Posts Tagged "ebm"

Meneruskan Penyusuan Selepas Mula Berkerja

Meneruskan Penyusuan Selepas Mula Berkerja




cerita ini mengenai seorang mummy muda (sebaye ku, muda la kan :P – pewasan)
namanya Rizua (angkat tangan dear, cigu panggil namamu ni!)
yang gigih menyusukan anaknya, Khaira Auni Humaira (berusia 8 bulan 2 minggu)
semasa 2 bulan dalam pantang, khaira exclusive breastfeed (tak campur susu formula langsung!)
dan segalanya bermula semasa mummy Rizua perlu kembali bekerja
dan Khaira perlu ditinggalkan (tanpa stok ebm langsung) untuk berkursus selama sebulan
murid murid, apakah ebm?
ebm ialah expressed breastmilk :)
dan fm ialah susu formula (anda akan jumpa banyak perkataan2 seperti ini di blog saya)

mari kita ikuti kisah mummy Rizua ineh (diedit2 sikit oleh ku-terutama bab puji2 ku (gaga))
———
ku terhenti penyusuan khaira selama sebulan
coz kene pg kursus btn+ induksi mase bln mei 2008 (sebulan)
masa tu die br 2 bln 2mggu..

Khaira mmg exclusively bfeed semasa pantang
mmg masa pregnant niat di hati mmg nak bfeed bby
tp mase tu xler cari ilmu bfeeding ni secukupnye
Disebabkn br jek join gomen nk xnk kene gak pegi
nnti xleh nk knpem pule kan (hati beeerat nak tinggalkan baby)
stok ebm pule xcukup sebab dalam pantang dulu xreti wat stok
ilmu bab bfeed sgt cetek,pam hanya sekali di opis,stok hanye cukup2 aje..

niat di hati nk nyusukan selama 2 tahun
ku plak mmg kalo buleh xnk khaira di susukan dgn fm
kerana ku tahu ku mampu nyusukan die exclusively
pk punye pk,kebetulan akak ade baby juge yg tue 2 bulan dpd khaira
so ku tggal kan die ngn akak n minte die susukan khaira sekali
Alhamdulillah akak mahu tolong nyusukan khaira :)

Bile akak ku start kije (cikgu), khaira stat + ngn fm sbb xde stok ebm
akak plak mmg xbuat stok pun coz ank die xnak minum lgsung ebm dr botol
sggup tggu umi die balik…

ceritaku semasa di kursus pula
breast ku bengkak giler..susu melimpah ruah
tpakse dibuang sbb xreti nk simpan
peralatan yg ku bw hanya pam manual avent
hanya untuk melegakan breast yg bengkak di samping xmo susu kering

bila pg kursus ke tempat ke dua yg facility nye cam hotel gtu
ku teruskan ngepam n simpan wat stok, itupun 2x jek seari
sebab jadual sgt pack..so susu makin kurang n xdele selebat dulu
ku cari2 di intenet ubt utk xnk susu kering
ku ambil motilium 3x seari tuk ensure susu ade disamping minum oat

spnjg kursus ku hanya sempat bfeed kan 2 hari jek mase cuti agung n
mase 1 ari cuti khaira di bw dtg ke sana
2 ari jek sepjg sebulan tu!
Stok yg kubuat pule khaira xmo minum n freezer umh akak pule rosak.
So stok ku di buang begitu saje..

Memalam sokmo nangis igt kan die,kekdg time pam pun nangis sbb xdpt bfeed
die..sedih sunggguh mase tu
Sblum pulang dari kursus ku jumpe website susuibu.com
kat ctu kudpt byk info
ku order milkmaid tea n pil asi utk tambah susu

Pulang dr kursus kuteruskan usaha membfeed khaira
ambil cuti tuk susukan die selama seminggu
bykkn direct feeding khaira tuk stimulate more milk tp mase 2 top up juge ngn fm
sbb susu xbyk kucube memacam cara nk byk kan susu
Ku tpon juge Pn Kamariah (pengasas susuibu.com) n ade juge pegi jumpe Pn. Rita (pengasas MLO) minta nasihat diaorg
Stat kije, member (dila kpkt, thanks!) introduce la set spectra3 yg di jual di diyaluna.com
harga nye agk berpatutan dan
boleh buat double pumping jimat masa n tenaga disamping tidak lenguh.
Ku tpon terus sue ini n order spectra 3 tuk menambah prodctn susu ku secepat mungkin
sue menasihatkan agar kerapkan mengepam(walaupun tak keluar apa apa) n memacam lagi..

ku ikut nasihatnye, ku tabahkan hati, kuatkan semangat
ku pam 4-5 kali di opis, dan weekend pam juge

ku mahu buktikan ibu bekerja mampu nyusukan anaknye secara eksklusif
Alhamdulillah daripada 1-2 oz jek setiap kali ngepam

kini ku mampu mendapat 5-8 oz setiap kali sesi ngepam
( ku minum soya organic+oat+raisin tuk byk kan susu disamping
ambil pil fenugreek 3x sehari, so far sgt membantu ku)
susuku xdela sebyk sue ini(ehem ehem, bab ni ku terbatuk manja pula),hehe
tp cukup tuk khaira n cukup tuk ku buat stok ebm yang dari 0 itu
sehingga ku beli 2 door freezer tuk simpan ebm
dulu pakai 1 door xmuat nk simpan ebm n lelauk basah..hehe..
sekrg dpt bg khaira lebih fresh ebm tuk die consume hari hari
Alhamdulillah, dgn izin Nya usaha ku berjaya setakat ini untuk fully bfeed khaira

begitu juge dgn pertolongan sue yg hanya kukenal di alam maya ini yg xjemu2 mmberi khidmat nasihat f.o.c
dan pam spectra3 ku yg sgt2 berjasa yg ku sandang tiap2 ari ni

moga2 di permudahkan mnyusukan hingga khaira 2 tahun
begitu juge ibu2 mnyusu yg lain…
dan bukakan hati ibu2 yg sedang mengandung sekarang tuk eksklusif bfeed bby diaorg nnti
…amiiiinnn…
(riez, ku amin kan jua)
——-
ini adalah hasil pam-an riez utk sekali
menarik kan…daripada zero knowledge, susu kurang
tetapi berbekalkan semangat utk menyusukan anak
dan nasihat daripada saya yang tak seberapa
(terima kasih riez, kerana percayakan saya utk meng’guide’ dirimu)
rizua berjaya melakukannya!

stok ebm rizua, walaupun tak sebanyak cikpuan za
(za memulakan pengepaman semasa dalam pantang)
kisah rizua, iras kisahku juga…bermula dengan zero knowledge
zero ebm ..sehingga lah sekarang
tahniah rizua! Alhamdulillah atas kasih sayang-Nya, kita sama sama mampu menyusukan
dan membuat stok ebm..

khaira shomels, membesar dengan sihat ye nak!

Terima kasih rizua & khaira kerana sudi berkongsi cerita
sharing is caring kan :)
jalan jalan ke blog rizua

Tips dari saya utk ibu yang mahu meneruskan penyusuan setelah mula bekerja:

Semasa di ofis (berjauhan dari baby)

  • Pam 3 jam sekali
  • Ataupun semasa breast rasa penuh
  • 20 minit sebelah breast (biarkan saja pam ON walaupun tak keluar apa apa)
  • 10 jam berada di ofis, anda akan mengepam sekurang2nya 3 kali

Semasa malam dirumah & weekend

  • Pam 3 jam sekali
  • Ataupun semasa breast rasa penuh
  • Atau 15 minit sebelah breast selepas menyusukan baby
  • Utamakan pengepaman di malam hari (pukul 12 pagi hingga 6 pagi) kerana hormon prolaktin amat tinggi pada waktu ini dan komposisi susu ibu lebih banyak lemak.

Nota untuk lactating moms yang bekerja : Target untuk dapatkan sekurangnya 50 botols ebm di dalam freezer kerana akan sampai masanya production susu harian anda merudum (saya pernah mengalaminya, dan berasa serik).

Production merudum:

  • sekali pam hanya 2 oz dan kadangkala titik2 sahaja
  • biasa berlaku semasa mama stress-dengan kerja, relationship etc etc
  • berlangsung selama satu ke dua minggu
Read More

teambuilding & ebm

teambuilding & ebm

kalians di luar sana
kan saya selalu kipuchi war warkan betapa semaknya rumah saya
sampaikan opismet nak datang rumah terbuka pun
saya cakap, rumah saya tertutup…sampai iki masuk kolej dan saya sempat mengemas
*bunyinya macam iki yg buat semak kan
sebenarnya saya yang tak sempat mengemas

nak tau, saya dah gunting iklan cleaner yg datang ke rumah tu
oleh kerana tiada papan kenyataan di rumah saya
maka saya tempekkan di dinding sahaja, boleh?
boleh lah…mata saya juga yang sakit bila nampak betapa semaknya dinding saya..hiks

masa saya & hb ke teambuilding tempohari
abah saya datang tolong jagakan zikry
lihat gambar2 zikry & tok abahnya masa melihat burung pagi, tengahari & petang

Gambar di bawah ini sebijik sebijan sama dengan gambar dalam entri ni

kalini zikry dah pandai bertepuk tangan & goyangkan badan
masa saya menyanyi sumbangsih irama

oh ya, haritu saya dapat jemputan dari Neezie
tapi dia tak jemput saya & suami tau kalians
dia jemput zikry :|
niji, insyaAllah panjang umur murah rejeki, sampailah kami ke majlismu itu ye

niji ni kawan skolah rendah saya
saya jumpanya di alam Forum Cari masa saya muda remaja di MMU
bersoreh punya bersoreh
rupanya kampung nya bersebelahan kampung saya
neneknya geng dengan arwah atuk pompans saya (dia panggil nenek, saya panggil atuk)
dan kami sama sama geng banjar…

niji, ku doakan majlis mu berlangsung dengan lancar
nanti ku carikan tiket bas utk zikry pergi ke kendurimu di Ipoh 30 Nov ye!

entry sebelum2 ni kan saya cerita pasal Teambuilding ZEN?
semua gambar dalam entri itu di ambil menggunakan kamera yang eloks
ini pula gambar dari henpon pink saya yang cute tapi mempunyai kamera yg biasa biasa saja

ini masa kami berjumpa di tepi highway Grand Saga
yang baju hijau2 tu semuanya pembantu opismet saya sedang mengedarkan peta & agenda kepada peserta

menjawab kepada permintaan Riez utk bersharing is caring cerita
bagaimana mengepam semasa kursus/beraktiviti jauh dari anak tershenta

1. Tempoh kursus
Jika anda berkursus kurang dari 4 hari, ebm anda tidak perlu dibekukan. Jadi cara utk bawanya travel pulang kerumah senang sahaja.
Jika LEBIH dari 4 hari, anda perlu membekukan ebm anda. Dan perlu bawa bekas macam peti Coleman untuk bawa ebm travel back dari tempat kursus ke rumah anda.
Pastikan semua ebm yang sudah dibekukan itu, tidak cair.
Nota laktasi : Kerana ebm beku yang sudah cair harus digunakan dalam tempoh 24 jam.

2. Peralatan yang perlu di bawa.
- Cooler bag & ice packs
- Bebotols yang banyak

3. Cari Peti Ais
Sebaik sahaja sampai di tempat kursus, kenal pasti di mana peti ais berada.
Samada disediakan di bilik anda, atau perlu menumpang di bilik urusetia atau worst case, dapur hotel/resort pasti mempunyai peti ais.

4. Rules Mengepam
Cuba mengepam 3 jam sekali siang dan malam. Bagi yang sedang berkursus, anda boleh mengepam setiap kali tea break ataupun time solat.

4. Aturan semasa siang
Hantar Icepack anda ke freezer kitchen (jika peti ais hanya terdapat di dapur) semasa siang. Dan hasil tenusu setiap kali mengepam, perlu dihantar ke dapur (fridge).

5. Aturan semasa malam
Biasanya kitchen akan ditutup pada malam hari. Jadi keluarkan icepack anda dan bubuh dalam cooler bag di bilik. Jadi, setiap kali lepas mengepam di malam hari, anda cuma perlu masukkan ke dalam cooler bag yang diisi ice pack. Refer gambar dibawah. Dan hantar semua hasil tenusu ke kitchen pagi esok (Refer step 4).

Mudah sahaja kan? Tiada yang mustahil…you can do it because all moms are superwomen!

Nota tambahan: Anda boleh bawa ebm itu pulang menggunakan cooler bag yang diisi ice packs

sesampai di rumah, saya masukkan semua ebm yang saya pam semasa di NLP
labelkan tarikh dan simpan ke dalam freezer
jumlah yang saya dapat mungkin kurang daripada jumlah yang iki consume semasa saya berkursus
itulah kegunaan stok ebm
(bagi menjawab soalan mereka yang hairan kenapa kena ada stok bebanyaks memenuhkan freezer)

apa yang saya dapat sepanjang di NLP?
luka di kuku jemari semasa wallclimbing & kaki semasa melompat sakan di dalam air terjun
alah, masa ni  aktiviti2 ginila saya nak manja2 guna handyplast ni..kan? hiks
time lain, ibu harus gigih orangnya..

oh ye, saya juga dapat hadiah ini dari NLP
(ga..mana pula saya letak hadiah itu lepas saya ambil gambar ya…)

kalians, bye…saya nak pura pura buat kerja.

Read More

warmer

warmer

Antara masalah yang dihadapi oleh ibu yang menyusukan anaknya secara eksklusif
ialah penyediaan ebm di rumah pengasuh/nursery
bukan semua orang bersedia menghandle ebm kerana pada mereka caranya agak payah
hakikatnya, penyediaan susu formula jauh LEBIH payah berbanding penyediaan expressed breast milk (ebm) sekiranya mereka mengikut cara yang sepatutnya
iaitu : air utk membancuh susu mestilah 100 darjah celcius utk memusnahkan kuman didalam susu tepung (dan biasanya org guna air sejuk/suam suam kuku sahaja)
dan semua peralatan semasa menyediakan susu formula wajib disterilize bagai sebelum digunakan
berbeza dengan ebm, peralatan seperti botol dan puting hanya perlu dibasuh dengan air paip
dan dijirus dengan air panas sebelum digunakan
kerana susu ibu mengandungi antibodi yang dapat mencegah pembiakan bakteria bagai
(ala kalian, ku buh words bagai sebab ku tatau nama bakteria sume tu :-P)

kesimpulannya, ebm TIDAK susah di handle asalkan sebagai ibu bapa kita sediakan keadaan yang selesa utk pengasuh
(bapa jangan buat tak tahu ye…sila take note jua)
dan amalkan peringatan pembelajaran berterusan
(tiap2 minggu ingatkan pengasuh masa sembang2 tu)

antaranya cara yang praktikal:
1. Penyimpanan EBM
- simpan 3 oz setiap botol supaya memudahkan pengasuh keluarkan 1 bekas setiap feeding session

2. Tempat simpanan EBM
-
letak ebm anda didalam cooler bag sebanyak 6 botol (3 oz setiap satu)  supaya tidak mengganggusemak peti ais pengasuh/nursery
*jumlah mungkin berbeza mengikut daily consumption anak anda

3.Pemanasan ebm
Ebm harus dipanaskan dalam suhu 35 hingga 45 darjah celcius. Ebm yang dipanaskan dalam suhu lebih dari 45 darjah celcius akan kehilangan zat & nutrien nya. Hati-hati, pengasuh/nursery mungkin memanaskan ebm anda di dalam periuk dengan menggunakan dapur gas. Ini sangat tidak sesuai kerana :
- suhu yang sangat panas mematikan nutrien
- periuk yang panas boleh mencairkan bottle plastik anda dan memberi efek yg tak elok kepada ebm

Apa yang saya lakukan, saya gunakan Snowbear Warmer
ada beberapa brand lain yang lebih murah (antaranya Grandioz)
tapi saya menggunakan Snowbear kerana warranty 12 bulannya (lebih menyakinkan acik)
dengan menggunakan warmer, ebm anda akan maintain 40 darjah celcius walaupun berada lama di dalam warmer itu (tiada masalah terlebih panas)
inilah rupa warmer..

anda perlu menambahkan air didalam warmer (utk bottle bersaiz kecil)
atau biarkan begitu sahaja (untuk bottle bersaiz wide neck)

anda perlu membeli universal adapter di kedai runcit berhampiran
(berharga rm4-rm10)
sebelum menggunakan warmer ini
pst : acik tersalah tulis, universal converter puloks!

warmer ini sesuai digunakan di dalam kereta juga
dan car adapter disediakan bersama (tak perlu beli dah)

selitan mommy: penggunaan ebm hanyalah semasa bayi berada berjauhan dari ibu sahaja
seperti ibu bekerja, atau opah atuk bawa cucu jalan2 tanpa membawa mamanya..
apabila berada disisi baby, anda perlu menyusukan bayi anda secara direct :)

Read More

Mengepam di Cubicle

Mengepam di Cubicle

ku masih di cubicle lama
yg kecik sempits tu
dari lepas pantang haritu, tiap kali nak mengepam
haruslah ku ke bilik kecil di dalam opis (bukan tandas tau!)
sejak dua menjak bilik itu di ambil alih
ku berpindah ke server room
takpe, memana pun sama dimata hati ku

hari Jumaat lepas yg kuberpakaian serba kelabu kusam tu
berlaku sesuatu yang baru padaku
(yela, maksudku selain baju baru)
aiceh korang….hover kan, nk bagitau baju baru la tuh!

ok ok, kita balik ke kisah yg mahu kuceritakan neh
iaitu ku mengepam di cubicle sendiri!
*siap ada tanda seru di hujung ayat tanda ku eksaited
selama ni ku soroks dari pemandangan semua org
kalini, masih tersoroks sopan
tapi ku lebih bebas membuat kerja sambil mengepam
jimat masa weh…takdolah acik tertekan muko kodut kodut macam selalu tu

ape abg Digi ni buat kat sineh?
ku kan pengguna Digi skrg ni (hp opis kasitu)

hokeh, mula mula tanggalkan brooch yg anda pakai

kemudian cari jacket sesape utk menutup proses setup-an pam
acik melentok kanan

bila anda rasa panas,buang je la jacket tu
tutup pam & bottle ngan tudung
since tudung anda kan dibawa kedepan (dah buka brooch bagai)
sekarang acik lentok kiri pula

inilah hasil pam-anku sambil melentoks ambil gambar(12 oz)
gambar2 ni bukan bukti ku hover taw (haih siap ada disclaimer)
ku cuba menunjukkan pada kalian…tk nampak apa apa pun dari cubicle lain
dan spectra 3 sangat senyaps
acik jiran sebelah cubicle tak perasan pun taw

Nota cubicleku : gambar lentoks2 tu sesuai sangat buat hantar kat kolum Kembang Setaman..hiks

Read More
Page 1 of 11
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: