22 Oktober
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
|
22 Oktober merupakan hari ke-295 (hari ke-296 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 70 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Kesedaran Kegagapan Antarabangsa.
Peristiwa[sunting | sunting sumber]
- 1383 - Raja Fernando I dari Portugal mangkat tanpa meninggalkan pewaris lelaki bagi takhta Portugal, menyebabkan terjadinya tempoh perang saudara dan anarki.
- 1836 - Sam Houston menjadi presiden pertama Republik Texas.
- 1924 - Pertubuhan bukan untung Toastmasters International diasaskan di Santa Ana, California.
- 1962 - Krisis Peluru Berpandu Cuba: Presiden A.S. John F. Kennedy mengumumkan di televisyen bahawa senjata nuklear Soviet telah ditemui di Cuba (gambar tapak) dan dia telah mengarahkan "kuarantin" laut terhadap negara pulau tersebut.
- 1964 - Ahli falsafah Perancis Jean-Paul Sartre dianugerahkan Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan, tetapi menolaknya, menjadi orang pertama berbuat demikian.
- 1999 - Pegawai Perancis Vichy Maurice Papon dipenjarakan kerana jenayah terhadap kemanusiaan yang dilakukan semasa Perang Dunia Kedua.
- 2008 - ISRO berjaya melancarkan Chandrayaan-1, misi penjelajahan bulan tanpa manusia pertama India.
- 2009 - Sistem pengendalian Microsoft Windows 7 mula dijual kepada ramai.
- 2011 - Putera Mahkota Arab Saudi, Sultan bin Abdul Aziz Al-Saud meninggal dunia di New York.
Kelahiran[sunting | sunting sumber]
- 1844 - Louis Riel, seorang pemberontak di Kanada
- 1915 - Yitzhak Shamir, Perdana Menteri Israel ke-7
- 1949 - Arsène Wenger, seorang pengurus Arsenal F.C.
Kematian[sunting | sunting sumber]
- 1916 - Herbert Kilpin, bekas pemain bola sepak A.C. Milan
- 1964 - Khawaja Nazimuddin, Perdana Menteri Pakistan ke-2
|