Album

Artist: Ibnor Riza
Album: Kerongsang Jiwa
Date of Release: 5 Feb 2007
Ibnor Riza - 'Kerongsang Jiwa'
 
CD & MC TRACKLISTING
1 Pilihlah Aku
2 Tiada Cinta Lagi
3 Mengenang Dikau Kembali
4 Joget Kaki Lima
5 Kerongsang Jiwa
6 Kini Baru Kau Sedar
7 Kasih Tak Sudah
8 Lagu Untuk Seorang Ibu
9 Cahaya Cinta
10 Relaks

 

 'Kerongsang Jiwa' - Ibnor Riza

 

Tahun 2007 genap 23 tahun penglibatan Ibnor Riza di persada seni suara tanahair. Dikenali menerusi lagu hit berjudul ¡°Meneka Dalam Kesamaran¡±, ¡°Takdir¡±, ¡°Berdiri Seorang Perindu¡± dan ¡°Mimpi Yang Tak Sudah¡± ¨C Ibnor Riza merupakan antara penyanyi lelaki yang cukup popular sekitar awal 80-an.

 

Beliau pernah menyertai Bintang RTM pada tahun 1984 dan kemudiannya di lamar menjadi artis rakaman Sony Music Entertainment yang dulu dikenali sebagai CBS. Setelah hampir 23 tahun berada di industri muzik Malaysia, beliau sudah berjaya merakamkan 13 buah album. Kini, Ibnor Riza kembali dengan album terbaru ¡°Kerongsang Jiwa¡± interpretasi tentang muzik, idola dan harapan.

 

¡°Kerongsang Jiwa¡± memuatkan 10 buah lagu yang mana sembilan darinya merupakan lagu-lagu lama yang telah dinyanyikan semula. Kebanyakan lagu-lagu ini merupakan lagu yang cukup popular sekitar tahun 60an dan 70an yang belum pernah dirakamkan semula oleh mana-mana artis antaranya Latiff Ibrahim, Alice Sound, Dhalan Zainudin, Carefree, Kembara, Flybaits, Black Dog Bone dan A.Ramlie  & The Rhytms Boys. Kesemua lagu-lagu adalah pilihan bersama di antara Ibnor Riza dan syarikat rakaman Sony BMG Music Entertainment.

 

¡°Saya mengharapkan agar jangan dibandingkan cara nyanyian saya dengan penyanyi asal lagu-lagu tersebut.  Semoga penyanyi asal lagu-lagu tersebut dapat menerima cara penyampaian saya dan menyenangi album ini¡± ujar Ibnor Riza lagi.  Harapan Ibnor Riza agar peminatnya dan juga generasi baru dapat menerima album ini.

 

Album yang diterbitkan sepenuhnya oleh saudara Arab ini turut memuatkan sebuah lagu baru berjudul ¡±Kerongsang Jiwa¡± yang turut dipilih sebagai judul album terbaru Ibnor Riza. Lagu ini merupakan sebuah lagu puisi hasil ciptaan sepenuhnya oleh Sani Sudin dari kumpulan Kopratasa.

 

Arab bukanlah nama asing dalam industri muzik tanahair. Beliau merupakan seorang penerbit yang cukup terkenal dan berpengalaman bekerjasama dengan artis-artis terkemuka negara dalam penerbitan album masing-masing seperti Jamal Abdillah, Mawi,  dan ramai lagi.

 

Kesemua lagu-lagu ini merupakan pemilihan Ibnor Riza bersama dengan Arab yang rata-ratanya merupakan lagu kegemaran Ibnor. Lagu-lagu lama yang telah diberi nafas baru oleh saudara Razman, Kudin (Headwind) dan juga Eddie Marzuki kedengaran lebih segar. Mereka berjaya menyusun semula  lagu lama ini dengan baik tanpa merosakkan keaslian lagu tersebut supaya lebih senang diterima oleh pendengar.

 

 ¡°Walaupun saya dan Arab tidak pernah berkerjasama sebelum ini, tetapi kami seperti ada keserasian di antara kami sepanjang proses pembikinan album ini.  Arab adalah seorang yang bersikap terbuka dan memahami kehendak saya¡± ujar Ibnor Riza.

 

Album yang menampilkan pemuzik-pemuzik undangan yang cukup berpengalaman seperti Razman (keyboards) yang juga bertindak sebagai pembantu penerbit untuk album ini. Turut menampilkan Eddie Marzuki (gitar akustik & keyboard), Zahid Ahmad (drum), Sharul dan Opie (gitar elektrik & akustik) nyata memberi impak yang cukup baik dengan bunyi-bunyian yang lebih ¡®fresh¡¯.

 

Menurut Arab lagi Ibnor Riza terkenal kerana kekuatan dan kemantapan vokal beliau dan kerana itu kesemua  lagu yang dipilih bagi album ¡®Kerongsang Jiwa¡¯ ini dapat dinyanyikan dengan baik tanpa terikut-ikut gaya nyanyian penyanyi asal.

 

¡°Untuk merakamkan semula sesebuah lagu bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Seseorang penyanyi harus menyampaikan sesebuah lagu itu dengan baik atau lebih baik dari penyanyi asal dan yang paling penting perlu menghormati ¡®originality¡¯ sesebuah lagu dan penyanyi asal itu sendiri¡± ujar Arab lagi.

 

Album ini dijangka menarik perhatian pendengar kerana lagu-lagu ini jarang sekali diputarkan di radio-radio dan semakin dilupakan ramai. Di harap kehadiran album ¡®Kerongsang Jiwa¡¯ ini sedikit sebanyak dapat mengubati kerinduan para pendengar terhadap kehebatan suara Ibnor dan juga lagu-lagu lama yang cukup sinonim di kalangan pendengar semua.

 

Nantikan kemunculan ¡®Kerongsang Jiwa¡¯ yang bakal berada di pasaran pada 30 Januari 2007 nanti! Pastikan ¡®Kerongsang Jiwa¡¯ menjadi salah satu koleksi peribadi anda semua!

 

 



main page :: about us :: feedback :: domestic :: international :: asian :: ringtones :: event/contest