Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
18 Januari merupakan hari ke-18 dalam kalendar Gregory . Tinggal 347 hari (atau 348 hari bagi tahun lompat ) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Bendera Empayar Jerman 1871-1918
Kebakaran belukar Canberra 2003
Bantahan Wikipedia Bahasa Inggeris
350 - Generallus Magnentius menggulingkan Maharaja Rom Constans lalu mengisytiharkan dirinya Maharaja.
474 - Maharaja Leo II menjadi maharaja Byzantine buat sementara.
532 - Rusuhan Nika di Constantinople menemui kegagalan.
1126 - Maharaja Huizong turun takhta China untuk memberi laluan kepada anakandanya Maharaja Qinzong .
1486 - Raja Henry VII dari England mengahwini Elizabeth dari York , anakanda Edward IV .
1520 - Raja Christian II dari Denmark dan Norway menewaskan pihak Sweden di Tasik Åsunden .
1535 - Konkuistador Sepanyol Francisco Pizarro mengasaskan Lima , ibu negara Peru kini.
1778 - Penjelajah Inggeris James Cook tiba di Kepulauan Sandwich yang kini dikenali sebagai Kepulauan Hawaii .
1871 - Beberapa negeri Jerman bebas bersatu menjadi Empayar Jerman (gambar bendera) , dengan Raja Prusia Wilhelm I diisytiharkan sebagai Kaiser pertama.
1884 - Dr. William Price cuba membakar mayat anaknya Jesus Christ Price dalam peristiwa pembakaran mayat pertama yang sah di sisi undang-undang di United Kingdom.
1886 - Hoki padang moden lahir melalui penubuhan Persatuan Hoki di England .
1896 - Mesin sinar X dipamerkan buat julung kali.
1915 - Jepun mengeluarkan "21 Tuntuan " terhadap Republik China dalam cubaan meluaskan kuasa di Asia Timur .
1919 - Perang Dunia Pertama : Persidangan Damai Paris dibuka di Versailles , Perancis.
1919 - Ignacy Jan Paderewski menjadi Perdana Menteri Poland yang baru merdeka.
1919 - Bentley Motors Limited ditubuhkan.
1943 - Pemberontakan Yahudi pertama berlaku di geto Warsaw .
1944 - Tentera Soviet membebaskan Leningrad sambil menamatkan pengepungan tiga tahun yang dicetuskan oleh Nazi .
1945 - Pembebasan geto Budapest oleh Tentera Merah .
1958 - Willie O'Ree dari Boston Bruins bermain buat kali pertama di Liga Hoki Nasional dan dengan itu, mematahkan rintangan warna dalam hoki ais profesional.
1955 - Perang Saudara China : Tentera Pembebasan Rakyat bertempur dengan Tentera Revolusi Kebangsaan di Kepulauan Yijiangshan , antara benteng terakhir angkatan nasionalis berhampiran tanah besar China.
1977 - Penyakit misteri askar legion didapati berpunca dari sejenis bakteria baru yang kini dikenali sebagai Legionella .
1978 - Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah mendapati kerajaan United Kingdom bersalah kerana melayan banduan di Ireland Utara dengan tidak betul, tetapi bukan seksaan.
1983 - Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa memulihkan pingat Olimpik Jim Thorpe kepada keluarganya.
1993 - Hari Martin Luther King, Jr. disambut buat julung kali di kesemua 50 negeri Amerika Syarikat.
1994 - Peristiwa Cando : Saksi mengaku terlihat bola api di langit selama seminit di Cando , Sepanyol.
1997 - Di kawasan barat laut Rwanda , ahli-ahli militia Hutu membunuh tiga orang pekerja bantuan Sepanyol, tiga orang askar serta mencederakan seorang lagi.
1997 - Boerge Ousland dari Norway menjadi orang pertama yang merentas Antartika sendirian tanpa bantuan.
1998 - Skandal Lewinsky : Matt Drudge membongkarkan kisah hubungan sulit Bill Clinton -Monica Lewinsky di laman webnya The Drudge Report .
2000 - Meteorit Tasik Tagish melanda Bumi.
2002 - Perang Saudara Sierra Leone diisyitharkan tamat.
2003 - Kebakaran belukar yang tidak dapat dikawal mula merebak ke kawasan kediaman di Canberra , Australia (gambar)' , akhirnya merosakkan lebih 500 buah rumah.
2012 - Parti Kebebasan dan Keadilan mendapat kerusi terbanyak dalam pilihan raya pertama Mesir selepas revolusi .
2012 - Pelbagai tapak web menyertai bantahan (gambar) terhadap rang undang-undang A.S. SOPA dan PIPA .