Pediatrician? No, thanks!

Semalam, khamis, merupakan hari pertama aku menjalani kelas praktikal di sini. Sepanjang tahun 3 ini, kami dikehendaki menjalani posting di 3 department berlainan – Pediatric, Surgery & Medical. So semalam, merupakan bermulanya posting aku di department Pediatric – penyakit kanak-kanak.

So petang tersebut, aku bertolak ke Hospital Pediatric berhampiran dengan Soviet’s Square. Hospital tersebut tersangatlah besar, merupakan central bagi pusat rawatan kanak-kanak dalam kawasan (negeri) Nizhnegorodsky. Setibanya di hospital tersebut dekat pukul 3.30, manakala kelas praktikal bermula pukul 4. So sempatla aku sambung baca buku Survival Of The Sickest aku tu.

Pukul 4, teammates aku yg lain pun sampai. Kami berjumpa dengan Lydia Alekseevna, merangkap Deans of Practicals Affairs. Setelah memberi taklimat kepada kami, kami dibawa berjumpa dengan “caretaker”, iaitu personnel yang ditugaskan untuk mengajar kami. Margarita Aleksandrovna, nama beliau. Nak kata tua, tak sangat. Nak kata muda, pun tak. Baya2 mak aku je kot. -_-” Peramah pula tu. Disuruhnya kami panggil dia “Rita” saja.

Sangka aku, kami akan diajar oleh seorang doctor. Rupanya Rita seorang senior nurse. Dan sangka kami juga, kami akan diajar fully in english. Rupanya Rita hanya tahu berbahasa Rusia, dan satu-satunya perkataan english yang aku dengar dia sebut adalah “Okay”!

Tapi tak apalah, so far dia cukup bersemangat mengajar. So setelah kami diserahkan oleh Lydia Alekseevna kepada dia, dia membawa kami mengembara jauh ke perut hospital tersebut. Sungguh, keadaan agak mengerikan tika itu. Maklumla, dah dekat pukul 4 petang, dah nak senja dah pun. Time tu tengah lengang, sebab doctor semua dah balik, pelawat semua dah balik. Sunyi je. Menakutkan. Dan pelik. Kami naik lif ke tingkat enam, lalu menaiki tangga ke tingkat atas. Tengok2 sampai tingkat 5 pulak? 0_o”

Akhirnya kami tiba di Reanimation Department, ala-ala ICU untuk kanak-kanak. Kami diberikan sebuah bilik, macam kelas. Ada meja belajar, etc etc. Then, Rita memberikan kami sebuah album gambar. Di dalam album tersebut ada beberapa keping gambar pesakit-pesakit yang pernah dirawat di situ. Kebanyakannya, kami cukup kesian melihatkan gambar-gambar tersebut.

Mostly, complications berlaku ketika pregnancy, menyebabkan bayi terpaksa dilahirkan lebih awal dari tarikh yang sepatutnya. Maka itulah bayi yang digelar preemies (x cukup bulan).

Now I definitely don’t want to be a pediatrician!

Beberapa orang rakan di YM bertanyakan aku – “kenapakah?” melihat status YM aku tersebut, yang baru diupdate setelah aku pulang dari practical pertamaku itu.

Aku akui, aku tak suka budak-budak. Yeap. Bukan aku benci budak2, aku cuma tidak suka budak-budak.

Dan understatement of the year aku tu mengundang kemarahan beberapa pencinta budak-budak, termasuklah cik Infinity. Haha.

Nak merawat budak-budak..bagi aku..terlalu susah. Susahnya pada kemahiran atau skill, boleh diatasi dengan latihan dan praktis. Susahnya pada specificity dan teori, boleh diatasi dengan ilmu dan ulangkaji.

Tetapi susah pada hati?

Jika seorang dewasa datang kepadaku kerana sakit, maka aku masih boleh menjustifikasikan sakitnya itu. Jika dia sakit bengkak hati (hepatitis), maka dia sakit kerana habitnya suka minum arak. Jika dia datang kepadaku dengan COPD, maka aku tahu dia sakit kerana telah 20 tahun tegar merokok. Jika dia datang kepadaku dengan berat badan 180kg dan diabetis, maka aku tahu, ini kerana dia tidak menjaga pemakanan malahan melantak ikut suka hati perut dia.

Manusia sakit kerana sebab. Pasti ada sebabnya. Hatta kemalangan pun, manusia punya sebab.

Tetapi, penyakit bagi kanak-kanak kecil ini??

Melihat gambar-gambar di dalam album yang Rita beri, membuatkan hatiku terpana seketika.

Gambar seorang bayi yang dilahirkan dalam keadaan Intestinal Extrophy. Maksudnya,  bayi tersebut membesar di dalam perut ibu, dalam keadaan ususnya terbentuk di luar daripada badannya! Memikirkannya sahaja sudah ngeri, apatah lagi melihatnya.

Apatah lagi merawatnya.

Gambar seterusnya. Seorang bayi yang dilahirkan dengan sejenis ketumbuhan pada coccygeal spine. aduh, macam ada bola pada tulang belakangnya. Rita berkata, bayi tersebut tidak dapat diselamatkan, kerana ketumbuhan tersebut telah mengganggu sistem saraf pusat (CNS) bayi tersebut.

Gambar seterusnya lagi. Seorang bayi dilahirkan, dengan teratoma. Innalillah, bayi tersebut dah tak nampak macam bayi dah! Seriously, da jd mcm alien!

Gambar seterusnya lagi. Seorang bayi, dengan hydrocephalia yang sangat advance. Kepalanya saja hampir sama panjang dengan badannya. Ya, kepalanya panjang. Menurut Rita, bayi tersebut virtually “tak ada otak”. Ya, kerana most part in her skull is filled with fluids, not brain. So how can the baby survive? I don’t know.

Aku jadi terpinga-pinga seketika. Ya Allah, apakah ini? Bagaimana hendak aku menjustifikasi penyakit-penyakit yang ada pada si kecil yang comel itu!

Sedangkan mereka baru beberapa jam, hari, atau minggu di dunia ini!

Apa fitnah yang menimpa mereka? Apa khilaf yang mereka lakukan? Jika apa yang mereka ada itu berpunca dari ibu bapa mereka, kenapa mereka pula yang menanggung kesannya?

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.

Hendak merawat penyakit kanak-kanak itu, aku rasa aku tidak mampu melakukannya. Aku boleh, cuba untuk merawat bayi-bayi tersebut. Tetapi aku tidak pasti, bagaimana mungkin aku menerima hakikat, kiranya nyawa si kecil tersebut terkorban di tangan aku.

Merawat bayi bukanlah mudah. Bayi mempunyai struktur badan yang berlainan berbanding orang dewasa. Salur darah yang lebih kecil untuk injection. Metabolisma badan pun turut berbeza. Justeru teknik diagnosis juga berbeza. Dan obviously, treatment juga berbeza. Dosage ubat yang berbeza. Prosedur yang berbeza.

Untuk specialize dalam Pediatric/Natal, seolah-olah belajar semula medic dari awal balik. Cumanya, khusus untuk infants.

Album diselak ke muka seterusnya. Rita menunjukkan gambar seorang bayi. Pada awalnya, kami ingatkan bayi tersebut mangsa kebakaran.

Rupa-rupanya bayi tersebut terkena infection. Prosedur injection pada pusat bayi tersebut yang sepatutnya mudah, dek kerana kecuaian, menyebabkan jangkitan Streptococcus berlaku malah merebak ke seluruh badan bayi.

Rita membawa kami ke inkubator di hujung wad tersebut. Terdapat seorang bayi yang comel, halus sangat. Tetapi berbalut tengkuknya. Menurut Rita, ketika proses kelahiran, sedikit kecuaian berlaku dan bayi tersebut patah tengkuknya. Dan kini, bayi tersebut terpaksa bernafas secara manual, kerana saraf yang menyambungkan antara respiratory center di otak dengan paru-parunya telah terkesan.

Pediatric sangat halus kerjanya. Dan sangat memerlukan perfection. Aku rasa aku tak dapat terima, bayi yang mungkin boleh hidup sampai 60,70 tahun, hanya sempat hidup 6,7 bulan akibat kegagalan aku merawatnya.

Jadi, mintak maaf budak-budak. Aku rasa aku tidak sesuai menjadi pediatris.

(Mengalu-alukan mereka yang bercita-cita menjadi pediatris. Teruskan cita-cita anda, aku kagum dengan anda semua!)

Perihal leokid

I'm a medical student, living a peaceful city named Nizhny Novgorod - somewhere 500km east of Moscow.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

18 Responses to Pediatrician? No, thanks!

  1. mira says:

    subhanallah…
    alhamdulillah aku telah dilahirkan secara normal & dpt mnjlni kehidupan dgn normal..
    itulah dia kekuasaan Allah SWT

  2. cikgu_eya says:

    kid… bukankah kecuaian itu hanya lah illah (sebab) sedangkan ia memang telah ditentukan buatnya. Itu takdirnya…
    Memang telah ditakdirkan Allah bayi2 tersebut akan diuji sebegitu cumanya, faktor kecuaian itu berlaku untuk dijadikan sebab sahaja.. ^^

    Semoga menjadi doc yg baik nanti… ^^

    thanx cikgu. =)

  3. diarisenja says:

    well, infinity is talking err..writing right now.

    Aku dah agak dah kau akan tulis benda ni ;-), dan alasan ini..:-)
    Jika orang dewasa datang sakit kerana bengkak hati, mungkin bukan salah dia, mungkin dia terkena infeksi?
    Jika orang dewasa datang sebab COPD, mungkin bukan salah dia, mungkin masa dia terlalu kerap bersama orang merokok tanpa henti?
    Jika orang dewasa obesiti, mungkin bukan salah dia, mungkin dia ada sindrom Prader-Willi?
    Mungkin sedari kecil lagi? Mungkin tak ada orang sedari, kerana dia mempunyai imun yang tinggi? Contoh, aku. =)

    still, penyakit itu dapat dijustifikasikan. (mind u, i’m not looking for someone to blame for the diseases someone got).

    Kid,
    Mungkin. Mungkin dia ada hydrocephalis, ngerinya Intestinal Extrophy yang kadang-kadang kidney pun kat dan segala bagai penyakit. Mungkin diorang tak sempat kenal dunia,tapi tak kau rasa dengan adanya bantuan doktor mungkin boleh prolong hidup dia? Bayi seperti manusia, dengan hangat personal touch parents, doctors and nurses, kau tak rasa diorang dapat rasa mereka ada di dunia? Dengan segala macam reflex, itu juga memberi respon mereka masih di dunia.

    betul, saya setuju. di akhir album tersebut, Rita menunjukkan gambar-gambar bekas pesakitnya yang kini telah sembuh, serta masih menghantar surat dan gambar terkini mereka kepada nurse dan doctor yang merawat mereka dahulu. ceria2 wajah mereka!

    sometimes even only a smile from them, worth all the effort u put. carpe diem.

    but this path isn’t always a bed of roses. there are always risks. i know, even in adults too. but the higher the wager u put, the more will u have to pay if u lose the bet.

    Kalau mereka sakit dan perlu ubat, mereka tak pernah culas. Mereka hanya menangis, mereka tidak reti mengadu. Mereka sangat naif dan mereka tidak membenci walau pelbagai wayar dilekat dicucuk sana sini. Bagaimana kasar atau bagaimana lembut rawatan diberikan, mereka hanya terima. Terima tanpa meminta..dan mungkin mereka pergi terus, tinggalkan kita. Dan masa tu kita tak boleh memberi lagi.

    err..personally, ni antara sebab aku xnak jd peds gak. susah nk diagnose. -_-”

    kenapa aku ingin menjadi paediatrik audiologist. Sebab semuanya bermula dari awal. Walau aku tak boleh mengubah takdir mereka, sekurang-kurangnya aku boleh membantu. Kalau mereka tidak lama, sekurang-kurangnya aku telah membantu. Kita tak mungkin dapat tentukan hayat, tapi kita boleh memberi sedikit selesa selama mereka masih bernyawa, dengan cuba memaksimakan kesihatan mereka. Dengan cuba meminumkan rasa sakit yang ada.

    Aku tak boleh paksa kau pun, tapi bagaimana kalau tak ada orang-orang macam kau…? Walaubagaimanapun, apa saja bidang perubatan, semuanya masih tak cukup di sini. Apapun yang akan kau ambil selepas ini, semuanya penting. Hahahaha. Kan dah panjang komen aku -_-”

    well then, tahniah kerana bercita2 menjadi pediatrik audiologist. tulisan di atas hanyalah sekadar pendapat peribadi aku, tiada berniat menghasut sesiapa untuk taknak jadi pediatrik. hehe.

    malahan nyawa aku juga pernah diselamatkan oleh seorang pediatrik, ketika didiagnos menghidapi septal defect masa “muda2″ dulu.

    of course, besar sangat ganjarannya menjadi pediatrik. bayangkan, anda menyelamatkan nyawa seorang kanak2, yang terhutang budi dengan anda sepanjang hayatnya. begitu juga jika anda membantu seorang kanak2 yang dilahirkan gagal mendengar, memulihkan pendengarannya. sungguh, sungguh mulia skali! =)

    but nahh, i pass. ada satu lagi sebab yg aku x disclose kat sini, sebenarnya. tapi aku simpan sebab tu untuk sequel kepada artikel ini nanti. =)

  4. dharajuku says:

    huhu nenong paler bace istilah2 penyakit bdak2 kecik ni..
    apetah lagi org dewasa…

    gudluck lah ek cik cik n encik encik doktor… =)
    chayok2!!

  5. pearl jade says:

    salam to kid
    m touched w ur n3
    i really really love kids(ehem..x u ok)hehehehe
    when i said, really,it means i’m going crazy when i meet them
    kalo jln2 kt tgh jln 2,sggup benti n cubit2 pp die
    kid, u r lucky to hv dis opportunity
    u noe wat,rmai org nk anak
    n bile tibe2 anak die sakit,dorg sggup buat ape sj
    smp mtk ALLAH ganti je tmpt anak die yg sakit 2
    tp dorg xleh wt ape2 bcoz they r not a PEADIATRICIAN!!!
    sy ckp ni bknnye nk paksa awk kd peadiatrician
    jz nk kgsi isi hati sy yg suke sgt2 kt bdak2 n betapa bertuanhye awk ade chance utk jmp baby2 yg special 2
    nway.all d best n never gve up =)

  6. pearl jade says:

    ralat sk not *kd

  7. zeleo says:

    kid!!! best tul bila dikelilingi kekanak nih. tapi bila diorg sakit@x sihat rasa cam nak lari jauh jer dari diorg nih. bukan sbb jijik or geli but x tahan melihat penderitaan yg diorg alami. well belum sempat rasa nikmat hidup kat dunia dah di duga bermacam2 masalah. to those parent who got one of those kids be patient ok. Setiap yg berlaku pasti ade hikmahnya. (I think that is what ppls told my mum when i was born wit d Hirschsprung disease. huhuhuh) thanx mom for having faith on me!!!!!

    exactly!

  8. k3i says:

    salam…kebetulan plk akk terjumpa blog ni. cam curious bila nmpk nm leokid, nm yg akk kire glamer kot kat discussion board mrsm pdrm (FS)..

    btw, i was in maresma podirama jg. salam muhibbah!

    nice blog!

  9. bumilangit says:

    seseorang perlu lakukannya~

  10. faisal says:

    salam n peace to u leokid..
    agak terkesan dengan entry ni..
    alhamdulilah, kita semua dilahirkan dengan sempurna….

  11. sitisafi says:

    Paediatric is challenging and delicate, not like medicine which is ‘broad’ ( quotation from clinical year student). for those who like paed, minat dan suka pada kanak-kanak saja tak cukup. you absolutely need passion and interest.

  12. farieza says:

    sy baru ingt nk jd pediatrian. tp lepas bace post nie. jd cam..ouh okie, horror jugak la.thanks for sharing anyway.

  13. nick says:

    Biasanya kita merawat org bukan berdasarkan ilmu semata2 ttp dgn pangalaman skali. Tul tak?

  14. cikf=) says:

    mm xpela….setiap org ade kelebihan n kekurangan…
    mungkin awak lebih selesa n pakar dgn bab yg lain kan….

  15. zeleo says:

    Pakcik Kid! Busy sesangat ke?
    awat x de update tebaru? huhuhh

    xde idea! hehe. tgh pk2 dari haritu, ape la aku nk apdet kat wordpress ni. hmmm

  16. drrazi says:

    salam bro,br berkesempatan bc entry ni sampai abis. part lift tu tergelak ke’cuak’an jadinye. adeke nain tingkat enam sampai tingkat 5? hohoho,serius cuak.=p

    anyway,rasanye aku fhm dilema yang cuba dibawa dalam entry ni. bkn merujuk kepada kanak2 normal yg comel berjalan di sekeliling kita tu,tapi lebih kepada kanak2/baby2 yang kurang sifat dan pelbagai masalah lagi. kasihan mereka,dan pada sesetengah kita,mungkin tak sanggup melihat penderitaan mereka itu. smoga jd a gud doc bro.=)

  17. David Santos says:

    Excellent work!!! Terima Kasih!

  18. Pingback: Notes – Breast Feeding « Leokid’s Life

Tinggalkan Jawapan

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>