Posts Tagged "lunatots"

Berbuka puasa di sana

Berbuka puasa di sana

image

Lagu raya sudah berkumandang di sini sana
(belum campur yang nyanyi sendiri..hihi)
Saya sekeluarga belum membuat apa apa persediaan hari raya
Pakai apa yang ada kerana sibuk dengan Lunatots HQ yang masih dalam proses kemasbaik
Renovation sudah selesai dan semalam ramai ramai bungkus barang di kedai lama untuk dibawa ke tempat baru
Harini kami menyambung proses mengemas warehouse
Alhamdulillah, rezeki bulan puasa kali ini

Perkara lain yang menggembirakan saya ialah
Bermula dengan sebuah syarikat enterprise iaitu Luna Solutions
Kini kami sudahpun incorporated sebagai Lunaworks Sdn Bhd
Siapalah kami untuk mempersoal tentang apa yang kami dapat selama ini
Sewajarnya kami persoalkan apa yang telah kami sumbangkan kepada masyarakat amnya
Semoga produk Lunatots mendapat tempat dihati ibu bapa di Malaysia

image

Hadiah hari raya untuk semua adik beradik ‘kerja luna’
Majlis berbuka puasa beramai ramai untuk merapatkan silaturrahim

image

Tempat yang dipilih ialah Restoren Rebung, Bangsar
Mommy Luna survey sendiri lantas berkenankan tempat ini
Kalau nak menanti mommy masak, agak bercinta disitu hihi

image

Tempahan dibuka setiap hari
Saya memilih tarikh 16 Ogos iaitu Selasa (esok)
Ianya hari lahir saya yang ke 29 dan sungguh saya nervous dengan hari esok..hihi

image

Warna tema putih untuk semua
Saya belum cari baju yang sesuai setelah hampir beberapa minggu hanya pakai warna hitam sahaja
Oh, bengkung pun belum basuh..ekeke (pengsan)

image

Teman teman yang sudi bertandang untuk berbuka puasa bersama Lunatots
16 Ogos di Restoren Rebung Bangsar ya!

Read More
Page 1 of 11
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: