kamal's blog

Selamat Hari Raya Aidilfitri - 1430H

Sebelum semua orang balik bercuti, aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, harap dimaafkan andai ada silap dan silap sepanjang kita bersama. Di kesempatan ini juga, aku menjemput semua rakan-rakan ke rumah pada 24/09/2009 sempena majlis kenduri kahwin adik aku.

Tahun ni aku beraya kat Johor, raya kedua baru balik Kelantan.

Pindah lagi ?

Secara tak dijangka, ofis aku akan berpindah ke TPM, Bukit Jalil. Walaupun dah dengar ura-ura sejak tahun lepas tapi tiada pemberitahuan secara rasmi akan rancangan berpindah. Tup-tup, dah nak pindah. Aku sedikit bengang. Rumah yang aku sewa sekarang dah kira agak ideal dengan tempat kerja. Tak sampai 5 minit ke LRT, 10 minit dari LRT Kg Baru ke ofis. Aku jenis tak suka memandu ke ofis sejak dulu lagi. Kerja aku kat pejabat dah menuntut fokus yang terlalu tinggi daripada otak aku. Memandu juga perlukan fokus yang tinggi jadi bila memandu ke pejabat otak aku langsung tak ada masa nak rehat, hehe.

Nak tak nak rasanya kena pindah. Tak guna aku duduk kat sini, dah lah sewa rumah mahal. Ofis dah makin jauh. Ada apa-apa cadangan kawasan yang sesuai berhampiran dengan TPM, Bukit Jalil ? Ada orang cakap Puncak Jalil sewa rumah murah. Taman Equine dekat dengan Jusco tapi nampak macam jauh pulak. Rumah sekarang pun dekat dengan Jusco, jalan kaki je. Tapi tu tak penting sangat. Kawasan sini nampak macam banyak pilihan, tak pasti kat mana paling sesuai.

Sakit

2 minggu lepas aku kena denggi. Mungkin ada yang dah tau. Lepas dapat result blood test yang kedua, aku terus balik Johor sebab dah rasa kompem kena masuk wad kalau pergi jumpa doktor. Lepas buat treatment kat tempat abang aku 3 hari, denggi dah hilang tapi nasib aku tak baik. Dehydration pulak, tak cukup air. Nak tak nak abang aku hantar aku pergi hospital jugak. Tu yang kena tahan sampai 5 hari. Masuk kes denggi walaupun aku takde simptom denggi kecuali platlet count yang rendah sangat - 19.

Masuk wad, pengalaman kali pertama memang menyeksakan. Aku tak nak pergi hospital lagi. Sekarang belum pulih sepenuhnya lagi. Pinggang aku masih sakit, akibat kurang air buah pinggang aku sebelah kiri terjejas. Sekarang kemungkinan besar aku hadapi masalah batu karang kat ureter sebelah kiri. Sakit sangat bila batuk, berdehem atau nak duduk. Hari Rabu lepas aku pergi kerja, balik kerja rasa sakit sangat seluruh badan terutama kat pinggang. Semalam dengan hari ni aku cakap dengan bos tak boleh kerja lagi. Duduk rumah je lah. Tadi pergi buat follow up check up, Alhamdulillah platlet dah ok - 500. Jumpa doktor kejap je, dia cakap takde apa-apa. Jadi denggi aku kira dah pulih sepenuhnya.

Tak dapat kerja, dengan bajet makin berkurangan, isteri aku tak lama lagi nak bersalin memang menyeksa jiwa. Aku tak tau bila boleh pulih sepenuhnya. Lepas raya cina bos dah suruh mula kerja, banyak projek baru masuk. Nak mengadap komputer lama-lama pun tak boleh, kepala sakit. Kena panas pun tak boleh, kepala sakit. Tangan aku dua2 belum kuat lagi akibat kena cucuk masuk air/ambil darah masa kat wad. Fizikal aku betul2 lemah sekarang, tak macam dulu.

Cerita aku panjang sangat, jadi aku dah catatkan kat blog khas - http://hospitalmanusia.blogspot.com/. Belum siap sepenuhnya, panjang jugak, hehe.

Apa ertinya merdeka jika hati terluka

Apabila isteriku menegur kenapa aku tidak begitu ambil kisah dengan sambutan kemerdekaan, sukar untuk aku menjawabnya. Bukannya tidak menghargai kemerdekaan, bukannya tidak cinta kepada negara. Membaca tulisan Dr Asri di akhbar selepas itu, aku terjumpa bahagian yang betul-betul menggambarkan perasaan aku ketika ini:-

Quote:

Namun saya berpendapat bahawa antara faktor utama adalah, banyaknya tindakan mereka yang diberikan amanah dalam negara ini telah benar-benar mengguris hati dan perasaan rakyat. Walaupun kebelakangan ini semacam ada usaha untuk membaiki keadaan, tetapi hati yang luka itu nampaknya amat sukar untuk dipujuk kembali. Tidak semestinya kerana mereka telah jatuh hati kepada kekasih baru, tetapi kebencian dan kemarahan boleh menjadikan manusia benar-benar berubah.

http://drmaza.com/home/?p=399#more-399

Ya, inilah perasaan yang aku alami. Perasaan terluka dan kecewa.

FriendFeed - share your life !

Aku ada blog kat personal website aku, ada blog kat smach.net, ada blog kat website company, ada post gambar kat flickr, suka guna twitter, ada post update kat beberapa forum dan macam-macam lagi lah. Macam mana aku nak share semua ni ? Macam blog kat smach.net ni, member je boleh masuk jadi macam mana orang yang bukan member kalau dia nak komen kat blog aku ?

Jawapannya adalah FriendFeed ! Boleh lihat FriendFeed aku kat sini:-

http://friendfeed.com/k4ml

Peta ...

Dalam air ku terpandang wajah ...

Cermin mata baru

Aku dapat cermin mata baru. Ada orang bagi, hadiah besday katanya. Last aku tukar cermin mata masa kat Unitar, second year kot. Memang dah berlumut cermin mata lama, huhu. Pening-pening lagi rasanya ni, tak biasa. Apa pun, thanks to ... errr, hehee ;)