Sputnik 1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sputnik 1
"Спутник-1"
Sputnik asm.jpg
Pengendali Kerajaan KRSS
Kontraktor utama OKB-1, Kementerian Industri Radioteknik Soviet
Jenis misi Kajian atmosfera
Satelit kepada Bumi
Orbit 1,440
Reput 4 Januari 1958
Tarikh Berlepas 4 Oktober 1957, 19:28:34 UTC (22:28:34 MSK)
Kenderaan Pelancar Roket Sputnik
Tempoh misi 3 bulan
ID COSPAR 1957-001B
Laman web NASA NSSDC Master Catalog
Jisim 83.6 kg (184.3 lb.)
Unsur orbital
Paksi semimajor 6,955.2 km (4,321.8 batu)
Ketaksepusatan .05201
Kecondongan 65.1°
Tempoh orbit 96.2 minit
Apoapsis 7310 km dari pusat,
939 km dari permukaan
Periapsis 6586 km dari pusat,
215 km dari permukaan

Sputnik 1 (Bahasa Rusia: "Спутник-1" sebutan: ˈsputnʲɪk, "Satelit-1", ПС-1 (PS-1, i.e. "Простейший Спутник-1", atau Satelit Asas-1)) ialah satelit buatan yang pertama yang dihantar untuk mengelilingi orbit Bumi. Dilancarkan ke orbit rendah bumi oleh Kesatuan Soviet pada 4 Oktober 1957, ia merupakan satelit pertama dalam satu siri satelit yang bersama-sama dikenali sebagai rancangan Sputnik.

Sputnik 1 membantu untuk mengenal pasti ketumpatan lapisan atmosfera melalui pengukuran perubahan orbitnya dan membekalkan data tentang taburan isyarat radio di dalam lapisan ionosfera. Oleh sebab badan satelit telah diisi dengan nitrogen bertekanan, Sputnik 1 juga memberikan peluang pertama untuk mengesan meteorit kerana sebarang kehilangan tekanan dalamannya yang diakibatkan oleh penembusan permukaan luaran meteoriod adalah ternyata dalam data suhu yang dihantar kembali ke Bumi. Pengumuman kejayaan Sputnik 1 yang tidak dijangka telah menyegerakan krisis Sputnik di Amerika Syarikat dan mencetuskan Perlumbaan Angkasa dalam Perang Dingin.

Perjalanan Sputnik-1 bermula pada Tahun Geofizik Antarabangsa dari Tapak No.1 yang terletak di banjaran Tyuratam ke-5 di RSS Kazakh (kini di Kosmodrom Baikonur). Satelit itu yang bergerak pada 29,000 kilometer (18,000 batu) sejam dan yang memancarkan isyarat radio pada 20.005 dan 40.002 MHz[1] telah diawasi oleh operator-operator radio amatur di seluruh dunia. Isyarat-isyarat tersebut berterusan selama 22 hari sehingga kehabisan kuasa bateri-bateri pemancar pada 26 Oktober 1957.[2]

Sputnik 1 terbakar apabila masuk semula ke atmosfera bumi selepas membuat perjalanan 60 juta kilometer (37 juta batu) dan setelah menghabiskan masa enam bulan dalam orbit.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Jorden, William J (5 Oktober 1957). "Soviet Melancarkan Satelit Bum Masuk Ke Angkasa Lepas". New York Times. Diperoleh pada 2007-01-20. 
  2. "Sputnik". Vibrationdata.com. Diperoleh pada 2007-01-20. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]