10 Disember
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
|
10 Disember merupakan hari ke-344 (hari ke-345 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 21 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa[sunting | sunting sumber]
- 1508 - Negeri-Negeri Paus, Perancis, Aragon dan Empayar Suci Rom membentuk Liga Cambrai, satu perikatan menentang Republik Venice.
- 1868 - Lampu isyarat (gambar) yang pertama dipasang di luar Bangunan Parlimen di London.
- 1898 - Perang Amerika-Sepanyol tamat dengan pemeteraian Perjanjian Paris. Sepanyol mengakui kemerdekaan Cuba dan menjual Guam, Filipina dan Puerto Rico kepada Amerika Syarikat.
- 1901 - Hadiah Nobel yang pertama dianugerahkan pada hari ulang tahun kematian ke-5 pengasasnya, Alfred Bernhard Nobel.
- 1936 - Edward VIII memeterai surat cara turun takhta, dan menjadi raja British yang tunggal untuk melepaskan takhta dengan sukarela.
- 1941 - Perang Dunia Kedua: Pengebom torpedo Tentera Laut Empayar Jepun menenggelamkan kapal induk Tentera Laut Diraja British HMS Prince of Wales dan HMS Repulse (gambar) di timur Malaya.
- 1948 - Perhimpunan Agung PBB menerima Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat, penyataan hak asasi sejagat manusia yang pertama.
- 2010 - Aktivis hak asasi manusia China Liu Xiaobo dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel 2010 in absentia, kali pertama sejak 1936 tiada seorang pun dapat mewakili penerima.
- 2012 - John Dramani Mahama terpilih semula sebagai Presiden Ghana.
Kelahiran[sunting | sunting sumber]
- 1917 - Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim, Yang Di-Pertuan Agong keenam
- 1928 - Ahmad Razali Mohd Ali, seorang Menteri Besar Selangor ke-10
- 1987 - Gonzalo Higuaín, pemain bola sepak Real Madrid C.F.
Kematian[sunting | sunting sumber]
- 1865 - Leopold I, Raja Belgium
- 1917 - Mackenzie Bowell, Perdana Menteri Kanada ke-5
- 2012 - Iajuddin Ahmed, bekas Presiden Bangladesh
|