6 Mac
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
|
6 Mac merupakan hari ke-65 (hari ke-66 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 300 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Kemerdekaan di Ghana (1957).
Peristiwa[sunting | sunting sumber]
- 1454 - Perang Tiga Belas Tahun: Wakil-wakil Pergabungan Prusia mengangkat sumpah taat setia kepada Casimir IV dari Poland, maka baginda berkenan agar membantu mereka membebaskan negeri mereka dari cengkaman Kesatria Teuton.
- 1521 - Penjelajah Portugis Ferdinand Magellan dan anak-anak kapalnya tiba di Guam dan disambut oleh orang-orang Chamorro.
- 1788 - Armada Pertama tiba di Pulau Norfolk untuk mendirikan penempatan banduan.
- 1834 - Bandar York di Kanada Hulu diperbadankan sebagai kota Toronto.
- 1836 - Revolusi Texas: Angkatan tentera Mexico menawan Alamo selepas pengepungan selama 13 hari.
- 1853 - Opera La traviata ciptaan Giuseppe Verdi dipentaskan buat julung kalinya, di La Fenice Venice, namun persembahan yang teruk menyebabkannya ditulis semula.
- 1857 - Mahkamah Agung Amerika Syarikat membuat keputusan dalam kes Dred Scott, satu keputusan penting yang menyebabkan banyak pindaan perlembagaan.
- 1869 - Dmitri Mendeleev (gambar) mempertunjukkan jadual berkala unsur yang pertama, kepada Persatuan Kimia Rusia.
- 1899 - Syarikat kimia dan farmaseutikal Jerman Bayer mendaftarkan Aspirin sebagai satu tanda dagangan.
- 1945 - Petru Groza (gambar) dari parti Frontul Plugarilor menjadi Perdana Menteri Romania.
- 1946 - Ho Chi Minh memeterai perjanjian dengan pihak Perancis yang mengiktiraf Vietnam sebagai negeri berautonomi dalam Persekutuan Indochina dan Kesatuan Perancis.
- 1953 - Georgy Maksimilianovich Malenkov menggantikan Joseph Stalin sebagai Perdana Menteri dan Setiausaha Agung Parti Komunis Kesatuan Soviet.
- 1957 - Dua jajahan British di Afrika iaitu Gold Coast dan British Togoland merdeka lalu bergabung menjadi Republik Ghana.
- 1964 - Pemimpin Nation of Islam Elijah Muhammad mengumumkan bahawa jaguh tinju Amerika Syarikat Cassius Clay menukar namanya kepada Muhammad Ali, sempena identiti baharunya sebagai anggota pertubuhan itu.
- 1964 - Constantine II menjadi Raja Greece.
- 1967 - Anak perempuan Joseph Stalin iaitu Svetlana Alliluyeva melarikan diri ke Amerika Syarikat.
- 1975 - Pembukaan rasmi Stadium Kota Raja Klang oleh Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah.
- 1987 - Feri Herald of Free Enterprise (gambar) terbalik sewaktu meninggalkan pelabuhan Zeebrugge, Belgium, dan mengakibatkan kematian 193 orang.
- 2013 - Satu haplokumpulan kromosom-Y yang baru ditemui difikirkan mengundurkan zaman Adam Kromosom Y ke 338,000 tahun dahulu.
Kelahiran[sunting | sunting sumber]
- 1949 - Shaukat Aziz, Perdana Menteri Pakistan ke-20
- 1953 - Madhav Kumar Nepal, Perdana Menteri Nepal ke-3
- 1987 - Kevin-Prince Boateng, pemain bola sepak Tottenham Hotspur F.C.
Kematian[sunting | sunting sumber]
- 1941 - Gutzon Borglum, seorang bidang ukiran dan lukisan
|