Shenzhou 10

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Semua waktu dalam rencana ini adalah UTC+8 melainkan dinyatakan sebaliknya.
Shenzhou 10
Tanda kebesaran misi
Shenzhou-10.png
Statistik misi
Jenis kapal angkasa Shenzhou
Saiz anak kapal Nie Haisheng
Zhang Xiaoguang
Wang Yaping
Pelancaran 11 Jun 2013, 17:38:02.666 (2013-06-11UTC17:38:02Z) UTC+8
Tapak pendaratan Mongolia Dalam
Tempoh misi 15 hari
Misi berkaitan
Misi sebelum Misi selepas
Shenzhou 9

Shenzhou 10 (Bahasa Mandarin: 神舟十号 Shénzhōu shíhào) ialah suatu penerbangan angkasa lepas manusia program Shenzhou China yang dilancarkan pada 11 Jun 2013. Ia merupakan misi angkasa lepas bermanusia kelima China.[1][2] Misi ini dijayakan tiga anak kapal: Nie Haisheng, komander misi yang pernah terbang dengan Shenzhou 6, Zhang Xiaoguang, bekas komander skuadron Tentera Udara dan Wang Yaping, angkasawan wanita China kedua. Kapal angkasa lepas Shenzhou ini berlabuh dengan pangkalan angkasa lepas Tiangong-1 pada 13 Jun, dan para angkasawan akan menjalankan uji kaji fizikal, teknologi dan saintifik di sana. Shenzhou 10 akan menjadi misi terakhir ke Tiangong 1.[3]

Pelancaran[sunting | sunting sumber]

Fail:Jiuquan Satellite Lauch Center assembly tower, China.JPG
Pusat Pelancaran Jiuquan: landas pelancaran di latar depan; kawalan misi di belakang

Shenzhou 10 dilancarkan pada 11 Jun 2013, 09:38 UTC. Roket pembawa Long March 2F[4]digunakan, dilancarkan dari Landas 1 Tapak Pelancaran Selatan Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di Mongolia Dalam. Shenzhou 10 selamat sampai ke orbit rendah bumi sebelum roket dipisahkan. Anak kapal akan kekal di angkasa lepas selama 15 hari, dan kemudian kembali ke Jiuquan.[5] Dengan tempoh 15 hari, Shenzhou 10 bakal menjadi misi penerbangan angkasa lepas manusia terlama China,[6] mengatasi rekod lama Shenzhou 9 dengan dua hari.[7]

Berlabuh[sunting | sunting sumber]

Shenzhou 10 berjaya berlabuh dengan Tiangong 1 pada 05:11 UTC 13 Jun, anak kapal membuka hac tiga jam kemudian dan memasuki pangkalan.[8]

Anak kapal[sunting | sunting sumber]

Kedudukan Anak Kapal
Komander Nie Haisheng
kedua spaceflight
Second Crewmember Zhang Xiaoguang
pertama spaceflight
Third Crewmember Wang Yaping
pertama spaceflight

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. (Cina) news.China.COM.cn, "专访十八大代表牛红光:神十将于明年6月发射", 新闻中心-中国网, 10 November 2012
  2. "Chinese spacecraft blasts off with 3 astronauts". 11 Jun 2013. 
  3. "China prepares to launch first space lab module this week". Space Daily. 27 September 2011. Diperoleh pada 28 Mei 2013. 
  4. Rui C. Barbosa (10 Jun 2013). "China launches three person crew on Shenzhou-10". NASASpaceflight.com. Diperoleh pada 12 Jun 2013. 
  5. Andy Wong (11 Jun 2013). "Shenzhou 10 Launch: Chinese Spacecraft Blasts Off With Three Astronauts On 15-Day Mission". Huffington Post. Diperoleh pada 11 Jun 2013. 
  6. Karl Tate (10 Jun 2013). "Shenzhou 10 Explained: Crew of Three Chinese Astronauts Head to Space Lab (Infographic)". Space.com. Diperoleh pada 11 Jun 2013. 
  7. "China's Shenzhou-9 spacecraft returns to Earth". BBC. 9 Jun 2013. Diperoleh pada 11 Jun 2013. 
  8. "Chinese capsule docks with space laboratory". BBC. 14 Jun 2013. Diperoleh pada 14 Jun 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Program Shenzhou