Kosovo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Republik Kosovo

Republika e Kosovës
Република Косово / Republika Kosovo

Lagu: Eropah[1]
Lokasi Kosovo (hijau tua) - Serbia (kelabu tua) di benua Eropah (hijau + kelabu tua)
Lokasi Kosovo (hijau tua) - Serbia (kelabu tua)
di benua Eropah (hijau + kelabu tua)
Ibu negara
dan bandar terbesar
Pristina (Prishtina, Priština)
42°40′N 21°10′E / 42.667°U 21.167°T / 42.667; 21.167
Bahasa rasmi Albania, Serbia
Bahasa wilayah yang diiktiraf Turki, Gorani, Romani, Bosnia, Arab
Kerajaan Republik berparlimen
 -  Presiden Atifete Jahjaga (PDK)
 -  Perdana Menteri Isa Mustafa (PDK)
Kemerdekaan daripada Serbia
 -  Pengisytiharan 17 Februari 2008 
Kawasan
 -  Jumlah 10,908 km2 
4,212 sq mi 
 -  Perairan (%) n/a
Populasi
 -  2011 (anggaran) 1,733,842[2]
 -  1991 (anggaran) 1,956,1962
 -  Kepadatan 220/km2
500/sq mi
KDNK (nominal) 2009 anggaran
 -  Jumlah $5.352 billion[3]
 -  Per kapita $2,965
Mata wang Euro ()3 (EUR)
Zon waktu CET (UTC+1)
 -  Musim panas (DST) CEST (UTC+2)
Memandu pada right
Kod panggilan +3814
1. Kemerdekaannya hanya diiktiraf oleh beberapa negara.
2. Banci ini hasil susun semula; diboikot oleh kebanyakan etnik majoroi Albania.
3. Diterima secara unilateral; Kosovo bukan ahli rasmi Eurozone.
4. Rasmi: +381; sesetengah penyedia menggunakan +377 (Monaco) atau +386 (Slovenia).

Kosovo (Bahasa Albania: Kosova, Kosovë; Bahasa Serbia: Косово atau Косово и Метохија, Kosovo atau Kosovo i Metohija[4]) ialah sebuah kawasan yang dipertikaikan di rantau Balkan. Republik Kosovo (Bahasa Albania: Republika e Kosovës; Bahasa Serbia: Република Косово, Republika Kosovo) sebuah negara yang mengisytiharkan kemerdekaan sendiri dan menerima pengiktirafan sesetengah negara sahaja, menguasai kebanyakan wilayahnya secara de facto, di samping penguasaan terhad di Kosovo Utara.[petikan diperlukan] Serbia tidak mengiktiraf pemisahan Kosovo secara unilateral[5], sebaliknya menganggap Kosovo sebagai entiti tadbiran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di dalam wilayah kedaulatan Serbia, iaitu Wilayah Autonomi Kosovo dan Metohija (Bahasa Serbia: Аутономна Покрајина Косово и Метохија, Autonomna Pokrajina Kosovo i Metohija), menurut Perlembagaan Serbia 2006.[6] Metohija (Bahasa Albania: Dukagjini or Rrafshi i Dukagjinit) adalah bahagian barat di seluruh wilayah berkenaan.

Kosovo yang tiada pantai bersempadan dengan Serbia Tengah di utara dan timur, Republik Macedonia di selatan, Albania di barat dan Montenegro di barat laut (ketiga-tiga negara tersebut selain Serbia mengiktiraf kedaulatan Republik Kosovo). Bandaraya terbesar dan ibu kota Kosovo ialah Pristina (juga dieja Prishtina atau Priština), diiringi bandaraya-bandaryaa lain seperti Peć (Bahasa Albania: Peja), Prizren, Đakovica (Bahasa Albania: Gjakova), dan Kosovska Mitrovica (Bahasa Albania: Mitrovica).

Pada baharian klasik, wilayah yang lebih kurang berpadanan dengan Kosovo masa kini pernah diduduki oleh bangsa Dardani.[7] Kemudian, wilayah Dardani ditakluki oleh empayar-empayar Rom, Byzantine, Bulgaria dan Serbia. Berikutan Pertempuran Kosovo pada tahun 1389, wilayah berkenaan menjadi sebahagian Empayar Uthmaniyyah; maka kawasan ini mendekati Timur Tengah dan penduduknya memeluk agama Islam. Pada akhir abad ke-19, Kosovo menjadi pusat kebangkitan kebangsaan Albania. Pada tahun 1912, wilayah Uthmaniyyah ini terbelah di antara Montenegro dan Serbia, kedua-duanya kemudian menganggotai Yugoslavia pada tahun 1918. Pada Perang Dunia Kedua, kebanyakan tanah Kosovo jatuh dalam wilayah Albania tawanan Itali, diikuti pendudukan Jerman Nazi sebelum menjadi wilayah autonomi di RPS Yugoslavia.

Setelah Perang Kosovo dan Pengeboman NATO di Yugoslavia pada tahun 1999,[8] wilayah Kosovo menerima pentadbiran sementara dari Misi PBB di Kosovo (UNMIK), yang kemudian menyerahkan kebanyakan peranannya kepada Misi Kedaulatan Undang-Undang Kesatuan Eropah di Kosovo (EULEX) pada Disember 2008.[9] Pada Februari 2008, Perhimpunan Kosovo mengisytiharkan kemerdekaan Kosovo sebagai Republik Kosovo. Kemerdekaannya diiktiraf oleh 69 UN member states dan Republik China (Taiwan). Pada 8 Oktober 2008, atas permintaan Serbia, Perhimpunan Agung PBB menerima resolusi yang meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk pendapat nasihat mengenai isu pengisytiharan kemerdekaan Kosovo.[10] Pada 22 Julai 2010, ICJ memutuskan bahawa perisytiharan kemerdekaan Kosovo tidak menyalahi undang-undang antarabangsa, yang mana presidennya menyatakan tiadanya "larangan terhadap perisytiharan kemerdekaan".[11]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Assembly approves Kosovo anthem" b92.net 11 Jun 2008. Pautan dicapai 11/06/08
  2. Bancian separa dijalankan pada 2011, bilangan penduduk Kosovo dianggarkan pada 1.9 hingga 2.4 juta orang. Dua bancian penduduk yang dijalankan pada tahun 1981 dan 1991 masing-masing menganggarkan bilangan penduduk Kosovo pada 1.6 juta dan 1.9 juta, tetapi bancian 1991 mungkin terkurang hitung kaum Albania. Anggaran 2001 oleh OSCE menganggarkan 2.4 juta. World Factbook menyatakan anggaran 2,126,708 untuk tahun 2007 (rujuk Kemasukan Buku Fakta Dunia CIA di Kosovo).
  3. "Kosovo". International Monetary Fund. Diperoleh pada 2010-04-21. 
  4. Constitution of the Republic of Serbia
  5. Staff (23 July 2010) "Serbia rejects UN legal ruling on Kosovo's secession" BBC News
  6. "Documents by Opinion and Study". Venice.coe.int. Diarkibkan daripada asal pada 2012-08-05. Diperoleh pada 2009-07-20. 
  7. Pannonia and Upper Moesia. A History of the Middle Danube Provinces of the Roman Empire. A Mocsy. Ms. 9, 26, 65.
  8. Michael Montgomery (2009-04-10). "Europe | Horrors of KLA prison camps revealed". BBC News. Diperoleh pada 2009-07-20. 
  9. "EU launches Kosovo police mission", BBC, 9 December 2008. – Retrieved on 19 May 2009.
  10. "U.N. backs Serbia in judicial move on Kosovo | International". Reuters. 2008-10-08. Diperoleh pada 2009-07-20. 
  11. "World court: Kosovo's independence was legal". Associated Press. 2010-07-22. Diperoleh pada 2010-07-22. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]