggu dari tarikh BERSIH. Juga ura-ura demo yang nak diadakan di Batu Burok beberapa hari lepas. Kalau kuning memanjang, nanti sedap sahaja ia diistilahkan sebagai BUDAYA KUNING yang semua orang tahu apa maksudnya.
Malah saya juga terpinga-pinga dengan artikel ini http://asia.news.yahoo.com/071113/3/3avw2.html
Oleh yang demikian, sama-samalah kita ikat discussion kita dengan lebih specific terhadap apa yang diperkatakan.
Jika Bush mahukan demokrasi dan kita mahukan demokrasi, ia tidak menjadikan Bush dan kita sama. Seperti makcik dan kambing yang kedua-duanya meminati daun sireh.
about 2 years ago
Ramai org gagal memisahkan ruang tipis antara idea dan pemuka idea. Sebagaimana saya tulis sebelum ini soal ‘idea tidak bergerak sendiri’.
Apapun, Allah s.w.t. telah meletakkan keteguhan peribadi umat ini melalui sabdanya “Janganlah kebencian kamu kepada satu golongan itu menjadikan kamu tidak berlaku adil..”
Amat berat utk berlaku adil. Sepanjang pengalaman saya, bila ada slogan2 yg saya yakin dan ulang di mana2 pertemuan, saya akan diuji dgnnya. Cthnya kita tuntut keadilan, maka kita akan diberi pangkat dan akan dihadapkan dgn ujian sama ada kita mampu memberi keadilan.
Di saat2 yg begitu, saya sering sedar bahawa benarlah sabda Rasul s.a.w. agar kita jgn menyukai atau membenci seorang sgt2 dan berusahalah meletakkan sesuatu pd tempatnya (berlaku adil).
Semoga saya dan kita semua belajar sesuatu. Bagi yang tidak berupaya, nasihat elders tabligh yang masih sy ingat sampai sekarang ialah “Bila kita buat usaha dakwah, jgn fikir tentang upaya diri kita. Kita makhluk yg serba lemah. Justeru, jumpalah manusia utk dakwah dengan membawa kudrat Allah s.w.t.”.
about 2 years ago
ya ustaz,
sy telah sms sahabat saya, sdr nik nazmi menyatakan bantahan peribadi usul demo lagi 3 minggu dr DSAI.
dan sy mahu menyeru rakyat menolak cdgn ini..
ustaz, sy suka tamsilan makcik dan kambing tu..
about 2 years ago
DSAI seolah-olah ketagih rapat umum sedemikian. Secara peribadi saya juga tidak bersetuju diadakan lagi pada masa terdekat. Tetapi tindakan susulan amat perlu bagi tidak menjadikan perkara ini ‘bermusim’.
Rakyat perlu terus disedarkan kesedaran mereka berpolitik. Berpolitik bukan sekadar erti kata masuk parti politik, tetapi sekurang-kurangnya cakna politik semasa.
Rakyat perlu disedarkan bahawa berpolitik (termasuk cakna politik) bukan sesuatu yang sinful. Menyokong pembangkang is not sinful.
about 2 years ago
saudara amin ahmad menulis,
cukup utk saya pertanyakan – apakah teori ekonomi islam bg melawan teori ekonomi liberal? sekurang-kurangnya karl marx telah mendepankan teorinya sbg alternatif. sbtlnya soalan ini yg saya pertanyakan dlm sesi sumbang saran ekonomi bersama Akademi Sains Islam utk sama2 saya dan kita semua fikirkan.
respon saya,
itulah saya katakan saya sering dipersetankan. mana ada orang nak kisah apa idea orang muda.saya juga kemukakan teori ekonomi islam yang dapat saya fikir dan kaji selama ini untuk melawan ekonomi kapitalis dan liberal. dan tulisan itu ada di blog saya bersama-sama artikel tentang politik yang saya pampangkan sebagai satu-satunya entri di blog saya itu.
saya petikkan isinya:
“Untuk menjayakan pelan ini, mereka lakukan dua perkara.Pertama, menindas ekonomi umat Islam hingga mereka itu bodoh dalam berekonomi, hingga tak mampu keluarkan produk makanan sendiri, hingga semua mereka meletakkan diri sebagai peserta ekonomi kapitalis.Padahal jika umat Islam berpadu gigit dengan geraham pada tali-tali ukhuwwah dan hidup secara Islam dengan muamalah sesama umat di tahap yang optimum, Yahudi dan Amerika dan seluruh dunia yang akan terpaksa menjadi peserta ekonomi Islam. Muamalah Islam meletakkan umat Islam tidak boleh terlibat dengan riba,maka semua bank kapitalis tidak disertai umat Islam, akan tetapi umat Islam mempunyai bank sendiri. Umat Islam juga disuruh berjual beli dengan adil, maka siapakah yang paling adil timbangan harga barangan selain peniaga islam yang bertaqwa? Maka jual-beli, penghasilan produk umat Islam akan berlaku dengan cergas malah akan turut ditambah dengan kemasukan penyertaan kaum bukan Islam. Islam mengajar akan halal dan haram makanan dan produk yang digunakan umat, maka ini memberikan jaminan semua umat Islam adalah peserta ekonomi umat. Keuntungan perniagaan Islam hasil dari muamalah tadi tidak berhenti setakat itu. Mereka dikenakan zakat oleh Islam, dan ini menjadikan ekonomi Islam itu tidak berlegar-legar di kalangan peniaga semata-mata tetapi disebarkan dan dinikmati semula oleh pengguna terutama fakir dan miskin, dan umat-umat yang berjuang.”
selanjutnya ada di blog saya.
buat ustaz hasrizal, saya tak generalized, sebab itu saya letakkan pembuka dan penutup kata pada perkataan ‘pro demokrasi’.
bila DSAI cadang nak buat demo lagi, memang itu adalah tujuan demo dari awal. supaya dah demo, akan demo lagi, hingga media massa yang dihubungi dari awal supaya datang masa 10 nov lalu, dapat buat liputan lagi, supaya dunia nampak malaysia sebaris pakistan yang perlu dinasihati Amerika dan dunia.
tahukah kalian, bahawa Bush sudah terang-terang menyokong Benazir dan memberi kata dua pada musharraf agar mengikut kehendak pembangkang pakistan. Begitu juga Jepun sudah mengugut menarik bantuan pada pakistan kerana musharraf menangkap pemimpin pembangkang? itu adalah bukti gerakan menuntut demokrasi dokongan amerika untuk mempersiapkan idealogi demokrasi style amerika diwujudkan di serata dunia.
jika nanti kaum gay ingin berhimpun bogel di dataran merdeka, bukan lagi masalah. kerana kerajaan yang naik pernah menentang usaha menghalang perhimpunan rakyat sebagai mencabul hak asasi bersuara dan berhimpun.
Berkenaan dengan BERSIH dan memorandumnya, seakan-akan menafikan perubahan yang telah dibuat SPR termasuk SPR telah menerima cadangan menggunakan dakwat dan pemantauan undi pos oleh MAFREL. padahal siapa tak tahu MAFREL itu ahlinya ramai penyokong DSAI.
about 2 years ago
Paling tidak makcik letak perasa dan kambing tidak. Memang dua-dua makan sirih tapi makcik mencari kenimaktan tetapi kambing mencari keperluan. Sudah pasti berbeza. Jadi apa perlunya nak adakan lagi, demo, demo (mereka) yang nak berdemo lagi ni.
about 2 years ago
Suatu ketika dahulu, saya amat meminati freemason. Minat kerana suka mengetahui geraklaku dan tatacara mereka. Dan hampir semua kejadian didunia saya nak kaitkan dengan freemason. US didokongi freemason. Economic turmoil dikuasai freemason, semuanya nak generalized sebagai freemason.
Ketika itu mungkin saya terlupa yang saya pernah belajar tauhid bahawa segalanya diaturkan oleh Allah “kullun fi falakin” dan allah adalah sebaik2 master planner “Wa makaru wa makarallah, wallahu khairu makirin”
about 2 years ago
ro ya alip dhod tulis,
Ketika itu mungkin saya terlupa yang saya pernah belajar tauhid bahawa segalanya diaturkan oleh Allah “kullun fi falakin” dan allah adalah sebaik2 master planner “Wa makaru wa makarallah, wallahu khairu makirin”
saya respon,
saya pun sebutkan tentang hal itu di ceramah politik saya di youtube,
http://www.youtube.com/watch?v=I6il58K6eXE
about 2 years ago
“Dalam perkara seperti ini golongan Islamits,nasionalist sepatutnya mencari jalan untuk berada sehaluan dan mengelak perbezaan.Dalam keadaan tertentu umat Islam patut mengunakan bahasa berdiplomasi,bukan bahasa menyalah satu sama lain.” -komen #34
Saya tak berapa pandai nak komen tapi apa yang saya faham, Islam membenarkan perbezaan pendapat. Sebab itu kita ada konsep musyawarah di dalam Islam. Malah di zaman Imam2 mazhab kita dahulu, mereka mempunyai pendapat2 yg berbeza ttg sesuatu masalah ibadah. Kita tidak boleh takut atau benci akan konsep musyawarah yg dinamik. Yang penting ialah prinsip/asas pemikiran kita biarlah Lillahi taala.
Saya setuju mesti ada diplomasi.
about 2 years ago
macam semua berebut dan jadi comment ke 100 je ni.
mfrstudio, saya diofis tak dapat nak dengar youtube, kalau boleh bagi text ceramah politik tu bagus juga.
p/s: dapat ke komen ni jadi komen ke-100 ni?
about 2 years ago
ro ya alif dhod,
saya ini hanya orang muda. saya bukan penceramah pun. tapi saya telah menyahut untuk celik politik sejak darjah 4. semua idea dan pendirian saya dipersetankan saja. kini saya berumur 22 tahun dan masih bercakap tentang idea-idea saya di sekolah dulu. saya hanya cuba-cuba saja dedahkan beberapa idea di blog dan youtube. saya dah tahu awal-awal lagi semua orang akan gelak saja. oleh itu, tak payahlah saya beri text ceramah itu. (ceramah di youtube pun buat spontan je)
about 2 years ago
1. Pak Lah ada menyebutkan bahawa kalau nak memilih tunggulah sampai pilihraya nanti. Soalnya ialah kita perlukan mechanism mengubah SPR, orang yang akan menjadi pengadil, siapa menang siapa kalah?, dan itu tidak boleh dijalankan serentak dengan pilihanraya! Kita tahu itu tujuan BERSIH, tetapi caranya perlu diperhalusi. Bukan dengan merelakan diri unutk dimandikan air berubat yang kemudian menaikkan semangat untuk memperjuangkan sesuatu.
2. Saya sokong cadangan berdiplomasi 100% dan bukan dengan ‘melantik’ seseorang menjadi ketua setan. Bagaimana boleh kita menerima orang-orang yang tergamak memberi gelaran sedemikian dan mengharapkan mereka ini akan lebih baik dari yang ada?. Yang ada tidaklah seteruk mana, dan tidak pernah mengelar orang lain sebegitu. http://www.youtube.com/watch?v=qDyH9qtBp8Q
about 2 years ago
untuk pak din, saya kumpulkan versi yang penuh mengenai cela mencela PAS-PKR-UMNO,
http://www.youtube.com/watch?v=IPh9rlKDDwM
about 2 years ago
yang saya tahu di malaysia ni ,sebut politik bermaksud HITAM atau PUTIH…
penyokong PAS kena sokong seratus peratus apa yang PAS buat, begitu juga penyokong UMNO kena sokong apa yang UMNO buat ….
kebaikan dari mana2 pihak akan di pandang sepi oleh parti lawan…
yang rugi siapa?
about 2 years ago
yang berlawan ni orang tua je. tapi yang bingung nya bila org muda sambung berlawan. itu tak perlu. orang muda patut ada aspirasi yang dah lama rakyat dan bangsa melayu mengeluh, iaitu konflik pas-umno.
orang muda patut baiki semua yg rosak yang ada dlm perjuangan politik org tua. orang tua ni orang lama. dah kena sepak terajang politik, sebab itu mesti ada nostalgia, dendam, dan kenangan.
kita orang muda tak berkaitan. kita orang muda merintis penyatuan. kita orang muda sifatnya membaiki. kita orang muda sifatnya mengukuh apa yang rapuh. kita orang muda perlu letakkan watak-watak baru yang lebih baik dari orang2 tua.
yang lapar diberi makan. yang merempat diberi teduh. yang susah disenangkan. yang sakit diubati. yang lalai diingatkan. yang sesat dipimpin ke jalan benar.
tapi orang muda yang ramai tak mahu dengar dan fokus pada aspirasi ini. orang muda nak malas-malas. nak gelak-gelak. nak suka-suka. nak terjah terjah. nak bahaya bahaya. nak saspen saspen. akhirnya sudahlah orang tua merugi, orang muda sambung membinasa.
orang muda bukan sekadar kena celik politik, tapi celik cara, kaedah, strategi dan matlamat. bukan main ikut sambung je.
about 2 years ago
bukan orang muda tak sedar, ada yang sedar, tapi tak berani nak ubah
http://www.youtube.com/watch?v=uEzcSf3VAVw
about 2 years ago
Menarik juga bila isu ini yang diketengahkan daripada satu sudut yang lain. Tapi, bila melihati hujah mahupun contoh yang dikeluarkan, saya lebih berat untuk menyifatkannya sebagai ‘generalisation’. Sebagai contoh, usaha menegakkan ‘demokrasi’ di Pakistan mungkin mendapat sokongan Barat (US khasnya), tapi usaha yang sama di Turki adakah mendapat sokongan yang sama.
Namun semua orang mempunyai pendirian sendiri bukan? .
Sama ada isu dipersetankan tidak, pada saya bukanlah itu persoalannya.
Yang penting, seperti abu saif katakan, mesti ada sifat mencari kebenaran: ya’ni teruskan menulis dan mengkaji….
Langkah berikutnya, berusaha mendekatkan kebenaran yang kita pegang dengan masyarakat. Untuk orang yang buat bisnes- ‘Customers are always right’. Untuk Daie pembacaan terhadap mad’u amat perlu. Tertarik dengan Pakdi yang mempunyai blog, menganjurkan seminar agar masyarakat celik kewangan. Pendek kata, teruskanlah berusaha…Janganlah tua sebelum tiba masanya Cherio
about 2 years ago
bagus la peserta demo…jaga disiplin…
diorg kumpul tue nk luahkan rasa x puas hati..bukan nk buat kecoh
demo aman!!!
fru yg buat kacau…dr pagi lagi dh ready….atas arahan sape??pk sendri
mana demokrasi???demokrasi acuan sendri….
yg buat kalut..tu ha fru….aduss..dia pi sembur…
cuba x sembur….kawal kt tepi cukup la…yg pi sembur buat pa???diorg x buat apa pun…
mmg pengecut…
about 2 years ago
rilek clean. sabar2. masih traume ke?
benar sprti andaian klu tang ni. fuh.. mau beratus komen.
saya setuju dgn pernyataan abu saif. melihatkan konteks tujuan dan intipati perjalanan bersih itu sendiri. sbrg kritikan yg abu saif nyatakan perlu dilihat pada isinya. bukan pada peribadi org yg dikritik.
barakAllahu fikum
apa kata semua teruskan usaha mem’BERSIH’kan pemikiran kawan2 kita daripada men’JELEK’kan (segan nak tulis ‘kotor’) ruangan komen di blog ni. tak sume la. khas bg yg makan cili + padi + api..
allahua’lam
about 2 years ago
hebat entry kali ini. melonjak sebagai antara entry paling byk comment dalam masa yg singkat. panjang2 pulak tu comment2nya.
ana sangat berharap politik tidak lagi menjadi taboo kepada orang melayu(Islam). Baik yang kerja sendiri/kerajaan/swasta. Anasir2 yang mendorong kepada taboo ini mesti dihentikan. Supaya politik malaysia sesedap air tebu. Sedap diminum tetapi mesti diperah, seperah-perahnya.
about 2 years ago
kesian ke mak cik-makcik dan pakcik-pakcik yang kat kampung nu!!menjadi mangsa kepada percaturan ahli-ahli politik yang tak punyai sedikit pon maruah dan jati diri ni…
sehingga menjadikan maruah orang-orang kampung ni sama nilai dengan kain batik dan sarung kadang-kadang lebih rendah dari tu lagi!!!kesian-kesian….
inilah nasib agama dan bangsa kita pabila kuasa itu berada pada tangan yang tak selayaknya…malang sungguh nasib bangsaku!!!
about 2 years ago
#98 RIDWANTO UTM Says:
November 14th, 2007 at 6:17 pm
yang saya tahu di malaysia ni ,sebut politik bermaksud HITAM atau PUTIH…
penyokong PAS kena sokong seratus peratus apa yang PAS buat, begitu juga penyokong UMNO kena sokong apa yang UMNO buat ….
kebaikan dari mana2 pihak akan di pandang sepi oleh parti lawan…
yang rugi siapa? ”
——————————————————————————————–
terlalu umum sangat . Banyak juga apa yg BN buat mendapat sokongan pembangkang [ Jambatan kedua - isu palestin - banteras gejala sosial - koridor -modal insan]. Dan ada juga apa yang BA buat mendapat sokongan Kjaan walaupun senyap2 [cuti 2 Bulan utk istri - cuti 2 hari seminggu -ar rahnu ]
Dlm perhimpunan agung PAS ..pemimpin dipersoal dan diasak [ kjaan kata PAS dah berpecah ]
Dlm perhimpunan agung UMNO pemimpin dipuji dibuai dengan sokongan tak berbelah bagi [ depa kata ini tandanya bersatu ]
Entahlah … apa2 aja
Jadi janganlah generalise umum macam tu .
psstt : dah termasuk dlm golongan ratus : )
about 2 years ago
Apa jua komen, kita ucapkan syabas kepada Unit Amal Dewan Pemuda pas yang berbaju maroon sepanjang demonstrasi, mereka yang ke depan dan mereka juga yang terakhir meninggalkan demo dengan mengutip segala saki baki sampah sarap yang ditinggalkan.
Akhlak islam yang mulia yang ditunjukkan Unit Amal pemuda pas, wajar dipuji..
Matlamat sementara telah dicapai, mungkin juga elok jika semangat BERSIH diteruskan dengan memakai baju kuning pada setiap hari Sabtu sebagaimana saranan Ketua pemuda Pas YB Salahuddin Ayub.
Tak perlu nak berdemo lagi buat masa terdekat.. Reserve energy untuk pilihanraya umum.
about 2 years ago
Salam;
Ro ya alif Dhod – how exciting aint it to get more than 100 comments??Probably if we would line up the comments into few categories such as expressions (good, awesome etc), emotions (hampeh, kesian-kesian etc), questions and clarification and last but not least critique and knowledge sharing. Which i would assume the first two would encompassed 75% of the whole 100 and the other 25% or less would be the 3rd and 4th category.
We are back that was seemingly similar to what and qouting Abu Saif said “Islam sampah”.
And of course – Politics does do that to people, especially when we are “just talking about politics” as most of the politician do. Yes, we should not seperate politics from Religion especially when the Religion is Al Deen. I believe that “political democracy based on party” does do such thing to people. Diverting people from Al Deen and the purpose of the Deen itself. I can give examples but let me just let you use your imagination. Generalization it may be, but using the same principle in the mostly Qouted statement in Saifulislam.com “In Malaysia, I can sometime see Islam among the Non Believer, and not seeing Islam among those who proclaim to be”.
Probably it is worth a while for Abu Saif to define again in simple arguements what is Politics in Islam. Maybe apart from Ibn Khaldun, al Tibr al masbuk fi nasihat al Muluk we can also see some logics behind Ali Abdul Raziq or even das kapital (Dont missqoute me there – i said “some”).
Back to BERSIH, the same principle goes with what now DSAI is saying – another BERSIH in 3 weeks. I’m just worried guys, that in repeatingly “slogan-ing” and even shouting about justice, transperency etc. We are not doing much work on the ground, not creating real change and solution and most worrying is there is a continuation in the absent of knowledge especially when arguementing the truth that Islam is the answer- “we” include the political party, the academia, the architect or engineers (let it be physical and social), duat, you and me. Be it defying neo liberal ideas, social family concepts, or even defining entertainment we are in a mess – so now Bersih is talking about Freedom, Transperency, Justice – those term does give different meaning to a liberal, socialist, nationalist, secularist, capitalist and an “Islamist” and “Islam mist”.
Politics is politics and my call as it is in my comment #42 that may have fallen into deaf ears – let not seperate ourselves from politics but we should move beyond politics -
p.s. a simple advice to MFR; the prophet had been called “Mad”, but he had never been called “Devil” or mempersetankan diriNya.
I rest my case.
wasalam
Abu Saif Al Mahshari
about 2 years ago
This entry has no significant value to those who are already familiar with arguments about politics from people like Niccolò Machiavelli, Clyde Coombs, Michael Doyle, Henry Kissinger or even our Ibn Khaldun. Of those who had already engaged with discussion around these ideas, will never suggest Saifulislam.Com not write anything about politics.
This article is meant for those who simply believe that politics are PAS, UMNO and Keadilan, so either I should only think about politics or as simple as what Badiuzzaman Said al-Nursi said, “I seek refuge with Allah from politics!”
It is enough at this stage to enlighten the target audience that politics are more than that, and definitely not everything.
So, Abu Saif Al Mahshari’s suggestion in comment #42 did not fall into deaf ears.
Philosophically, this article looked cheap, because it is meant to attack those who love cheaper Islam.
about 2 years ago
Assalamualaikum..
ni adalah kali pertama saya datang ke sini. kali pertama datang, terus memberi kesan yang begitu baik! Setelah membaca terus berkata, “Wow!” Cantik betul garapan dan cara penulisannya. Insyaallah, saya akan masukkan link saifulislam.com dalam blog2 yang saya miliki. Teruskan menulis!
about 2 years ago
assalamualaikum…
ade jugak yg ambik kesempatan nak ketuk Dr MAZA…
tak kan nk buat demo lagi..
x sudah2 self promotion…bile nk tonjol kualiti calon??
about 2 years ago
Salam.
Sdr mfr..saya rasa soal melawan ekonomi yg menindas bukanlah satu teori lengkap melainkan konsep. Sy harap sdr jelas bahawa teori ekonomi liberal dan teori ekonomi yg dikemukakan marx dan engels juga bertujuan melawan penindasan meski praktisnya kemudian dilihat punya lompong yg memungkinkan penindasan. Mungkin cth pemerintahan zaman Saidina Umar r.a. dpt kita bwkan di sini. Bukan niat beliau utk menjalankan ekonomi penindasan, tetapi seperi sering dikhabarkan dlm sirah sahabat sewaktu beliau berjalan2 di waktu malam di celah2 kota, rupanya masih ada rakyat yang so called ‘terpinggir’@tertindas!
Teori yang saya maksudkan di sini ialah cthnya spt berikut; Barat mengguna pakai Material sbg kayu ukur jatuh bangun ekonomi. Sebab itu budaya material jadi ukuran kita juga. Jika kita mengatakan ekonomi Islam itu utk mencapai keadilan. Apakah rumus dlm menentukan keadilan? Bagaimana kita mengukur keadilan? Jika bukan keadilan, cthnya taqwa. Bagaimana kita mengukur taqwa? Dari konsep2 spekulatif inilah kita harus bermula kpd perincian dan modus operandi.
Apakah formula yang dipakai oleh Khalifah Umar Abd Aziz dlm memastikan hebatnya ekonomi di zaman pemerintahan beliau hingga tidak ada penerima zakat lg? Tidak adakah org bukan Islam di zaman beliau? Jika ada, bagaimana bantuan disalurkan krn yg kita faham bahawa zakat punya asnaf2 penerimanya yg kita sering tegaskan bahawa zakat hanya untuk muslim.
Saya sangat perlukan pencerahan. Buntu juga memikirkan soalan ini saat bersama Prof. Shaharir Mohd Zin, Prof. Wan Nazari dan Tn Hj Wan Abd Rahman (bekas pensyarag UKM yg kini menjadi think tank PAS).
Saya kira kritik untuk aliran2 ekonomi yg kita sifatkan ‘tidak Islamik’ itu cukup banyak. Pokoknya kita akan sentiasa mengekor selagi ekonomi berpaksikan material yg dipelopor Barat.
Saya cenderung tidak mahu menyalahkan Barat sepenuhnya kerana wujudnya pelbagai teori2 mereka bukanlah bersandarkan cakap2 kosong di warung kopi atau forum internet bahkan mereka berbahas dengan sopan dan terbuka, mendahulukan hujah berbanding peribadi dsbgnya yg kita wajar contohi dan bukan syok sendiri dengan generalisasi dangkal kerana sikap inferiority complex kita sendiri!
Orang kita, kerana malas berfikir..cukup mudah merumuskan semua dari Barat yg kita tidak sejahtera dgnnya sbg KONSPIRASI!
Moga saya dan kita semua akan lebih faham.
about 2 years ago
Tambahan sedikit..
Di atas ini saya hanya memberi contoh tentang usaha yang masih kurang dari kelompok Islam dalam isu ekonomi. Itu belum merujuk teori2 dlm bidang lain yang cukup luas dan kita sifatkan diserap unsur sekularisme itu!
Agak menghairankan; kita gembira bila ada kebenaran Islam yang ditemui oleh bukan muslim (yang mungkin akhirnya memeluk Islam kerana itu). Tapi sejauh mana kita belajar methodologi mereka mencari kebenaran? Saya pulangkan soalan itu kepada saya sendiri dan kita semua. Mungkin ada yang tidak kena dengan cara kita menghayati Al-Quran. InsyaAllah dalam bidang pengkhususan saya, saya sedang usahakan hal ini.
Kadang2 saya terfikir tentang sabda Rasul s.a.w. tentang tanda kiamat “Cahaya matahari terbit dari Barat”..adakah Rasul s.a.w. memaksudkan ilmu2 yang membawa kebenaran Islam ini akan muncul dari Barat?
Berbahagialah mereka yang diberi kefahaman oleh Allah s.w.t.. Moga saya dan kita semua tergolong dalam kelompok ini.
about 2 years ago
jangan terbabas dari tajuk asal artikel ini ya
about 2 years ago
Buat Ummu Saif..
InsyaAllah, saya cukup pasti soal toleransi dan kerjasama mmg didambakan oleh semua pihak. Tapi toleransi tidak datang semudah itu apatah lagi bila kita membawa kepentingan yang pelbagai dalam perbincangan2 kita.
about 2 years ago
Haha..ya Ustaz, saya faham =
Waktu menaip pun saya dapat rasakan ustaz akan ingatkan hal ini. Tapi saya tulis juga sedikit agar tidak membiarkan hal yang ada tergantung.
Sekadar memberi beberapa contoh banyaknya tugas kita dlm mendepankan Islam dan perlunya kurang kita berpolitik hal remeh temeh.
Jika itu ketidakadilan, saya pohon maaf pada semua.
about 2 years ago
Hari ini Musa Hitam di utusan mengingatkan golongan muda untuk cakna politik. Politik sepatutnya meluruskan minda katanya. Tujuan artikel abu saif ini supaya kita cakna politik telah disahut oleh Musa Hitam.
Maaf ye bukan nak link kan Abu Saif dengan Musa Hitam. Yang benar perlu dinyatakan walau siapa yang mengatakannya.
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm
about 2 years ago
“..apa yang kita buat untuk Islam..”
“..apa yang kita buat untuk pertahankan Islam..”
cakaplah apa saja, berilah pendapat apa saja, buatlah apa saja..
jika kta yakin dgn kebenaran yang kta buat & cakap, ya teruskan..!! penilaian di sisi Allah SWT..
ahli umno,PAS, KeAdilan, ABIM, JIM, Tabligh, Salafi dan sesiapa shj…kta semua sama..
kelak, kta akan ditanya apa yang telah kta buat untuk Islam..
about 2 years ago
amin ahmad menulis,
Saya cenderung tidak mahu menyalahkan Barat sepenuhnya kerana wujudnya pelbagai teori2 mereka bukanlah bersandarkan cakap2 kosong di warung kopi atau forum internet bahkan mereka berbahas dengan sopan dan terbuka, mendahulukan hujah berbanding peribadi dsbgnya yg kita wajar contohi dan bukan syok sendiri dengan generalisasi dangkal kerana sikap inferiority complex kita sendiri!
Orang kita, kerana malas berfikir..cukup mudah merumuskan semua dari Barat yg kita tidak sejahtera dgnnya sbg KONSPIRASI!
saya respon,
jika segala tulisan anda itu merujuk kepada pendapat saya dalam artikel yang saya telah karangkan di blog sebagai bukti saya telah sahut untuk celik politik, anda telah menghairankan saya. Bercakap soal menyalahkan barat semata-mata dan segala yang berlaku di dunia adalah konspirasi, tak menunjukkan respon pada pendapat saya langsung!
penat saya karangkan artikel tentang pendirian politik saya (merangkumi juga aspek ekonomi, sosial,dan dakwah) itu, langsung tak dicerap atau diselidik oleh orang-orang dewasa yang meminta anak muda untuk berfikir, cakna dan sebagainya. apa perlu orang dewasa bising pasal nak suruh orang muda berfikir, cakna dan lain-lain jika bila mereka persembahkan idea, pendirian dan pendapat langsung tak disemak.
jika saudara amin ahmad berumur dewasa atau lebih tua dari saya yang 22 tahun ini, sila buktikan saudara mengambilpeduli pemikiran orang muda sama. sila semak dan baca seluruh isi kandungan tulisan saya di blog.
saya ingin tahu pandangan saudara. bila saya tengok saudara respon dengan kalimah ilmu cerah dari barat dan sebagainya, nampak sangat saudara tak ambil peduli isi kandungan dalam artikel saya betapa membina dunia ekonomi islam tak boleh menutup dari mengambil ilmu dari luar sama. saya petikkan pada saudara isi artikel itu,
“Agenda Industri Halal bukan semata-mata nak hasilkan produk untuk menembusi pasaran, tapi sewajarnya menjadi agenda untuk pejuang Islam membina dunia ekonomi baru yang terasing dari dunia ekonomi kapitalis. Ada yang menyebut itu suatu yang mustahil. Tidak, Jepun dan China pernah suatu masa dulu hidup dengan dasar tutup pintu. Adakah Jepun dan China mati sepanjang menjalankan dasar itu? Kita tak perlu tutup pintu sebegitu, tetapi kita perlu ada dunia ekonomi sendiri, kerana dunia ekonomi kapitalis itu sudah terang-terang bersuluh menindas dan menganiaya.
Kita tak perlu tutup pintu sebegitu kerana Rasulullah sendiri memberikan pilihan buat tebusan perang dari kalangan musuh islam untuk mengajarkan ilmu buat anak-anak umat seperti ilmu membaca dan mengira untuk mereka dibebaskan. Mengambil kelebihan dunia luar atau bangsa luar dari segi ilmu juga diamalkan oleh ramai ulama dengan mengumpul keilmuan sains dan matematik bangsa parsi dan yunani yang akhirnya membuatkan para ulama muncul cendikiawan terbilang yang akhirnya dirujuk oleh bangsa lain pula terutama eropah. Dengan keterbukaan dasar ilmu dan penutupan ekonomi dari dimasuki unsur zalim seperti konsep ekonomi kapitalis, umat islam bukan sekadar mampu bangkitkan sebuah tamadun, malah menjadi pemimpin dunia dan menyebarkan rahmat dakwah islam bukan lagi suatu yang sukar dan terhalang.”
about 2 years ago
Nampaknya seperti mfrstudio paranoid dgn orang dewasa. Saya juga hampir sezaman (umur lebih kurang) dengan mfrstudio.
Dalam satu meeting gerakan Islam, org muda terpaksa mendengar orang2 lama(berumur) mempertikaikan penggunaan perkataan “karnival” dalam program kerana Jom Heboh pun guna “karnival”. Yang muda-muda diam sahaja walaupun pada mereka ianya amat merugikan masa. Tapi orang muda harus tidak paranoid pada orang lama. Masa kita akan tiba, just a matter of time.
Segala apa yang kita fikirkan pada masa sekarang kita tak boleh paksa orang faham ia SEKARANG.
about 2 years ago
Saya fikir utk mengulas artikel panjang sdr semoleknya di medan sdr =
Di sini ialah medan Ustaz Hasrizal utk spark the idea..kalau semua org nak idea di laman masing2 didebatkan di sini, sy fikir Ustaz Hasrizal mungkin boleh berhenti menulis =
Saya membaca tulisan di Harakahdaily ttg agihan kekayaan yg dijanjikan PAS. Satu persoalan yg saya kongsi bersama Prof. Shaharir, Tn Hj Rahman dan Prof Wan Nazari dlm pertemuan kami tempoh hari ialah “di mana dan bagaimana kita nak dptkan sumber kekayaan yg nak diagihkan tu?”. “Bagaimana kita nak keluar dari hutang negara yang jika diagihkan kepada seluruh rakyat seorang berhutang kira2 USD5000 tu?”.
Kena berpijak di bumi nyata..kita bukan duduk dalam ruang vakum seolah2 semuanya bermula dari 0..
Jika sdr tanya sama ada sy peduli kpd org muda atau tak..saya hanya boleh tersenyum. Sdr pernah dgr tagline ‘Muda Hanya Sekali’?
about 2 years ago
sdr mfr; sy hrp sdr tidak berkecil hati..sy telah melalui zaman sdr yg penuh semangat dan keinginan ‘lakukan sekarang!’..
jika semudah memetik jari idea2 nak dilaksanakan..dunia hari ini telah aman =
about 2 years ago
assalamualaikum amin ahmad,
anda menulis dan saya telah senyum ketika membaca, iaitu:
Saya fikir utk mengulas artikel panjang sdr semoleknya di medan sdr =
Di sini ialah medan Ustaz Hasrizal utk spark the idea..kalau semua org nak idea di laman masing2 didebatkan di sini, sy fikir Ustaz Hasrizal mungkin boleh berhenti menulis =
saya respon,
saya hanya menjumpai anda di sini. dan saya baca respon anda pada saya di sini. dan anda terlepas pandang agaknya, saya telah menjemput anda beri pandangan di blog saya setelah disemak semuanya jika anda benar-benar mahu peduli pada orang muda.(atau jika anda orang muda sebaya saya, itu lebih bagus, kerana tulisan saya dituju pada orang muda)
saya petik kembali pelawaan saya pada anda di msg yang lepas:
jika saudara amin ahmad berumur dewasa atau lebih tua dari saya yang 22 tahun ini, sila buktikan saudara mengambilpeduli pemikiran orang muda sama. sila semak dan baca seluruh isi kandungan tulisan saya di blog.
saya ingin tahu pandangan saudara.
sudah normal bagi sesiapa yang nak komen artikel di blog akan tinggalkan komennya di blog itu sendiri. oleh itu bukan niat saya nak berbincang pandangan saya di sini. sebab itu saya petikkan sedikit saja.
saya jemput semua orang dewasa yang mendakwa diri peduli pada idea orang muda boleh buktikan anda peduli dengan ke blog saya.
mengapa saya terhegeh-hegeh tinggalkan komen di sini, padahal saya jadi pelawat senyap pada entri ustaz hasrizal yang lain? kerana ustaz hasrizal yang suruh orang muda peduli politik, dan saya nak maklumkan pada ustaz hasrizal dan mana-mana orang yang setuju dengan ustaz hasrizal, bahawa memang ada orang muda peduli politik tapi idea mereka tak pernah dipedulikan.
ro ya alip dhod,
saya memang sedar hal itu malah memang sudah banyak kali ada pengalaman sebegitu. saya sudah lama tutup blog saya, tapi saya buka semata-mata nak papar entri itu dan nak lihat adakah ada orang dewasa betul-betul peduli idea kita orang muda. saya akan tutup lepas 2-3 bulan nanti. saya memang tahu, kita orang muda perlu lihat saja dan hanya bertindak lepas kita jadi dewasa kelak.
about 2 years ago
Jika sdr peka, blog saya cukup jelas dgn tagline ‘Muda Hanya Sekali’. Saya tidak fikir idea org muda ditolak sementah itu. Saya berpeluang dan berpengalaman bersama NGO, Parti2 Politik, Gerakan Mahasiswa, Gerakan Dakwah, Jawatankuasa2 yang diwujudkan oleh Kerajaan melalui Kementerian, Jabatan atau Badan Berkanun.
Justeru, saya menolak pandangan bersifat generalisasi yang mengatakan pandangan orang muda langsung tidak dipeduli. Cuma mungkin ia tidak diwar-warkan. Meski demokrasi dari sudut ruang itu harus membuka seluas-luasnya pandangan2 yg pelbagai, dalam sebuah organisasi tersusun, caranya perlu ada.
Mungkin jawab saya dalam wawancara bersama Ummahonline dulu telah menjawab soal orang muda dan org tua ini..
Kesian ustaz, dah caca merba jadinya entry yg hot ini
Apapun mfr, saya puji kesungguhan anda..teruskan berjuang. Kadang2 kita ada perkara baik tetapi cara marketing kita kurang baik..Bab itu mungkin disiplin Psikologi Sosial dapat membantu..
about 2 years ago
ok, saya memang tengah bereksperimen sekarang ini. saya nak tengok berapa ramai orang-orang dewasa yang ada di sini menunjukkan peduli pada idea orang muda, apabila saya kemukakan idea saya di blog sana.
komen ini bukan caca merba tapi memang ada kaitan dengan entri ustaz hasrizal terutama di dalam perenggan akhirnya itu.
saya tak beri sangat tumpuan pada kes idea orang muda dalam NGO, Parti2 Politik, Gerakan Mahasiswa, Gerakan Dakwah, Jawatankuasa2 yang diwujudkan oleh Kerajaan melalui Kementerian, Jabatan atau Badan Berkanun, kerana saya sudah mendengar idea orang-orang muda itu semuanya satu fesyen dengan orang dewasa dalam organisasi.
saya tumpu pada fokus entri ustaz hasrizal ini berkenaan dengan ’sikap peduli politik’ dan saya sebagai salah seorang orang yang belum tua ingin melihat betapa orang dewasa mengambilpeduli idea orang-orang muda yang peduli politik. (bukan orang muda yang sefesyen dengan orang dewasa seperti orang dewasa panggil setan, kita orang muda panggil setan. atau bila politik kampus di IPT pun melaung “hidup! hidup! hidup mahasiswa! tiru intonasi DSAI)
wassalam.
end.
about 2 years ago
Abu saif;
Point taken … and never did i say ur article is cheap. It is brilliant. Probably windy Johanessburg and the gush of idea from the street fighting of Desmond Tutu and guerilla warfare of Che Guevera is still overwhelming me, making this young man as impatient as it can get in awaiting a saviour for this ummah.
Probably i’m too ambitous and hoping too much of our fellow Malaysian Muslim. 50 years of the so called independent and centuries of struggles,… still more centuries needed.
Indeed we are still far ahead from the real meaning of Politic in Islam – far away from even able to replicate the headway made by AKP, PKS or even Hamas. They may be just a handful or even none, islamic politician or political activist who would even want to learn of those people success and failure.
Hope you got my sms, and do drop by at my office (can even pick you up) when you are in Penang. The offer of Teh Tarik or Nasi Kandar is still ON.
My apology if i have cross the line.
Abu Saif Al Mahshari
about 2 years ago
Salam poli tik
1. Saya melihat kesemua permasaalahan ekonomi, politik dan sebagainya di dalam dunia Islam sebagai tidak akan berjaya kerana dasar yang digunakan. Kesemua teori-teori Barat (yang kebanyakan anggap sebagai negatif) adalah berpaksikan sains (Sunnah Allah) yang mereka kaji secara mendalam, termasuklah terutamanya sains kemanusiaan dan gunaan. Untuk memastikan kejayaan sesuatu pemasaran, dalam apa bidang sekalipun, kuasa pasaran mesti mengambilkira kehendak manusia. Dan dari majoriti manusia (termasuk Muslim juga) apa yang kita boleh simpulkan ialah mereka suka mengikut selerea (nafsu).
2. Jika kita berpijak di bumi nyata, di mana secara fitrahnya manusia suka mengikut nafsu, maka segala teori yang tidak menjadikan itu sebagai dasar pemasaran, sudah pasti ketentuan Allah akan mengatakan kita tidak akan berjaya. Allah sendiri yang menciptakan nafsu dan pengaruh syaitan, tetapi pada masa yang sama Allah juga yang memberitahu bahawa perangai-perangai syaitan tidak boleh diikuti. Juga dimasa yang sama Allah mengatakan ramai manusia akan terikut-ikut dengan pengaruh nafsu, melainkan sedikit sahaja yang berjaya melawannya.
3. Kita perlu bertanya pada diri sendiri, apakah kita faham dengan apa yang Allah sampaikan melalui RasulNya. Kalau dalam bab akidahpun ramai yang termasuk di dalam golongan 72 dari 73, iaitu 1/73, apatah lagi dalam bab-bab yang lain dari akidah. Sebenarnya tiada pemisahan antara ekomoni dan akidah. Semuanya ada di dalam Islam. Tetapi kerana Muslim telah mesub-kontrak kebanyakan penimbaan ilmu sains kepada bukan Islam, timbullah pengasingan antara bab-bab agama dan sains. Begitu juga boleh dikatakan kebanyakan teori yang dilaksanakan dalam kehidupan adalah dirumus oleh bukan Muslim, walaupun pada mulanya ada yang berdasarkan pemikiran Islam.
4. Saya telah membuat kesimpulan dahulu bahawa Muslim sekarang ini hanya menjadi penumpang di dalam semua bidang kehidupan di dunia. Pemikiran Muslin telah diset, secara tidak sedar, untuk tidak menggunakan akal secara penuh. Muslim terlalu banyak menggunakan akal-emosi berbanding akal-rational. Akal-emosi itu sebenarnya ialah perasaan atau hati atau lebih tepat lagi cenderung kepada nafsu. Kita sentiasa diarah membaca nas, dengan tidak menggunakn akal rational sepenuhnya ketika membuat kesimpulan pada apa yang tersirat di dalam nas tersebut. Kalau nas kata manusia dari tanah, kita baca bergitulah bukannya dari unsur-unsur tanah.
5. Untuk menjayakan ekonomi sendiri, yang mana itu sangatlah penting untuk mengembalikan identiti Muslim, kita perlu bertindak paling asas mengatakan tidak pada nafsu. Bukan kita tidak memerlukan nafsu, kerana tiada kehidupan tanpa nafsu, tetapi kita mesti mengenal fungsi nafsu dan dapat mengawalnya dari pekara yang paling asas dalam kehidupan. Kita semua menerima hasil dari ilmu sains, yang dinamakan teknologi, di dalam hidup kita, tetapi apabila ditekankan bahawa sains itu adalah pengkajian carakerja Allah, ilmu untuk mengenal Allah dan sebagainya, ramai antara kita yang tidak dapat menerimanya. Kita hanya suka melayan nafsu, mengambil dan menggunakan hasil sains dari terlibat sendiri dalam pengkajian ilmu tersebut.
6. Al Quran telah meyebutkan pelbagai ayat-ayat sains sejak 1400 tahun dahulu. Malangnya, sikap sub-kontrak kepada bukan Muslim, telah menjadikan ayat-ayat tersebut hanya dapat dibuktikan kebenarnya setelah saintis-saintis bukan Muslim membuat kajian terhadapnya. Selepas kajian menghasilkan sesuatu barulah pendakwah Muslim berani menyampaikannya dalam syarahan mereka. Segala yang yang masih memerlukan kefahaman lanjut diketepikan oleh pendakwah Muslim, malah ramai yang mempermainkannya, umpama teori Darwin atau teori Big Bang sekarang. Oleh kerana kefahaman sepenuhnya belum tercapai, bermacam cercaan negatif diberikan kepada sains dan saintis yang mengkaji bab-bab tersebut.
7. Muslim perlus terus membuka minda seluas-luasnya untuk berjaya di dalam kehidupan dunia dan akhirat. Muslim mesti faham kepada apa itu Sunnah Allah (ilmi sains atau carakerja Allah) sekuat tekad Muslim menyanjung tinggi Syariat Allah. Dengan meminggirkan atau tidak mengambul berat bab Sunnah Allah (bukan setakad menjadi doktor, jurutera, arkitek dan sebagainya) tetapi sehingga bab itu boleh di bawa ke dalam kuliah antara Magrib dan Isya, kalau tidak Subuh Ahad, barulah Muslim dapat dikatakan melawan nafsu untuk dapat menghasilkan ekonomi sendiri.
about 2 years ago
Nampaknya sdr mfr dah buat simple judgement ttg pdgn org muda dlm NGO, Parti politik, gerakan siswa, gerakan dakwah dan kerajaan.
Saya berlepas diri dari pandangan sebegitu kerana saya yg berada di sidang mesyuarat lebih tahu pertarungan pemikiran. Yg tidak ada ialah
autoriti dalam membuat keputusan. Sebut pasal autoriti nilah yg memaksa ‘goyang kerusi pemimpin’..bukan sekadar menegur manis mulut.
Untuk saya, jika laungan intonasi DSAI jadi perkiraan prinsip sama ada gerakan itu bebas atau tidak..saya cukup malu dgn keutamaan orang muda. Tirulah siapa saja kerana laungan tersebut bukanlah perkara pokok yang nak dibincangkan!
about 2 years ago
Lagi satu intonasi tu sbnrnya intonasi yang sama di zaman kebangkitan pelajar tahun 70-an..lupa saya, usia sdr baru 22 tahun..
Pernah sdr dgr “Lincoln Tutup! Lincoln Lingkup!”?
about 2 years ago
Ya Ustaz,
Sbnrnya ttg ekonomi ini, jika Ustaz ingat, saya ada sms ustaz ttg buku yg boleh membantu faham sy ttg jatuh bangun Turki Uthmaniyyah dlm aspek Ekonomi dan Politik. Mungkin satu hari nanti ustaz dpt ungkapkan perihal ini dlm tulisan akan dtg bila2 pun x kisah krn sy sedar byk tuntutan yg Ustaz perlu penuhi. Cuma lebih wajar kerana ia dalam skop kajian Ustaz.
Pak Din, dlm merumus ekonomi ‘bukan Islam’..discourse tentang materialisme cukup jelas boleh diukur. Sebab itu dalam ekonomi Islam, jika matlamat akhirnya taqwa, bagaimana kita mengukur taqwa itu harus difikirkan.
jika 1+1=2, ?+?=taqwa..
mmg sulit merumus hal ini. jika solat jemaah boleh ditunjuk dgn nilai duit, pasti ramai yg solat jemaah. begitulah, sudah lama juga sy memikirkan di mana posisi islam dalam merumus hakikat ini tp Islam bukanlah agama yg tidak manusiawi. Moga saya akan selalu sedar bahawa potensi utk melihat ruang ini selalu terbuka utk saya penuhi.
about 2 years ago
politik itu sebahagian daripada islam. nabi kita berjuang sampai mengalir darah dan diserang dengan begitu hebat. kalaulah politik itu tak ada dalam islam, apa tujuan nabi kita berhijrah ke madinah. dan sebelum berhijrah tu pun nabi kita telah membuat perancangan yang teliti begitu lama. dalam konteks kita kat malaysia, saya merasakan islam itu yang pelu disebut-sebut dan diulang-ulang dan perlu ditonjolkan berbanding dengan kumpulan tertentu. kalau bercakap biar kita guna islam untuk menjustifikasikan sesuatu tindakan bukannya menyebut pihak-pihak tertentu. dengan demikian mungkin lebih senang sikit dakwah kita diterima. dari segi psikologinya pun begitu.
about 2 years ago
Saya kira, selepas membaca semua comment artikel ini sudah ‘ranum’ untuk dipetik sebagai spark kepada cakna politik dikalangan umat islam.
Tetapi yang masih belum ‘ranum’ ialah perbincangan yang tersasar. Elok ditanam ditempat lain(artikel lain) supaya ia cepat ‘ranum’
about 2 years ago
Setuju Ro Ya Alip Dhod!
Yang boleh saya rumuskan – Soal Islam dan Politik ini di kalangan masyarakat kita cukup jelas bahawa rata2 kita telah faham secara konsep bahawa ianya tidak terpisah. Cuma dari segi amalannya saja yang kita masih keliru..
1) mungkin kerana telah terbiasa dgn pendekatan lama; perubahan tak tahu nak bermula di mana
2) pendekatan baru kurang diperhalusi; menuntut kerja kuat semua dari kita
3) kita tak pernah berminat untuk memperhalusi
4) kita lebih senang dgn sikap malas
5) kita terlalu cepat membuat keputusan tanpa meranumkan idea
6) kita rasa rendah diri yg keterlaluan
7) kita tak tahu pun kat mana betul dan salah idea yg kita nak komen
kita percaya sepenuhnya tidak ada yg kurang dgn ’selain islam’
9) kita percaya sepenuhnya dgn mengkritik barat tanpa menawarkan pandangan alternatif telah cukup
10) kita percaya “buat apa aku nak fikir benda2 mcm ni..aku buat hal aku sudah la..Tuhan Maha Adil”
Dan macam2 lagi boleh diletakkan di sini..
Pokoknya, saya tak fikir Ustaz berharap sungguh2 dpt jawapan kpd semua persoalan di sini. Kita yang dah ter’spark’ tu boleh
initiate luaskan lagi jaringan kesedaran dgn persembahan bermutu. Kwn kita mfr cthnya telah melakukan sesuatu di blognya..
Harapnya tidaklah di kalangan kita menjadikan artikel2 Ustaz sbg jawab pasti kpd pertentangan2 yg mereka tempuhi melainkan
kita sama2 mengkoreksi dan mengambil artikel2 yg ada sebagai sebahagian dari sudut pandang yg kita telah consider.
Moga saya dan kita semua diberi faham, insyaAllah.
about 2 years ago
Saya menyokong Akhi Riyod untuk penanaman benih ekonomi di artikel lain, walaupun ia memang bahagian besar agenda politik. Bagaimana pun jika 1+1(material)=2, sebenarnya kita perlu memehami ada 1+1(non-material)=2, tetapi sudah pasti tidak boleh dilihat dari sudut popular. Mengapa tidak, kalau ada bursa pasaran komoditi (material), kita sebagai Muslim adakan bur pasaran komodiri (moral, non-material). Bagaimana hendak dimulakan itu, ayng cuba saya paparkan dalam artikel terakhir saya. Bagaimanapun kita tunggu, benih ekonomi yang Ustaz akan tanam. Saya ada changkul kalau Ustaz perlu?
about 2 years ago
Sampai nak scroll down pun susah…. banyak betul komen.
Saya tegaskan sekali lagi, sebagaimana saya komited pada tajuk artikel bila masuk ke blog orang lain, harap kita juga sama-sama buat macam tu kat sini. Bukan sebab tajuk artikel saya ni bagus sangat, tapi supaya kita belajar mengawal diri semasa melontar idea. Bukan semua benda nak dilonggok setempat pada satu-satu masa. Mudah sahaja pepatah Arab menyebut, likulli maqaamin maqaal… setiap satu tempat tu ada kata-kata yang sesuai dengannya.
Semasa saya sekolah, banyak idea saya yang takde siapa peduli. Bila saya mula berjinak2 menulis di Harakah pun, akhirnya artikel saya tidak lagi dipeduli. Masa di Jordan, kengkawan pun tahu betapa idea saya jarang dilayan sesiapa malah saya yang terseksa hidup kerana ber’idea’, tetapi kalau saya merungut orang tak layan idea saya, saya rasa lama dah saya berhenti beridea.
Semasa saya tulis saifulislam.com hampir 10 tahun yang lalu (masa tu tidaklah namanya saifulislam.com), saya tak pernah gi promote website saya kat shoutbox orang lain, atau suruh orang masuk website saya, tetapi blog ni berkembang dan membesar selari dengan ‘membesar’nya saya. sedikit demi sedikit.
Bila ceramah di masjid, saya suggest jemaah baca di blog ni mana2 yang saya tak sempat hurai di dalam majlis tu, lama-lama akhirnya ramai pula yang masuk sampai saya sendiri pula terpaksa keluar duit untuk tampung kemasukan orang ke sini yang sudah overloaded.
Bila difikirkan, berapa tahunkah jarak idea saya tak dipedulikan, hingga sampai ke tahap hari ini ada yang sangat peduli sampai tak tidur malam, dan ada yang tak senang hidup kerana apa yang saya (mr nobody) tulis di sini… oh perjalanannya panjang… lebih sedekad.
Pernah dicap ghurur, dilabel perasan bagus, ditertawa, dan macam2 lagi… hingga akhirnya antum semua sudi masuk ke sini dan mengenali saya.
So, saya kira terlalu awal untuk mfr merungut ideanya tidak dipeduli kerana kita tak boleh nak control orang kena baca and minat tulisan kita or not. Dan lebih tak kena kalau orang tak peduli dengan idea kita, kita kata orang tua tak peduli idea orang muda…
Fokuslah pada diri sendiri, jangan jemu berwacana, jangan jemu menulis, jangan mudah menjeruk hati… perjalanan masih panjang, malah saya sendiri masih sebahagian daripada perjalanan itu…
Teruskan….
Dan fokuslah kembali kepada tajuk asal artikel ini… please…
about 2 years ago
Isu nie satu isu yang amat kompleks bagi ana . Pertembungan dari golongan yang mahukan Islam dan mempunyai hujah dan dalil serta pandai menggunakannya .
Isu menegur pemerintah ; mekanisma ; langkah2 .
Bagi ana , cara yang digunakan oleh PAS [ mudah berterus terang ] jelas dan tidak kabur . Menentang kezaliman dan sekali2 tidak bersekongkol dengannya ; Namun adab2 tetap dijaga .. tidak ada niat untuk melakukan kekerasan .
Yang mengelirukan ; golongan yang mengatakan tidak boleh menegur pemerintah secara terbuka ! di khalayak . Kalau pemerintah dahulu yang melaksanakan hukum -hakam Islam tetap ditegur oleh Ulamak2 Hebat spt. An-Nawawi , al-Izz ibn Salam , Ibn Taimiyyah dll ; hingga dipenjara – dilucut jawatan – diugut . masakan kita boleh baca ttg teguran mereka sekiranya mereka menegur pemerintah secara senyap2 [ face to face ]. Bagaimana kita mampu membaca ttg perjuangan dan tindakan mereka terhadap pemerintah .
about 2 years ago
Salam….
Sebenarnya, seperti yg pernah Ust ungkapkan dalam artikel sebelum2 ni lebih kurangla berdasarkan pemahaman saya, agar kita melihat sejarah itu bukan hanya menghafal fakta atau krnologi peristiwa yg berlaku yg cukup membosankan. Perlu dihidupkan watak2 di dalamnya, difahami aspirasi perjuangan sesuatu kaum atau pejuang, kenapa sesuatu tindakan dibuat, causes and effects nye dll. Orang yg buta sejarah takkan faham semua ini. Tau orang2 yg hanya menghafal sejarah sebab nak score A semata2 juga takkan faham apabila ada org cuba memperjuangkan keadilan dan kebenaran. Mudah shj luahan rasa secara terbuka dan demonstrasi dituduh sbg tindakan provokasi utk menimbulkan huru hara. Sedangkan yg menimbulkan huru hara bukan massa tapi pihak polis.
So, orang yang tak pergi menyaksikan sendiri demo BERSIH tu, tidak layak utk memberi komen membuta tuli. Kalau mereka setakat lalu lalang di situ (esp Masjid Jamek) secara kebetulan, PASTI mereka juga akan terkena tempias water canon dan gas pemedih mata tu…wpun niat asal bukan utk join perhimpuanan BERSIh. Terdengar juga suara2 dari non-muslim yg bersimpati…”bagi jerlah meraka ni jalan ke istana negara, kenapa nak halang, mereka bukannya bawak senjata”. Pakai t-shirt takkan mengancam keselamatan sesiapa, tak ternampak pun ada yg bawa walau sebatangg kayu. Kayu yang nampak adalah belantan polis. So, biarlah kalau nak komen, komenlah berdasarkan fakta yg betul dan jujur.
about 2 years ago
Assalamualaikum wrt wbt.
Pak Din, ana tak kenal enta lah tuan? Boleh perkenalkan.
Ustaz Hasrizal, artikel ni bagus, dan bagi orang macam ana nih…sangat menanti yang semacam ini.
Bagi pakar-pakar idea, pemikiran, analisa, kajian dan pembacaan dalam ruang komentar ini, ana ucap syabas kepada antum semua.
Dapat memberi ulasan yang baik dan bernas. Semuanya muluk-muluk belaka. Cuma ia akan lebih bermakna kepada masyarakat jika antum sendiri yang membawanya kepada masyarakat melalui tindakan dan terjun ke medan masyarakat.
Ia benar, tidak semua boleh melakukan semua perkara, tetapi kalau antum mengharapkan ianya disambut mudah oleh ahli politik, ahli ekonomi dan anggota kerajaan sekarang untuk dipraktikkan, ana tidak fikir ia satu perkara yang berlaku mudah.
Sebenarnya, senario negara kita, baik kerajaan mahupun pembangkang, jarang benar akan mengutip idea-idea bernas daripada pelbagai pihak yang dipanggil pemikir bebas ini. Apatah lagi kalau ianya menyanggahi nafsu masing-masing dan mencalarkan periuk nasi emas mereka.
Orang seperti saya, walaupun ada sedikit alat kemahiran, tidak rajin untuk menjadi seperti antum semua, entah le sebab apa.
Dalam mempraktikkan seruan artikel ustaz ini, saya fikir kita semua mampu melakukannya. Dan untuk maju jauh lagi ke hadapan, tiada pilihan melainkan pemikir menjadi pekerja@penguasa, untuk setakat hari ini.
about 2 years ago
Salam
Akhi Elbariti, jawapan saya di http://saifulislam.com/?p=7#comment-8784
about 2 years ago
TERIMA KASIH DI ATAS KOMEN SEMUA.
OLEH KERANA SAYA MEMPUNYAI TUGASAN DI PULAU PINANG, MAKA SAYA MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK MENGUNCI RUANGAN KOMEN BAGI ENTRI INI UNTUK MENGELAKKAN KOMEN-KOMEN YANG TIDAK SESUAI KETIKA MANA SAYA TIDAK DAPAT MENAPIS DAN MENGAWAL PERBINCANGAN.
INSYA ALLAH SAYA AKAN MEMBUKA SEMULA RUANGAN KOMEN INI PADA HARI AHAD 18 NOVEMBER 2007.
MAAF DI ATAS KESULITAN
ABU SAIF
about 2 years ago
topik paling hangat. 142 komen dalam masa beberapa hari. nampak gaya mmg sume amik cakne dgn keadaan umat Islam zaman la nih…
about 2 years ago
http://malayakita.blogspot.com/2007/11/kalau.html
pendapat je. sebab aku neutral. hate both.
about 2 years ago
‘hate both’ is just an entity different from both. An entity of ignorance.
about 2 years ago
Politik dan Islam…
http://www.tranungkite.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=1617&start=0&sid=95eda98ac25684bd082c556c8c067d84
saya bersama Us hasrizal jamil….
Mohon drpd Allah moga MAZA tidak menjadi ulamak su’…..
about 2 years ago
Terima kasih atas kebersamaan….
Tetapi saya tidak bersama dengan tranungkite. Bukan berbeza fikrah, tapi tak tahan dengan bahasa.
about 2 years ago
saya faham maksud akhi….
Saya bersama Tranung pun bukan kerana ” bahasa ”
tapi kerana nak bantu sahabat-sahabat di sana
yang kadang-kadang tak menang tangan
melayan forumer yang terlalu berjenis-jenis kerektornya…
sambil-sambil melatih diri……dan qudwah pada orang lain…
sahabat-sahabat disana
terlalu banyak pengorbanannya…
teruskan cara dakwah begini akhi…
tarik seramai mungkin mad’u…
mabruk….
selamat berjuang…………………………………………………
about 2 years ago
Salam..
Hmm.. di dalam dunia politik sekarang, apa yang saya rasa/nampak, yang putih itu mungkin hitam, dan yang hitam itu mungkin putih. Keikhlasan sukar untuk dinilai. Kenkadang, yang dikutuk itulah sebenar – benarnya ikhlas, dan yang dipuji itulah sebenar – benarnya tak ikhlas. In both worlds. Sesungguhnya, rakyat biasa macam saya keliru, yang mana satu? Banyak gray areas in between. Memang benar, keikhlasan tu tersembunyi dalam hati, tapi orang yang ikhlas menjadi mangsa (bukanlah semua) dan yang tak ikhlas dianggap hero/pejuang (bukanlah semua juga).
Tapi yang paling menyedihkan untuk saya personally, bila SEMUA/MAJORITI umat Islam di Malaysia ni tidak dapat bersatu hati, menjana tenaga, pemikiran dan kewangan untuk membantu umat Islam (dan bukan Islam, mengikut lunas yang ditentukan) secara total. Yang mana bagi saya, itulah yang diharapkan sangat oleh orang yang anti-Islam (kerana mereka amat takut akan kekuatan Islam, seperti yang terbukti oleh sejarah kegemilangan Islam). Saya hanyalah rakyat biasa, yang mengharapkan perpaduan umat Islam. Mekanisma ke arah itu sememangnya pelbagai, tetapi ultimately, janganlah sampai kampung tergadai…
Wasalam.
about 2 years ago
HiduP IslaM.. ya Allah.. satukanlaa hati2 kami atas jalanMu ini..
Ustaz.. apa yg sy nampak hr nii, kita mmg nak bersatu.. tapi maybe ade golongan yng x fhm ttg dakwah n staretegi… golongan2 yg camni laa yg tolak perjuangan ni… dorg dh lupe kot cne pemimpin2 islam dulu berdakwah… para pejuang dulu berkorban…
kita sedia untuk bersatu…. kita sahut apa yg Nabi ajarkan.. n Imam hassan al-banna laungkan.. n maulana zakariyya pegang gak… kita jauhkan dari perbezaan khilaf.. n kita utamakan yg asas.. n akidah.. n bnda2 yg sama… cthnya… menegah kemungkaran.. n len2…
tapi.. golongan2 yg x fahm ni le yg selalu ckp bnda2 khilaf nii…. ckp nakkan ukuwwah.. tapi trus mengungkit2 kesalahn org len… cam yg ustaz ckp…. napa bersih gak yg dipersalahkan…??? walaupun kita x buat salah pun…. (ni suma psl x fhm pya pasal…)
dalam artikel ustaz banyak ckp psl perjuangan… tapi tu le… yg x fhm tu le yg tegah ustaz ckp psl politik tu… nak ikut cara Nabi konon…. tapi x fhm cne cara nabi mengikut keterangan ulamak2 muktabar… dia nak ikut apa yang dia pernah hadapi n experience dia je…. cakap mcm ulamak.. x sdr diri.. dahle…
kla ustaz.. banyak sgt plak… maaf ustaz.. kalo ape yg sy ckp ni keluar dr topik… harap2 x kuar laa dr topik…. setuju perenggan last ustaz tu… tahniah ustaz…
Wassalam..
about 2 years ago
Apa yang nak kita ‘bersatukan’ itu yang menjadi masaalah! Niat bersatu memang ada … tapi bersatu hati atau akal, bersatu agama atau Tuhan, bersatu jemaah atau ummah, bersatu ilmu atau pengetahuan, bersatu sains atau arts, bersatu wang atau rezeki, bersatu politik atau pimpinan, bersatu ruang atau peluang? Harap-harap dapat bersatu dalam Saifulislam. Hai Shiha .. dah?
about 2 years ago
Salam Pak Din.. apa yang ‘dah’nye? Tak paham la pulak..
about 2 years ago
Tak ada apa-apa, cuma Shiha lama hibernate, tiba-tiba keluar komen politik, jadi assume hasil sinergi (no #6 kan?), 1 +1 = dah bertambah satu lagi, semua selamat dan sejehtara.
Sementara itu, dari tuisan Ustaz, dalam berpolitik (kepimpinan), “Mahu tidak mahu, kita tetap merupakan sebahagian dari politik. Sama ada kita berperanan mencorakkan politik, atau kita sendiri menjadi mangsa percaturan politik akibat buta politik. Atau sengaja memejamkan mata terhadapnya”, kita tidak dapat lari dari bersatu, walaupun tidak dalam pemikiran. Dalam penyatuan, sudah pasti hanya satu akan menjadi ketua (executive) dengan segelintir boleh menjadi penasihat. Kebanyakan terpaksa menjadi yang dipimpin, dan kategori ini sebenarnya yang amat menentukan corak kepimpinan, dalam ertikata bahawa ketua yang dilantik adalah hamba (penyelaras) kepada yang dipimpin. Jadi, bersetuju unutk apa yang hendak disatukan itu yang selalu menjadi masaalah, bukan niat nak bersatu yang tak ada.
about 2 years ago
Assalamualaikum,ust ana nak tahu sdkt ttg kumpulan Al-Arqam suatu masa dulu.addakah ia btul2 sesat.sbb ana byk membaca buku serta pandangan dari tuan syed omar ulama terengganu bahawa kumpln ini byk membawa perubahan yang besar terhadap islam samaada dari segi ekonomi,hiburan, sosial dan juga politik.boleh ust bagi komen.
about 2 years ago
Salam…
**off topic**
Pak Din.. ohh.. yg itu.. masih menunggu hari mmg betul la, tu yg hibernate lama tu.. dpt MC 2 minggu hehe
“Jadi, bersetuju untuk apa yang hendak disatukan itu yang selalu menjadi masaalah, bukan niat nak bersatu yang tak ada.”
–> balik kpd En. Covey: Public Victory – Think Win/Win, Seek First to Understand, dan Synergize. Tapi dunia di Malaysia ni bagi saya quite complicated utk merealisasikan semua ini dalam bidang politik.. byk hidden agenda.. wallahuaklam
about 2 years ago
Kata al-Imam al-Qurtubi (meninggal 671H): “Sesungguhnya Yusuf hanya meminta kuasa setelah dia mengetahui bahawa tiada sesiapa yang setanding dengannya, yang dapat melaksanakan keadilan, pembaikan dan menyampaikan hak-hak fakir miskin. Dia melihat yang demikian itu adalah fardu ain bagi dirinya, kerana tiada siapa lagi selain dia. Demikian juga hukumnya pada hari ini. Sekiranya seseorang insan tahu mengenai dirinya, bahawa dia dapat menegakkan kebenaran dalam kehakiman dan hisbah, sementara tiada seseorang pun yang sesuai dan setanding dengannya maka jawatan itu fardu ain ke atas dirinya. Wajib dia mengendali dan memintanya. Dia juga hendaklah memberitahu sifat-sifat yang melayakkannya iaitu ilmunya, kemampuannya dan lain-lain.” (Tafsir al-Qurtubi, 9/21, Beirut: Dar al-Fikr).
about 1 year ago
salam..
kupasan yang amat menarik dan tajam …syabas.
about 1 year ago
setiap kali election..
setiap kali tu jugalah bnda yg sama2 diulang2..
yg x paham,tetap x paham..
wpun berbuih2 mulut..
about 1 year ago
salam… memang artikel ini perlu untuk menjelaskan pendirian anta… soal sokong yang mana satu itu bagi sesetengah pihak itu penting… bagi menentukan siapa kita, di manakah kita… apa tujuan dan hala tuju kita…
mungkin sesetengah orang tak mampu memblogkan hasil karya sehebat ustaz…(mungkin ketidakcukupan masa) sekadar memberikan komen yang bernas dalam blog…
bila kita memberikan artikel / nasihat dalam blog kita boleh tahu di mana ’stance’ bloggers… kadang kita rasa jemu bila sesetengah blog yang menyeru kepada kebaikan tapi sekadar atas pagar aje… nak seru buat baik lebih2 tapi takut pada gertakan pemimpin…atau dituduh NGO-prone opposition. kalau sikit sikit pulak orang kata boring… ‘just another welfare blog’.
orang yang tak malu adalah pemimpin yang takut ditegur… orang yang tak tahu malu adalah pemimpin yang takut ditegur tapi tidak amanah terhadap rakyat…
saya berdoa BERSIH akan jadi impak yang besar terhadap PRU12 yang terkotor… change your view… turn off your TV (or gov’t news) until 8/3/08 otherwise some of you will topple to their side…
wassalam
about 1 year ago
Mungkin blind spot yang wujud dalam hal ini ialah, tanggapan bahawa jika ada ‘pendakwah bebas’ tidak menzahirkan pendirian politiknya, ia adalah kerana bimbang terjejas rezeki, takut diugut, atau dalam erti kata yang lain ‘TAK CUKUP BERANI’.
Mungkin ada yang macam itu.
Tapi tidak saya.
Pada saya, mengambil sikap tidak berterus terang terhadap pendirian politik (bukan sembunyi, tapi tak cakap kalau tak ditanya), ialah kerana bimbang kehilangan peluang dakwah. Allah sahaja yang tahu betapa banyaknya ruang yang mesti ditembusi oleh dakwah… tetapi prejudis masyarakat Melayu yang bengap ni terhadap kumpulan yang berbeza pendapat dengannya, menyebabkan pendirian politik tidak diketengahkan… tetapi bukan dengan bahasa pura-pura, sebaliknya dengan hikmah dan bijaksana. Itu sahaja…
Takut? Argh… sia-sialah segala yang telah ditempuh selama ini!!!
about 1 year ago
kadang ku kasihan dengan mentaliti masyarakat melayu (atau pun -msykt m’sia) bila dalam semua ilmu bagus…logik…bila tanya 1+1 = 2… boleh adil…boleh mumayyiz… solat, zakat semua tip-top… bila ilmu sampai ke menara gading…
tapi bila masuk bab politik jadi ter-AMAT-AMAT berat sebelah… suara Alternatif ditutup… cuma kedengaran di akhbarnya etc 2minggu sekali… kononnya pembohong… jejas perpaduan rakyat…etc
wahai bangsaku… kelauralah kamu dari tempurung minda politik kelas ketiga… lihat sejenak kedua belah pihak… timbal-lah betul-betul…kerana 08-03-08 penentu masa depanmu untuk 4-5tahun lagi…
akhi… komen mu buat ana tersenyum gembira….
about 1 year ago
“Pada saya, mengambil sikap tidak berterus terang terhadap pendirian politik (bukan sembunyi, tapi tak cakap kalau tak ditanya), ialah kerana bimbang kehilangan peluang dakwah. Allah sahaja yang tahu betapa banyaknya ruang yang mesti ditembusi oleh dakwah… tetapi prejudis masyarakat Melayu yang bengap ni terhadap kumpulan yang berbeza pendapat dengannya, menyebabkan pendirian politik tidak diketengahkan… tetapi bukan dengan bahasa pura-pura, sebaliknya dengan hikmah dan bijaksana. Itu sahaja…”
saya ‘quote’kan penjelasan saudara hasrizal di atas kerana bukan sahaja saya bersetuju dengan penjelasan tersebut, malah saya juga berpendapat pendakwah juga perlu mengambil sikap yang sama dalam pelaksanaan berdakwah supaya tidak kehilangan peluang dakwah.
Mungkin jika secara terus berdakwah secara terang-terangan mengakibatkan kemungkinan terdapat umat yang berpotensi sebagai sasaran dakwah yang awal-awal lagi telah membina halangan (sikap bengap?) dalam pemikirannya. Ini menjadikan berdakwah secara terangan itu (dalam keadaan masyarakat sekarang ini) sesuatu yang tidak ter’optimize’ dan ini memberi ruang untuk penambahbaikan.
Malahan jika Allah pun telah men’cerita’kan bahawa gerak kerja syaitan pun dengan menghasut/membisikkan kejahatannya secara bersembunyi (114:4) dan kita sedia maklum bahawa gerak kerja golongan syaitan (114:6) itu memang dah dikatakan telah berjaya (jika melihat keadaan masyarakat sekarang), maka pasti ada pengajaran dari kisah tu untuk orang-orang yang berakal (dalam isu ini, saya khususkan kepada para pendakwah).
about 1 year ago
assalamualaikum…saye bdk baru disini…mntk tunjuk ajar…pndedahan kpd aliran salaf ni mungkin sdh lame bg saye (saye msh student nmn syukur tuhan bg peluang utk saye memahami agama ini dgn jln yg tebaik)….namun jika melibatkan kepada pendedahan salaf didunia luar…sye agak baru….baru mula nk kenal2 ustaz yg membawa salaf dimsia…..so URD, dr MAZA, utz zaharudin, ustaz sendiri, AAN dan byk lagi kot conection2 nye…namun bila mane saye lihat seolah SUDAH BERLAKU PERTEMBUNGAN ANTARA PUAK SALAF SENDIRI (SANE MAKI SINI, SINI TELAGAH SANE) HATI SAYE MULE RISAU…”BETUL KE JALAN YG AKU TEMPOH NI?”…”YELA SALAF NI KAN BETUL JALANNYA..NAMUN KENAPA SEOLAH2 WAKTU INI IA SERUPA API DLM SEKAM?”…NAMUN SAYE SAMPAI KEPADA JWPN SENDIRI…KITE MARAH ORG TAKSUB…MARAH ORG BUTA TULI TAKLID….MARAH ORG TAKNAK IKUT KEBENARAN (YG KONON2NYE KITE YG GEMBURKAN)…MARAH ORG SUKE CELA MENCELA…NAMUN ENDING NYE???….SEMUA TAIK TEPALIT KEMUKA KITA KEMBALI…KITA TAKSUB DGN “USTAZ2 PILIHAN KITE”!!!!!…..HYE KERANA MEREKA INI “DILIHAT TEPAT”…..NAK MUFTI PERLIS SAJE..NAK UST ZAHARUDIN SAJE…NAK URD SAJE…NAK ALBANI SAJE…NAK QARDAWI SAJE…NAK IBN TAIMIYAH SAJE…NAK ULAMAK MEKAH SAJE….YG LAIN??…HYE KERANA “PADA PANDANGAN KITE” SELEBIHNYE INI TIDAK DIIKTIRAF SALAF…SEMUANYE KITE TOLAK…TEMASUK LA DIKALANGAN SALAF KITA SENDIRI YG TAK SEKUTU DGN KITE….saya amat menyanjungi ust MAZA (siap promot kat kwn sume)…namun saye tak buta dalam menilai…kenapa kite yg “konon2nye salaf ni” mengangkat mereka melebihi tahap mereka sebagai seorg manusia…salah dan silap pasti berlaku….maka tgglaknlah apa yg salah dan tegorlah mereka…itu lah pegangan 4 mazhab (yg kite sebok canang2kan pada org supaya amk perkataan yg elok pada imam mazhab tp tgglkan yg salah)…namun kite????????…..tibe2 teringt kate2 org tua…kate dulang paku serpih kate org hg tu yg lebih….semoga tuhan limpahkan hidayah utk kite semua…..
ps: ak cm kenai la si NAWAWI ni…kat satu laman tu ade gak name die ni…KALAU lah betul telahan aku ni….sini pn hg nk mari kacau gak???
about 1 year ago
buat ustaz….saya amat suke artikel ini…jelas plus clear….tq
about 1 year ago
Islam mengajar manusia bagaimana beribadah..
dan Islam mengajar manusia tentang sains dan teknologi (berdasarkan banyak ayat2 sains dalam al-quran)…
dan Islam juga mengajar manusia bagaimana untuk berurusniaga (perniagaan)…
dan Islam juga mengajar manusia tentang perundangan (law)…
TAKAN lah Islam yang syumul (lengkap) menolak pula untuk mengajar manusia bagaimana untuk berpolitik atau menjalankan pemerintahan…
Inilah perbezaan KETARA antara Islam dan agama2 lain…
about 1 year ago
salam..
tahniah ustz atas satu kupasan ya cukup menarik! sy xalim sgt hal2 politik nie..n sy xtau nk komen ape psl hal nie sbb sy xkaji lg ttg isu tue..sy nie boleh la dikatekn dh lame n sll jugak bukk blog ustz..but dis is d first time sy rase nk tulis komen..:)alhamdullillah sy tlh diperkenlkn dgn peggn salaf ini sejk bbrp tahun yg lps..disbbkn kelapangn mase yg terlmpau bnyk lps spm nie..sy mule stat bc blog,article n etc dgn ingtkn buleh le tmbh ilmu..tp smakin pening ngn perbalahn antara salaf sendri..kadg2 smpai terfikr btul ker jln yg aku amik nie?aku nie sebelah mane?tp walauapepon sy tetp percaye yg salaf nie btol..cume keliru..sy stuju ngn bdk mentah..MAZA tue pon manusia gak ade salah n silap..so trimelah die sbg sorg manusia biase dgn adil..YG BURUK KTE TINGGALKAN N YG BAIK KTE IKOT…jgn tuduh melulu sbb kte xtau ape yg ade dlm hati seseorg..hanya ALLAH yg tahu dimane letknyer prinsip n tujuan ats sgale yg seseorg lakukan dn bukn kite sbg insan biase yg menilainya..KRITIKLAH DGN BERHEMAH..jgn biar org(budk br blaja mcm sy nie) terkeliru dgn ape yg anda smpaikn..
ape2pon..terima kaseh ustz ats artticle yg mmbuka mata sy psl politik nie! (*~*)..jzk kher~
ps:bukn bertujuan mghentm sesiape sekadr secebis pndgn yg miskin..
about 1 year ago
insyaAllah..saya mendoakan agar Tuhan trus mmberi kekuatan pd ustaz dan mereka yg ikhlas membawa Islam,kalau tersilap,insyaAllah jalannya menegur,kerana saya percaya agama itu keikhlasan dan nasihat,dan agama ini luas,dalam setiap hidup manusia…kalaupun ustaz nak tulis ttg keluarga,saya juga gembira,alhamdulillah insyaAllah membantu pembentukan peribadi manusia..kalau isu politik,memberi cetusan perbahan-sebab islam juga keadilan n rahmat…
begitu juga semua NGO dakwah, kerana sistem2/kumpulan2 ini pendokongnya ialah manusia2 yg berijtihad ttg metodologi yg bagaimana,ada betul /kurangtepatnya,namun ketepatannya hanya pada Allah s.w.t..
Allah menjadikan manusia ini pelbagai,selama mana mereka cintakan Tuhan dan agama ini,mudah2an diberi tunjuk yg dicintainya itu…org mukmin itu seperti batu bata,pelengkap satu sama lain~insyaAllah..
jazakallahukhairankathiran
about 1 year ago
salam..
semakin lama semakin addicted pulak saya dengan idea2 ustaz..bahan bacaan mcm ni la yg saya cari..bagus ustaz…teruskan usaha anda…untuk melihat ustaz ni penyokong mana pun sepatutnya tak jadi isu…mengapa hendak kita bezakan fahaman politik sedangkan kita masih bersaudara….yg ptg setiap insan ada alasan mengapa memilih sesuatu itu… yg penting disini adalah idea-idea yang sebenarnya perlu dihadam untuk menjadi suluh dijalan yg kabur bukannya perkara seperti apakah fahaman politik seseorang…
harap kita berfikirla dahulu apa sebenarnya ingin hati dari terikut2 lantaran buta mata hati….renung2kanlah