LibreOffice 3.3 RC1 Sedia Di Muat-Turun

Setelah sekian lama dinantikan, akhirnya aplikasi pejabat yang kini bakal mengantikan OpenOffice, iaitu LibreOffice telah pun mencapai fasa Release Candidae pertama, dan para pengguna yang berminat sudah boleh memuat-turun LibreOffice 3.3 RC1. Masih banyak lagi perkara dan pepijat yang masih belum diselesaikan sepenuhnya, dan dijangka akan sedia untuk penggunaan semua pengguna pada versi akhirnya kelak.

Alpha Kedua Permainan Strategi 0 A.D Sedia Di Mainkan

Bagi para peminat permainan pada platform Linux, salah satu permainan strategi masa-nyata yang sedang giat dibangunkan adalah 0 A.D, yang mana menyerupai seperti Age of Empires, ianya membolehkan para pengguna membina tamadun dan perlu mempertahankannya daripada musuh dan sebagainya. 0 A.D ini mengambil latar masa antara 500 B.C sehingga 500 A.D dan menyertakan enam tamadun yang unik dan sokongan permainan-multi.

Filem Ketiga Blender – Sintel Sedia Di Muat-Turun

Setelah sekian lama dinantikan, kini telah muncul jua filem yang dibangunkan menggunakan aplikasi pakej 3D, Blender. Sintel ataupun yang mana dahulunya projek ini dikenali sebagai Durian, kini telah pun sedia ditonton, yang mana sekaligus memperlihatkan sejauh manakah sesuatu filem animasi itu dapat dicapai dengan hanya menggunakan aplikasi sumber terbuka sahaja.

Seabird – Konsep Telefon Pintar Dari Mozilla

Jikalau dahulu kita bercerita mengenai teknologi telefon pintar pada masa kini, mungkin ramai yang gelakkan, namun itulah yang kini telah dicapai oleh manusia dengan perkembangan teknologi yang pesat. Dalam usaha mengalakkan pengguna muncul dengan idea hebat, Mozilla telah pun memperkenalkan Concept Series, dan kini mereka telah pun memperlihatkan konsep Seabird yang kelihatan menarik sekali.

Mari Meriahkan Software Freedom Day KL 2010

Mungkin ramai yang sudah sedia maklum akan berkenaan dengan Software Freedom Day yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 19 September 2010 ini. Tujuan utama Software Freedom Day ini diadakan adalah untuk memberikan pendidikan dan pengetahuan berkenaan dengan kebaikan dan kelebihan perisian sumber terbuka dan Linux kepada orang ramai di pelbagai sektor.