22 April
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
|
22 April merupakan hari ke-112 (hari ke-113 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 253 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Bumi di banyak negara.
Peristiwa[sunting | sunting sumber]
- 1500 - Penjelajah Portugal Pedro Álvares Cabral (gambar) dan anak-anak kapalnya menjadi orang Eropah pertama yang menemui Brazil.
- 1864 - Kongres Amerika Syarikat memberikan kebenaran untuk mencetak syiling dua sen (gambar), syiling A.S. pertama dengan frasa In God We Trust.
- 1912 - Akhbar Bolshevik Pravda diterbitkan buat pertama kali, di Saint Petersburg, Rusia.
- 1914 - Babe Ruth menyertai permainan besbol profesional yang pertama sebagai pembaling untuk Baltimore Orioles.
- 1915 - Jerman melepaskan gas klorin sebagai senjata kimia dalam Pertempuran Kedua Ypres, membunuh lebih 5 ribu askar dalam masa 10 minit.
- 1930 - Perjanjian Tentera Laut London yang mengawal perang kapal selam dan menghadkan pembinaan kapal tentera ditandatangani oleh Amerika Syarikat, Itali, Jepun, Perancis dan United Kingdom.
- 1993 - Versi pertama Mosaic dikeluarkan, menjadi pelayar Jaringan Sejagat dan pelanggan Gopher pertama yang popular.
Kelahiran[sunting | sunting sumber]
- 1950 - Natsagiyn Bagabandi, Presiden Mongolia ke-13
- 1982 - Kaka, pemain bola sepak Real Madrid C.F.
Kematian[sunting | sunting sumber]
- 1994 - Richard Nixon, Presiden Amerika Syarikat ke-37
- 1616 - Miguel de Cervantes, seorang penulis novel Sepanyol
|