PUSAT SUMBER
PENGENALAN 

Pusat Sumber Parlimen Malaysia adalah satu pusat kecemerlangan rujukan dalam urusan perundangan, Parlimen, pentadbiran kerajaan dan pentadbiran awam bagi menyokong keperluan penyelidikan ahli-ahli Parlimen dan kakitangan Jabatan Parlimen kearah pembelajaraan sepanjang hayat dengan penyediaan maklumat dan ilmu.

Pusat Sumber memantapkan perkhidmatan dan sumber rujukannya bagi meningkatkan penjanaan sumber maklumat dan ilmu supaya dapat memberi perkhidmatan yang proaktif setimpal dengan kehendak ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dan melahirkan warga Parlimen yang berilmu dan berdaya saing

 

MISI

Sebagai satu pusat kecemerlangan rujukan dalam bidang Parlimen dan politik Malaysia yang proaktif dalam memenuhi keperluan maklumat penyelidikan dan ilmu kepada ahli-ahli Parlimen.

KOLEKSI

i.

Koleksi Terbitan Parlimen

Dokumen Parlimen merangkumi bahan-bahan yang dikeluarkan oleh Parlimen di dalam urusan perundangan seperti Penyata Rasmi, Aturan Urusan Mesyuarat, Undi-undi dan Perjalanan Mesyuarat, Rang Undang-Undang (Bill), Kertas Statut, Kertas Perintah dan Perintah dan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Ia juga meliputi kertas perundangan seperti Laporan Jawatankuasa-Jawatankuasa perbahasan Parlimen dari luar Negara seperti Singapura, Australia, New Zealand, India dan Amerika Syarikat.

ii.

Koleksi Perundangan Malaysia

Koleksi ini merangkumi semua undang-undang Malaysia, akta, warta kerajaan dan perundangan subsidiary.

iii.

Koleksi Monograf

Monograf merupakan sebahagian besar koleksi Pusat Sumber. Ianya dibahagi kepada koleksi Bahasa Malaysia dan koleksi Bahasa Inggeris yang terdiri dari pelbagai perkara seperti perundangan, perlembagaan, pentadbiran kerajaan, pengurusan, motivasi, tokoh-tokoh politik, parlimen dan isu-isu am.

iv.

Koleksi Jurnal

Pusat Sumber melanggan kepada jurnal-jurnal yang berkaitan dengan isu-isu semasa dalam dan luar Negara, perundangan, pentadbiran kerajaan, sistem parti politik, parlimen dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan misi dan visi Jabatan Parlimen.

v.

Pangkalan Data Dalam Talian

Pusat Sumber melanggan beberapa pangkalan data dalam talian seperti NSTP e-Media, LawNet, Mylib, (CLJ Legal Network EBSCO, MASTICLink,BLIS, Bond, SIRIMLink), Modern Asia Studies dan iCapital yang mengandungi maklumat perundangan , jurnal-jurnal, surat khabar NSTP secara online, pentadbiran kerajaan dan artikel-artikel terkini.

vi.

Terbitan-terbitan Lain

Terbitan-terbitan lain yang diperolehi secara hadiah adalah terbitan-terbitan dari jabatan agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan, institusi dalam dan luar negara.



SISTEM PENGKELASAN
Buku-buku di Pusat Sumber Parlimen dikelaskan dan disusun menggunakan sistem Pengkelasan Dewey Decimal (DDC). Melalui nombor panggilan ini pengguna dapat mengesan buku-buku di atas rak.

Contoh Nombor Panggilan Koleksi Bahasa Inggeris:

337.159  Nombor Pengkelasan
HAA  Simbol Pengarang


Contoh Nombor Panggilan Koleksi Bahasa Malaysia:

M   Simbol untuk Bahasa Malaysia
337.159   Nombor Pengkelasan
HAA  Simbol Pengarang
KEAHLIAN
Penggunaan Pusat Sumber ini terhad kepada ahli-ahli Parlimen dan kakitangan Jabatan Parlimen sahaja. Pengguna luar dari agensi swasta dan individu diperlukan membuat surat permohonan rasmi kepada Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia untuk menggunakan Pusat Sumber dan akan dikenakan bayaran perkhidmatan sebanyak RM30.00 sehari.
PERKHIDMATAN
 

i.

Perkhidmatan Pinjaman

Koleksi Pusat Sumber boleh di pinjam oleh ahli Parlimen dan kakitangan Jabatan Parlimen sahaja. Tempoh pinjaman buku untuk ahli Parlimen adalah 4 minggu dan sebanyak 3 buah buku setiap pinjaman.Tempoh pinjaman buku untuk kakitangan Jabatan Parlimen adalah 3 minggu dan sebanyak 3 buah buku setiap pinjaman. Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan akan dibuat dengan perpustakaan lain untuk judul yang tidak ada simpanan dalam koleksi.

Peringatan pertama akan dihantar kepada peminjam selepas tempoh pinjamannya akhir dan denda 10 sen sehari bagi setiap buku akan dikenakan. Kemudahan penggunaan perkhidmatan pinjaman akan digantung sehingga peminjam menjelaskan denda berkenaan dan menjelaskan pemulangan buku yang dipinjam.


ii.

Perkhidmatan Tempahan

Tempahan buku boleh dibuat dengan mengisi borang tempahan di kaunter pinjaman atau melalui telefon atau menghantar e-mel.

iii.

Perkhidmatan Kesedaran Semasa

Judul-judul koleksi monograf yang terkini diterbit dengan synopsis pada setiap sesi persidangan dalam Senarai Koleksi Terkini dan Senarai Artikel.

iv.

Perkhidmatan Fotokopi

Perkhidmatan Fotokopi disediakan untuk warga Parlimen. Pengguna luar dikenakan bayaran sebanyak 20 sen sehelai.

v.

Perkhidmatan Elektronik

Internet
Bagi memperkayakan maklumat ilmu, perkhidmatan internet disediakan dengan 11 buah komputer multimedia.

Laman Web Jabatan Parlimen
Pengguna boleh mengakses maklumat Dewan Negara, Dewan Rakyat, Penyata Rasmi (Hansard), Aturan Urusan Mesyuarat, Rang Undang-Undang dan Akta-Akta dalam laman web Parlimen: http://www.parlimen.gov.my

 

MASA PUSAT SUMBER DIBUKA
Hari biasa :

Isnin hingga Khamis

7.30 pagi hingga 5.30 petang

Jumaat

7.30 pagi hingga 12.15 tengahari
2.45 petang hingga 5.30 petang


Hari Semasa Persidangan Dewan:


Isnin hingga Khamis

7.30 pagi hingga Dewan ditangguhkan


Sabtu, Ahad dan cuti umum

Tutup


ALAMAT PUSAT SUMBER


Pusat Sumber Parlimen Malaysia,
Bangunan Parlimen,
50680 Kuala Lumpur.

Telefon : 603- 20797402 / 7386 / 7371
Fax : 603 - 26986905
Laman web: http://www.parlimen.gov.my