Khutbah pilihanraya

+1
-2
  
Print Friendly

Oleh: MSK

Khutbah Hari Raya dah habih. Hari ini aku nak sampaikan khutbah pilihanraya pulak.

Aku dilahirkan dalam sebuah kampung yang ulu. Disebelah sini sungai, perkampungan Melayu, diseberang sana sungai, perkampungan orang asli. Dalam hutan sekeliling kami ialah askar komunis.

Masa tu tak ada Tadika, tak ada PASTI. Budak-budak tidak belajar ABC atau Alif, Ba,Ta tapi belajar macam mana nak buat lastik, buat sangkar burung dan buat macam-macam peralatan menangkap ikan. Belum masuk darjah satu dah boleh menuba ikan, dah boleh menjerat burung dan dah boleh buat meriam buluh.

Kepakaran memiliki survival skill ini menjadi bukan saja menjadi kebanggaan kepada budak-budak, malah kepada ibu bapa. Masa tu, budak-budak umur 5-6 tahun tak tau baca Fatihah..tak tau baca surah Iqra’.

Rata-rata, kehidupan kampung hampir sama. Pagi menoreh getah, petang berladang.

Wei, orang menoreh getah kena keluar pukul 4-5 pagi dan habis menoreh pukul 7-8 pagi. Bila masa nak sembahyang subuh?

Pukul 9 pagi mula mengutip getah..dan sementara nak selesai menjadikan getah keping, dah pukul 12-1 tengahari. lepas makan tengahari ..kena tidur sekejap. jarang yang sembahyang zohor. Pukul 2 petang dah turun keladang atau kebun… balik bila dah maghrib. Bila masa nak sembahyang asar?

Sampai rumah, pergi mandi kat sungai…kemudian makan malam. Maghrib pun terlepas. Kot-kot la Isya ada orang sembahyang.

Masa tu, ugama tak penting. Tok Imam pun tak boleh cari makan sebab tak ada orang nak dengar. Sebaliknya orang yang paling berkuasa dan dihormati ialah Tok Sidang. Dan orang kedua yang paling dihormati ialah Tok Pawang…dan oleh kerana kampung aku dekat dengan kampung orang Asli, dia lebih dikenali dengan panggilan Tok Halaq.

Bila nak buka ladang ..kami tanam padi huma…kena dapat perkenan Tok Halaq. Tok Halaq akan pilih tarikh yang sesuai bila nak mula menebang dan menebas. Bila nak memerun dan bila nak menukal. Aku percaya ramai yang tak tau apa benda yang aku cakap ni.

Sebelum menebang dan menebas, Tok Halaq akan buat upacara…pasang kemian dalam sangkak dan tanam empat penjuru ladang. Tujuannya untuk dijadikan pendinding. Orang kampung akan bawa pulut kuning dan daging kambing…buat kenduri. bila dah selesai upacara, baru boleh mula menebang dan menebas.

Bila dah selesai sehingga padi sudah dituai, ada pulak upacara kesyukuran. Bukan bersyukur kepada Tuhan..tapi kepada jin-jin dan penunggu yang tidak mengacau kami semasa berladang.

Tok Imam hanya diperlukan bila ada orang nak bersunat dan bila ada orang mati.

Tradisi dan kepercayaan ini bukan setakat dikampung saja!! Malah diperingkat tertinggi, yang paling dihormati dan berkuasa ialah Sultan. dan orang kedua dibawah Sultan ialah Pawang Diraja. Apa saja yang hendak dilakukan oleh Sultan, dia kena tanya Pawang Diraja dulu.

Pawang dan Tok Halaq pada masa itu sama taraf macam Kadhi dan Mufti.

Apa yang aku tulis diatas bukan sejara beratus tahun dulu. Ia berlaku hanya 50 tahun lalu…dan ia berlaku dalam awal tahun 60an ketika rakyat bawahan Melayu masih duduk dikampung-kampung terpencil manakala kaum bangsawan duduk dibawah ketiak British.

Politik melayu juga pada masa itu jauh berbeza dari sekarang. Isu utama ialah kemiskinan… bukan ugama. Siapa yang berjaya menjuarai isu kemiskinan, dia boleh jadi juara. Itu sebabnya, bila Perikatan tak mau ambil tau tentang kemiskinan, depa kalah tahun 1969. Dan Tun Razak masih dianggap hero dan dipanggil Bapa Pembangunan kerana dia berjaya meembuka FELDA, dan sekurangnya membantu orang Melayu keluar dari kemiskinan.

Anwar Ibrahim dan mereka yang seangkatan dengannya menjadi hero pelajar juga kerana isu-isu kemiskinan.

Dimana PAS masa itu? Pas membawa isu-isu ugama yang tidak diperlukan oleh orang Melayu yang miskin. Pas hanya hidup berdasarkan populariti kepimpinannya yang pandai berpidato dan berhujah tentang ugama.

Dan apabila PAS menggadaikan perjuangannya dengan menyertai BN pada tahun 1971, maka PAS berpecah. Dan hanya kembali bersatu apabila Nik Aziz menerajui PAS di Kelantan. Ditempat lain, masih lagi lemah.

Awal 80an, kemiskinan bukan lagi isu utama. Bila orang dah senang, dia ada masa untuk dirinya. Ada masa nak sembahyang..ada masa nak baca kitab. Kerja bermula pukul 8.30 pagi…so ada masa untuk sembahyang Subuh. Tengahari boleh sembahyang zohor..balik kerja boleh buat solat Asar. Malam pun boleh relax lagi.

Tok Halaq dikampung pun sudah tidak diperlukan lagi. Ladang dan bendang sudah dikontrakkan. Soal sakit mati sudah diuruskan oleh hospital. Tok Sidang pun sudah tidak dihormati lagi sebab dipilih mengikut telunjuk parti.

Mahathir sedang tentang kekuatan gandingan Fadhil Noor dan Nik Aziz. Lantas Anwar ditarik kedalam Umno untuk mengimbangi Pas.   Dan Anwar berjaya menjadi kuda tunggangan Mahathir untuk menewaskan Pas. Anwar telah berjaya mengislamkan begitu banyak ruang. Dari cari berpakaian, sampailah kepada urusan kewangan.

Tahun 80an juga menyakskan bagaimana orang-orang ugama mula dihormati. Tok-Tok Imam sudah menggantikan Tok-tok Halaq dikampung. Kalau dulu, orang kampung hanya sanggup membayar duit pengeras kepada Tok Pawang, sekarang orang kampung sudah sanggup mengeluarkan wang untuk menjemput penceramah ugama.

Hal ini berterusan sehingga 90an. Dan apabila Anwar disingkir dari Umno pada tahun 1998, ramai para agamawan juga turut beralih angin.

Awal abad ke 21 menyaksikan pertembungan diantara agamawan dan sekularis. Kemenangan besar di kelantan dan Terengganu menyebabkan PAS merasakan bahawa orang Melayu sudah menerima perjuangan agama. Lantas mereka menggunakan kuasa yang ada untuk melaksanakan apa yang mereka fikir diperlukan oleh orang Melayu.

Tapi mereka tersilap dan akibatnya, Terengganu kembali ketangan Umno danKelantan hampir-hampir tewas.

Tahun 2008, Umno hampir tewas dan Pakatan Rakyat ditubuhkan. Sekarang PR memerintah di 4 negeri.

Selepas 2008, keadaan sudah terbalik. Kalau dulu, Pas yang menjuarai isu agama, sekarang ianya sudah diambil alih oleh Umno…dan Umno mengharapkan isu-isu agama akan berjaya menarik minat orang Melayu supaya kembali menyokong Umno.

Semua para agamawan didalam Umno dikerahkan untuk bersuara. Dari Imam muda sampai imam tua..semuanya bercakap tentang Islam. Dalam keghairahan untuk menonjolkan siapa lebih Islam, maka bermacam-macam fatwa dikeluarkan sehingga orang Melayu tak tau sapa yang hendak dipercayai lagi.

Umno telah berjaya mengurangkan kepercayaan orang Melayu terhadap agama. Sekarang ini, cakap-cakap Mufti dan Imam Muda dibakulsampahkan begitu saja oleh orang-orang yang pro-Pakatan manakala hujah-hujah yang dikeluarkan oleh para agamawan Pakatan diperlekehkan oleh orang-orang pro-Umno. Manakala yang ditengah tak tau sapa yang betul. Malah khutbah Jumaat pun sudah terlalu kerap diperlekehkan.

Kedua-dua belah pihak, Pas dan Umno sedang bergelut untuk menjadi siapa juara Islam sebenarnya. Apakah itu yang diperlukan oleh orang Melayu ?

Apakah orang Melayu memerlukan juara Islam…atau juara rakyat? Ketika rakyat sedang berhadapan dengan kos hidup yang semakin meningkat, paras kemiskinan yang semakin meningkat, kadar jenayah yang semakin tinggi..apakah kita memerlukan Hudud atau Negara Islam?

 

Related posts:

Filed Under: Featured

About the Author:

facebook comments:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

PERINGATAN: MediaPerak.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.