Ulasan Ringkas Distro Oshirix 2009 SPE Dari Komuniti Mambang

Komuniti sumber terbuka Malaysia merupakan antara komuniti yang aktif di dunia dengan mengadakan pelbagai acara tahunan dan sebagainya. Selain daripada acara tahunan, kita juga mempunyai distro tersendiri, iaitu Knoppix Malay yang mana tidak lagi dibangunkan buat masa ini, serta terbaru Oshirix. Oshirix yang dibangunkan oleh Komuniti Mambang menggunapakai Debian Lenny 5 sebagai asas distro mereka.

Oshirix Boot
Skrin Boot Oshirix

Oshirix Boot Loading
Skrin Loading Oshirix

Sama seperti distro yang lain, Oshirix turut memberikan peluang kepada para pengguna mencuba dalam bentuk LiveCD sebelum memasangnya di komputer anda. Menariknya, LiveCD Oshirix kelihatan lebih ringan dan pantas loading berbanding beberapa distro yang lain.

Desktop Oshirix
Antaramuka Desktop Oshirix

Desktop Oshirix menggunakan latar belakang berupa seekor kucing, selain memaparkan beberapa ikon aplikasi yang diminati para pengguna, serta pada sebelah kanannya, desktop Oshirix memaparkan sebuah widget khas yang memaparkan proses komputer anda secara ringkas.

Berikut merupakan beberapa aplikasi yang didatangkan bersama-sama dengan Oshirix 2009 SPE:

  • Accessories – GPicView Image Viewer, gNote, LXT Terminal, LeafPad, Root Terminal, Shutter Screenshot Tool, Text Editor, xArchiver.
  • Graphics – GIMP, Xara Xtreme, GeeQie, xPDF
  • Internet – gwGet Internet Download Manager, Pidgin, gFTP, IceWeasel Internet Browser, Opera, LostIRC, xChatIRC, uTorrent, Vodafone Mobile Connect, dan juga Twittux.
  • Multimedia – SMPlayer, Audacious, Audacity, MPlayer, Pitivi Video Editor, Vive.
  • Programming – KompoZer, Glade Interface Designer.
  • Office – AbiWord, Scribus, gNumeric SpreadSheet.

SMPlayer
SMPlayer Pada Oshirix

Beberapa aplikasi yang selalu disertakan dalam distro Linux seperti OpenOffice, Mozilla Firefox, dan juga Mozilla Thunderbird tidak kelihatan pada distro Oshirix. Namun beberapa aplikasi alternatif kepadanya disertakan, selain anda boleh memasangnya sendiri secara manual.

Oshirix 2009 SPE dilihat seperti lebih ditumpukan kepada para peminat internet, dimana pelbagai aplikasi khas disediakan kepada para pengguna yang sentiasa dalam talian, seperti aplikasi untuk Torrent dan juga Twitter. Selain daripada itu, aplikasi sekuriti iaitu ClamTK Virus Scanner turut disertakan untuk memastikan komputer para pengguna berada dalam keadaan yang selamat sentiasa.

Anda boleh memuat-turun Oshirix 2009 SPE ini secara terus daripada laman Komuniti Mambang, tetapi memerlukan anda menjadi ahlinya terlebih dahulu. Selain daripada itu, anda juga boleh menggunakan link alternatif daripada MyInfinityx untuk memuat-turun ISO Oshirix atau fail md5 Oshirix.

Oshirix
Oshirix Secara Ringkas [via]

Terima kasih kepada Saudara Hardyweb kerana menyediakan CD Oshirix kepada LinuxMalaya

14 Komen

  1. MakLaN says:

    da download tp tak cuba2 lagi..
    pakai Virtual Box prob plak.

  2. Adney says:

    mane lgi ringan? ubuntu atau yg ni?

  3. nixk says:

    aper requirement install oshirix ? adakah sama ngan requirement ubuntu ??

    • mambang says:

      MakLan : baca new mambang.org macamana nak set virtualbox supaya saport pae

      Adney : cuba buat comparison sendiri

      nixk : requirement sama seperti distro lain yang guna kernel 2.6

      Sila baca:

      http://mambang.org.my/modules/news/article.php?storyid=268
      http://mambang.org.my/modules/news/article.php?storyid=269
      http://mambang.org.my/modules/news/article.php?storyid=271

      Facts:

      1. Oshirix adalah livecd berdasarkan Debian Lenny
      2. Oshirix menggunakan kernel sendiri yang telah dipatch dengan pelbagai patch utk responsiveness, networking optimized dan stability
      3. Oshirix akan berubah menjadi Debian Lenny apabila di install ke hdd
      4. Oshirix dibina supaya memudahkan user menguji Debian Lenny serta memudahkan user untuk install ke hdd
      5. Oshirix juga datang dengan tools sendiri untuk server:
      a. easysamba – gui untuk share file menggunakan samba
      b. easyvsftpd – gui untuk setup vsftp server
      c. easyfileserver – gui untuk share file/folder melalui internet
      d. easyimageshack – gui untuk memudahkan upload image ke imageshack
      e. easyqos – gui untuk qos atau bandwidth mangement client
      f. easymultigateway – gui untuk setup load balancing multiple isp
      g. easywebfilter – gui untuk filter web, gui untuk dansguardian, termsuk ics serta dhcp
      h. mailserver – tool untuk setup xmail server
      j. easyhotspot – oshirix adalah easyhotspot ready. Chillispot dan freeradius telah di preconfigured untuk easyhotspot.
      k . beberapa tools lain…

      Anda boleh memilih untuk boot oshirix2009-spe sebagai desktop biasa atau desktop dengan ramzswap(jika ingin menggunakan ram sebagai swap), boot sebagai kiosk serta boot sebagai NX client atau RDP client.

  4. mambang says:

    MakLan: baca news kat mambang.org.my camner nak settle problem pae kat vbox

    Adney: sila buat comparison sendiri

    nixk : requirement sama dgn distro lain. i586 ke atas dgn memory minimum 256mb.

    Sila baca:
    http://mambang.org.my/modules/news/article.php?storyid=268
    http://mambang.org.my/modules/news/article.php?storyid=269
    http://mambang.org.my/modules/news/article.php?storyid=271

    Facts:
    1. Oshirix apabila di install ke hdd akan menjadi Debian Lenny.
    2. Oshirix adalah livecd bagi user untuk menguji Debian Lenny.
    3. Oshirix adalah medium bagi memudahkan user untuk install Debian Lenny ke hdd dengan cepat dengan hanya menggunakan sekeping cd.
    4. Oshirix menggunakan kernel sendiri yang telah dipatch dengan pelbagai patch untuk tujuan responsiveness serta stability.
    5. Oshirix datang dengan beberapa tools sendiri untuk tujuan networking:
    a. esysamba – anonymous samba
    b. easyvsftpd – setup ftp server
    c. easyfileserver – kongsi file melalui internet
    d. easymutigateway – loadbalancing 2 atau 3 internet connection
    e. easyqos – bandwidth management untuk client
    f. easywebfilter – filter website porn dan sebagainya (gui untuk dansguardian)
    g. easyimageshack – untuk mudahkan upload image ke imageshack.
    h. easyhotspot – manage hotspot menggunakan easyhostpot dari easyhotspot.sourceforge.net
    i. lain-lain sila bertanya pada forum atau irc.

  5. mambang says:

    MakLan : baca new mambang.org macamana nak set virtualbox supaya saport pae

    Adney : cuba buat comparison sendiri

    nixk : requirement sama seperti distro lain yang guna kernel 2.6

    Sila baca:

    http://mambang.org.my/modules/news/article.php?storyid=268
    http://mambang.org.my/modules/news/article.php?storyid=269
    http://mambang.org.my/modules/news/article.php?storyid=271

    Facts:

    1. Oshirix adalah livecd berdasarkan Debian Lenny
    2. Oshirix menggunakan kernel sendiri yang telah dipatch dengan pelbagai patch utk responsiveness, networking optimized dan stability
    3. Oshirix akan berubah menjadi Debian Lenny apabila di install ke hdd
    4. Oshirix dibina supaya memudahkan user menguji Debian Lenny serta memudahkan user untuk install ke hdd
    5. Oshirix juga datang dengan tools sendiri untuk server:
    a. easysamba – gui untuk share file menggunakan samba
    b. easyvsftpd – gui untuk setup vsftp server
    c. easyfileserver – gui untuk share file/folder melalui internet
    d. easyimageshack – gui untuk memudahkan upload image ke imageshack
    e. easyqos – gui untuk qos atau bandwidth mangement client
    f. easymultigateway – gui untuk setup load balancing multiple isp
    g. easywebfilter – gui untuk filter web, gui untuk dansguardian, termsuk ics serta dhcp
    h. mailserver – tool untuk setup xmail server
    j. easyhotspot – oshirix adalah easyhotspot ready. Chillispot dan freeradius telah di preconfigured untuk easyhotspot.
    k . beberapa tools lain…

    6. Anda boleh memilih untuk boot oshirix2009-spe sebagai desktop biasa atau desktop dengan ramzswap(jika ingin menggunakan ram sebagai swap), boot sebagai kiosk serta boot sebagai NX client atau RDP client.

    7. Kenapa tidak menggunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya?
    Aku buat keputusan kerana dari segi teknikal bahasa Malaysia dalam terma IT mengelirukan serta kadang-kadang melucukan.

  6. adi says:

    untuk run live cd .. at least RAM 512 ..

  7. menarik juga..
    tapi lagi menarik kalau pakai E17 atau Fluxbox dari LXDE :)

  8. mambang says:

    oshirix2009-spe bukanlah livecd pertama yang dikeluarkan oleh komuniti mambang.
    Bermacam-macam versi telah dikeluarkan semenjak tahun 2005.
    Pelbagai desktop telah digunakan, kde3.x, kde4.x, gnome, crystal-fvwm, xfce4, E17 dan fluxbox serta multidesktop.
    Cuma kali ini lxde menjadi pilihan berdasarkan mudah digunakan oleh pengguna baru serta tidak berat pada sistem.

  9. [...] Komuniti Mambang memperkenalkan sistem operasi mereka yang dikenali sebagai Oshirix 2009 SPE yang mana membolehkan para pengguna menggunakan sistem operasi yang ringan dan laju, selain mendapatkan sokongan dengan lebih mudah melalui forum Mambang. [...]

  10. [...] sebelum ini, para pengguna sudah pun membaca berkenaan dengan Oshirix 2009 SPE yang pernah kami buat ulasan ringkas sebelum ini. Menariknya, distro yang dibangunkan oleh warga [...]

  11. Mar_fella says:

    nak install Oshirix kn gn internet x?

  12. [...] sebelum ini, para pengguna sudah pun membaca berkenaan dengan Oshirix 2009 SPE yang pernah kami buat ulasan ringkas sebelum ini. Menariknya, distro yang dibangunkan oleh warga [...]

Tinggalkan Komen