27 November
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
|
27 November merupakan hari ke-331 (hari ke-332 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 34 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Pengingatan Holodomor di Ukraine.
Peristiwa[sunting | sunting sumber]
- 1095 - Di Majlis Clermont, Paus Urban II menyeru kepada Perang Salib Pertama.
- 1895 - Alfred Bernhard Nobel (gambar) menandatangani wasiatnya, memperuntukkan sebahagian besar harta pusakanya untuk mewujudkan Hadiah Nobel.
- 1946 - Perdana Menteri India Jawaharlal Nehru merayu kepada Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet untuk mengakhiri ujian nuklear dan memulakan pelucutan senjata.
- 1971 - Pengorbit Soviet Mars 2 menjadi objek buatan manusia pertama tiba di permukaan Marikh apabila ia rosak dan terhempas ke planet tersebut.
- 1992 - Untuk kali kedua dalam setahun, angkatan tentera cuba menggulingkan Presiden Venezuela Carlos Andrés Pérez.
- 1999 - Parti Buruh menewaskan Parti Kebangsaan dalam pilihan raya umum, membolehkan Helen Clark menjadi Perdana Menteri wanita pertama terpilih melalui pilihan raya.
- 2001 - Teleskop Angkasa Hubble mengesan natrium di atmosfera planet luar suria HD 209458 b, atmosfera planet pertama di luar Sistem Suria yang berjaya diukur.
- 2005 - Pakar bedah Perancis Bernard Devauchelle melakukan pemindahan muka separa yang pertama pada manusia hidup, pada Isabelle Dinoire.
- 2009 - Banjir kilat di pantai Laut Merah Arab Saudi semasa musim haji menyebabkan 104 orang maut dan lebih 350 lagi hilang.
Kelahiran[sunting | sunting sumber]
- 1921 - Alexander Dubček, Presiden Czechoslovakia ke-3
- 1951 - Ivars Godmanis, Perdana Menteri Latvia yang pertama dan ke-11
- 1956 - Sultan Nazrin Muizuddin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah; Sultan Perak ke-35
- 1957 - Caroline Bouvier Kennedy, anak John F. Kennedy
Kematian[sunting | sunting sumber]
- 1985 - Fernand Braudel, seorang sejarawan Perancis
|