Gunung Tebu
 


Gunung Tebu
Ketinggian : 1039 meter/ 3408 kaki
Lokasi : Hutan Lipur Lata Belatan Jertih, Besut, Terengganu.


Gunung Tebu atau dikenali dengan Sugar Cane Mountain, adalah salah sebuah gunung yang menarik dan mudah untuk didaki. Permandangan yang berlatarbelakangkan Laut China Selatan serta Pulau Perhentian dapat dilihat dari puncak sekiranya cuaca cerah dan tidak berkabus. Gunung Tebu adalah gunung yang unik kerana terdapat sebuah kubur di puncak gunung. Ia juga sebagai tempat pesilat-pesilat untuk bertapa.

Gunung Tebu terletak di Hutan Lipur Lata Belatan, Daerah Besut yang mempunyai jenis Hutan Dipt erokarp Bukit serta Hutan Konifer di Kemuncak Gunung Tebu. Pelbagai jenis spesies flora dan fauna yang jarang kita lihat sebelum ini terdapat disini. Bagi pengunjung yang inginkan aktiviti mencabar, satu denai hutan disediakan menuju ke puncak Gunung Tebu sesuai untuk memulakan pendakian dari sini.

Di Hutan Lipur Lata Belatan, pelbagai aktiviti boleh dijalankan seperti berkhemah, bersiar-siar dan trekking. Selain itu, pelbagai kemudahan lain yang disediakan termasuklah kemudahan asas seperti gerai, astaka serta
dilengkapi dengan kemudahan elektrik.

Terletak 24 km dari Pekan Jertih melalui Jalanraya Kuala Terengganu-Jertih, 118 km dari Kuala Terengganu. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Permaisuri atau Pekan Jertih. Dari pekan jertih, kita terus menuju ke Kampung Jabi untuk ke Hutan Lipur Belatan.

Hutan Lipur Lata Belatan, adalah starting point untuk mendaki gunun g Tebu. Di sana terdapat resort dan pondok Jabatan Hutan. Setiap pendaki perlu mendaftarkan diri di pondok berkenaan sebelum memulakan pendakian. Setiap orang dikenakan bayaran sebaynyak RM5 sebagai permit mendaki.

Titian untuk melintas sungai

Dari Hutan Lipur Lata Belatan untuk ke puncak gunung Tebu hanya mengambil masa 5 hingga 6 jam perjalanan. Perjalanan bermula dari pondok Jabatan hutan dan melintasi sebuah jambatan gantung. Dari situ setiap pendaki akan menyusuri ke hulu sungai. Keadaan sungai yang berbatu besar serta berpasir halus adalah sangat bersih dan mempunyai air yang berwarna hijau seperti air tebu. Keadaan perjalanan landai dan rata. Dari jambatan gantung menyusuri sungai hanya mengambil masa selama 30 minit untuk sampai ke satu kawasan tapak perkhemahan di mana terdapat cabang sungai yang dipanggil Sungai Y. Sungai Y adalah last water point untuk sampai ke puncak. Disarankan agar mengambil sedikit air hanya untuk minuman sepanjang perjalanan k e puncak.

Disinilah dikatakan Jendela Dunia


Selepas melintasi Sungai Y, kita perlu mendaki dan mula memasuki hutan Lipur Gunung Tebu. Kecerunan pendakian hanya sekitar 45 darjah sahaja. Sekitar pendakian, kita akan sampai di satu kawasan yang mempunyai baru besar yang berketinggian lebih dari 5 meter. Batu ini dikenali dengan nama Batu Mat Hassan. Dari Batu Mat Hassan untuk ke puncak hanya mengambil masa selama 2 jam sahaja. Sebelum sampai di puncak, iaitu jam perjalan dari batu Mat Hassan, kita akan berjumpa dengan satu kawasan lereng yang boleh melihat permandangan sekitar Gunung Tebu. Tempat ini dikenali dengan Jendela Dunia.


Batu Tanda Puncak


Setelah tiba di puncak gunung Tebu, ambil laluan ke kiri dan dalam laluan menurun untuk sampai ke tapak perkhemahan. Puncak Gunung Tebu jarang pendaki akan bermalam kerana, tiada sumber air disana. Untuk ke tapak perkhemahan hanya mengambil masa 20 minit dari puncak. Pendaki akan melalui satu kawasan di mana terdapat satu papan tanda dari PMM. Terus turun sehingga berjumpa dengan satu batu tongkol yang sangat besar. Batu tersebut seperti bola yang telah dikerat dua. Dari batu tersebut jarak tapak perkhemahan hanya 300 meter sahaja.



Kubur

Teruskan menuruni sehingga berjumpa satu kawasan lapang yang terdapat batu-batu besar dan juga sebuah kubur. Di sini kawasan terbuka dan berangin, disarankan agar turun kebawah sedikit untuk berkhemah. Disini terdapat banyak pokok-pokok renek dan dekat dengan sumber air iaitu lima minit dari kawasan perkhemahan.



Untuk maklumat, lanjut, boleh menghubungi terus dengan pihak berkenaan :

Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan,
23000 Dungun, Terengganu.
Tel. : 09-8441404

Hasil:
Juice Rixal

Sumber:
Juice Rixal

Photo:
Juice Rixal

      © Hak Cipta Terpelihara OGKL 2005 : Versi 3.0