CARIAN LAMAN
Waktu solat Kuala Lumpur...
SUBUH 5:52
LATAR BELAKANG Laungan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! pada
tanggal 31 Ogos 1957 yang bergema di seluruh kampung dan bandar turut
menyaksikan kelahiran akhbar yang berwibawa - Berita Harian.
Akhbar yang dihasilkan oleh rakyat, kepada rakyat
dan untuk rakyat memenuhi keperluan rakyat Malaya semasa era
nasionalisme yang sedang memuncak. Akhbar ini menggerakkan semangat
juang untuk memerdekaan negara tercinta dan sehingga kini terus
menyemarakkan impian rakyat ke arah mencapai Wawasan 2020.
Selepas empat dekad, Berita Harian melalui
pelbagai perubahan mengikut arus daripada akhbar yang mencerminkan
pemikiran dan aspirasi masyarakat berasaskan pertanian kepada akhbar
yang dapat merangsang minda dalam mengejar arus maklumat yang mana
pengetahuan adalah sumber utama untuk kemakmuran ekonomi.
Berita Harianadalah
akhbar utama berbahasa Melayu tanah air. Diterbitkan dalam lima edisi,
menjadi sumber yang tepat untuk mendapatkan maklumat dan berita terkini.
Edisi harian didatangkan dalam 3 bahagian utama; iaitu Bahagian Utama,
Bahagian Nasional dan Bahagian Tema. Bahagian Nasional dibahagikan
kepada edisi Utara, Tengah, Selatan, Timur dan Sabah Sarawak. Berita
Harian juga memuatkan akhbar tabloid Joran, eksklusif untuk aktiviti
memancing yang diterbitkan setiap Jumaat.
Pembaca Berita Harian terdiri daripada
pelbagai lapisan masyarakat meliputi pelajar, suri rumah, golongan kelas
menengah, ahli perniagaan.
|
EDARAN
Berita Harian diedar
sehingga 300,000 setiap hari dan dibaca oleh seramai 1.403 juta pembaca
yang berada dalam lingkungan umur 15 tahun ke atas.
KENAPA MENGIKLAN DI BERITA HARIAN
Berita Harian adalah
antara media terbesar dalam kategori media cetak di negara ini dengan
keupayaan untuk menjangkau pasaran secara pantas dan pada masa sama
menyediakan pembaca kepada maklumat menyeluruh yang ditujukan menerusi
edisi nasional.
Pengiklan akan mendapati yang pembaca Berita
Harian berfikiran terbuka yang dapat menerima produk dan
perkhidmatan baru.
|