Syarikat Hindia Timur Belanda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Syarikat Hindia Timur Belanda
Vereenigde Oost-Indische Compagnie
Jenis Syarikat awam
Genre Perdagangan
Ditubuhkan 1602
Ibu pejabat Amsterdam, Delft, Rotterdam, Enkhuizen, Middelburg dan Hoorn, Republik Belanda

Syarikat Hindia Timur Belanda (Verenigde Oostindische Compagnie atau VOC dalam bahasa Belanda, yang bermaksud "Syarikat Hindia Timur Bersatu") telah ditubuhkan pada 20 Mac, 1602, apabila Jeneral negeri-negeri Belanda memberikannya hak monopoli menjalankan aktiviti penjajahan di Asia. Syarikat ini dianggap syarikat pertama yang menerbitkan syer saham.

VOC terdiri dari 6 kamars (Kamers) di Amsterdam, Middelburg (untuk Zeeland), Enkhuizen, Delft, Hoorn dan Rotterdam. Perwakilan kamar-kamar tersebut berjumpa sebagai Heeren XVII (Tujuh belas Raja). Setiap Kamers menyumbang seorang perwakilan kepada anggota tujuh belas ini mengikut kadar kapital yang mereka langgan; perwakilan Amsterdam bernama lapan.

Syarikat ini berpusat di Batawi (kini dipanggil Jakarta) di Jawa, Indonesia. Syarikat ini juga mempunyai penempatan di Kepulauan Rempah (Maluku), termasuk Kepulauan Banda dimana VOC telah secara paksa mendapat monopoli ke atas penanaman buah pala. Mereka juga mengawal penempatan di Melaka pada 1641 dan juga Afrika Selatan.

Kapal-kapal VOC[sunting | sunting sumber]

Bendera Syarikat Hindia Timur Belanda (Kamer Amsterdam).
Bon yang dikeluarkan oleh Syarikat Hindia Timur Belanda bertarikh 7 November 1623, untuk jumlah 2,400 florin.
Peta Jajahan Belanda secara keseluruhan. Kawasan di bawah kuasa VOC adalah berwarna hijau muda, termasuk Pulau St. Helena di Lautan Atlantik
Replika kapal abad ke-18 VOC Amsterdam yang berlabuh secara kekal di Nederlands Scheepvaartmuseum (Muzium Maritim Kebangsaan) di Amsterdam.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]