Rusia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Persekutuan Rusia
ڤرسكوتوان روسيا

Российская Федерация
Rossiyskaya Federatsiya
Bendera
Lagu: Государственный гимн Российской Федерации
(tr.: Gosudarstvenny gimn Rossiyskoy Federatsii)
Lagu Negara Persekutuan Rusia
Ibu negara
dan bandar terbesar
Moscow
55°45′N 37°37′E / 55.750°U 37.617°T / 55.750; 37.617
Bahasa rasmi Rusia rasmi di seluruh negara; 27 bahasa lain rasmi bersama di pelbagai daerah
Kumpulan etnik Rusia 79.8%, Tatar 3.8%, Ukraine 2%, Basykir 1.2%, Cuvasy 1.1%,Chechen 0.9%, Armenia 0.8%, lain-lain 10.4%[1]
Kerajaan Republik persekutuan Semi berpresiden
 -  Presiden Vladimir Putin
 -  Perdana Menteri Dmitry Medvedev
Perundangan Perhimpunan Persekutuan
 -  Dewan Perundangan Majlis Persekutuan
 -  Dewan Rakyat Duma Negara
Pengasasan
 -  Dinasti Rurik 862 
 -  Kievan Rus' 882 
 -  Vladimir-Suzdal Rus' 1169 
 -  Duci Agung Moscow 1283 
 -  Ketsaran Rusia 1547 
 -  Empayar Rusia 1721 
 -  Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia 7 November 1917 
 -  Kesatuan Republik Sosialis Soviet 10 Disember 1922 
 -  Persekutuan Rusia 25 Disember 1991 
Kawasan
 -  Jumlah 17,075,400 km2 (#1)
6,592,800 sq mi 
 -  Perairan (%) 13[2] (including swamps)
Populasi
 -  2010 (anggaran) 142,905,200[3]
 -  Kepadatan 8.3/km2 (ke-217)
21.5/sq mi
KDNK (PPP) 2010 anggaran
 -  Jumlah $2.219 trilion[4]
 -  Per kapita $15,807[4]
KDNK (nominal) 2010 anggaran
 -  Jumlah $1.477 trilion[4]
 -  Per kapita $10,522[4]
Gini (2008) 42.3[5] (high)
HDI (2010) 0.719[6] (tinggi / ke-65)
Mata wang Ruble (RUB)
Zon waktu (UTC+2 hingga +11 (kc. +4))
 -  Musim panas (DST)  (UTC+3 hingga +12 (kc. +5))
Format tarikh dd.mm.yyyy
Memandu pada kanan
Kod panggilan +7
Internet TLD .ru, .su, .рф

Rusia (Rusia: Россия, tr. Rossiya,IPA: [rɐˈsʲijə]  ( dengar)), atau nama rasminya Persekutuan Rusia (Rusia: Российская Федерация, tr. Rossiyskaya Federatsiya,IPA: [rɐˈsʲijskəjə fʲɪdʲɪˈratsɨjə]  ( dengar)) atau sekadar Rusia[7], ialah sebuah negara yang terletak di Eurasia utara.[8] Ia merupakan sebuah negara republik persekutuan separa berpresiden yang terdiri daripada 83 subjek persekutuan. Dari barat laut ke tenggara, Rusia bersempadan dengan Norway, Finland, Estonia, Latvia, Lithuania dan Poland (kedua-duanya dengan wilayah Kaliningrad), Belarus, Ukraine, Georgia, Azerbaijan, Kazakhstan, China, Mongolia, dan Korea Utara. Ia juga bersempadan laut dengan Jepun melalui Laut Okhotsk, dan Amerika Syarikat melalui Selat Bering. Pada keluasan 17,075,400 kilometer persegi (6,592,800 bt persegi), Rusia ialah negara terbesar di dunia yang meliputi hampir satu persembilan kawasan daratan di seluruh Bumi. Rusia juga negara kesembilan teramai penduduk dengan 143 juta orang.[9] Wilayahnya menjangkau seluruh Asia utara dan 40% tanah Eropah, merangkumi 9 zon waktu serta pelbagai jenis persekitaran dan rupa bumi. Rusia memiliki rizab galian dan sumber tenaga yang terbesar di dunia.[10] Ia juga mempunyai hutan simpan terbesar di dunia, dan tasik-tasiknya mengandungi kira-kira satu perempat air tawar sedunia.[11]

Sejarah negara ini bermula dengan kebangkitan bangsa Slav Timur sebagai kelompok yang terkenal di Eropah pada abad ke-3 hingga ke-8 Masihi.[8] Ditubuhkan dan diperintah oleh bangsawan pahlawan Varyag dan pewaris-pewarisnya, pendahulu Rusia moden, Kievan Rus', bangkit pada abad ke-9 dan memeluk agama Kristian Ortodoks daripada Empayar Byzantium pada tahun 988,[12] maka bermulanya pergabungan budaya Byzantium dan Slavik yang membentuk kebudayaan Rusia untuk alaf yang berikutnya.[12] Kievan Rus' akhirnya berpecah kepada beberapa negara kecil; kebanyakan tanah Rus' akhirnya ditakluki oleh penjajah Mongol lalu menjadi negeri ufti kepada bangsa Angkatan Kencana yang berpindah-randah.[13] Duci Agung Moscow lambat-laun menyatukan semula negeri-negeri Rusia di sekelilingnya, mencapai kemerdekaan daripada Angkatan Kencana, lalu menguasai pusaka kebudayaan dan politik Kievan Rus'. Menjelang abad ke-18, bangsa Rusia makin meluas melalui penaklukan, pengilhakan, dan penjelajahan untuk menjadi Empayar Rusia yang merupakan empayar ketiga terbesar dalam sejarah yang terbentang dari Poland di Eropah hingga Alaska di Amerika Utara.[14][15]

Rusia memantapkan kekuasaan dan pengaruh di seluruh dunia sejak zaman Empayar Rusia hingga menjadi juzuk terbesar dan teraju Kesatuan Soviet, negara sosialis menurut perlembagaan yang pertama di dunia yang diiktiraf sebagai sebuah kuasa terbesar[16] yang memainkan peranan penting dalam kemenangan Kuasa Berikat dalam Perang Dunia Keuda.[17][18] Zaman Soviet menyaksikan pencapaian teknologi terhebat pada abad ke-20, seperti penerbangan angkasa manusia pertama di dunia. Persekutuan Rusia ditubuhkan ekoran pembubaran Kesatuan Soviet pada tahun 1991, tetapi diakui sebagai kesinambungan keperibadian negara Soviet yang sah.[19] Rusia mempunyai ekonomi ke-10 terbesar di dunia dari segi KDNK nominal atau keenam terbesar dari segi pariti kuasa beli, dengan perbelanjaan ketenteraan nominal kelima terbesar. Rusia ialah salah satu daripada lima negara bersenjata nuklear sah yang memiliki simpanan senjata pemusnah besar-besaran yang terbanyak di dunia.[20] Rusia ialah sebuah kuasa besar dan anggota tetap Majlis Keselamatan PBB, sebuah anggota G8, G20, Majlis Eropah, Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik, Pertubuhan Kerjasama Shanghai, Komuniti Ekonomi Eurasia, Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE), dan juga anggota teraju Komanwel Negara-Negara Merdeka.

Asal-usul nama[sunting | sunting sumber]

Nama asal negara ini ialah Rus' (Русь), sebuah negara zaman pertengahan yang diduduki oleh kaum Slav Timur. Akan tetapi, nama khas ini lebih menonjol kemudian, maka negara ini mendapat gelaran "Russkaya Zemlya" (Русская Земля), iaitu "Tanah Rus'". Untuk membezakan negara ini daripada negeri-negeri lain yang berasal daripadanya, ia digelar Kievan Rus' dalam kerja historiografi moden.

Nama Rus' ada satu nama Latin lama itu Ruthenia yang lazimnya digunakan untuk kawasan barat dan selatan Rus' yang berdekatan dengan rantau Eropah Katolik. Nama negara ini sekarang, "Rossiya" (Россия), berasal dari nama Rus' versi Yunani iaitu Rosía (Ρωσία) iaitu nama Kievan Rus' dalam Empayar Byzantium.[21]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sejarah Rusia

Sejarah Rusia bermula dengan kisah silam kaum Slav Timur dan Fino-Ugrik. Sebuah negara bernama Garðaríki ("alam bandar-bandar") yang berpusat di Novgorod ditubuhkan oleh seorang penghulu Varyag bernama Rurik pada tahun 862 (permulaan tradisi sejarah Rusia).[22] Kievan Rus', negara Slav Timur bersatu yang pertama, ditubuhkan oleh pewaris Rurik, Oleg dari Novgorod pada tahun 882.[23] Negara ini memeluk agama Kristian daripada Empayar Byzantium pada tahun 988,[24] maka bermulanya persepaduan kebudayaan Bizantium dan Slav yang mencorakkan budaya Rusia selama seabad yang seterusnya.[12] Kievan Rus' akhirnya cerai-berai akibat Serangan Mongol terhadap Rus' pada tahun 1237–1240. Ketika itu, munculnya sebilangan kuasa serantau, khususnya Novgorod dan Pskov, yang merebut warisan budaya dan politik Kievan Rus'.

Selepas abad ke-13, Moscow mulai mendominasi bekas pusat kebudayaan itu.[12] Pada tahun 1547, Adipati Agung Ivan Ganas ditabalkan sebagai Tsar pertama Rusia. Menjelang abad ke-18, Duci Agung Moscow berkembang menjadi Empayar Rusia yang terbentang luas dari Komanwel Poland-Lithuania ke arah timur hingga Lautan Pasifik. Peluasan wilayah ke arah barat mencelikkan lagi kefahaman Rusia akan betapa terpisahnya dariada seluruh Eropah, sekaligus memecahkan keterpencilan yang dialaminya pada awal peluasan. Rejim demi rejim yang bersilih-ganti pada abad ke-19 menangani tekanan sedemikian dengan pembaharuan yang tidak bersungguh-sungguh serta penindasan. Perhambaan di Rusia dimansuhkan pada tahun 1861, tetapi pemansuhan itu tercapai atas dasar-dasar yang tidak menyebelahi kaum petani dan terus menghangatkan lagi tekanan untuk berrevolusi. Dari masa pemansuhan perhambaan hingga meletusnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1914, pembaharuan Stolypin, perlembagaan 1906 dan Duma Negara melakukan perubahan ketara pada ekonomi dan politik Rusia,[25]tetapi tsar (maharaja) masih tidak sanggup melepaskan pemerintahan autokrasi atau berkongsi kuasa.[26] Akhirnya, kerakusan kuasa kerabat diraja membawa padah kepada Tsar Nikolai II selaku Maharaja terakhir yang digulingkan di penghujung Perang Dunia Pertama.

Revolusi Rusia pada tahun 1917 dicetuskan oleh keruntuhan ekonomi, kelelahan daripada berperang, dan ketidakpuasan hati rakyat terhadap sistem kerajaan autokratik, sehingga pemerintahan beraja diganti oleh kerajaan sementara campuran liberal dan sosialis sederhana, tetapi kegagalan dasar-dasar mereka menyebabkan pada 25 Oktober, tampuk pemerintahan negara ini jatuh di tangan Bolshevik Komunis yang memerintah secara sistem satu parti[27] mulai tahun 1918. Pada tahun 1922, Rusia bersama beberapa republik lain di Eropah Timur yang memeluk fahaman sosialis membentuk Kesatuan Soviet, sebuah negara berasaskan ideologi komunisme yang kemudiannya disertai oleh beberapa lagi republik sosialis yang berjiran dengannya di Eropah Timur dan Asia Barat dan Tengah. Bagaimanapun, pendekatan sosialisme yang diamalkan oleh Kesatuan Soviet berbeza-beza dari zaman ke zaman, bermula dengan ekonomi campuran dan kepelbagaian masyarakat dan kebudayaan pada tahun 1920-an yang digantikan oleh ekonomi perancangan pusat dan kezaliman zaman Joseph Stalin hingga "zaman genangan" pada 1980-an. Di sebalik keperitan itu, Kesatuan Soviet tetap melakar detik-detik terpenting dalam sejarah manusia, misalnya menyertai Pihak Berikat yang menjadi pihak yang menang dalam Perang Dunia Kedua (1937–1945) ke atas ancaman Kuasa Paksi (Jerman Nazi dan Empayar Jepun), cuba meluaskan ideologi dan pengaruh Komunisme ke seluruh dunia hingga membimbangkan Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa lain lalu mencetuskan Perang Dingin yang berlarutan sejak akhir Perang Dunia hingga akhir 1980-an; melancarkan satelit buatan manusia pertama serta menghantar manusia pertama, Yuri Gagarin, ke angkasa lepas. Pada akhir 1980-an, akibat kelemahan struktur ekonomi dan politik yang makin meruncing, kepimpinan Komunis melakukan pembaharuan besar-besaran yang menyebabkan tumbangnya Kesatuan Soviet.[28]

Semenjak ditubuhkan pada tahun 1991, Persekutuan Rusia diakui sebagai pewaris sah kepada Kesatuan Soviet di mata dunia.[29] Bagaimanapun, Rusia kehilangan taraf kuasa terbesarnya kerana berdepan dengan cabaran getir dalam usahanya untuk membentuk sistem politik dan ekonomi pasca-Soviet yang baru. Dengan menggugurkan ekonomi terancang sosialis dan pemiliknegaraan harta dari zaman Soviet, Rusia cuba membina ekonomi yang berunsur kapitalisme pasaran tetapi tidak kurang mendapat hasil yang memilukan.[28] Sehingga hari ini, Rusia mewarisi banyak kesinambungan budaya politik dan struktur sosialnya daripada zaman silam tsar dan Soviet.

Politik[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Politik Rusia
Kremlin Moscow, tempat kediaman dan kerja Presiden Rusia

Menurut Perlembagaan Rusia, negara ini merupakan persekutuan dan republik separa berpresiden, yang mana Presiden ialah ketua negara[30] dan Perdana Menteri ialah ketua kerajaan. Persekutuan Rusia pada dasarnya berstruktur demokrasi berperwakilan berbilang parti, dengan kerajaan persekutuan yang terdiri daripada tiga cabang:

Presiden dipilih oleh rakyat mengundi untuk penggal enam tahun (layak hingga dua penggal sahaja, tetapi bukan penggal ketiga berturut-turut).[31] Jemaah Menteri terdiri daripada Perdana Menteri dan timbalan-timbalan, menteri-menteri, dan individu-individu lain yang terpilih; kesemua mereka dilantik oleh Presiden atas nasihat Perdana Menteri (sementara pelantikan Perdana Menteri memerlukan persetujuan Duma Negara). Parti-parti politik utama di Rusia termasuk Rusia Bersatu, the Parti Komunis, the Parti Demokratik Liberal Rusia, dan Rusia Adil.

Para pemerhati Barat telah mengutarakan persoalan sejauh mana sistem politik Rusia menyamai gagasan demokrasi liberal Barat. Para akademik sering bersungut mengenai kesukaran mengelaskan sistem politik rusia Rusia. Menurut Steve White, sewaktu kepresidenan Putin, Rusia menegaskan tiada niatnya untuk menubuhkan "edisi kedua" sistem politik Amerika atau British, sebaliknya mengidamkan sistem yang lebih dekat dengan tradisi dan keadaan Rusia sendiri.[32] Richard Sakwa menulis bahawa kerajaan Rusia bahawa kerajaan Rusia dianggap sah tanpa keraguan oleh majoriti besar rakyat Rusia dan berusaha menyampaikan barangan awam tanpa menggunakan cara-cara di luar batas demokrasi, namun masih dipertikaikan sama ada sistem demokrasi ini semakin tidak liberal atau terpencar.[33]

Hubungan luar[sunting | sunting sumber]

Para pemimpin negara BRIC pada tahun 2008: (l-r) Manmohan Singh dari India, Dmitry Medvedev dari Rusia, Hu Jintao dari China dan Luiz Inácio Lula da Silva dari Brazil.

Mengikut undang-undang antarabangsa, Persekutuan Rusia diakui sebagai negara pewaris Kesatuan Soviet.[19] Rusia masih melaksanakan komitmen antarabangsa KRSS dan mengambil alih kerusi tetap KRSS dalam Majlis Keselamatan PBB, dan juga keanggotaan dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa yang lain, hak-hak dan kewajipan mengikut perjanjian antarabangsa, dan harta-harta dan hutang-hutang Kesatuan Soviet. Rusia mengamalkan dasar luar negara yang pelbagai. Pada tahun 2009, Rusia menjalin hubungan diplomatik dengan 191 negara serta mempunyai 144 kedutaan. Dasar luar ditentukan oleh Presiden dan dilaksanakan oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Rusia.[34]


Negara-negara anggota, pemerhati dan rakan Pertubuhan Kerjasama Shanghai.

Selaku satu daripada lima anggota tetap Majlis Keselamatan PBB, Rusia memainkan peranan penting dalam memastikan keamanan dan keselamatan antarabangsa. Rusia mengambil bahagian dalam Kuartet Timur Tengah dan perundingan enam negara dengan Korea Utara. Rusia menganggotai Kumpulan Lapan (G8) negara berindustri, Majlis Eropah, Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah dan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik. Rusia biasa memainkan peranan kepimpinan dalam pertubuhan-pertubuhan serantau seperti Komanwel Negara-negara Merdeka, Komuniti Ekonomi Eurasia, Pertubuhan Perjanjian Keselamatan Bersama, dan Pertubuhan Kerjasama Shanghai.[35] Semenjak Kesatuan Soviet dibubarkan, Rusia telah mengeratkan hubungan yang lebih mesra dengan NATO. Majlis NATO-Rusia ditubuhkan pada tahun 2002 untuk membolehkan 26 Sekutu dan Rusia bekerjasama sebagai rakan setara untuk mengejar peluang berusaha sama.[36]

Rusia turut menjalin hubungan yang utuh dan positif dengan negara-negara BRIC yang lain. Baru-baru ini, negara ini turut ingin mengukuhkan hubungan khususnya dengan Republik Rakyat China dengan menandatangani Perjanjian Persahabatan serta membina Talian paip minyak Trans-Siberia yang bertujuan memenuhi keperluan tenaga China.[37]

Tentera[sunting | sunting sumber]

Perarakan Hari Kemenangan Moscow 2010

Tentera Rusia terdiri daripada Tentera Darat, Tentera Laut, dan Tentera Udara. Juga terdapat tiga angkatan pertahanan bebas, iaitu Pasukan Roket Strategik, Angkatan Angkasa Tentera, dan Pasukan Payung Terjun. Pada tahun 2006, tentera Rusia dianggotai oleh 1.037 juta kakitangan yang aktif bertugas.[38] Semua warganegara lelaki berusia 18–27 tahun wajib dikerah ke dalam Tentera selama setahun.[39]

Rusia mempunyai simpanan senjata nuklear terbesar di dunia, dan juga armada kapal selam misil balistik kedua terbesar dan satu-satunya negara selain Amerika Syarikat yang mempunyai pasukan pengebom strategik moden.[20][40] Pasukan kereta kebal Rusia adalah yang terbesar di dunia, manakala tentera laut dan udaranya adalah antara yang tergagah.

Negara ini mempunyai industri persenjataan yang besar dan buatan tempatan sepenuhnya, iaitu mengeluarkan majoriti besar kelengkapan tentera sementara hanya mengimport sedikit senjata. Rusia ialah pembekal senjata terunggul di dunia sejak tahun 2001, kerana menyumbangkan sekitar 30% jualan senjara sedunia[41] serta mengeksport senjata ke kira-kira 80 negara.[42]

Perbelanjaan ketenteraan kerajaan rasmi pada tahun 2008 adalah $58 bilion, iaitu yang kelima terbesar di dunia, namun pelbagai pihak mendakwa bahawa perbelanjaan tentera Rusia jauh lebih tinggi daripada itu.[38][43]

Pembahagian pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Peta subjek-subjek Persekutuan Rusia.
Subjek persekutuan

Persekutuan Rusia terdiri daripada 83 subjek persekutuan.[44] Subjek-subjek ini mempunyai perwakilan yang sama rata, iaitu dua wakil bagi setiap satu, di Majlis Persekutuan.[45] Bagaimanapun, subjek-subjek ini berbeza dari segi tahap autonominya.

  • 46 oblast (wilayah): jenis subjek persekutuan yang terbanyak, dengan gabenor lantikan persekutuan dan perundangan lantikan setempat.
  • 21 republik: berautonomi atas nama; setiap satu mempunyai perlembagaan, presiden dan parliment sendiri. Republik dibenarkan menetapkan bahasa rasmi sendiri di samping bahasa Rusia tetapi diwakili oleh kerajaan persekutuan dalam hal-ehwal luar negara. Republik dimaksudkan sebagai tanah air kelompok etnik minoriti tertentu.
  • 9 krai (jajahan): pokoknya sama dengan oblast. Nama "krai" adalah bersejarah, asalnya diberikan kepada kawasan sempadan dan juga bahagian pentadbiran yang terdiri daripada okrug berautonomi atau oblast berautonomi.
  • 4 okrug (negeri autonomi): asalnya entiti berautonomi dalam oblast dan krai yang dibentuk untuk kelompok minoriti etnik, tarafnya dinaikkan kepada subjek persekutuan pada 1990-an. Semua pentadbiran okrug berautonomi masih tertakluk kepada krai atau oblast yang dianggotainya kecuali Negeri autonomi Chukotka.
  • 1 oblast autonomi (Wilayah autonomi Yahudi): asalnya oblast berautonomi selaku unit pentadbiran di bawah taklukan krai. Pada tahun 1990, semuanya kecuali WA Yahudi dinaik taraf kepada republik.
  • 2 bandar persekutuan (Moscow dan St. Petersburg): bandaraya besar yang berfungsi sebagai kawasan berasingan.
Daerah persekutuan

Subjek-subjek persekutuan dikumpulkan kepada lapan daerah persekutuan, setiap satunya ditadbir oleh seorang duta lantikan Presiden Rusia.[46] Berbeza dengan subjek persekutuan, daerah persekutuan ini bukan peringkat kerajaan subnasional, sebaliknya merupakan tahap pentadbiran dalam kerajaan persekutuan. Duta daerah persekutuan berkhidmat sebagai penghubung antara subjek-subjek dan kerajaan persekutuan, dan bertanggungjawab terutamanya untuk memantau kepatuhan subjek-subjek dengan undang-undang persekutuan.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Geografi Rusia
Topografi Rusia

Rusia ialah negara yang terbesar di dunia; jumlah keluasannya ialah 17,075,400 kilometer persegi (6,592,800 bt persegi). Terdapat 23 Tapak Warisan Dunia, 40 simpanan biosfera UNESCO,[47] 40 taman negara dan 101 simpanan alam. Ia terletak di antara garis lintang 41° hingga 82° U, dan garis bujur 19° T hingga 169° B.

Rusia kaya sekali dengan asas sumber semula jadi, termasuk simpanan besar kayu balak, petroleum, gas asli, arang, bijih dan sumber-sumber galian yang lain.

Topografi[sunting | sunting sumber]

Jarak perpisahan antara dua titik yang terpanjang di bumi Rusia adalah 8,000 km (4,971 bt) sepanjang garis geodesi. Titik-titik tersebut ialah: sempadan dengan Poland pada Tetanjung Vistula sepanjang 60 km (37 bt) yang memisahkan Teluk Gdańsk dengan Lagun Vistula; dan yang paling jauh di tenggara di Kepulauan Kuril. Jarak perpisahan terjauh sepanjang garis bujur pula 6,600 km (4,101 bt) sepanjang garis geodesi, dari Tetanjung Vistula di barat hingga Pulau Diomede Besar di timur. Persekutuan Rusia meliputi sembilan zon waktu.

Gunung Elbrus, puncak tertinggi di kawasan Kaukasus, Rusia dan Eropah

Kebanyakan bumi Rusia terdiri daripada dataran terbentang luas yang dikuasai oleh steppe di selatan dan hutan di utara, serta tundra di sepanjang pantai utara. Rusia memiliki 10% jumlah tanah suai tani di dunia.[48] Banjaran gunung terletak sepanjang sempadan selatan, seperti Kaukasus (termasuk Mount Elbrus, iaitu puncak tertinggi di Rusia dan Eropah pada 5,642 m (18,510 ka)) dan Altai (termasuk Mount Belukha, iaitu puncak tertinggi di Siberia di luar Timur Jauh Rusia pada 4,506 m (14,783 ka)); dan juga di rantau timur, seperti Banjaran Verkhoyansk atau gunung-gunung berapi di Semenanjung Kamchatka (termasuk Klyuchevskaya Sopka, iaitu gunung berapi hidup yang tertinggi di Eurasia dan puncak tertinggi Rusia Asia pada 4,750 m (15,584 ka) atas paras laut). Pergunungan Ural yang kaya dengan sumber galian, membentuk banjaran utara-selatan yang menandai sempadan benua Eropah dan Asia.

Kepanjangan garis tepi pantai seluruh Rusia berjumlah 37,000 km (22,991 bt) sepanjang Lautan Artik dan Pasifik, di samping juga laut-laut Baltik, Azov, Hitam san Kaspia.[39] Laut-laut Barents, Putih, Kara, Laptev, Siberia Timur, Chukchi, Bering, Okhotsk, dan Jepun berhubung dengan Rusia melalui lautan-lautan Artik dan Pasifik. Antara pulau-pulau utama di Rusia ialah Novaya Zemlya, Tanah Franz Josef, Severnaya Zemlya, Kepulauan Siberia Baru, Pulau Wrangel, Kepulauan Kuril, dan Sakhalin. Kepulauan Diomede (satu dikuasai oleh Rusia, satu lagi oleh A.S.) hanya terpisah 3 km (1.9 bt), dan Pulau Kunashir terletak kira-kira 20 km (12.4 bt) dari Hokkaidō, Jepun.

Rusia mempunyai ribuan sungai dan jasad air tawar pedalaman yang membekalkannya salah sebuah sumber air permukaan yang terbesar di dunia. Jasad air tawar yang terbesar dan terpenting di Rusia ialah Tasik Baikal, iaitu tasik air tawar yang terdalam, terjernih, tertua dan terluas di dunia.[49] Tasik Baikal sahaja mengandungi lebih satu perlima air permukaan tawar sedunia.[11] Tasik-tasik besar yang lain termasuk Ladoga dan Onega, dua tasik terbesar di Eropah. Rusia mengekori Brazil sahaja dari segi isipadu jumlah sumber air boleh baharu. Daripada 100,000 batang sungai di Rusia,[50] Sungai Volga adalah yang paling terkenal, bukan sahaja kerana ia sungai terpanjang di Eropah, malah memainkan peranan penting dalam sejarah Rusia.[39] Sungai-sungai Ob, Yenisey,Lena dan Amur di Siberia juga adalah antara sungai terpanjang di dunia.

Iklim[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Iklim Rusia
Hutan Taiga pada musim sejuk di Wilayah Arkhangelsk

Kebesaran bumi Rusia dan betapa jauhnya banyak kawasan dari laut menyebabkan negara dikuasai oleh iklim kebenuaan lembap yang menonjol di seluruh negara kecuali kawasan tundra dan tenggara terjauh. Kawasan pergunungan di selatan menghalang aliran jisim udara yang hangat dari Lautan Hindi, sementara dataran di barat dan utara mendedahkan negara kepada pengaruh Artik dan Antartik.[51]

Sebahagian besar Rusia Eropah Utara dan Siberia mempunyai iklim subartik dengan musim sejuk yang melampau di kawasan pedalaman Siberia Timur Laut (terutamanya Republik Sakha, di mana terletaknya Kutub Kesejukan Utara dengan suhu terendah −71.2 °C or −96.2 °F), tetapi lebih sederhana di tempat lain. Jaluran tanah di sepanjang pesisiran Lautan Artik dan juga kepulauan Artik Rusia mengalami iklim kutub.

Bahagian pantai Jajahan Krasnodar di Laut Hitam, terutamanya di bandar Sochi, mengalami iklim subtropika lembap dengan musim sejuk yang sederhana dan lembap. Di sebahagian besar Siberia Timur dan Timur Jauh, musim sejuknya lebih kering daripada musim panas, manakala tempat-tempat lain menerima kerpasan yang lebih sama-rata di setiap musim. Kerpasan musim sejuk di sebahagian besar negara lazimnya turun dalam bentuk salji. iklim separa gersang dialami di kawasan di sepanjang Volga Hilir dan pantai Laut Kaspia, serta beberapa tempat di Siberia paling selatan.

A birch forest in Novosibirsk. Birch is anational tree of Rusia.

Di sebahagian besar bumi Rusia hanya terdapat dua musim yang ketara, iaitu musim sejuk dan musim panas; musim bunga dan luruh pula merupakan kala perubahan yang singkat antara suhu teramat rendah dan suhu teramat tinggi.[51] Bulan tersejuk ialah Januari (atau Februari di tepi pantai), manakala yang terpanas ialah Julai. Memang biasa julat suhu begitu besar. Pada musim sejuk, suhunya makin sejuk dari selatan ke utara, dan dari barat ke timur. Musim panasnya juga agak panas, walaupun di Siberia.[52] Kawasan yang paling kering ialah pedalaman benua.

Biodiversiti[sunting | sunting sumber]

Beruang perang ialah satu personifikasi yang popular bagi Rusia, terutamanya di negara Barat.

Dataran Eropah Timur, juga dikenali sebagai Dataran Rusia, dilitupi dengan secara jujukan (dari utara ke selatan) tundra Artik, hutan konifer (taiga), hutan campur dan daun lebar, padang rumput (steppe), dan separa gurun (dekat Laut Kaspia), kerana perubahan dalam vegetasi mencerminkan perubahan dalam iklim. Siberia juga serupa jujukannya tetapi lebih dikuasai taiga. Rusia mempunyai kawasan hutan simpan terbesar di dunia yang bergelar "paru-paru Eropah",[53] dan keda terbesar di dunia selepas hutan hujan Amazon dari segi karbon dioksida yang diserapnya.

Di Rusia terdapat 266 spesies mamalia dan 780 spesies burung yang dikenal pasti. Sejumlah 415 spesies haiwan telah disenaraikan dalam Buku Data Merah Persekutuan Rusia pada tahun 1997[54] dan kini dilindungi di sisi undang-undang.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Ekonomi Rusia

Rusia mengamalkan ekonomi pasaran dan amat kaya dengan sumber alam, terutamanya petroleum dan gas asli. Ekonominya adalah yang ke-10 terbesar di dunia dari segi KDNK nominal dan ke-6 terbesar dari segi pariti kuasa beli. Semenjak awal abad ke-21, penggunaan domestik yang lebih tinggi serta kestabilan politik yang meningkat telah memangkinkan pertumbuhan ekonomi di Rusia. Negara ini menutup tirai tahun 2008 dengan sembilan tahun pertumbuhan berturut-turut dengan purata kadar 7% setahun. Pertumbuhan ekonomi ini banyak didorong oleh perkhidmatan dan barangan bukan dagangan untuk pasaran tempatan, daripada penggalian minyak atau bahan galian dan eksport.[39] Purata gaji di Rusia adalah $640 sebulan pada awal tahun 2008, iaitu naik $80 pada tahun 2000.[55] Kira-kira 13.7% orang Rusia hidup di bawah ambang kemiskinan negara pada tahun 2010,[56]kesusutan besar dari 40% sewaktu kemuncak kemelut ekonomi pasca-Soviet pada tahun 1998.[57] Kadar pengangguran di Rusia adalah 6% pada tahun 2007, iaitu turun 12.4% pada tahun 1999.[58] Golongan menengah telah tumbuh dari hanya 8 juta orang pada tahun 2000, kepada 55 juta orang pada tahun 2006.[59]

Ekonomi Rusia sejak berakhirnya Kesatuan Soviet

Minyak, gas asli, logam, dan kayu balak menyumbangkan lebih 80% eksport Rusia ke luar negara.[39] Bagaimanapun, sejak 2003, kepentingan eksport sumber alam kepada ekonomi mula merosot kerana pasaran tempatan makin kukuh. Walaupun harga tenaga lebih tinggi, namun minyak dan gas hanya menyumbangkan 5.7% KDNK Rusia.[60] Pendapatan eksport minyak membolehkan Rusia meningkatkan rizab asingnya dari $12 bilion pada tahun 1999 hingga $597.3 bilion pada 1 Ogos 2008, menjadikannya rizab tukaran asing ketiga terbanyak di dunia.[61] Dasar makroekonomi di bawah Menteri Kewangan Alexei Kudrin diakui cermat dan kukuh, dengan lebihan pendapatan disimpan dalam Dana Penstabilan Rusia.[62] Pada tahun 2006, Rusia membayar balik kebanyakan hutang asing yang dahulu benar-benar di keliling pinggangnya,[63] sehingga ia tinggal dengan antara hutang asing yang terendah di kalangan negara-negara ekonomi besar.[64] Dana Penstabilan ini membantu Rusia bangkit daripada krisis kewangan global dalam keadaan yang lebih sihat daripada yang dijangka oleh ramai pakar.[62]

Undang-undang cukai yang lebih ringkas dan diperkemas sejak tahun 2001, mengurangkan beban cukai ke atas rakyat sambil meningkatkan pendapatan negara secara mendadak.[65] Rusia mengenakan kadar cukai rata sebanyak 13%, menjadikannya negara yang sistem cukai peribadi yang kedua paling menarik untuk pengurus tunggal di dunia selepas Emiriah Arab Bersatu.[66] Menurut Bloomberg, Rusia dianggap agak di hadapan kebanyakan negara kaya sumber yang lain dari segi pembangunan, dengan sejarah yang lama sekali dalam pendidikan, sains dan perindustrian.[67] Negara ini lebih ramai lepasan pendidikan tinggi berbanding mana-mana negara lain di Eropah.[68]

Perkembangan ekonomi negara agak tidak sama rata dari segi geografi. Kawasan Moscow menyumbangkan kongsian KDNK negara yang besar sekali.[69] Satu lagi masalah ialah pemodenan prasarana yang makin menua dan serba kekurangan setelah bertahun-tahun terbiar tanpa jagaan pada 1990-an; kerajaan mengumumkan bahawa $1 trilion akan dilaburkan dalam pembangunan prasarana menjelang tahun 2020.[70]

Pertanian[sunting | sunting sumber]

Padang Rai, oleh Ivan Shishkin. Rusia ialah negara pengeluar utama di dunia bagi tanaman rai, barli, gandum kuda, ot dan biji bunga matabari, dan gandum.

Jumlah keluasan tanah pertanian di Rusia dianggarkan adalah 1,237,294 km2 pada tahun 2005, iaitu yang keempat terbesar di dunia.[71] Pada tahun 1999–2009, sektor pertanian Rusia menunjukkan pertumbuhan beransur-ansur,[72] sehingga ia menjadi pengimport bijian kepada pengeksport bijian ketiga terbesar selepas Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat.[73] Pengeluaran daging pula tumbuh dari 6,813,000 tan pada tahun 1999, hingga 9,331,000 tan pada tahun 2008.[74]

Pemulihan sektor pertanian ini disokong oleh dasar kredit kerajaan yang membantu para petani kecilan dan ladang-ladang korporat swasta besar yang dahulunya merupakan kolkhoz Soviet dan masih memiliki sebahagian besar tanah pertanian.[75] Ladang besar tertumpu pada pengeluaran bijian dan hasil ternak, manakala ladang rumah tangga kecil pula menghasilkan sebahagian besar hasil tanaman kentang, sayur-sayuran dan buah-buahan.[76]

Dengan jalan masuk ke tiga lautan dunia, iaitu Atlantik, Artik dan Pasifik, sektor perikanan Rusia adalah sebuah pembekal utama kepada bekalan ikan sedunia. Jumlah tangkapan ikan pada tahun 2005 ialah 3,191,068 tan.[77] Eksport dan import ikan dan hasil laut banyak meningkat akhir-akhir ini, masing-masing mencatat $2,415 juta dan $2,036 juta pada tahun.[78]

Tenaga[sunting | sunting sumber]

Rusia ialah sebuah pembekal petroleum dan gas utama ke Eropah.

Baru-baru ini, Rusia sering disifatkan oleh pihak media sebagai sebuah kuasa terbesar tenaga.[79][80] Negara ini menyimpan rizab gas asli yang terbanyak,[81] rizab petroleum yang kelapan terbanyak,[82] dan rizab arang yang kedua terbanyak di dunia.[83] Rusia ialah negara pengeluar[84] dan pengeksport gas asli[85] nombor satu di dunia, dan juga pengeksport petroleum [86] kedua terbesar dan pengeluar petroleum[87] terbesar, walaupun terpaksa merebut gelaran pengeluar minyak nombor satu dengan Arab Saudi sepanjang masa. Russia merupakan pengeluar elektrik yang ketiga terbesar[88] dan pengeluar tenaga boleh baharu yang kelima terbesar di dunia berkat kemajuan pengeluaran hidroelektrik di negara.[89] Loji kuasa hidro yang besar melata-lata dibina di Rusia Eropah sepanjang sungai-sungai besar seperti Sungai Volga. Rusia Asia juga tidak kurang stesen jana kuasa besar, tetapi potensi hidroelektrik yang besar di Siberia dan Timur Jauh masih kurang dieksploitasi.

Rusia merupakan negara pertama yang membangunkan kuasa nuklear awam serta membina loji kuasa nuklear yang pertama di dunia. Kini, negara ini merupakan pengeluar tenaga nuklear keempat terbesar,[90] di mana semua kuasa nuklear di Rusia diuruskan oleh Perbadanan Negara Rosatom. Sektor ini berkembang pesat dengan tujuan meningkatkan jumlah kongsian tenaga nuklear dari 16.9% sekarang ke 23% menjelang tahun 2020.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Pengangkutan di Rusia
Penanda kilometer 9288, di hujung Landasan Trans-Siberia di Vladivostok.

Pengangkutan rel di Rusia banyak dikawal oleh monopoli syarikat milik negara, Perkhidmatan Kereta Api Rusia yang menyumbangkan lebih 3.6% KDNK Rusia serta menguruskan 39% jumlah trafik barang angkutan (termasuk talian paip) dan lebih 42% trafik penumpang.[91] Jumlah kepanjangan landasan kereta api kegunaan umum mencecah 85,500 km,[91] iaitu yang kedua terpanjang di dunia selepas Amerika Syarikat. Lebih 44,000 km landasan telah dielektrikkan,[92] iaitu jumlah yang terbesar di dunia; selain itu terdapat landasan-landasan pengangkut bukan am yang sepanjang lebih 30,000 km. Berbeza dengan negara-negara lain, landasan kereta api di Rusia memakai tolok lebar 1,520 mm (4 kaki 11⅞ in), kecuali landasan 957 km yang memakai tolok 1,067 mm ([convert: unknown unit]) di Pulau Sakhalin. Landasan kereta api yang paling terkenal di Rusia ialah Trans-Siberia (Transsib) yang meliputi tujuh zon waktu dan menyediakan khidmat-khidmat perjalanan sehala tanpa henti yang terpanjang di dunia, iaitu Moscow-Vladivostok (9,259 km, 5,753 mi), Moscow–Pyongyang (10,267 km, 6,380 mi)[93] dan Kiev–Vladivostok (11,085 km, 6,888 mi).[94]

Pada tahun 2006, Rusia mempunyai jalan raya berjumlah 33,000 km, yang mana 755,000 km berturap.[95] Dengan keluasan tanah yang begitu besar, kepadatan jalan raya di Rusia adalah yang terendah di kalangan negara-negara G8 dan BRIC.[96]

Jalan air pedalaman di Rusia yang sebanyak 102,000 km kebanyakannya terdiri daripada sungai atau tasik semula jadi. Di bahagian Eropah negara ini, lembangan-lembangan sungai utama dihubungkan oleh serangkaian saliran. Ibu negara Rusia, Moscow, diberi timangan "the port of the five seas" kerana ada sambungan jalan air ke laut-laut Baltik, Putih, Kaspia, Azov dan Hitam.

Antara pelabuhan-pelabuhan laut utama di Rusia ialah Rostov-on-Don di Laut Azov, Novorossiysk di Laut Hitam, Astrakhan dan Makhachkala di Laut Kaspia, Kaliningrad dan St Petersburg di Laut Baltik, Arkhangelsk di Laut Putih, Murmansk di Laut Barents, Petropavlovsk-Kamchatsky dan Vladivostok di Lautan Pasifik. Pada tahun 2008, Rusia memiliki 1448 buah kapal marin saudagar. Satu-satunya armada kapal pemecah ais nuklear di dunia memajukan eksploitasi ekonomi di pentas benua Rusia Artik serta perkembangan perdagangan laut melalui Laluan Laut Utara antara Eropah dan Asia Timur.

Yamal, salah sebuah kapal pemecah ais nuklear Rusia (Galeri).

Dari segi jumlah kepanjangan talian paip, Rusia di tempat kedua mengekori Amerika Syarikat. Kini, perojek-projek talian paip baru sedang dizahirkan, termasuk talian-talian paip gas asli Arus Utara dan Arus Selatan ke Eropah, dan Talian paip minyak Siberia Timur–Lautan Pasifik (ESPO) ke Timur Jauh Rusia dan China.

Rusia mempunyai 1216 buah lapangan terbang;[97] yang paling sibuk ialah Sheremetyevo, Domodedovo, dan Vnukovo di Moscow, dan Pulkovo di St Petersburg. Jumlah kepanjangan talian udara di Rusia mencecah 600,000 km.[98]

Biasanya, bandar-bandar utama di Rusia dilengkapi sistem pengangkutan awam yang maju dan pelbagai, yang mana kaedah pengangkutan yang menjadi pilihan ialah bas, bas troli and tram. Tujuh bandaraya di Rusia, iaitu Moscow, St. Petersburg, Nizhny Novgorod,Novosibirsk, Samara, Yekaterinburg dan Kazan, mempunyai sistem landasan bawah tanah (metro), sementara bandaraya Volgograd menampilkan metrotram. Jumlah kepanjangan landasan metro di Rusia ialah 465.4 km. Metro Moscow dan Metro St. Petersburg adalah yang tertua di Rusia, masing-masing dibuka pada tahun 1935 dan 1955. Kedua-dua metro ini adalah sistem metro yang terlaju dan tersibuk di dunia, apatah lagi terkenal kerana hiasan yang menarik dan reka bentuk yang unik dalam stesen, satu tradisi yang nyata sekali dalam stesen-stesen metro dan kereta api Rusia.

Sains dan teknologi[sunting | sunting sumber]

Sains dan teknologi di Rusia mekar sejak Zaman Kesedaran, apabila Tsar Peter Agung menubuhkan Akademi Sains Rusia dan Universiti Negara St. Petersburg, manakala seorang polymath bernama Mikhail Lomonosov mengasaskan Universiti Negara Moscow, untuk membuka laluan kepada tradisi mengejar ilmu dan inovasi yang utuh. Pada abad ke-19 dan ke-20, negara ini melahirkan ramai sekali ahli-ahli sains dan pencipta yang tersohor.

Mikhail Lomonosov, seorang polymath (ahli sains, pencipta, pemuisi dan pelukis)

Aliran fizik Rusia bermula dengan Lomonosov yang mengusulkan hukum keabadian jirim yang mendahului hukum keabadian tenaga. Antara hasil penemuan dan reka cipta Rusia dalam bidang fizil ialah arka elektrik, hukum elektrodinamik Lenz, kumpulan ruang hablur, sel fotoelektrik, radiasi Cherenkov, resonans paramagnet elektron, heterotransistor dan holografi 3D. Laser dan maser dicipta bersama oleh Nikolai Basov dan Alexander Prokhorov, sementara idea tokamak untuk pelakuran nuklear terkawal diperkenalkan oleh Igor Tamm, Andrei Sakharov dan Lev Artsimovich, dan akhir sekali, projek moden ITER yang dianggotai oleh Rusia.

Sejak zaman Nikolay Lobachevsky (seorang Copernicus Geometri yang mempelopori geometri bukan Euclid) dan pendidik terampil Pafnuty Chebyshev, aliran matematik Rusia menjadi antara yang paling berpengaruh di dunia.[99] Antara anak-anak didik Chebyshev ialah Aleksandr Lyapunov yang mengasas teori kestabilan moden, dan Andrey Markov yang mencipta rantai Markov. Pada abad ke-20, para ahli matematik Soviet seperti Andrey Kolmogorov, Israel Gelfand dan Sergey Sobolev, membuat sumbangan hebat kepada pelbagai bidang matematik. Sembilan orang ahli matematik Soviet/Rusia dikurniai Pingat Fields, iaitu anugerah yang paling berprestij dalam bidang matematik. Baru-baru ini, Grigori Perelman ditawarkan Anugerah Millennium Prize Problems Clay yang julung sekali kerana berjaya menyelesaikan dugaan Poincaré pada tahun 2002.[100]

Ahli kimia Rusia, Dmitry Mendeleev mencipta jadual berkala, iaitu kerangka utama ilmu kimia moden. Aleksandr Butlerov merupakan salah seorang pereka teori struktur kimia yang memainkan peranan penting dalam bidang kimia organik. Antara ahli biologi Rusia pula ialah Dmitry Ivanovsky yang menemui virus, Ivan Pavlov yang mula-mula sekali bereksperimen dengan pelaziman klasik, dan Ilya Mechnikov selaku perintis penyelidikan sistem imun dan probiotik.

Soyuz TMA-2 dilancarkan dari Baikonur, Kazakhstan, ditumpang oleh kru-kru tetap pertama ke Stesen Angkasa Antarabangsa.

Salah satu hasil reka cipta Rusia ialah kimpalan arka ciptaan Nikolay Benardos yang dibangunkan lagi oleh Nikolay Slavyanov, Konstantin Khrenov dan ramai lagi jurutera Rusia. Gleb Kotelnikov mencipta payung terjun beg galas, sementara Evgeniy Chertovsky memperkenalkan sut tekanan. Alexander Lodygin dan Pavel Yablochkov mempelopori pencahayaan elektrik, manakala Mikhail Dolivo-Dobrovolsky memperkenalkan sistem kuasa elektrik tiga fasa pertama yang laris digunakan pada hari ini. Sergei Lebedev mencipta sejenis getah sintetuk yang berdaya maju secara komersil dan dikeluarkan secara besar-besaran. komputer terner yang pertama, Setun dibangunkan oleh Nikolay Brusentsov.

Pencapaian Rusia dalam bidang teknologi dan penjelajahan angkasa disusur kembali kepada zaman Konstantin Tsiolkovsky, bapa teori austronautik.[101] Hasil kerjanya telah mengilhamkan jurutera-jurutera roket Soviet yang terunggul seperti Sergey Korolyov, Valentin Glushko dan ramai lagi yang menjayakan program angkasa Soviet sejak awal Perlumbaan Angkasa. Pada tahun 1957, satelit buatan manusia pertama yang mengorbit Bumi, Sputnik 1, dilancarkan; pada tahun 1961, perjalanan manusia pertama ke angkasa dijayakan oleh Yuri Gagarin; ini diikuti oleh banyak lagi perintisan Soviet dan Rusia dalam penjelajahan angkasa, seperti Alexey Leonov selaku orang pertama yang berjalan kaki di angkasa, perayau penjelajahan angkasa pertama, Lunokhod-1, dan stesen angkasa pertama, Salyut 1. Kini, Rusia ialah pelancar satelit terbesar[102] dan satu-satunya penyedia pengangkutan untuk perkhidmatan pelancongan angkasa.

Pada abad ke-20, sebilangan jurutera aeroangkasa terkemuka Soviet yang diilhamkan oleh hasil-hasil penyelidikan Nikolai Zhukovsky, Sergei Chaplygin dan lain-lain, telah mereka ratusan model pesawat tentera dan awam serta menubuhkan beberapa "Biro Pembinaan" yang membentuk sebahagian besar Perbadanan Pesawat Bersatu Rusia. Antara pesawat-pesawat ciptaan Rusia yang terkenal ialah siri Tu kegunaan awam, pesawat pejuang Su dan MiG, helikopter siri Ka dan Mi dan sebagainya.

Antara kereta kebal Rusia yang terkenal ialah T-34, rekaan kereta kebal yang terhebat dalam Perang Dunia Kedua,[103] disusuli model-model berikutnya dalam siri T, termasuklah kereta kebal yang paling banyak dihasilkan dalam sejaran, iaitu T-54/55.[104] AK-47 dan AK-74 oleh Mikhail Kalashnikov merupakan jenis raifal tempur yang terlaris di seluruh dunia, hingga senapang jenis AK lebih banyak dikeluarkan berbanding jumlah semua jenis raifal tempur yang lain.[105]

Sungguhpun dengan segala pencapaian sedemikian, namun sejak akhir zaman Soviet, Rusia ketinggalan dari negara-negara Barat dalam beberapa teknologi, terutamanya yang berkenaan penjimatan tenaga dan pengeluaran barangan penggunaan. Krisis 1990-an menyebabkan sokongan kerajaan kepada sains banyak merosot dan bakat sains beramai-ramai meninggalkan negara itu. Mujurlah pada 2000-an, berkat pertumbuhan ekonomi baru, keadaan sains dan teknologi Rusia melambung kembali.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Demografi Rusia
Komposisi etnik (2002)[106]
Rusia 79.8%
Tatar 3.8%
Ukraine 2.0%
Basykir 1.2%
Cuvasy 1.1%
Chechen 0.9%
Armenia 0.8%
Lain-lain/tidak dinyatakan 10.4%
Jumlah penduduk (juta orang) Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia (KRSS) (1950–1991), Persekutuan Rusia (1991 – 1 Januari 2010).

79.8% jumlah penduduk negara adalah etnik Rusia. Persekutuan Rusia juga diduduki oleh sebilangan kelompok etnik minoriti yang ramai ahlinya. Sejumlah 160 kelompok etnik minoriti dan orang pribumi berlainan yang tinggal dalam lingkungan wilayahnya.[107] Walaupun Rusia ramai sekali jumlah penduduknya, namun kepadatan penduduknya rendah kerana saiz negara yang teramat besar. Kependudukannya paling padat di Eropah Rusia, dekat Pergunungan Ural, dan di Siberia barat daya. 73% penduduk Rusia tinggal di kawasan bandar, dan 27% di luar bandar.[108] Hasil awal Banci 2010 mencatat jumlah penduduk seramai 142,905,200 orang.[109]

Kependudukan Rusia memuncak pada 148,689,000 orang pada tahun 1991, sejurus sebelum pembubaran Kesatuan Soviet. Akan tetapi, jumlah penduduknya mula merosot dengan mendadak mulai pertengahan 1990-an.[110] Mujurlah penyusutan itu terbendung akhir-akhir ini kerana kadar kematian menyusut, kadar kelahiran meningkat dan jumlah pendatang makin ramai.[111]

Pada tahun 2009, Rusia mencatatkan pertumbuhan penduduk tahunan yang pertama dalam 15 tahun, iaitu menokok 10,500 orang.[111] Pada tahun itu, 279,906 orang pendatang tiba di Persekutuan Rusia; 93% mereka datang dari rantau Komanwel Negara-negara Merdeka.[111] Jumlah penghijrah keluar dari Rusia juga beransur menyusut dari 359,000 pada tahun 2000 ke 32,000 pada tahun 2009.[111] Juga terdapat kira-kira 10 juta orang pendatang haram dari negara-negara bekas Soviet di Rusia.[112] Sekitar 116 juta orang etnik Rusia tinggal di negara Rusia[107] dan sekitar 20 juta orang lagi tinggal di bekas republik Kesatuan Soviet yang lain,[113] terutamanya di Ukraine dan Kazakhstan.[114]

Kadar kelahiran Rusia lebih tinggi daripada kebanyakan negara Eropah (12.6 kelahiran per 1000 orang pada 2010[111] berbanding purata Kesatuan Eropah iaitu 9.90 per 1000),[115] tetapi kadar kematiannya pun lebih tinggi (pada tahun 2010, kadar kematian Rusia adalah 14.3 per 1000 orang[111] berbanding purata Kesatuan Eropah iaitu 10.28 per 1000).[116] Kerajaan sedang melaksanakan program-program yang direka untuk meningkatkan kadar kelahiran serta menarik lebih ramai pendatang. Bayaran sokongan anak bulanan digandakan kepada AS$55, dan bayaran sekali sebanyak AS$9,200 ditawarkan kepada wanita yang beranak kedua sejak tahun 2007.[117]

Bandaraya terbesar[sunting | sunting sumber]

Moscow
Moscow
Saint Petersburg
Saint Petersburg
Novosibirsk
Novosibirsk
Yekaterinburg
Yekaterinburg

Ked. Bandaraya Teras Nama dalam bahasa Rusia Subjek Persekutuan Jumlah penduduk

Nizhny Novgorod
Nizhny Novgorod
Kazan
Kazan
Samara
Samara
Omsk
Omsk

1 Moscow Москва Moscow 10,508,971
2 Saint Petersburg Санкт-Петербург St. Petersburg 4,600,310
3 Novosibirsk Новосибирск Novosibirsk 1,397,191
4 Yekaterinburg Екатеринбург Sverdlovsk 1,332,264
5 Nizhny Novgorod Нижний Новгород Nizhny Novgorod 1,272,527
6 Kazan Казань Tatarstan 1 136 566
7 Samara Самара Samara 1 135 318
8 Omsk Омск Omsk 1,129,120
9 Chelyabinsk Челябинск Chelyabinsk 1,093,699
10 Rostov-on-Don Ростов-на-Дону Rostov 1,048,991
11 Ufa Уфа Bashkortostan 1,024,842
12 Perm Пермь Perm 985,794
13 Volgograd Волгоград Volgograd 981,909
14 Krasnoyarsk Красноярск Krasnoyarsk 947,801
15 Voronezh Воронеж Voronezh 843,496
16 Saratov Саратов Saratov 830,953
17 Tolyatti Тольятти Samara 720,346
18 Krasnodar Краснодар Krasnodar 710,686
19 Izhevsk Ижевск Udmurtia 611,043
20 Yaroslavl Ярославль Yaroslavl 606,336
Rosstat (2009)[118][119]

Bahasa[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Bahasa Rusia dan Bahasa di Rusia
Negara-negara di mana bahasa Rusia dituturkan.

160 kelompok etnik di Rusia bertutur dalam kira-kira 100 bahasa.[8] Menurut banci 2002, 142.6 juta orang berbahasa Rusia, diikuti 5.3 juta berbahasa Tatar dan 1.8 juta berbahasa Ukraine.[120] Bahasa Rusia ialah satu-satunya bahasa kebangsaan, tetapi Perlembagaan memberi setiap republik hak untuk menjadikan bahasa tempatan masing-masing sebagai bahasa rasmi bersama bahasa Rusia.[121]

Walaupun tersebar luas, namun bahasa Rusia adalah seragam di seluruh Rusia. Bahasa Rusia merupakan bahasa yang paling tersebar luas di Eurasia dan bahasa Slavik yang paling ramai penuturnya.[122] Ia tergolong dalam rumpun bahasa Indo-Eropah pada cabang bahasa Slavik Timur, di samping bahasa-bahasa Belarus dan Ukraine. Contoh tulisan bahasa Slavik Timur Lama (bahasa Rusia lama) terbukti datang dari seawal-awal abad ke-10.[123]

Pusat Bahasa Rusia berkata bahawa satu perempat karya sastera sains Rusia diterbitkan dalam bahasa Rusia.[124] Bahasa Rusia juga digunakan untuk mengarang dan menyimpan ilmu pengetahuan sejagat. 60–70% segala maklumat di dunia diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan Rusia.[124] Bahasa Rusia ialah salah satu daripada enam bahasa rasmi PBB.[125]

Agama[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Agama di Rusia
Kuil Segala Agama di bandar Kazan yang berbilang budaya

Kristian Ortodoks, Islam, Buddha dan Yahudi merupakan agama-agama tradisional Rusia yang sah membentuk "warisan sejarah" Rusia.[126] Anggaran jumlah orang beragama jauh berbeza antara sumber. Sesetengah laporan meletakkan bilangan orang tanpa agama di Rusia pada 16–48% jumlah penduduk.[127]

Easter ialah perayaan agama yang paling terkenal di Rusia, kerana ia disambut oleh lebih 90% warganegara Rusia, termasuk ramai yang tidak beragama. Lebih tiga perempat orang Rusia menyambut Easter dengan membuat kuih-muih tradisional, telur berwarna dan paskha.[128]

Disusur kembali hingga peristiwa pengkristianan Kievan Rus' pada abad ke-10, agama Ortodoks Rusia merupakan agama yang dominan di negara; kira-kira 100 juta orang rakyat mengakui diri mereka sebagai penganut Kristian Ortodoks Rusia.[129] 95% kariah Ortodoks yang berdaftar tergolong dalam Gereja Ortodoks Rusia manakala yang selebihnya bernaung di bawah mazhab-mazhab Ortodoks yang lebih kecil.[130] Bagaimanapun, kebanyakan besar penganut Ortodoks tidak kerap mengunjungi gereja. Mazhab-mazhab Kristian selain Ortodoks juga wujud, seperti Katolik, Gregorian Armenia, dan Protestan.

Jumlah umat Islam di Rusia dianggarkan sekurang-kurangnya sekitar 7–9 juta orang oleh sumber tempatan dan seramai 15–20 juta orang oleh sumber Barat dan Islam.[131] Juga terdapat 3–4 juta orang pendatang Muslim sementara dari negara-negara pasca-Soviet.[132] Kebanyakan umat Islam tinggal di kawasan Volga-Ural, di samping Kaukasus, Moscow, St. Petersburg dan Siberia Barat.[133]

Agama Buddha ialah kepercayaan tradisional bagi tiga kawasan di Persekutuan Rusia, iaitu Buryatia, Tuva, dan Kalmykia. Sesetengah penduduk kawasan Siberia dan Timur Jauh seperti di Yakutia dan Chukotka, mengamalkan adat kepawangan, panteisme, dan pagan, di samping agama-agama utama. Aruhan agama di kalangan masyarakat Rusia adalah berasaskan pola etnik. Kaum Slav dikuasai agama Ortodoks Kristian, manakala kaum Turkik kebanyakannya umat Islam, dan orang Mongolik pula beragama Buddha.[134]

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Kesihatan di Rusia
Klinik bergerak yang disediakan untuk menyediakan penjagaan kesihatan di stesen keretapi yang terpencil

Perlembagaan Rusia menjamin penjagaan kesihatan sejagat yang percuma untuk semua warganegara.[135] Namun demikian, penjagaan kesihatan percuma sekarang terhad disebabkan rejim propiska.[136] Walaupun Rusia lebih ramai tabib, hospital dan penjaga kesihatan per kapita daripada mana-mana negara lain di dunia,[137] namun sejak Kesatuan Soviet dibubarkan, tahap kesihatan rakyat Rusia banyak merosot akibat perubahan sosial, ekonomi dan gaya hidup;[138] cuma baru-baru ini gejala ini terbendung apabila purata jangka hayat meningkat 2.4 tahun untuk lelaki dan 1.4 tahun untuk wanita pada tahun 2006-09.[111]

Pada tahun 2009, purata jangka hayat di Rusia adalah 62.77 tahun untuk lelaki dan 74.67 tahun untuk perempuan.[139] Faktor terbesar yang menyebabkan jangka hayat lelaki agak berkurangan ialah kadar kematian yang tinggi di kalangan lelaki berusia bekerja akibat punca-punca yang boleh dielakkan (cth., keracunan alkohol, merokok, kemalangan jalan raya, jenayah kekerasan).[111] Disebabkan jurang besar jangka hayat antara jantina serta kesan berpanjangan kematian beramai-ramai pada Perang Dunia II, Rusia masih mengalami ketidakseimbangan jantina yang mana terdapat 0.859 lelaki kepada setiap seorang perempuan.[39]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Pendidikan di Rusia
Sebuah sekolah di Moscow. Menara Universiti Negara Moscow kelihatan dari jauh.

Rusia mengamalkan sistem pendidikan percuma yang dijamin untuk semua warganegara oleh Perlembagaan,[140] tetapi kemasukan ke dalam pendidikan tinggi memang banyak persaingannya.[141] Berkat penekanan hebat terhadap sains dan teknologi dalam pendidikan, penyelidikan perubatan, matematik, sains dan aeroangkasa Rusia mendapat martabat tinggi.[142]

Sejak tahun 1990, persekolahan selama 11 tahun diperkenalkan. Pendidikan di sekolah menengah milik negara adalah percuma; pendidikan tinggi (tahap universiti) pertama adalah percuma secara tempahan: ramai sekali siswa-siswi yang masuk dengan membayar penuh (banyak institusi awam yang mulai membuka kekosongan berbayar dewasa ini).[143]

Pada tahun 2004, perbelanjaan kerajaan untuk pendidikan adalah sebanyak 3.6% KDNK, atau 13% jumlah belanjawan negara terkumpul.[144] Kerajaan memperuntukkan pembiayaan untuk membayar yuran pelajaran bagi sebilangan siswa tertentu untuk setiap institusi awam. Di institusi-institusi pengajian tinggi, para siswa dibayar sejumlah biasiswa yang kecil serta diberi penginapan percuma.[145]

Universiti yang tertua dan terbesar di Rusia masing-masing ialah Universiti Negara Moscow dan Universiti Negara St. Petersburg. Pada 2000-an, untuk melahirkan institusi-institusi pendidikan tinggi dan penyelidikan yang sama setanding antara kawasan di Rusia, kerajaan melancarkan program menubuhkan universiti persekutuan, terutamanya dengan menggabungkan universiti dan institut penyelidikan serantau yang besar-besar serta menyediakan dana khas kepada institusi-institusi terbabit. Antara institusi-institusi ini ialah Universiti Persekutuan Selatan, Universiti Persekutuan Siberia, Universiti Persekutuan Kazan Volga, Universiti Persekutuan Timur Laut dan Universiti Persekutuan Timur Jauh.

Kebudayaan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Kebudayaan Rusia

Rusia yang pelbagai etnik sememangnya menikmati kepelbagaian budaya. Setiap etnik mempunyai adat resam, pakaian dan masakan tradisional masing-masing. Terdapat lambang kebudayaan tradisional yang menjadi lambang utama jati diri atau stereotaip Rusia, seperti topi panas ushanka, anak patung matryoshka, seni bina tersendiri yang menonjol di kota-kota besar, dan persembahan balet besar-besaran yang tersebar ke seluruh dunia.

Seni dan sastera[sunting | sunting sumber]

Gereja Besar St. Basil di Moscow, maha karya seni bina Rusia yang menonjol dengan hiasan warna-warni, bumbung tenda dan kubah bawang.

Rusia sememangnya terkenal dengan seni bina tradisional yang berhias warna-warni dan berbumbung tenda[146] atau kubah bawang[147] kesan pengaruh Empayar Byzantium dan zaman Pembaharuan dari Eropah Barat.

Seni lukis Rusia bermula dengan seni fresko pengaruh Byzantium, kemudian dimodenkan dengan penubuhan Akademi Sains Rusia yang melahirkan ramai pelukis potret seperti Ivan Argunov, Karl Briullov, dan Alexander Ivanov yang terkenal.[148] Ini disusuli pula oleh kebangkitan seni avant-garde pada 1890-an hingga 1930-an, apabila penguasaannya diambil alih oleh realisme sosialis atas tekanan kerajaan Soviet.

Rusia juga tidak kurang hebatnya dalam bidang kesusasteraan, kerana berjaya melahirkan sasterawan-sasterawan dan karya-karya yang menarik minat pembaca sedunia selama berzaman-zaman. Kegemilangan sastera puisi Rusia memuncak pada abad ke-19 apabila Alexander Pushkin yang mendapat "Shakespeare versi Rusia"[149] kerana jasanya yang besar kepada kesusasteraan negaranya. Kegemilangan sastera Rusia diteruskan oleh Leo Tolstoy dan Fyodor Dostoevsky yang disanjungi sebagai novelis-novelis terhebat sepanjang zaman oleh ramai pengulas sastera.[150][151] Walaupun karyawan Rusia menghadapi dasar penapisan ketat sewaktu zaman Soviet, tetapi kehebatan sastera negara ini tidak teruk terjejas.

Media dan hiburan[sunting | sunting sumber]

Menara Shukhov di Moscow memberikan perkhidmatan radio dan televisyen awal.

Seperti bangsa-bangsa Eropah yang lain, muzik Rusia terdiri daripada muzik rakyat, klasikal dan moden. Selain muzik tradisional yang dimainkan dengan gusli, balalaika, zhaleika dan garmoshka, Rusia turut mengembangkan seni muzik klasikal ala Eropah Barat yang diterajui oleh [Anton Rubinstein|Anton]] dan Nikolay Rubinstein, Igor Stravinsky dan Pyotr Ilyich Tchaikovsky (yang paling terkenal dengan opera balet), disusuli pula oleh koir-koir patriotik seperti Koir Tentera Merah yang berkuasa pada zaman Soviet, dan akhir sekali muzik pop yang berjaya melahirkan ramai beberapa artis antarabangsa seperti duo t.A.T.u.

Rusia adalah antara negara pertama yang memperkenalkan perkhidmatan radio dan televisyen. Walaupun bilangan saluran tidak banyak pada zaman Soviet, namun sejak Soviet tumbang, timbulknya banyak stesen radio dan TV milik kerajaan dan swasta. Pada tahun 2005, kerajaan Rusia melancarkan perkhidmatan TV RT (Russia Today) untuk penonton sedunia.

Industri perfileman dan animasi Rusia paling gemilang pada zaman Soviet. Antara filem-filem buatan Soviet yang paling terkenal di seluruh dunia ialah Kapal Perang Potemkin oleh Sergei Eisenstein[152] dan Perang dan Damai (adaptasi novel Tolstoy) oleh Sergei Bondarchuk, filem yang termahal dalam sejarah.[153] Watak kartun Cheburashka turut menjadi ikon Rusia. Walaupun menghadapi kemurungan selepas kejatuhan Soviet, namun industri perfileman Rusia tetap bangkit dan kini mampu bersaing dengan filem-filem Hollywood di pawagam-pawagam tempatan.

Sukan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sukan di Rusia
Maria Sharapova, jaguh tenis wanita Rusia, juga ahli sukan wanita yang termahal di dunia.

Rakyat Rusia paling menggemari gimnastik, hoki ais, bola keranjang dan bola sepak. Antara jaguh-jaguh sukan Rusia yang terkenal ialah ahli gimnastik Larisa Latynina, peraih pingat Olimpik terbanyak dalam sejarah[154], dan pemain tenis Maria Sharapova, ahli sukan wanita yang paling mahal dibayar di dunia.[155] Rusia pernah menganjurkan Sukan Olimpik Musim Panas di Moscow pada tahun 1980 (sebagai Kesatuan Soviet) dan bakal menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk di Sochi pada tahun 2014. Dalam temasya Olimpik, Rusia paling cemerlang dalam sukan gimnastik, balapan dan padang, angkat berat, gusti, tinju, lawan pedang, menembak, lumba ski rentas desa, biathlon, luncur laju dan luncur ais berbunga adalah antara yang terunggul di dunia, di samping bola keranjang, bola baling, bola tampar dan hoki ais.[156]

Masakan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Masakan Rusia

Masakan Rusia banyak menggunakan ramuan ikan, ayam itik, cendawan, beri, dan madu. Tanaman rai, gandum, barli, dan sekoi dijadikan ramuan untuk pelbagai jenis roti, penkek dan bijiran, dan juga minuman kvass, bir dan vodka. Roti hitam agak popular di Rusia berbanding dengan negara lain.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Russian Census of 2002". 4.1. National composition of population. Federal State Statistics Service. Diperoleh pada 16 Januari 2008. 
  2. "The Russian federation: general characteristics". Federal State Statistics Service. Diarkibkan daripada asal pada 2003-10-21. Diperoleh pada 5 Apr. 2008.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  3. Russian Census 2010
  4. 4.0 4.1 4.2 4.3 "Russia". International Monetary Fund. Diperoleh pada 2 Jan. 2011.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  5. "Distribution of family income – Gini index". The World Factbook. CIA. Diperoleh pada 2011-01-13. 
  6. "2010 Human development Report". United Nations Development Programme. pp. 148–151. Diperoleh pada 4 Mac 2011. 
  7. "Nama-nama Persekutuan Rusia dan Rusia adalah sama ertinya". "The Constitution of the Russian Federation". (Perkara 1). Diperoleh pada 25 Jun 2009. 
  8. 8.0 8.1 8.2 "Russia". Encyclopedia Britannica. Diperoleh pada 31 Jan. 2008.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  9. http://www.perepis-2010.ru/message-rosstat.php
  10. "Commission of the Russian Federation for UNESCO: Panorama of Russia". Unesco.ru. Diperoleh pada 2010-10-29. 
  11. 11.0 11.1 Library of Congress. "Topography and drainage". Diperoleh pada 26 Dec. 2007.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  12. 12.0 12.1 12.2 12.3 Excerpted from Glenn E. Curtis (ed.) (1998). "Russia: A Country Study: Kievan Rus' and Mongol Periods". Washington, DC: Federal Research Division of the Library of Congress. Diperoleh pada 20 Jul. 2007.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  13. The Mongol empire: its rise and legacy, By Michael Prawdin, Gérard Chaliand, (2005) page 512-550
  14. Rein Taagepera (September 1997). "Expansion and Contraction Patterns of Large Polities: Context for Russia". International Studies Quarterly 41 (3): 475–504. doi:10.1111/0020-8833.00053. 
  15. Peter Turchin, Thomas D. Hall and Jonathan M. Adams, "East-West Orientation of Historical Empires",Journal of World-Systems Research Vol. 12 (no. 2), pp. 219-229 (2006).
  16. Superpower politics: change in the United States and the Soviet Union Books.Google.com
  17. Weinberg, G.L. (1995). A World at Arms: A Global History of World War II. Cambridge University Press. p. 264. ISBN 0521558794. 
  18. Rozhnov, Konstantin,Who won World War II?. BBC.
  19. 19.0 19.1 "Country Profile: Russia". Foreign & Commonwealth Office of the United Kingdom. Diarkibkan daripada asal pada 2009-11-06. Diperoleh pada 27 Dec. 2007.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  20. 20.0 20.1 "Status of Nuclear Powers and Their Nuclear Capabilities". Federation of American Scientists. Diperoleh pada 27 Dec. 2007.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  21. Milner-Gulland, R. R. (1997). The Russians: The People of Europe. Blackwell Publishing. pp. 1–4. ISBN 063121849 Check |isbn= value (bantuan). 
  22. Duczko, Wladyslaw (2004). Viking Rus: Studies on the Presence of Scandinavians in Eastern Europe. Koninklijke Brill NV, Leiden, The Netherlands. ISBN 90-04-13874-9
  23. Encyclopædia Britannica: Kievan Rus
  24. "Kievan Rus' and Mongol Periods". Sam Houston State University. Diperoleh pada 2007-07-20. 
  25. See Jacob Walkin, The Rise of Democracy in Pre-Revolutionary Russia: Political and Social Institutions under the Last Three Czars, Praeger, 1962.
  26. http://www.ciaonet.org/atlas/countries/ru_data_loc.html#a0 CIAO – Atlas – Russia]
  27. Revolutions and Civil War, excerpted from Glenn E. Curtis (ed.), Russia: A Country Study, Department of the Army, 1998. ISBN 0-16-061212-8.
  28. 28.0 28.1 See Donald A. Filzer, Soviet Workers and the Collapse of Perestroika: The Soviet Labour Process and Gorbachev's Reforms, 1985–1991, Cambridge University Press, 1994. ISBN 0-521-45292-9.
  29. Misalnya, lihat Country Profile for the Russian Federation, oleh British Foreign and Commonwealth Office. Diambil pada 21 Julai 2007.
  30. "The Constitution of the Russian Federation". (Article 80, §1). Diperoleh pada 27 Dis. 2007.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  31. "The Constitution of the Russian Federation". (Article 81, §3). Diperoleh pada 27 Dis. 2007.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  32. White, Stephen (2010). "Classifying Russia's Politics". Dalam White, Stephen. Developments in Russian Politics 7 (dalam bahasa English). New York: Palgrave Macmillan. ISBN 9780230224490. 
  33. Sakwa, Richard (2010). "Politics in Russia". Dalam White, Stephen. Developments in Russian Politics 7 (dalam bahasa English). New York: Palgrave Macmillan. ISBN 9780230224490. 
  34. Kosachev. K. "Russian Foreign Policy Vertical". Russia In Global Affairs. Diperoleh pada 27 Dis. 2007.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  35. The Shanghai Cooperation Organisation at Globalsecurity.org April 27, 2005
  36. "NATO-Russia relations". NATO. Diarkibkan daripada asal pada 2007-04-11. Diperoleh pada 27 Dis. 2007.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  37. Page, Jeremy (2010-09-26). "Russian Oil Route Will Open to China". The Wall Street Journal. Diperoleh pada 2010-09-28. 
  38. 38.0 38.1 "Overview of the major Asian Powers". International Institute for Strategic Studies: 31. Diperoleh pada 27 Jan. 2008.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  39. 39.0 39.1 39.2 39.3 39.4 39.5 The World Factbook. "CIA". Central Intelligence Agency. Diperoleh pada 26 Dec. 2007.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  40. Russia pilots proud of flights to foreign shores by David Nowak. The Associated Press, Sep 15, 2008
  41. "US drives world military spending to record high". Australian Broadcasting Corporation. Diarkibkan daripada asal pada 2006-06-13. Diperoleh pada 27 Dec. 2007.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  42. "Russia arms exports could exceed $7 bln in 2007 – Ivanov". RIA Novosti. Diperoleh pada 27 Jan. 2008.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  43. "World Wide Military Expenditures". Global Security. Diperoleh pada 6 Jan. 2008.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  44. "The Constitution of the Russian Federation". (Article 65, §1) In 1993, when the Constitution was adopted, there were 89 subjects listed. Some of them were later merged. Diperoleh pada 27 Dis. 2007.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  45. "The Constitution of the Russian Federation". (Article 95, §2). Diperoleh pada 27 Dis. 2007.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  46. Russian Classificaton of Economic Regions (OK 024–95) of 1 January 1997 as amended by the Amendments #1/1998 through #5/2001. Section I. Federal Districts)
  47. The World Network of Biosphere Reserves—UNESCO. "Russian Federation". Diperoleh pada 26 Dec. 2007.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  48. "Oil prices drive the cost of food". RIA Novosti. Diperoleh pada 22 Feb. 2008.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  49. "Lake Baikal—A Touchstone for Global Change and Rift Studies". United States Geological Survey. Diperoleh pada 26 Dis. 2007.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  50. "Angara River". Encyclopædia Britannica. 2007. Diperoleh pada 26 Dis. 2007.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  51. 51.0 51.1 "Climate". Library Of Congress. Diperoleh pada 26 Dec. 2007.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  52. Drozdov, V.A. et al. (1992). "Ecological and Geographical Characteristics of the Coastal Zone of the Black Sea". GeoJournal (27.2, pp. 169–178: Springer Netherlands) 27: 169. doi:10.1007/BF00717701. 
  53. Walsh, NP (19 Sep. 2003). "It's Europe's lungs and home to many rare species. But to Russia it's £100bn of wood". London: Guardian (UK). Diperoleh pada 26 Dec. 2007.  Check date values in: |date=, |accessdate= (bantuan)
  54. I.A. Merzliakova (1 Nov. 1997). "List of animals of the Red Data Book of Russian Federation". Enrin.grida.no. Diperoleh pada 27 Apr. 2010.  Check date values in: |date=, |accessdate= (bantuan)
  55. "Russians weigh an enigma with Putin’s protégé". MSNBC. Diperoleh pada 9 May 2008. 
  56. "Russia Is Getting Wealthier". The Moscow Times. 2010-10-21. 
  57. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan worldbank tidak disediakan
  58. "Russia's unemployment rate down 10% in 2007 – report". RIA Novosti. Diperoleh pada 9 May 2008. 
  59. "Russia: How Long Can The Fun Last?". BusinessWeek. Diperoleh pada 27 Dec. 2007.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  60. "Russia fixed asset investment to reach $370 bln by 2010–Kudrin". RIA Novosti. Diperoleh pada 27 Dec. 2007.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  61. "International Reserves of the Russian Federation in 2008". The Central Bank of the Russian Federation. Diperoleh pada 30 Jul. 2008.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  62. 62.0 62.1 "Kudrin and Fischer honoured by Euromoney and IMF/World Bank meetings in Washington". Euromoney. Diperoleh pada 2011-03-04. 
  63. "Russia's foreign debt down 31.3% in Q3—finance ministry". RIA Novosti. Diperoleh pada 27 Dec. 2007.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  64. Debt -external, CIA World Factbook. Dicapai pada 22 Mei 2010.
  65. Tavernise, S (23 Mac 2002). "Russia Imposes Flat Tax on Income, and Its Coffers Swell". The New York Times. Diperoleh pada 27 Dis. 2007.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  66. "Global personal taxation comparison survey–market rankings". Mercer (consulting firms). Diperoleh pada 27 Dec. 2007.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  67. "Russia: How Long Can The Fun Last?". BusinessWeek. Diperoleh pada 27 Dis. 2007.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  68. "aneki rankings and records". UNESCO Institute for Statistics, UniCredit New Europe Research Network. Diperoleh pada 03 Okt. 2010.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  69. GRP by federal subjects of Russia, 1998-2007 (Bahasa Rusia)
  70. "Russia to invest $1 trillion in infrastructure by 2020 –ministry". RIA Novosti. Diperoleh pada 31 Jul. 2008.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  71. Land Use CIA World Factbook
  72. Data oleh Rosstat (Bahasa Rusia)
  73. Russia takes the third place in the world by grain exports, rosbankjournal.ru (Bahasa Rusia)
  74. Data oleh Rosstat (Bahasa Rusia)
  75. Tanah pertanian mengikut jenis pemilik Rosstat, 2009 (Bahasa Rusia)
  76. Hasil pertanian utama mengikut jenis pemilik Rosstat, 2009 (Bahasa Rusia)
  77. Fish capture by country since 1950 guardian.co.uk
  78. Eksport dan import ikan dan hasil laut Rosstat, 2009 (Bahasa Rusia)
  79. Russia, China in Deal On Refinery, Not Gas by Jacob Gronholt-Pedersen. Wall Street Journal, Sept 22, 2010
  80. Did A New Pipeline Just Make Russia The Most Important Energy Superpower By Far by Graham Winfrey. Business Insider, 6 Jan 2010
  81. CIA World Factbook. Diambil pada 5 Oktober 2010.
  82. CIA World Factbook. Diambil pada 5 Oktober 2010.
  83. "BP Statistical review of world energy June 2007" (XLS). BP. June 2007. Diarkibkan daripada asal pada 2009-02-06. Diperoleh pada 2007-10-22. 
  84. CIA World Factbook. Diambil pada 5 Oktober 2010.
  85. World Factbook. Diambil pada 5 Oktober 2010.
  86. CIA World Factbook. Diambil pada 5 Oktober 2010.
  87. CIA World Factbook. Diambil pada 5 Oktober 2010.
  88. CIA World Factbook. Diambil pada 5 Oktober 2010.
  89. "BP Statistical Review of World Energy June 2009: Hydroelectricity consumption". Diarkibkan daripada asal pada 2009-07-08. Diperoleh pada 2010-10-29. 
  90. Nuclear Power Plant Information, International Atomic Energy Agency. Diambil pada 12 Jun 2006.
  91. 91.0 91.1 "Russian Railways". Eng.rzd.ru. Diperoleh pada 2 Jan. 2010.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  92. "Invest in Russia–Infrastructure". Invest.gov.ru. Diperoleh pada 27 Apr. 2010.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  93. CIS railway timetable, route No. 002, Moscow-Pyongyang, August 2009. Note: several different routes have the same number.
  94. CIS railway timetable, route No. 350, Kiev-Vladivostok, August 2009.
  95. Rosstat statistics on length of roads Diambil pada 10 Jun 2009
  96. "Transport in Russia". International Transport Statistics Database. iRAP. Diperoleh pada 17 Feb. 2009.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  97. "CIA The World Factbook–Rank Order–Airports". Cia.gov. Diperoleh pada 2011-01-19. 
  98. "Transport system of Russia". Global-economics.ru. Diperoleh pada 3 Oct. 2010.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  99. "Russian Mathematicians in the 20therenkoh Century". Princeton University, USA. Diperoleh pada 10 Apr. 2010.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  100. "The Poincaré Conjecture". 
  101. "American Institute of Aeronautics and Astronautics". Aiaa.org. Diarkibkan daripada asal pada 2005-10-03. Diperoleh pada 2 Jan. 2010.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  102. "Russian space program in 2009: plans and reality". Russianspaceweb.com. Diperoleh pada 27 Apr. 2010.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  103. Panzerkampfwagen T-34(r) by George Parada (n.d.) Achtung Panzer! website, retrieved on 17 November 2008
  104. Halberstadt, Hans Inside the Great Tanks The Crowood Press Ltd. Wiltshire, England 1997 94–96 ISBN 1-86126-270-1: "The T-54/T-55 series is the hands down, all time most popular tank in history."
  105. "Weaponomics: The Economics of Small Arms". 
  106. "Russian Census of 2002". 4.1. National composition of population. Federal State Statistics Service. Diperoleh pada 2008-01-16. 
  107. 107.0 107.1 Ethnic groups in Russia, Banci 2002, Demoscope Weekly. Diambil pada 5 Februari 2009.
  108. "Resident population". Rosstat. Diperoleh pada 27 Dec. 2007.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  109. http://www.perepis-2010.ru/message-rosstat.php
  110. "Demographics". Library of Congress. Diperoleh pada 16 Jan. 2008.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  111. 111.0 111.1 111.2 111.3 111.4 111.5 111.6 111.7 Modern demographics of Russia by Rosstat. Diambil pada 5 Oktober 2010.
  112. "Russia cracking down on illegal migrants". International Herald Tribune. 15 January 2007. Diarkibkan daripada asal pada 15 September 2008. 
  113. Putin tries to lure millions of Russian expats home Times Online. 9 Februari 2006.
  114. Migrant resettlement in the Russian federation: reconstructing 'homes' and 'homelands' by Moya Flynn (1994). p.15. ISBN 1-84331-117-8
  115. The World Factbook. "Rank Order—Birth rate". Central Intelligence Agency. Diperoleh pada 25 Apr. 2009.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  116. The World Factbook. "Rank Order—Death rate". Central Intelligence Agency. Diperoleh pada 25 Apr. 2009.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  117. "Country Profile: Russia" (PDF). Library of Congress—Federal Research Division. October 2006. Diarkibkan daripada asal pada 2005-02-26. Diperoleh pada 27 Dis. 2007.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  118. with over 1 million populationRosstat
  119. with population between 500,000 and 1 million Rosstat
  120. "Russian Census of 2002". 4.3. Population by nationalities and knowledge of Russian; 4.4. Spreading of knowledge of languages (except Russian). Rosstat. Diperoleh pada 16 Jan. 2008.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  121. "The Constitution of the Russian Federation". (Article 68, §2). Diperoleh pada 27 Dec. 2007.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  122. "Russian". University of Toronto. Diarkibkan daripada asal pada 2007-01-06. Diperoleh pada 27 Dec. 2007.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  123. Russian Language History foreigntranslations.com
  124. 124.0 124.1 "Russian language course". Russian Language Centre, Moscow State University. Diperoleh pada 27 Dec. 2007.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  125. Poser, Bill (2004-05-05). "The languages of the UN". Itre.cis.upenn.edu. Diperoleh pada 2010-10-29. 
  126. Bell, I (2002). Eastern Europe, Russia and Central Asia. ISBN 9781857431377. Diperoleh pada 27 Dec. 2007.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  127. Zuckerman, P (2005). Atheism: Contemporary Rates and Patterns, chapter in The Cambridge Companion to Atheism, ed. by Michael Martin. Cambridge University Press. 
  128. http://www.interfax-religion.com/?act=news&div=8400
  129. "Russia". Diperoleh pada 8 Apr. 2008.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  130. "(Bahasa Rusia) Сведения о религиозных организациях, зарегистрированных в Российской Федерации По данным Федеральной регистрационной службы". December 2006. Diperoleh pada 27 Dis. 2007.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  131. "20Mln Muslims in Russia and mass conversion of ethnic Russians are myths—expert". Interfax. Diperoleh pada 1 Apr. 2008.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  132. "Russia's Islamic rebirth adds tension". Financial Times. Diperoleh pada 27 Dec. 2007.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  133. Mainville, M (19 November 2006). "Russia has a Muslim dilemma". San Francisco Chronicle. Diperoleh pada 27 Dis. 2007.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  134. "Russia::Religion". Encyclopædia Britannica Online. 2007. Diperoleh pada 27 Dec. 2007.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  135. "The Constitution of the Russian Federation". Article 41). Diperoleh pada 27 Dec. 2007.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  136. "Russian ombudsman about propiska restrictions in modern Russia". Diperoleh pada 23 Jul. 2008.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  137. "Healthcare in Russia — Don’t Play Russian Roulette". justlanded.com. Diperoleh pada 03 Oct. 2010.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  138. Leonard, W R (April 2002). "Declining growth status of indigenous Siberian children in post-Soviet Russia". Human Biology. Diperoleh pada 27 Dec. 2007.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  139. Russian life expectancy figuresRosstat. Retrieved on August 21, 2010
  140. "The Constitution of the Russian Federation". (Article 43 §1). Diperoleh pada 27 Dis. 2007.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  141. Smolentseva, A. "Bridging the Gap Between Higher and Secondary Education in Russia". Diperoleh pada 27 Dec. 2007.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  142. "Background Note: Russia". U.S. Department of State. Diperoleh pada 2 Jan. 2008.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  143. "Higher Education Institutions". Rosstat. Diarkibkan daripada asal pada 2008-02-29. Diperoleh pada 1 Jan. 2008.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  144. "Education for All by 2015: will we make it? EFA global monitoring report, 2008" (PDF). Diperoleh pada 27 Apr. 2010.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  145. "Higher education structure". State University Higher School of Economics. Diperoleh pada 27 Dis. 2007.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  146. Gereja berbumbung tenda batu pertama dan asal-usul seni bina bumbung tenda oleh Sergey Zagraevsky di tapak RusArch.ru (Bahasa Rusia)
  147. Bentuk-bentuk kubah gereja Rusia kuno oleh Sergey Zagraevsky di tapak RusArch.ru (Bahasa Rusia)
  148. Russian Academy of Arts. (Inggeris)
  149. Kelly, C (2001). Russian Literature: A Very Short Introduction (Paperback). Oxford Paperbacks. ISBN 0192801449. 
  150. "Russian literature; Leo Tolstoy". Encyclopedia Britannica. Diperoleh pada 11 Apr. 2008.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  151. Otto Friedrich (6 Sep. 1971). "Freaking-Out with Fyodor". Time Magazine. Diperoleh pada 10 Apr. 2008.  Check date values in: |date=, |accessdate= (bantuan)
  152. "Russia:Motion pictures". Encyclopædia Britannica. 2007. Diperoleh pada 27 Dis. 2007.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  153. Sergei Bondarchuk's War and peace, at filmforum.org
  154. "Legendary Olympians". CNN. 19 Ogos 2008. 
  155. Tom Van Riper and Kurt Badenhausen. "Top-Earning Female Athletes". Forbes. Diperoleh pada 1 Aug. 2008.  Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  156. "The USSR and Olympism" (PDF). Olympic Review (International Olympic Committee) (84): 530–557. October 1974. Diperoleh pada 2008-03-28. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Kerajaan
Maklumat am
Lain-lain