Bahasa Belanda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bahasa Belanda
Nederlands
sebutan akan ditambah
asli ke Belanda, Belgium, Suriname, Aruba, Netherlands Antilles, Indonesia, Perancis, Jerman, Guyana Timur
asli penutur 26 juta (2006)  (tiada tarikh)
keluarga bahasa
Sistem penulisan Huruf Latin (Belanda Pelbagaian)
status rasmi
Bahasa rasmi di Aruba, Belgium, Kesatuan Eropah, Belanda, Suriname, Netherlands Antilles, Suriname
Dikawal oleh Nederlandse Taalunie
(Kesatuan Bahasa Belanda)
kod bahasa
ISO 639-1 nl
ISO 639-2 dut (B)
nld (T)
[[File:
Dutchanguagearea.png

Peta dari tempat utama dimana Belanda dituturkan
|300px]]

Bahasa Belanda (Mengenai bunyi ini Nederlands ) telah dituturkan oleh 30 juta orang di seluruh dunia dengan menggunakan bahasa Belanda dan menjadi bahasa keenam paling kerap dituturkan di Eropah Barat. Kira-kira 60 peratus populasi di negara jiran iaitu Belgium dan Suriname juga menuturkan bahasa Belanda. Dianggarkan lebih 16 juta orang yang tinggal di Belanda termasuklah komuniti di Indonesia dan Afrika Selatan yang menggunakan bahasa Belanda. Bahasa Belanda yang dituturkan orang Belgium dipanggil Flemish manakala di Afrika Selatan pula dikenali Afrikaans.

Manakala Stadfries adalah set dialek orang di Friesland iaitu terletak di utara Belanda. Ia adalah gabungan bahasa Belanda dengan bahasa asli Frisian. Maka, terhasilah campuran perbendaharaan kata Hollandic dan tatabahasa Frisian Barat serta prinsip bahasa lain. Hakikatnya, antara semua bahasa daripada rumpun bahasa Germanik, bahasa Frisian paling hampir dengan bahasa Inggeris.

Bagaimanapun, orang Belanda juga bertutur beberapa bahasa lain untuk memudahkan komunikasi dengan pelbagai golongan kosmopolitan di mana 90 peratus warga Belanda fasih berbahasa Inggeris dan bahasa Jerman.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sejarah bahasa Belanda

Sejarah dari bahasa Belanda bermula sekitar 450/500 M, selepas Frankish Kuno, salah satu dari kebanyakan puak bahasa Jermanik Barat, telah terpisah oleh peralihan Konsonan Jermanik Kedua sementara pada lebih atau kurang masa sama hukum Ingvaeonic nasal spirant membawa kepada pembangunan dari moyang terus dari Saxon Rendah, Frisia dan Inggeris.

Wikipedia
Wikipedia Bahasa Belanda, ensiklopedia bebas

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Kembara Khazanah Belanda m/s 142