Pokémon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Laman web ini adalah berkaitan dengan Pokémon (Pocket Monster). Untuk mendapatkan maklumat mengenai onkogen yang suatu ketika dahulu pernah dinamakan sebagai Pokémon, sila rujuk ke Zbtb7.
Pokemon logo.jpg

Pokémon (ポケモン sebutannya "Po-Ké-Mo-N"), selalunya disalah sebut sebagai "Pokimon", merupakan suatu produk yang berjaya menghasilkan keuntungan berbilion-bilion ringgit. Pokémon dicipta oleh Satoshi Tajiri pada tahun 1996 (27 Februari 2006 merupakan sambutan ulang tahun Pokémon yang ke-10) dan dikawal sepenuhnya oleh syarikat permainan video gergasi iaitu Nintendo. Game Pokémon yang asal (untuk Game Boy, komputer dan permainan video) telah diteruskan ke dalam bentuk:-

Pokémon merupakan singkatan kepada nama jepunnya yang asal iaitu (ポケットモンスター sebutannya "Po-Ket-To-Mo-N-Su-Taa") atau Pocket Monster. Dalam versi bahasa Inggeris, motto “Gotta catch ’em all!” adalah lebih dikenali ramai walaupun sekarang tidak berapa digunakan lagi (kecuali oleh syarikat permainan Hasbro dan juga sambungan kepada siri Pokémon Chronicles).

Konsep Pokémon ini berasal daripada hobi mengumpul serangga, iaitu satu hobi yang sangat popular di Jepun (suatu masa dahulu), dan Satoshi Tajiri merupakan penggemar hobi ini semenjak beliau kecil lagi. Daripada Jepun (1996), idea Satoshi ini telah diadaptasikan (diterjemahkan) kepada pasaran Amerika Syarikat (1998) dengan terhasilnya game:-

Kedua-dua game ini membolehkan pemain untuk menangkap, mengumpul, dan melatih ratusan binatang yang dikenali sebagai Pokémon. Pemain boleh melawankan Pokémon mereka dengan Pokémon yang lain untuk menaikkan kekuatan dan meningkatkan teknik berlawan Pokémon. Pokémon juga boleh "berevolusi" untuk menjadi Pokémon yang lebih kuat dan mempelajari teknik berlawan yang lebih kuat dan baru.

Satoshi Tajiri tidak mahukan "pointless violent", maksudnya beliau tidak mahu memasukkan unsur-unsur keganasan dalam dunia Pokémon. Maka, sebab itulah dalam game Pokémon, Pokémon tidak boleh mati atau berdarah. Paling teruk pun, Pokémon hanya akan pengsan (fainted) dan akan sembuh semula setelah dibawa ke Pokemon Center. Walau bagaimanapun, Pokémon masih boleh:-

  • dikelirukan (confused)
  • diracunkan (poisoned)
  • dilumpuhkan (paralyzed)
  • dibekukan (frozen)
  • ditidurkan (asleep)
  • terbakar/melecur (burned).

Pokémon juga bermaksud sekumpulan makhluk fiksyen yang wujud dalam dunia semesta Pokémon. Sehingga kini, bilangan Pokémon adalah sebanyak 386 spesies. Kesemua Pokémon ini adalah hasil daripada perkembangan selama 10 tahun bagi 151 Pokémon yang asal (game Pokémon Red dan Pokémon Blue) dan juga penambahan beberapa spesies Pokémon yang baru.

Pada tarikh Disember 2005, 4Kids Entertainment, syarikat yang menguruskan penglesenan bagi animasi Pokémon, mengumumkan bahawa mereka telah bersedia untuk memperbaharui perjanjian untuk pasaran produk Pokémon itu. Pokémon USA Inc., anak syarikat kepada Japan's Pokémon Co., sekarang ini sedang sibuk meninjau penglesenan Pokémon untuk pasaran luar Asia.

Latar[sunting | sunting sumber]

Watak-watak utama daripada animasi Advanced Generation. Manusia daripada kiri ke kanan: Brock, Ash, May dan Max. Pokémon dari kiri ke kanan: Mudkip, Pikachu, Treecko dan Torchic.

Prasarana[sunting | sunting sumber]

  • Dunia semesta Pokémon adalah berdasarkan Bumi dari segi bentuk muka buminya
  • Wujud manusia, bandar, hutan belantara, semak-samun dan lautan
  • Wujud Pokémon tumbuhan yang mewakili flora
  • Wujud Pokémon yang menyerupai binatang tertentu yakni fauna
  • Suatu teori lagi ialah Pokémon adalah berdasarkan masa hadapan yang mana teknologinya amat canggih (teori teleportasi dan hukum evolusi telah dikaji dengan mendalam) dan jalan ceritanya berkisar mengenai persekitaran di muka bumi
  • Kenderaan, selain basikal jarang dijumpai ("Ash Ketchum" jalan kaki). Hanya peristiwa tertentu sahaja yang memaparkan gambar motor dan lori contohnya polis-polis di bandar dan Team Rocket
  • Stesen lapangan terbang jarang ditonjolkan. Sebarang perjalanan jauh dibuat dengan menaiki kapal laut yang tambangnya percuma (atau pun tiket yang boleh diguna berulang-ulang kali)
  • Jalan diwujudkan untuk pembonceng basikal di sesetengah kawasan tertentu
  • Dalam Pokémon Crystal, terdapat keretapi yang boleh digunakan sebagai pengangkutan
  • Sudah menjadi prinsip pelatih Pokémon untuk menjelajah dan mencari spesies baru Pokémon untuk ditangkap. Oleh itu, mereka rela berjalan kaki tanpa menaiki kenderaan lain

Makanan[sunting | sunting sumber]

  • Apabila watak dalam animasi Pokémon makan (contohnya Ash Ketchum, Brock, Misty dan lain-lain), selalunya tidak berapa jelas dari mana datangnya sumber makanan itu. Walau bagaimanapun, Farfetch’d pernah dinyatakan sebagai sumber makanan (dalam siri TVnya dan juga game)
  • Terdapat watak yang pandai memasak contohnya ibu "Ash Ketchum" dan "Brock"

Teknologi[sunting | sunting sumber]

Teknologi yang berada dalam dunia semesta Pokémon didapati amat canggih dan maju ke hadapan. Contohnya:-

  • Wujud Poké Ball yang mampu mengecilkan saiz Pokémon
  • Teori teleportasi untuk memindahkan Pokémon ke tempat lain
  • Hukum evolusi untuk mengubah bentuk Pokémon
  • Pokégear sebagai alat perhubungan,
  • Mewtwo yang genetik genomnya diubah
  • Menghidupkan semula nyawa fosil Pokémon yang telah mati berjuta-juta tahun dahulu
  • "videophone" iaitu alat untuk Ash Ketchum bercakap dengan [[]Professor Oak
  • Pokédex yang mampu mengesan kedudukan Pokémon dalam peta walaupun Pokémon itu lari-lari
  • Beberapa servis tertentu adalah percuma ataupun terdapat tiket yang boleh diguna berulang-ulang kali contohnya "Ship" dalam Pokémon Crystal
  • dan pelbagai perkakas teknologi tinggi yang lain

Setiap medium Pokémon (contohnya air, rumput, udara dan sebagainya) mempunyai beberapa variasi walaupun sedikit.

Generasi[sunting | sunting sumber]

Semua hak Pokemon yang berlesen diselia oleh The Pokemon Company adalah dibahagi mengikut generasi. Pada masa kini, terdapat tiga generasi yang didefinisikan oleh Pokémon yang muncul pada generasinya, dan generasi keempat adalah dalam proses penciptaan. Setiap generasi ini, telah diperkenalkan pada pertama kali dengan sepasang permainan Pokémon untuk Gameboy atau versi Gameboy seterusnya. Versi pertama diperkenalkan oleh Pokémon Red dan Pokémon Blue. Setiap generasi baru memperkenalkan banyak Pokémon baru dan beberapa konsep baru.

Generasi Pertama[sunting | sunting sumber]

Ambilan gambar daripada salah satu permainan Pokémon pertama, Pokémon Red. Charmander pemain kelihatan berlawan dengan satu Squirtle.
Pokémon Red

Generasi pertama ini dimulakan dengan Pokémon Red dan Pokémon Blue. Generasi pertama memperkenalkan 151 Pokémon yang asal, konsep asas untuk bertukar dan berlawan Pokémon. Di Jepun, generasi pertama ini terdiri daripada Pokémon Red, Pokémon Green, dan kemudian Pokémon Blue (beberapa perubahan grafik dan peta bawah tanah), manakala di negara lain pula terdapat Pokémon Red dan Blue (sebahagiannya diperbaharui), tetapi tiada Pokémon Green.

Generasi ini diakhiri dengan Pokémon Yellow: Special Pikachu Edition, berdasarkan animasi TVnya, yang mana pemain akan menggunakan Pikachu sebagai teman Pokémon. Pikachu enggan masuk ke dalam Poké Ball. Oleh itu, Pikachu akan sentiasa mengikut ke mana sahaja tuannya pergi. Apabila tuannya menghadap Pikachu, pemain akan dapat melihat muka Pikachu sama ada gembira dengan tuannya atau tidak. Kebanyakan unsur yang dimasukkan ke dalam Pokémon Yellow ini sama sahaja seperti animasi TVnya. Beberapa bahagian dalam game ini diubah supaya sifat pelatih Pokémon, ahli Team Rocket dan Pokémon-Pokémon yang dipaparkannya adalah sama seperti dengan jalan cerita yang ditunjukkan dalam animasi TVnya.

Kesemua versi game dalam generasi pertama ini berkisar tentang kawasan Kanto. Generasi ini juga memperkenalkan idea musuh pelatih yang mana pemain akan berjumpa dengannya beberapa kali (berlawan dengannya), begitu juga dengan perlawanan dengan pasukan pelatih Pokémon yang jahat.

Kesemua game ini sesuai dengan game N64 Pokémon Stadium dan sambungannya, Pokémon Stadium 2. Pembuatan semula dan penambahbaikan grafik bagi Pokémon Red dan Pokémon Blue dibuat pada generasi ketiga dan masing-masing dinamakan Pokémon FireRed dan Pokémon Leafgreen.

Generasi Kedua[sunting | sunting sumber]

Bermula dengan Pokémon Gold and Pokémon Silver, generasi kedua ini memperkenalkan seratus Pokémon baru, dan daerah baru iaitu daerah Johto. Inovasi termasuk satu sistem pagi dan malam dan konsep tumbuhan yang membesar dan menghasilkan "Berries" (item yang boleh menyembuh) dan "Apricorns" (untuk membuat Poké Balls). Dalam permainan ini, pemain boleh membiak Pokemon. Dua jenis Pokémon baru diperkenalkan iaitu Steel (Logam/Besi) dan Dark (Gelap/Kegelapan).

Generasi ini dilengkapkan oleh Pokémon Crystal, dimana ia adalah permainan Pokémon yang pertama membolehkan pemain memilih jantina watak protagonist. Versi Crystal juga mempunyai perubahan dari segi tiga Legendary Pokémon (Pokemon Legenda), dimana pemain akan bertemu dengan Suicune dan menangkapnya.

Generasi Ketiga[sunting | sunting sumber]

Pokémon Ruby dan Pokémon Sapphire menambah 135 Pokémon dari daerah Hoenn, perwatakan Pokémon (25 personaliti Pokémon berbeza), Pokémon Abilities, Pokéblocks, Pokémon Contests, dan pelawanan dua Pokémon melawan dua Pokémon serentak. Permainan ketiga dalam generasi ini ialah Pokémon Emerald.

Generasi ini dilengkapi dengan Pokémon FireRed dan Pokémon LeafGreen.Firered dan Leafgreen adalah pembuatan semula untuk pokemon red dan blue(gameboy colour).Antara ciri-ciri baru yang diperkenalkan ialah kita boleh tukar pokemon dari daerah lain .Selain itu,terdapat pulau baru(sevii island).

Generasi Keempat[sunting | sunting sumber]

Pokemon Diamond dan Pearl ialah versi terbaru yang menggunakan daerah baru iaitu Sinnoh. Pemain bermula bersama dengan salah satu antara tiga Pokemon permulaan(Chimchar, Piplup, Turtwig).Selain itu, elemen terbaru Nintendo DS iaitu bermain tanpa talian digunakan sepenuhnya di dalam permainan ini. Elemen siang dan malam digunakan semula di dalam Diamond and Pearl. Antara Pokemon legenda terbaru ialah Dialga, Palkia, Uxie, Mesprit dan banyak lagi. Permainan ketiga dalam generasi ini ialah Pokémon Platinum.

Generasi ini akan dilengkapi dengan Pokémon HeartGold dan Pokémon SoulSilver . HeartGold dan SoulSilver adalah pembuatan semula untuk Pokémon Gold dan Silver(Gameboy Advance).

Generasi Kelima[sunting | sunting sumber]

Pokemon Black dan Pokemon White dalam bahasa Jepun dilancarkan pada 18 September 2010 di Jepun. Permainan itu menggunakan daerah baru ialah Unova. Pemain bermula bersama dengan salah satu antara tiga Pokemon permulaan (Snivy, Tepig & Oshawott). Permainan ini menggunakan konsol Nintendo DS dan Nintendo 3DS. Permainan ini buat pertama kalinya akan menggunakan sistem bermusim.

Filem[sunting | sunting sumber]

Kritikan dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Moral[sunting | sunting sumber]

Pokémon telah menerima kritikan daripada penganut-penganut agama Kristian, Yahudi dan Islam; penganut Kristian bimbang bahawa tema-tema ilmu ghaib dan keganasan yang nyata dan juga konsep "evolusi Pokémon" (yang dianggap berkaitan dengan teori evolusi) yang wujud dalam Pokémon akan mencabuli konsep penciptaan menurut buku Genesis.[1] Bagaimanapun, pihak Vatican berpendapat bahawa permainan kad dagangan dan permainan video Pokémon adalah "penuh dengan imaninasi yang direka-reka" dan tidak mendatangkan "kesan moral yang merbahaya".[2] Di United Kingdom, permainan "Kad Kuasa Kristian" telah diperkenalkan pada tahun 1999 sebagai respons terhadap dakwaan-dakwaan yang menuduh Pokémon sebagai bersifat kesyaitanan, permainan yang serupa dengan TGC Pokémon tetapi menggunakan tokoh-tokoh dalam Bible.[3] Pada tahun 1999, kumpulan hak asasi Yahudi, Anti-Defamation League juga telah memberi tekanan kepada syarikat Nintendo untuk mengedit imej kad dagangan Pokémon bagi Golbat dan Ditto kerana kad-kad itu memaparkan manji yang ditafsirkan oleh liga tersebut sebagai anti-Semitism, walaupun kad-kad ini telah dirancangkan untuk hanya dijual di Jepun manakala Nintendo merancangkan untuk menerbitkan versi yang telah diedit di Amerika Utara pada tahun berikutnya.[4] Pada tahun 2001, Arab Saudi telah mengharamkan permainan dan kad Pokémon sambil mengatakan bahawa francais itu mempromosi Zionisme yang mencabuli doktrin Islam.[5] Pokémon juga telah dituduh mempromosikan sabung ayam[6][7] dan materialisme.[8] Pada tahun 1999, dua orang budak berusia 9 tahun telah memfailkan dakwaan terhadap Nintendo kerana mereka mendakwa bahawa Permainan Kad Dagangan Pokémon telah menyebabkan mereka ketagihan judi yang teruk.[9]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Buku
  • Tobin, Joseph, ed. Pikachu's Global Adventure: The Rise and Fall of Pokémon. Duke University Press., February, 2004. ISBN 0-8223-3287-6.
Laman web
Catatan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]