Greenland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kalaallit Nunaat (bahasa Greenland)
Grønland (Denmark)
Bendera Greenland
(Bendera Greenland)
Motto: Tidak ada
LocationGreenland.png
Bahasa rasmi Kalaallisut, Denmark
Ibu negara Nuuk (Godthåb)
Ratu Margrethe II
Perdana Menteri Kim Kielsen
Wilayah
 - Total
 - % ice
Urutan ke-14
2,166,086 km²
81.1%
Penduduk
 - Jumlah (2003)
 - Kepadatan
Urutan ke-210
56,385
0.2/km²
Kemerdekaan Tiada (Jajahan Denmark. Pemerintahan sendiri sejak 1979.)
Mata wang Krone Denmark
Zon waktu UTC 0 sampai -4
Lagu kebangsaan Nunarput utoqqarsuanngoravit
Nuna asiilasooq
TLD .gl
Kod negara 299


Greenland dalam bahasa Inggeris atau Tanah Hijau (Nama rasmi: Kalaallit Nunaat, Bahasa Denmark: Grønland) adalah sebuah pulau di sebelah utara Lautan Atlantik dan timur laut Kanada. Luas wilayah adalah 2,175,000 km2 dan merupakan pulau terbesar di dunia. Pulau ini merupakan sebahagian daripada wilayah Denmark. Pada tahun 1979, Greenland diberi kuasa pemerintahan sendiri dan semenjak tahun 1985 tidak lagi termasuk dalam Kesatuan Eropah, akan tetapi Ratu Denmark masih kekal menjadi Ketua Negara. Pada tahun 2008, Greenland telah mengadakan pungutan suara untuk menentukan kemerdekaannya dari Denmark. Ibukota Greenland adalah Nuuk atau Godthab dalam bahasa Denmark.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Dari segi geografi, Greenland merupakan sebahagian dari Amerika Utara. 80% dari seluruh wilayah ini dilitupi dengan ais yang di beberapa tempat setebal 3 kilometer. Hanya daerah pesisir selatan dan barat yang boleh didiami oleh manusia.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Penduduk asli Greenland adalah orang Inuit atau Eskimo. Terdapat juga orang Denmark dan campuran antara orang Inuit dan Denmark yang disebut “Orang Greenland”. Thule pula menempatkan sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat. Penduduk Greenland berjumlah 58,000 orang dengan pecahan orang Greenland sebanyak 80% dan orang Denmark pula 14,5%. Bahasa rasmi Greenland adalah Bahasa Denmark dan Bahasa Inuit.

Agama terpenting adalah Kristian Protestan Luther seperti di Denmark.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Ekonomi Greenland bergantung kepada hasil laut, perlombongan dan perlancongan. Antara keluaran sektor perlombongan termasuk uranium, aluminium, nikel, platinum, tungsten, titanium, tembaga dan delima.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

  • Abad ke 8 Masehi – Orang-orang Inuit mendatangi Tanah Hijau.
  • 981 – sang Erik Merah mendarat di Tanah Hijau dari Islandia.
  • 987 – para imigran Skandinavia awal menetap.
  • +/- 1000 – Leif Erikson membawa Agama Kristian.
  • 1261 – Tanah Hijau di bawah kekuasaan Norway.
  • 1397 – Tanah Hijau menjadi daerah Denmark.
  • 15001600 – Koloni Viking menghilang.
  • 1721 – Kolonisasi ulang oleh Denmark.
  • 1951 – Perjanjian Pertahanan bersama Tanah Hijau antara Denmark – Amerika.
  • 1953 - Tanah Hijau mendapatkan otonomi terbatas dalam Kerajaan Denmark.
  • 1979 - Tanah Hijau mendapatkan otonomi penuh dalam Kerajaan Denmark.
  • 1982 - Tanah Hijau dengan sebuah referendum memutuskan untuk keluar dari Kesatuan Eropah.
  • 1985 - Tanah Hijau keluar dari Kesatuan Eropah.

Lihat pula[sunting | sunting sumber]