AUGUST 2007

Are we a free nation?

Merdekakah kita?

Kebelakangan ini rakyat dipersembahkan dengan berbagai liputan ngeri yang melibatkan kematian ramai rakyat…seorang graduan maut beberapa hari sebelum menerima ijazahnya, seorang ibu maut ketika sedang memeluk anaknya – yang hidup sebentar, kemudiannya maut juga selepas beberapa hari…seluruh rakyat Malaysia sedih dan berbagai reaksi timbul. Ada yang berpendapat bahawa pemandu bas tidak bertanggungjawab dan pemandu pembunuh, tetapi saya merasa kasihan kepada para pemandu bas. Gaji mereka kecil, tetapi terpaksa memandu kenderaan tersebut untuk menyara diri, keluarga dan anak-anaknya. Dan kajian menunjukkan bahawa mereka (pemandu bas), memang tertidur – mungkin kerana keletihan…memang benar sebahagian pemandu bas telah diberi saman …tetapi kenapa apabila ramai yang mati, baru Ops Bersih diadakan? Kenapa baru dilaporkan bahawa Hari Raya nanti perkhidmatan bas tidak cukup untuk mengangkut penumpang kerana pemandu bas tidak berani lagi untuk memandu bas kerana nanti ada road block? Kenapa apabila sudah berlaku banyak kemalangan baru kerajaan bertindak? Kenapa selama ini penguatkuasa tidak melakukan tugas mereka? Adakah mereka disogok oleh syarikat-syarikat kenderaan dan kenapa pihak kerajaan membiarkan perkara itu berlaku? Itulah persoalannya. Kita tidak wajar hanya menyalahkan pemandu-pemandu bas semata-mata, tetapi juga sistem yang memberi ruang kepada berlakunya korupsi. It is the whole system…the whole system that allows for corruption. That’s how it affects us directly. Kita mungkin tidak rasa, kerana kita atau anak-anak kita tidak terlibat, tetapi sistem ini akan meninggal kesan kepada kita dan masyarakat kita, sehingga akan mendapati maut mendakap diri.

Di negara yang “merdeka”ni juga, kita mendapati ramai penagih dadah yang baru setiap hari… seorang pekerja seks menjangkiti 5 orang setiap hari dengan HIV/Aids…dan statistik mendapati bahawa hampir 8 orang wanita dirogol setiap hari…begitulah keadaan negara Malaysia yang merdeka hari ini. Adakah kita mengatakan dengan 50 tahun merdeka, dengan infrastruktur yang hebat, seperti KLIA, KLCC, MSC dan pelaburan yang besar-besar…maka kita sudah hebat dan boleh berbangga dengan kemerdekaan yang dikecapi…di mana pada masa yang sama generasi masa depan kita, anak-anak kita, cucu-cucu kita mengalami risiko yang tinggi dari segi keselamatan fizikal dan mental serta kesejahteraan hidup mereka di masa depan? Kualiti pendidikan generasi masa depan juga tidak lagi menampilkan pemimpin dan kepimpinan yang kita inginkan. Sebahagian mereka adalah korup…bukan contoh yang baik kepada generasi masa depan mereka. Kita tidak ingin generasi baru mengikut jejak para pemimpin yang korup.

Dengan itu kita harus melakukan sesuatu untuk menghayati erti kemerdekaan sebenar negara Malaysia yang kita cintai ini. Kita adalah anasir-anasir yang sesuai dari kalangan generasi masakini untuk melaksanakan perubahan, membaiki sistem yang korup ini dan memberi peluang kepada barisan pimpinan yang baru, yang juga inginkan perubahan – membawa Malaysia ke suatu tahap yang bebas korupsi dan gejala-gejala yang terhasil daripadanya – yang menjadikan rakyat menghadapi berbagai kesusahan.

Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bersama-sama Barisan ahli-ahli politik yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mencapai hasrat Malaysia baru dan agenda baru ekonomi, sosial, keselamatan dan politik negara, khususnya dalam pilihanraya ke-12 nanti. Rasanya, sudah cukup banyak peluang diberi oleh rakyat kepada BN – iaitu, selama 50 tahun untuk membawa perubahan kepada rakyat. Ya, memang berlaku perubahan – tetapi banyaknya perubahan yang baik kepada tidak baik di bawah sistem pentadbiran BN.

Sama-samalah kita menghayati erti kemerdekaan negara kita dengan azam dan kesungguhan yang diiringi ilmu dan segala kekuatan yang diperlukan bagi mencapai hasrat merdeka – bebas dari kongkongan korupsi dan berbagai bentuk kezaliman yang menghimpit kebebasan rakyat dari sudut pemikiran, suara dan tindakan.

Merdeka!

Kesembronoan pembalakan, mencemar air (dan menghasil banjir)

Ceramah di Kuantan, Pahang

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Sebahagian rakyat Kuantan yang menghadiri majlis tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>