Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
24 Ogos merupakan hari ke-236 (hari ke-237 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 129 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Kemerdekaan di Ukraine (1991).
Vesuvius dilihat dari Pompeii
Hurikan Andrew tiba di Florida Selatan
- 79 - Mengikut kodeks Laurentianus Mediceus, Gunung Vesuvius (gambar) di Itali meletus, menimbus bandar Pompeii, Herculaneum dan Stabiae dengan abu.
- 410 - Visigoth pimpinan Alaric I menjarah Rom.
- 1572 - Pembunuhan Hari St. Bartholomew bermula: Dianggarkan 30,000 orang maut di Perancis dalam masa beberapa minggu.
- 1814 – Perang 1812: Washington, D.C. dibakar oleh angkatan British.
- 1821 - Perjanjian Córdoba ditandatangani di Córdoba, Veracruz, meratifikasi Rancangan Iguala dan menamatkan Perang Kemerdekaan Mexico daripada Sepanyol.
- 1853 - Di Saratoga Springs, New York, A.S., tukang masak George Crum dikatakan menyediakan kerepek kentang pertama selepas bosan dengan seorang pelanggan yang asyik mengadu kentang gorengnya terlalu tebal dan kembang.
- 1954 - Presiden Brazil Getúlio Vargas membunuh diri di Rio de Janeiro.
- 1992 - Hurikan Andrew, bencana alam paling merugikan sebelum abad ke-21 di Amerika Syarikat, bertemu daratan di Florida Selatan (gambar) sebagai ribut Kategori Lima.
- 2006 - Kesatuan Astronomi Antarabangsa mentakrifkan semula istilah "planet", mengelaskan Pluto sebagai planet kerdil.
- 2008 - Sukan Olimpik Beijing 2008 tamat dengan rasminya selepas berlangsung selama 16 hari. Tuan rumah China mendapat pingat emas terbanyak.
- 2012 - Anders Behring Breivik, yang membunuh 77 orang pada 2011, dihukum 21 tahun penjara, tertakluk kepada pelanjutan.
- 2012 - Pelumba basikal A.S. Lance Armstrong dilarang menyertai sebarang pertandingan oleh USADA kerana dikatakan mengambil dadah.