Franz Kafka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Franz Kafka
Lahir July 3, 1883
Austria-Hungary Prague, Austria-Hungary (today in the Czech Republic)
Kematian 3 Jun 1924 (umur 40)
Austria Kierling near Vienna, Austria
Pekerjaan insurance officer, factory manager, novelist, short story writer
Warganegara Ashkenazi Jewish-Bohemian (Austria-Hungary)
Genre novel, short story
Pergerakan sastera modernism, existentialism, Surrealism, precursor to magical realism


Kafka ketika umur 5 tahun

Franz Kafka ( lahir pada 3 Julai 1883 - 3 Jun 1924) merupakan penulis novel negara Jerman abad ke-20. Beliau merupakan seorang Yahudi yang lahir di Praque. Novelnya banyak memainkan perasaan dan mempunyai kelainan tersendiri serta banyak yang tidak lengkap.

Antara karya Kafka ialah Das Urteil (1913, "The Judgement"), In der Strafkolonie (1920, "In the Penal Colony"); novella Die Verwandlung ("The Metamorphosis"); novel tak siap Der Prozess ("The Trial") and Das Schlos ("The Castle") . Novel-novel ini berunsur absurd , surreal , mundane dan pengkritik sastera memanggilnya unsur "kafkaesque".

Keluarga[sunting]

Kafka dari keluarga Yahudi pertengahan di Praque, ibu kota Bohemia. Bapanya Hermann Kafka ( 1852- 1931) digambarkan ahli perniagaan yang lokek dan sombong. Kafka terasa amat dikongkong oleh bapanya dan hasil dari tekanan hidup itu, Kafka telah menghasilkan beberapa novel yang menderita 'tekanan jiwa'.

Kafka adalah anak sulung daripada enam adik-beradik.Mereka sekeluarga hidup miskin dan terpaksa bekerja 12 jam sehari.

Pendidikan[sunting]

Kafka fasih bahasa Jerman dan bahasa Czechoslovakia. Seterusnya beliau mahir bahasa dan budaya Perancis . Antara penulis yang diminatinya ialah Flaubert.Beliau menerima pendidikan rendah di di Fleischmarkt . Bapanya sesekali sahaja membawa beliau ke sinagog ( kuil Yahudi), oleh itu pengetahuannya tentang agama Yahudi agak terhad.

Kafka belajar di Universiti Charles-Ferdinand Jerman di Prague dalam bidang kimia.Tetapi bertukar kepada jurusan undang-undang. Di universiti menyertai kelab Lese- und Redehalle der Deutschen Studenten - aktif dalam bidang kesusasteraan, membaca dan lain-lain aktiviti.

Kafka mendapat ijazah kedoktoran pada 18 Jun 1906 dan berkhidmat di mahkamah jenayah dan sivil.

Novel The Metamorphosis[sunting]

Kubur Franz Kafka di Prague-Žižkov
Patung gangsa Franz Kafka di Prague
Muzium Franz Kafka di Prague

.


Kafka pernah menerbitkan beberapa cerita pendek dan tak pernah menyiapkan novel-novelnya. Antara novel pendek beliau ialah The Metamorphosis.

Novel Metamorphosis mengisahkan tentang Gregor Samsa yang hidup bersama dengan ahli keluarga di sebuah apartmen . Pada suatu pagi ketika bangun , telah terkejut besar kerana mendapati dirinya telah menjadi seekor serangga besar dan aneh.

Gregor tidak segera berubah bentuk. Sebaliknya merayap di luar dalam hujan lebat. Dia terus mengembara dan mengembara di luar. Perubahan menjadi serangga merupakan hukuman di atas kejahatan-kejahatan yang dlakukan pada masa lalu. Amat terasa sekali perbezaan antara mimpi-mimpi dengan kehidupan sebenar. Novel ini merupakan tafsiran tentang realiti kehidupan hasil tekanan dan kongkongan bapanya.