Posts Tagged "car seat"

car seat iki

car seat iki

kelmarin kan kalian
ayah iki dah mula busy dengan project di IJN
jadi saya harus mula berdikari berjatidiri & berwawasan untuk drive sendiri balik rumah
(sebab dia balik lewat)
dari opis saya dah susah hati,macamanalah nak bawa si kecik ni..
gigih memandu tersengih2
terdongak2 lupo bawa bantal buat lapik duduk

dah laaaaaaaaaaaaama saya tak memandu
kali terakhir masa saya pergi kursus laktasi iaitu sebulan lepas 
mula mula masuk kereta, saya remind diri sendiri berkali kali

kanan minyak, kiri brek, kanan minyak, kiri brek, kanan kiri acik tokan sekali
manja lebih dah diriku ineh… 

tu kalians, dari opis sampai la dekat rumah pengasuh
laju tu je acik gorak
tak sama macam za merempits

saya kan sopan santun drive kereta, ala ala wanita perempuan..eh ape tu
wanita melayu terakhir …hihihi

ha, tenang kan mata memandang
lalu jalan dalam,takde kereta banyak2
sebab tu saya bawa 20km/j sahaja 
(kereta belakang tak sabar2 nak motong saya)

memang tidak dinafikan yang saya sangat tekun memandu
sampai tak sempat buka radio kalian..
*tersedar masa dah sampai kat rumah pengasuh iki
“owh patutlah dari tadi dengar bunyi jantung dup dap sendiri je, lupa pasang radio rupanya”

dokong iki yang berat dengan payung, plestik hikmat CD
masukkan iki letak dalam carseat
dia menjerit!
saya biarkan…
dia menangis sakan
saya buat tak dengar dan teruskan drive
dia terbatuk2 menangis
saya berenti tepi jalan, keluarkan dari car seat dan dukung nya

lalu saya terpaksa drive daripada rumah pengasuh ke rumah sambil dukung iki (jarak 1.5 km) kekdahnya
bahaya! memang bahaya!
tapi ku kan ibu tunggal yang kasian melihat anak menangis
(nampak air mata di dagu iki itu)
iki pegang kuat2 tudung ku, trauma duduk dalam car seat

gambar di ambil semasa drive dan dukung iki
(patutlah bahaya, gila bergambar rupanya…) :P

dah pun selamat sampai di depan rumah
sekarang saya kena buka gate
pun dah laaaaaama saya tak buka gate
ingat lagi kah cara2nya?
(tudung harus lah senget2, iki dah tarik..barulah nampak macam ibu yang busy..hihi)
dan airmata iki masih belum kering…siankan…

masuk dalam rumah, iki temankan mommy dinner cereal
mommy suap, dia suap
dah tinggal berdua ni, tak sempat la mommy masak masak (macam selalu masak je bunyinya)
kita makan cereal je ki ye, sementara meroyan menanti ayah balik

bila saya bangun, dia minta didukung sekali
“mamamamama” bunyinya

bila saya dirikannya suruh prektis berjalan
dia menangis sebab tak suka
alaa…sensitip la iki ni….

aunty qas, meh la temankan kak sue amek iki balik keje
dia takmo dok dalam car seat la…

Read More
Page 1 of 11
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: