Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
21 Januari merupakan hari ke-21 dalam kalendar Gregory . Tinggal 344 hari (atau 345 hari bagi tahun lompat ) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga adalah Hari Perayaan Santa Agnes (Kristian).
304 - Santa Agnes , kini santa penaung gadis dan dara, dihukum mati ketika berumur 13 tahun kerana enggan menerima pinangan Praefectus Sempronius untuk anak lelakinya.
1189 - Philip II dari Perancis dan Richard I dari England mula mengerah askar untuk melancarkan Perang Salib Ketiga .
1287 - Perjanjian San Agayz ditandatangani. Minorca ditawan oleh Raja Alfons III dari Aragon .
1525 - Gerakan Anabaptis bermula apabila para pengasasnya saling membaptiskan semula satu sama lain di Zürich , Switzerland.
1643 - Abel Tasman menjadi orang Eropah pertama yang mendarat di Tonga .
1720 - Sweden dan Prusia menandatangani Perjanjian Stockholm .
1789 - Novel sulung buatan Amerika Syarikat, berjudul The Power of Sympathy or the Triumph of Nature Founded in Truth , dicetak di Boston , Massachusetts .
1793 - Revolusi Perancis : Selepas didapati bersalah menderhaka oleh Konvensyen Nasional , Raja Louis XVI dipancung dengan gilotin di hadapan khalayak ramai yang bersorak di Place de la Concorde , Paris .
1861 - Perang Saudara Amerika : Jefferson Davis meletak jawatan dari Senat Amerika Syarikat .
1864 - Kempen Tauranga bermula ketika Perang Maori .
1887 - Brisbane menerima curahan hujan seharian sebanyak 465 milimeter (18.3 inci), satu rekod bagi mana-mana ibu negeri Australia.
1893 - Tanah Konsesi Tati , dahulunya sebahagian Matabeleland , secara rasminya diilhakkan dengan Naungan Bechuanaland (kini Botswana ).
1899 - Syarikat Opel mengeluarkan kereta pertamanya.
1908 - Bandar Raya New York meluluskan Ordinan Sullivan yang mengharamkan wanita merokok di tempat awam, tetapi diveto oleh datuk bandar.
1911 - Rali Monte Carlo pertama berlangsung.
1915 - Kelab perkhidmatan Kiwanis yang pertama ditubuhkan di Detroit , Michigan .
1924 - Vladimir Lenin meninggal dunia, maka tercetusnya perebutan kuasa antara Leon Trotsky dan Joseph Stalin yang berakhir dengan kejayaan Stalin pada tahun 1928.
1925 - Albania diisytiharkan sebagai republik.
1919 - Dáil Éireann Pertama bersidang di Mansion House Dublin , mengisytiharkan perlembagaan negara baharu Ireland . Penglibatan pertama dalam Perang Kemerdekaan Ireland berlaku di Sologhead Beg , daerah Tipperary .
1941 - Perang Dunia Kedua : Tentera Australia dan British menyerang Tobruk , Libya.
1968 - Perang Vietnam : Tentera Rakyat Vietnam menyerang Pangkalan Khe Sanh , satu kota kara Marin A.S. , memulakan Pertempuran Khe Sanh .
1969 - Sebuah reaktor nuklear bawah tanah di Lucens Vad , Switzerland, melepaskan sinaran ke dalam sebuah gegua lalu terpaksa ditutup.
1972 - Tripura menjadi negeri sepenuhnya di India.
1976 - Kenderaan supersonik Concorde (gambar) memulakan penerbangan komersilnya ke London , Paris , Bahrain dan Rio de Janeiro .
1985 - Oleh sebab 20 Januari jatuh pada hari Ahad, majlis angkat sumpah Ronald Reagan (untuk penggal keduanya selaku Presiden ) dialihkan ke hari Isnin, 21 Januari. Disebabkan cuaca tidak mengizinkan, upacara diadakan di Rotunda dalam Kapitol Amerika Syarikat .
2007 - Taman Marin Awashima di Jepun merakam video ikan jerung beropol yang jarang ditemui.
2008 - Isnin Hitam melanda pasaran saham sedunia. FTSE 100 mengalami kejatuhan mata sehari terbesar dalam sejarah, bursa-bursa Eropah tutup dengan prestasi terburuk semenjak peristiwa 9/11 , sementara bursa Asia jatuh sebanyak 15%.
2008 - Bahasa Eyak di Alaska pupus selepas penutur terakhirnya Marie Smith Jones meninggal dunia, menjadikannya sebagai simbol dalam usaha menentang kepupusan bahasa .