Keluaran dalam negara kasar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) sesebuah negara adalah satu cara untuk mengukur ekonomi nasional. KDNK bermaksud jumlah nilai pasaran keseluruhan barangan dan perkhidmatan terakhir yang dikeluarkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu (lazimnya dalam tahun kalendar). Ia juga mengambil kira jumlah nilai yang dicampur pada setiap peringkat pengeluaran untuk barangan dan perkhidmatan terakhir yang dihasilkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu, dan diberi dalam nilai wang.

Menilai KDNK[sunting | sunting sumber]

KDNK boleh dinilai melalui tiga pendekatan di mana pada prinsipnya ia semua mesti mendapat hasil yang sama. Pendekatan-pendekatan ini adalah:

  1. pendekatan produk (atau keluaran)
  2. pendekatan pendapatan (income approach)
  3. pendekatan perbelanjaan (expenditure approach)

Di antara ketiga-tiga pendekatan ini, pendekatan produk adalah pendekatan paling terus, yang mana pendekatan ini menjumlahkan keluaran bagi setiap kelas bagi keusahawanan untuk sampai secara keseluruhan. Pendekatan pengeluaran ini kena pada prinsipnya bahawa semua produk mesti dibeli oleh seseorang, oleh itu nilai jumlah produk mesti serupa dengan jumlah perbelanjaan di dalam membeli barangan.

Pendekatan pendapatan pula boleh didapati pada prinsip bahawa pendapatan faktor-faktor produktif ("pengeluar," bahasa seharian) mesti sama dengan nilai produk mereka, dan menilai KDNK adalh dengan mencari jumlah pendapatan pengeluar.[1]

KDNK boleh dikira menggunakan kaedah perbelanjaan (expenditure approach):

KDNK = penggunaan (consumption atau "C") + pelaburan kasar (gross investment atau "I") + perbelanjaan awam (government spending atau "G") + (eksport atau "X" − import atau "M"), atau,
KDNK = C + I + G + (X-M)

Di mana penggunaan adalah perbelanjaan isi rumah tangga; pelaburan kasar oleh sektor industri; perbelanjaan awam oleh kerajaan; dan eksport dan import melibatkan sektor luar negeri.

KDNK juga boleh dikira menggunakan kaedah pendapatan (income approach):

KDNK = sewa + upah + bunga + keuntungan

Di mana sewa adalah pendapatan pemilik untuk faktor pengeluaran tetap seperti tanah; upah untuk tenaga kerja; bunga untuk pemilik modal; dan keuntungan untuk pengusaha.

Senarai KDNK negara[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  1. World Bank, Statistical Manual >> National Accounts >> GDP – final output, retrieved October 2009.
    "User's guide: Background information on GDP and GDP deflator". HM Treasury. 
    "Measuring the Economy: A Primer on GDP and the National Income and Product Accounts" (PDF). Bureau of Economic Analysis. 

Rujukan[sunting | sunting sumber]