Habsyah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Republik Persekutuan Demokratik Habsyah
የኢትዮጵያ ፌዴራላዊ
ዲሞክራሲያዊ ሪፐብሊክ
ye-Ītyōṗṗyā Fēdēralāwī Dīmōkrāsīyāwī Rīpeblīk
Bendera Jata
Lagu: Wodefit Gesgeshi, Widd Innat Ityopp'ya
"Maralah, ibuku Habsyah"
Ibu negara
dan bandar terbesar
Addis Ababa
Bahasa rasmi Bahasa Amhara
Kerajaan Republik persekutuan
 -  Presiden Mulatu Teshome
 -  Perdana Menteri Hailemariam Desalegn
Penubuhan
 -  Tarikh tradisional 980 SM 
 -  Kerajaan D'mt Abad ke-8 SM 
 -  Kerajaan aksum Abad pertama SM 
 -  Perairan (%) 0.7
Populasi
 -  2006 (anggaran) 75,067,000 (ke-16)
KDNK (PPP) 2008 anggaran
 -  Jumlah $84.299 bilion (ke-61)
 -  Per kapita $1122,93 (ke-161)
HDI (2008) 0.503 (rendah / ke-155)
Mata wang Birr Habsyah (ETB)
Zon waktu EAT (UTC+3)
 -  Musim panas (DST) tiada (UTC)
Kod panggilan 251
Internet TLD .et

Habsyah (bahasa Inggeris: Ethiopia) merupakan sebuah negara yang terletak di kawasan Tanduk Afrika dan tergolong dalam negara-negara tertua di dunia. Kawasan Ethiopia juga merupakan antara tapak tamadun yang terawal di dunia. Kerajaan Ethiopa pertama dibentuk sekitar tahun 980 S.M. dan menerima agama Kristian pada abad ke-4 M. Kini, Ethiopia merupakan negara berbentuk republik dan mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti-aktiviti kerjasama antarabangsa. Ibu negaranya, Addis Ababa merupakan pusat pentadbiran Kesatuan Afrika (AU).

Nama[sunting | sunting sumber]

Nama Bahasa Inggerisnya, "Ethiopia" dikatakan berasal daripada "Ityopp'is", iaitu nama anak cucu Ham, pembentuk bandar Aksum. Nama Habsyah pula berasal daripada kumpulan kaum Habesha, iaitu kaum yang mendiami kawasan Habsyah sejak 3000 S.M.

Dalam bahasa Yunani ia diberi nama Αἰθιοπία (dari Αἰθίοψ, Aithiops, 'Ethiopia') muncul dua kali dalam Iliad dan tiga kali dalam Odyssey.[1] Sejarawan Yunani Herodotus mengkhususkan penggunaannya kepada kesemua tanah di selatan Mesir,[2] termasuk Sudan dan Habsyah moden. Pliny Si Tua mengatakan nama negara itu datang dari anak Hephaestus (aka Vulcan) bernama Aethiops.[3] Sama juga, pada kurun ke-15, Bahasa Ge'ez Kitab Aksum, nama tersebut dihuraikan sebagai nama bagi seorang individu lagenda dipanggil Ityopp'is, anak kepada Cush, anak Ham, yang dikatakan pengasas Bandar Axum. Tambahan lagi, menurut Cushite, dua orang Raja Semitik terawal juga dikatakan diberi nama Ityopp'is berdasarkan susur galur Raja tradisional Habsyah.

cendekiawan Eropah moden yang bermula sekitar tahun 1600[4] juga merujuk nama tersebut diambil dari perkataan Yunani iaitu aitho "Saya bakar" + ops "muka".[5][6]

Nama Ethiopia juga berasal dari pelbagai terjemahan Perjanjian Lama, tetapi menurut teks Ibrani terdapat perkataan yang merujuk Kush, dimana secara asasnya merujuk Nubia.[7] Dalam Perjanjian Baru pula, terdapat perkataan Yunani disebut Aithiops, 'Ethiopia',[8] merujuk kepada hamba Candace atau Kentakes, yang dipercayai menetap di Meroe yang kemudiannya ditawan dan dimusnahkan oleh Kerajaan Axum.

Bukti paling awal tentang penggunaan nama Ityopya dalam wilayah itu sendiri adalah merujuk kepada Kerajaan Aksum pada kurun ke-4, dalam sebuah batu bersurat Raja Ezana,[9] dimana yang pertama di Kristiankan untuk seluruh empayarnya.

Negara Habsyah juga secara historikalnya dikenali dengan nama Abyssinia, berasal dari perkataan Habesh, dari perkataan awal bahasa Arab untuk bahasa Ethiosemitik; nama "Ḥabaśāt" (bukan vokal "ḤBŚT"). Perkataan moden Habesha adalah merujuk kepada nama penduduk awal negara (manakala negaranya dikenali "Ityopp'ya"). Namun begitu, dalam sesetengah bahasa, seperti bahasa Melayu, Ethiopia masih lagi dirujuk atas nama sanaknya (nama keturunan) yakni dengan perkataan "Habsyah"; ada juga menyebut "Abyssinia", bahasa Arab moden Al-Ḥabashah.

Sejarah era Nabi Muhammad[sunting | sunting sumber]

Semasa Nabi Muhammad S.A.W masih berada di Makkah, baginda mengarahkan penganut Islam untuk menyeberangi Laut Merah pergi ke Habsyah / Abyssinia. Habesha ialah suku kaum yang tinggal di Ethiopia. Ketika itu rajanya bernama Najasyi beragama Kristian. Mereka menyeberang mungkin menggunakan sampan menuju ke lokasi bernama Negash, selatan Ethiopia. Sahabat nabi Bilal bin Rabah berkulit hitam berasal daripada Habsyah. Bilal disiksa oleh majikannya Umaiyyah bin Khalaf.

Isteri Nabi Saudah pernah pergi ke Habsyah bersama suami pertamanya.

Melalui al Najashi, Nabi Muhammad S.A.W melamar Ummu Habibah. Upacara perkahwinan dilakukan oleh Khalid bin Said al-As dengan mas kahwin 400 dirham, dibayar oleh al Najashi bagi pihak Nabi.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Histories, book 2, chapters 29 and 146; book 3 chapter 17 Odyssey, book 1, lines 22–23; book 4, line 84
  2. Histories, II, 29–30; III, 114; IV, 197
  3. Nat. Hist. 6.184–187; son of Hephaestus was also a general Greek epithet meaning "blacksmith".
  4. India Sacra: hoc est suppetiae sacrae, ex vtraque India in Europam, pro ... by Francisco Colin, p. 5; see also Aethiopia
  5. "Aithiops, Henry George Liddell, Robert Scott, ''A Greek-English Lexicon'', at Perseus". Perseus.tufts.edu. Diperoleh pada 2009-03-16. 
  6. Anton L. Allahar (2001). "When Black First Became Worth Less". International Journal of Comparative Sociology 34 (1–2). ISBN 9781446224175. 
  7. Cp. Ezekiel 29:10
  8. Acts 8:27
  9. Munro Hay 1991


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.