Isnin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Hari Isnin (Monday dalam Bahasa Inggeris) merupakan hari ke-2 dalam seminggu dan terletak antara Ahad dan Selasa. Perkataan Isnin itu berasal dari Bahasa Arab, yang bermakna dua, iaitu hari kedua dalam seminggu. Namun begitu, di sesetengah tempat di Eropah, Isnin dianggap sebagai hari yang pertama.

Walau bagaimanapun, semua orang bersetuju bahawa hari Isnin adalah hari pertama bekerja. Jadi, sesetengah orang mungkin mengalami rasa malas atau "sakit" pada hari ini. Garfield, seekor kucing kartun yang popular, bencikan hari Isnin.

Penganut agama Kristian biasanya menyambut perayaan Paskah (Easter) selama dua hari, iaitu pada hari Ahad dan Isnin (Easter Monday).

Lihat juga: