Kota Semarang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Semarang beralih ke halaman ini. Untuk kabupaten Semarang, sila lihat Kabupaten Semarang.
Kota Semarang
Jawa > Jawa Tengah
Lambang Semarang.
Lambang Kota Semarang
Lokasi Semarang di pulau Jawa.
Provinsi Jawa Tengah
Hari Jadi 2 Mei 1547
Luas wilayah 373.67 km²
Jumlah penduduk 1,393,000 (2003)
 - Kepadatan 3,731 orang/km²
Suku bangsa Jawa, Tionghoa, Arab, dll.
Bahasa Jawa, Indonesia
Agama Islam, Protestan, Katolik, Hindu, agama Buddha
Kecamatan 16
 - Kelurahan 177
Walikota Drs.H.Soemarmo HS, MSi
Kod telepon 024

Laman web rasmi: www.semarang.go.id

Semarang pada tahun 1770.


Semarang ialah ibu kota Provinsi Jawa Tengah, Indonesia. Kota ini terletak sekitar 485 kilometer di sebelah timur Jakarta, dan 308 kilometer di sebelah barat Surabaya. Semarang menyempadani Laut Jawa di utara, Kabupaten Demak di timur, Kabupaten Semarang di selatan, dan Kabupaten Kendal di barat.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Semarang pada awalnya merupakan sebuah kabupaten yang diasaskan oleh Raden Kaji Kasepuhan (juga dikenali sebagai Pandan Arang) pada 1 Mei 1547 dan disahkan oleh Sultan Hadiwijaya. Pada tahun 1906, Kerajaan Hindia Belanda membentuk Perbandaran (gemeente) Semarang yang dipimpin oleh seorang burgermeester. Perbandaran inilah yang kemudian menjadi asas untuk pembentukan Kota Semarang. Kotamadya Semarang secara definisi ditetapkan berdasarkan UU Nombor 13 tahun 1950 tentang pembentukan kabupaten-kabupaten dalam lingkungan Provinsi Jawa Tengah.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Daerah dataran rendah di Kota Semarang sangat sempit, iaitu sekitar empat kilometer dari garis pantai, dan dikenali dengan sebutan kota bawah. Kawasan kota bawah sering kali dilanda banjir dan di sejumlah kawasan, banjir ini diakibatkan oleh curahan air laut.

Bahagian di sebelah selatan merupakan dataran tinggi yang dikenali sebagai kota atas dan antara lain, meliputi Kecamatan Candi, Mijen, Gunungpati, dan Banyumanik.

Pembahagian pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Kota Semarang terdiri daripada 16 buah kecamatan yang dibahagikan lagi kepada sejumlah kelurahan dan desa.

  1. Banyumanik
  2. Candisari
  3. Gajahmungkur
  4. Gayamsari
  5. Genuk
  6. Gunungpati
  7. Mijen
  8. Ngaliyan
  9. Pedurungan
  10. Semarang Barat
  11. Semarang Selatan
  12. Semarang Tengah
  13. Semarang Timur
  14. Semarang Utara
  15. Tembalang
  16. Tugu

Demografi[sunting | sunting sumber]

Penduduk Semarang umumnya berasal daripada suku Jawa dan menggunakan bahasa Jawa sebagai bahasa sehari-hari. Agama utama yang dianuti oleh para penduduk ialah agama Islam.

Semarang mempunyai komuniti Tionghoa yang besar. Seperti di daerah-daerah yang lain di Pulau Jawa, terutamanya di Jawa Tengah, mereka berbaur dan bertutur dalam bahasa Jawa dengan penduduk tempatan.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Kota Semarang dapat ditempuh melalui perjalanan darat, laut, dan udara. Lebuhraya Pantai Utara yang merentasi Semarang menghubungkan Jakarta dengan kota-kota di pantai utara Pulau Jawa. Pada saat ini, jalan tol sedang dibina yang menghubungkan Semarang dengan Solo, kota kedua terbesar di Jawa Tengah. Pengangkutan bas antara kota berpusat di Perhentian Bas Terboyo, manakala pengangkutan dalam kota dilayani oleh bas kota, angkot (bas mini atau van), dan beca.

Semarang memiliki dua buah stesen kereta api:

Laluan-laluan kereta api termasuk Semarang-Jakarta, Semarang-Bandung, Semarang-Surabaya, Jakarta-Semarang-Jombang, Jakarta-Semarang-Malang, antara lain.

Pengangkutan udara yang dilayani oleh Lapangan Terbang Ahmad Yani menghubungkan Semarang dengan sejumlah kota-kota Indonesia yang besar, manakala Pelabuhan Tanjung Mas yang merupakan pelabuhan kontena menghubungkan Semarang dengan sejumlah kota-kota pelabuhan yang lain.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Semarang mempunyai sejumlah institusi pendidikan tinggi yang ternama:

Media[sunting | sunting sumber]

Akhbar yang diterbitkan di Semarang termasuk Suara Merdeka, Wawasan (Kumpulan Suara Merdeka), Meteor, dan Radar Semarang, (Kumpulan Jawa Pos), antara lain, manakala stesen televisyen tempatan termasuk TV Borobudur, Pro TV, TVKU, dan Cakra TV.

Olahraga[sunting | sunting sumber]

Persatuan Sepakbola Indonesia Semarang (PSIS) merupakan satu-satunya kelab sepak bola profesional di Kota Semarang. Pada musim 2006, kelab ini bermain di Divisi Utama Liga Djarum Wilayah 1 dan meraih juara kedua selepas ditewaskan 0-1 oleh pasukan Persik Kediri dalam pusingan akhir.

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

 

Kota Semarang, Jawa Tengah

Lambang Kota Semarang.png

Kecamatan: Banyumanik | Candisari | Gajahmungkur | Gayamsari | Genuk | Gunungpati | Mijen | Ngaliyan | Pedurungan | Semarang Barat | Semarang Selatan | Semarang Tengah | Semarang Timur | Semarang Utara | Tembalang | Tugu

Jawa Tengah
Lambang Jawa Tengah

Kabupaten: Banjarnegara | Banyumas | Batang | Blora | Boyolali | Brebes | Cilacap | Demak | Grobogan | Jepara | Karanganyar | Kebumen | Kendal | Klaten | Kudus | Magelang | Pati | Pekalongan | Pemalang | Purbalingga | Purworejo | Rembang | Semarang | Sragen | Sukoharjo | Tegal | Temanggung | Wonogiri | Wonosobo

Kota: Magelang | Pekalongan | Salatiga | Semarang | Surakarta | Tegal

Lihat pula: Daftar kabupaten dan kota di Indonesia