Republik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Untuk kegunaan lain, sila lihat Republik (nyahkekaburan).

Republik merujuk kepada sejenis kerajaan atau negara yang diperintah oleh ketua negara yang dipilih oleh rakyat seperti presiden dan bukannya beraja atau monarki. Perkataan ini berasal daripada bahasa Latin res publica, atau "urusan awam", dan ia bermaksud kerajaan dimilik serta dikawal oleh rakyat. Namun demikian, republik tidak boleh disama ertikan dengan konsep demokrasi. Terdapat kes di mana negara republik diperintah secara kuku besi atau totalitarianisme. Misalnya, Afrika Selatan telah menjadi negara republik sejak tahun 1961 tetapi disebabkan oleh dasar apartheid yang diperkenalkan, lebih kurang 80% penduduk kulit hitamnya dilarang untuk mengundi. Namun demikian, terdapat juga negara republik yang mengamalkan perwakilan secara demokrasi.

Konsep republik telah digunakan sejak berabad lamanya dengan republik yang paling terkenal iaitu Republik Rom, yang bertahan dari 509 SM hingga 44 SM. Di dalam Republik tersebut, prinsip-prinsip seperti anuality (memegang jawatan selama satu tahun sahaja) dan collegiality (dua orang memegang jawatan ketua negara) telah dipraktikkan.

Pada zaman moden ini, ketua negara dalam sesuatu negara republik biasanya terdiri daripada seorang sahaja iaitu presiden. Tetapi terdapat juga beberapa pengecualian misalnya di Switzerland yang terdapat satu majlis yang terdiri daripada tujuh ahli yang merangkap sebagai ketua negara yang dipanggil sebagai Bundesrat. Selain itu, San Marino, jawatan ketua negara dipegang oleh dua orang.

Republik dan konsep demokrasi[sunting | sunting sumber]

Ramai yang mungkin berpendapat kerajaan republik adalah lebih demokratik dari kerajaan raja berperlembagaan. Namun demikian ia bergantung kepada siapa yang memegang kuasa eksekutif. Didalam sesetangah negara monarki, raja sekadar lambang kedaulatan negara manakala perdana menteri adalah lebih berkuasa dari raja. Monarki biasanya bertakhta seumur hidup dan kuasanya akan diberi kepada saudara atau anak, atau dipilih mengikut peraturan yang ditetapkan. Banyak negara yang berkonsepkan raja berperlembagaan adalah bersifat demokratik.

Dari segi mana yang lebih demokratik, memang tiada perbezaan yang jelas antara republik dan negara raja berpelembagaan. Disetengah-setengah negara bukan republik seperti Malaysia, Perdana Menteri mempunyai lebih kuasa eksekutif berbanding rajanya, yang berkuasa dari segi adat istiadat sahaja. Manakala, di beberapa republik pula Presidennya memerintah secara kuku besi seolah-olah beliau merupakan maharaja di negara tersebut. Misalnya, kerajaan di bawah pimpinan Bokassa di Republik Afrika Tengah. Namun begitu, pada lazimnya republik adalah disamakan dengan demokrasi. Amerika Syarikat misalnya dianggap sebagai simbol demokrasi. Selain itu, India juga merupakan sebuah negara republik, dianggap sebagai demokrasi terbesar di dunia.

Senarai negara-negara Republik menurut benua[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]