Followers

Segelintir Bebudak Myspace Yang tut

26

Posted in




Aku rasa terpanggil untuk menulis entri kali ni,berkaitan bebudak myspace.
Myspace masih lagi menjadi pilihan sesetengah orang, Walaupun hakikatnya
myspace jauh ketinggalan berbanding facebook.
Perkara yang aku nak sentuh pasal bebudak myspace ni adalah KURANG KECERDIKKAN bila menggunakan myspace.
Kurang kecerdikkan macam mana?


1. Upload gambar seksi
Korang sendiri sedia maklum tentang ni.
Golongan awek2 ni senang-senang je upload gambar seksi.
Dedah sana ketat sini.fuhhh seksa tu.
Kalau mak ayah mereka tahu menggunakan myspace dan nampak gambar anak mereka macam tu mesti terkejut.
Dimana nilai seorang wanita?
Mustahil tak pernah terfikir kan.Jangan gadaikan maruah.
Tak kurang jugak post gambar gedik-gedik santai dan isyarat lucah.
Apa kejadahnya ni?


2. Kasi no telefon
Ini satu hal.Kenal tak sampai 3 hari dah kasi no telefon.
Kononnya nak berkenalan dengan lebih dekat.
Pastu boleh mms gambar.
oh senang-senang je kan?
Dah kenal buat temujanji,bila jumpa korang di apa-apakan.
Siapa yang susah?Siapa nak jawab?
Korang percaya sangat dengan lelaki yang kenal dalam dunia siber ni.
Silap-silap buaya besar dan bapak ayam.


3. Group gay,lesbian...
Aku tak tahu pasal ni.
Tapi kawan aku cakap memang ada bebudak Melayu kita join.
?????
Ni dah tahap dahsyat.
Kita mohon supaya golongan ni kembali ke pangkal jalan.
Jangan sia-siakan hidup.

Banyak lagi sebenarya unsur-unsur negatif dalam myspace.
Namun myspace tidak bersalah.Manusia yang membuatkan myspace bersalah.
Setuju tak?

Teknologi ada baik buruknya.Jadilah seorang pengguna internet yang bijak.
Banyak ruang berilmiah dalam internet.
Kita mampu menilainya.

Read More

Blog - Komunikasi Yang Berkesan dan Pantas

7

Posted in



Perkembangan dunia ICT semakin maju dan terus maju.
Ini dapat dilihat dengan bertambahnya pengguna internet dari masa ke semasa.
Seseorang mempunyai citarasa tersendiri berkaitan internet.
Apa yang dimahukan dalam dunia siber ini?

1. Mengikuti isu semasa dengan lebih pantas tanpa perlu membuka televisyen ?
2. Forum perbincangan yang lebih meluas dan terbuka ?
3. Menjana pendapatan ?
4. Download movie/lagu dengan percuma tanpa perlu menaiki kereta ke kedai dvd untuk membelinya ?
(menjimatkan masa, kos dan tenaga)
5. Social networking dan chatting mencari kenalan ?
6. Blog ??


Blog, Blog dan Blog

Fenomena blog amat memberangsang dan menggembirakan.
Tidak keterlaluan dikatakan blog merangkumi 6 perkara diatas.
Penerimaan terhadap blog amat baik.Kini sesiapa sahaja mampu memilikinya.


Medium Yang Penting Dalam Komunikasi

Tidak semua maklumat/berita akan disampaikan oleh televisyen dan akhbar.
Ini menjadikan blog sebagai sumber alternatif memperolehi maklumat.
Blog menghubungkan antara satu sama lain tanpa mengira kawasan geografi, status dan warna kulit.
Ruangan yang luas dalam blog membolehkan seseorang menyampaikan sesuatu, berkongsi idea/pendapat
serta mengeratkan silatulrahim.
Pengiklanan di internet semakin mendapat tempat sekaligus menjadikan blog sebagai sumber pendapatan ke-2.
Blog juga dimeriahkan lagi dengan adanya kuiz atau peraduan yang dianjurkan.
Tidakkah ini komunikasi yang berkesan?

Namun harus diingat bahawa seseorang penulis blog terikat dengan undang2 yang ditetapkan.
Seseorang penulis blog tidak boleh menulis atau menyampaikan sesuatu yang tidak benar.
Isi kandungan blog yang mengandungi unsur ancaman, hasutan, fitnah dan berkaitan dengannya
adalah salah disisi undang2.

Oleh itu manfaatkan ruangan blog dengan sebaiknya.
Everyone can connect.
Hidup perlu ada wawasan.

p/s : skema gila entri ni.wohha.

Read More

Auladjannah Contest Dialog Lucu dari Kak Pah

5

Posted in ,



Boy 1

Eh tengok tu boboy.
macam kenal je dua orang botak kembar tu.
diorang nak join pertandingan mewarna dengan kita jugak ke?
mesti gempak,kecoh,happy go lucky tadika kita.



Boy 2

betul betul betul.
tu kan upin dan ipin.tengok kak ros pun ada.
boleh aku nak fight labah2 dengan diorang.
tapi takut plak nanti wonderpets datang nak selamatkan haiwan dalam bahaya.



Boy 3

malunya awek-awek tu pandang kite.
eee..abang kameramen sibuk fokus kat kite plak.
control hencem, control hencem.
ambik ni senyuman termanis untuk semua.
mesti kite boleh menang anugerah senyuman termanis la.
bestnye dapat choki-choki ngan tora.



Terima Kasih kepada Kak Pah(bukan sharifah aini ye) yang menganjurkan contest ni.
Ni la antara contest simple dan happening.happening.....(sambil menggoyangkan kepala)
Soal hadiah tak penting.Apa yang penting?
kerjaaa....sama.hehe
Yang penting semangat muhibbah antara kita.Eratkan ukhwah.

Teringat masuk tadika dulu2.
sumpah tak nangis skit pun.
Best lagi ada la.
siap boleh gaduh2 lagi.Biasa la gaduh cara budak2.hehe

Life is SweeT

Read More

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

7

Posted in




hidup berani untuk gagal..hidup berani untuk gagal
hidup berani untuk gagal

"Langit Tak Selalu Cerah"

Kita hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan.
Kegagalan tak pernah diundang.Namun kegagalan datang jua.
Kenapa kegagalan datang walaupun kita tidak menjemputnya?
Kerana manusia itu lemah.Manusia perlu penggantungan kepadaNya.
Mungkin juga kerana Usaha yang tidak mencukupi menyebabkan gagal itu datang.
Namun...
Gagal bukan bererti kalah.
Gagal bukan bererti gagal selamanya.
Sebenarnya gagal mendidik kita erti usaha dan kejayaan.
Kegagalan mengajar kita supaya berusaha dengan lebih gigih dan ikhlas.
Kegagalan mematang dan mendewasakan kita.
Kegagalan juga mengajar kita berdiri dikaki sendiri.


Peredaran zaman terus kehadapan.
Masa tidak boleh diundur sekalipun sesaat.
Sejarah membuktikan bahawa manusia perlu kepada perubahan.
Singkap kembali Zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Derita merindu itu terkadang dapat dirasai.
Pada zaman itu Melaka antara empayar terbaik.
Dengan kekayaan hasil bumi, ekonomi yang stabil dan kedudukan yang stategik.
Ini menarik minat portugis.
Kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka pada 1511 membuktikan kegagalan.
Kegagalan ini yang menyedarkan masyarakat ketika itu dan kita pada hari ini.
Daripada kegagalan itu bangkitnya semangat untuk berjaya.
Sejarah mengajar kita bahawa hidup mesti berani untuk gagal.
Gagal bukan perkara luar biasa.
Namun gagal itulah momentum kepada kejayaan.


"Jerat tak pernah lupakan pelanduk"

Setiap dari kita mahu menjadi baik diantara yang terbaik.
Tapi bagaimana mahu menjadi baik diantara yang terbaik?
Bolehkah sekadar usaha?
Terkadang kita lupa.
Disebalik usaha yang dilakukan kita tidak selitkan sesuatu yang amat penting.
Apa yang penting itu?
Ya itulah doa dan tawakkal(berserah kepada Allah selepas berusaha)
Inilah kunci kejayaan kita.
Allah Maha Mengetahui,Maha Besar,Maha Pemurah
Sesuatu itu tidak akan terjadi dengan izinNya.


Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian.
Melain yang beriman dan beramal soleh.
Manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.
Biarlah kesilapan hari ini menjadi pengajaran kepada kita buat selamanya.
Congaklah apa yang dihadapan kita dengan baik.
Kegagalan sebelum kejayaan adalah manis.
Bukan senang nak senang.
Hidup mesti berani untuk gagal!


Terima Kasih kepada denaihati yang menganjurkan contest Hidup Berani Untuk Gagal.
Cabaran disahut.
Kecil tapak tangan lautan luas aku tadahkan.

Tak lupa ucapan Terima Kasih kepada sponser-sponser contest hidup berani untuk gagal
DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare

Tertarik dengan contest hidup berani untuk gagal selepas baca kat blog mohdisa.

Bersama-sama kita meriahkan komuniti blogger Malaysia.
Hidup Berani Untuk Gagal
Life is SweeT

Read More

Siapa Blogger

9

Posted in




Apakah definasi blogger?
Adakah seseorang yang memiliki blogspot atau wordpress layak digelar blogger.
Adakah blog yang dikunjungi 20 orang sehari dan tidak menerima komen boleh bergelar blogger.
Apa pendapat kalian?

ini hanya pendapat aku.
Blogger terbahagi kepada 2 iaitu profesional blogger dan blogger biasa.
Profesional blogger adalah individu yang blog mereka dikenali ramai atau popular.
dengan kata lain blog mereka
dikunjungi ramai,mendapat komen yang banyak,page rank yang tinggi dan kekuatan isi kandungan blog.
Ini kita dapat lihat seperti blog chedet, drmaza, saifulislam, justkhai, aenaz dan lain2.
Profesional blogger tidak semestinya mempunyai domain dot com, dot net dan dot org.
Dengan hanya menggunakan free blog seperti blogspot seseorang boleh bergelar profesional blogger.
Contohnya seperti KeretaMayat.

Blogger biasa adalah mereka yang tidak serius dalam menulis blog.
Sekadar suka-suka atau hobi.atau sekadar mengisi masa lapang.
kita melihat orang lain ada blog.kita pun nak ada blog jugak. (aku la ni)


Blogger memerlukan bakat menulis?
Ini mungkin salah satu kreterianya.
Seorang blogger harus pandai bermain kata-kata untuk menarik minat pembaca.
Gaya bahasa atau susunan ayat mestilah baik supaya pembaca selesa dan santai membacanya.
Dan yang lebih penting lagi adalah isi kandungan blog.
Apa yang ingin disampaikan.
Seorang blogger yang baik adalah pembacanya akan tertunggu-tunggu entri seterusnya.


Blogger orang yang sombong?
Tidak dapat dinafikan terdapat segelintir blogger seperti ini.
Mereka berasa bangga mendapat status blogger.
Status yang diberikan oleh masyarakat atau kawan-kawan.
Hakikatnya ini bergantung kepada sikap,hatibudi dan jatidiri seseorang individu.
Tepuk dada tanya diri sendiri.

Read More

Isu Kalimah Allah : Apa Kesudahannya?

0

Posted in



Masyarakat sedia maklum isu kalimah Allah.Perkara ini telah menjadi isu negara.
Tak lama selepas itu serangan keatas gereja terjadi.
Surau juga turut menjadi mangsa keadaan.
Pastinya isu ini ada kaitan antara satu sama lain.
Adakah negara ada sedikit kucar-kacir?
Kita mohon perlindungan daripada Yang Kuasa supaya negara kita aman damai.
Amin..

aku bukanlah seorang yang arif pasal agama..ilmu itu ada.
Tentang isu kalimah Allah aku bersetuju dengan pendapat Mantan Mufti Kerajaan Negeri Perlis.
Aku bersetuju dengan pendapat Dr Asri kerana hujah yang diberikan beliau kukuh dan sahih.

pendapat Dr Asri isu kalimah Allah


Peace Malaysia

Read More

Jom Serbu Contest BeliaMuda

0


beliamuda {dot} com sedang mengadakan contest untuk semua yang mempunyai blog dan seorang rakyat Malaysia. Hadiah ditawarkan RM20 dan pemenang akan dipilih secara rambang. Tiga pemenang akan dipilih untuk contest ini.

Selain itu, dua pemenang akan dipilih daripada referral terbanyak kepada contest ni. Referral saya untuk contest ini ialah beliamuda {dot} com.

Sila semak lebih lanjut di entri contest menangi RM20.


Referral saya untuk contest ini ialah eanaz
Read More

Kenapa Melayu Tak Segar ?

4

Posted in



Kenapa Melayu Tak Segar?

sebab melayu tak suka berfikir.
malas nak guna otak kanan dan kiri
suka tengok cerita hantu
kekasihku seru,tower 13,jangan tegur lagi menjadi kegemaran
waktu maghrib dah tunggu depan tv
melayu rajin bergosip sana sini
kutuk orang ni kutuk orang sana
bukan nak nasihat tapi mengata
tambah2 dosa dan buat dosa kering


melayu suka hiburan
ada af ada malaysian idol
terlebih kuantiti artis melayu
qari dan qariah susah nak jumpa
topup rm60 nak sms undi mila
tabung anak2 yatim dan tabung masjid taknak plak topup
not seringgit pun dah ketar tangan
sibuk cerita artis kawin datuk
apa kena mengena dengan korang?
tak payah nak serabut kepala


dikatakan miskin marah plak
padahal pakai tak cukup kain
dedah sana ketat sini
nampak tahi lalat kat dada
body pun apa kurangya
kadang2 mengalahkan j.lo


dikatakan berasal dari timur
penuh adab,sopan-santun dan lemah-lembut
merdeka sudah 52tahun
kenyataannya masih lagi terjajah
betul melayu mudah lupa?


melayu suka enjoy2
"asalkan bahagia,ada fulus"
saudara kat palestin tak pernah hirau
hari ni makan kfc, esok Mc d
saudara kat Palestin 3 hari tak makan
best dapat tidur lena ada air-cond
saudara kat Palestin tak dapat tidur kerana ketakutan
anak Melayu main game counter strike
anak Palestin main baling2 batu


melayu sanggup mati anak
asalkan adat terjaga
padahal ada adat yg bertentangan agama
tak senang hati jumpa bomoh
minta pelaris nak maju
santau saudara sendiri
cucuk kat hidung cucuk kat pipi
macam2 ilmu
last2 bomoh yang kaya, diri yang merana


suka berlagak dan bermegah
nak jadi datin nak jadi dato
happy go lucky anak jadi artis
sampai jiran sebelah pun dah tak kenal
apa faedahnya?
dapat dosa lagi ada la
happy anak dapat 21A spm xpa la jugak


melayu memang terer
merokok no1
merempit no2
no3 meragut
membuang masa menjadi hobi
suka releks2
bangun tidur pukul 11pagi
sambil mengeliat dan menguap "hmm..malasnya hari ni"


baik hati melayu
berikan peluang pekerjaan kpd org luar
kenapa tak mahu bekerja?
tunggu emas jatuh dari langit?


melayu memang kuat dan berani
ada gengster badan besar
bermegah ada geng ramai
"kalau berani kacau la line kami"
padahal satu agama,satu bangsa dan 1malaysia
kenapa boleh jadi lawan?
kan lebih baik teman tapi mesra rakyat


ramai juga kat disko
release tension katanya
tu cara terbaik
nak lupakan masalah keluarga,kewangan dan masalah kat pejabat
ramai jugak kat lorong haji taib
kesian haji taib nama dia jugak yg busuk


umur 15tahun dah syok2 bercinta
pmr pun belum ambik lagi
pegang tangan perkara biasa
tak tahu malu mungkin kot?
ramai melayu malam 14februari,malam merdeka dan malam tahun baru
hasilnya boleh tengok 9 bulan kemudian
masa tu nangis tak cukup tisu
makayah tak cukup kain tutup muka
ada gak 2bulan tak keluar rumah
lain yang diharap lain yang dapat
tak sejuk perut ibu mengandung
tapi bukan salah ibu megandung


dimana melayu pada hari Jumaat pukul 1.20pm
ada di rumah mimpi jadi kaya
ada di pejabat kerana letih
ada di shopping kompleks jalan2
pun ada enak menjamu selera di restoran mamak seksyen 16
bukan mimpi tapi kenyataan
solat jemaah di surau pusat serenti makin bertambah jemaahnya
solat jemaah di masjid dua saf pun tak sampai


politik melayu ada kat mana2
pejabat,rumah,atas jalan raya dan kat toilet apa kurangnya
lepas tu mula la game
hina-menghina,maki-memaki,tipu-menipu
memang betul lidah tak bertulang
jangan salahkan lidah


Nak Salah Siapa Melayu terus melayu?
Ibubapa,cikgu2,ketua kampung atau perdana menteri?
ataupun polis diraja malaysia dan tok kadi?
tepuk dada tanya iman
bila nak insaf?
bila nak sedar?
bila nak taubat?
jangan tunggu Malaysia turun salji
jangan tunggu selat melaka terbelah dua


Bagaimana Melayu nak segar?
al-Quran dan as-sunnah menjadi pegangan
ikutilah akhlak Rasulullah S.A.W

ADA PINTU YANG SENTIASA TERBUKA

Read More

Kaspersky Key 2010

0

New Release..
Kaseprsky Key for kaspersky anti virus and kaspersky internet security version 7,2009 and 2010..

http://www.mediafire.com/?eymutaggxit

Read More

Adab Bersin dan Menguap menurut Islam

1

Posted in

Islam adalah agama yang lengkap lagi terperinci. Ini sememangnya satu kebenaran. Jika kita mengkaji Islam secara keseluruhan, akan kita temui bahawa Islam mencakupi pelbagai aspek kehidupan. Ia bukan agama ibadah sekadar sembahyang dan zikir, tetapi agama yang turut meliputi ekonomi, sosial, politik, peperangan dan sebagainya.


Menyentuh tentang kehidupan, dua aspek yang turut dicakupi oleh Islam ialah adab ketika menguap dan bersin.Dua perkara yang lazim berlaku kepada kita, tanpa disedari telah digariskan oleh Islam adab-adabnya.


Menguap dan bersin secara tidak langsung memiliki kaitan antara satu sama lain, iaitu berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. “Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap. Maka apabila (seseorang) bersin, hendaklah dia memuji Allah (dengan mengucapkan alhamdulillah) dan merupakan kewajipan bagi setiap muslim (yang mendengar saudaranya bersin) untuk mendoakannya. Adapun menguap, maka ia tidak lain berasal dari syaitan. Tahanlah ia semampu mungkin dan apabila (seseorang menguap) berbunyi “Haaa” maka ketawalah syaitan.”
[Shahih al-Bukhari, hadis no: 6223]




Adab Menguap

Berdasarkan hadis di atas, dapat kita ketahui bahawa menguap adalah sesuatu yang berasal dari syaitan. Jika hendak dibandingkan dengan bersin, menguap adalah sesuatu yang tidak disukai oleh Allah s.w.t.. Sebabnya, menguap adalah isyarat pemikiran yang lalai, tumpul lagi dibuai perasaan mengantuk. Padahal seorang muslim hendaklah sentiasa cergas, tajam lagi peka. Dia hanya mengantuk apabila tiba waktu kebiasaannya untuk tidur. Oleh kerana itulah, Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani (852H) dalam kitabnya Fath al-Bari (jld. 10, ms. 628) mengemukakan sebuah riwayat dari para sahabat yang menerangkan bahawa mereka tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. menguap sama sekali.


Akan tetapi jika kita benar-benar terpaksa menguap, maka adab yang pertama ialah jangan mengeluarkan sebarang bunyi. Janganlah mengeluarkan bunyi “Haaa”, “Uhhh” atau sebagainya. Bunyi-bunyi seperti ini disukai oleh syaitan sehingga mereka ketawa kepada orang yang mengeluarkannya ketika menguap.


Ketika menyusun kitab Shahihnya, Imam al-Bukhari (256H) meletakkan satu bab khas yang berjudul “Sifat iblis dan tenteranya”. Di bawah bab tersebut, beliau mengemukakan hadis yang menerangkan sifat iblis dan syaitan yang ketawa apabila mendengar orang yang menguap mengeluarkan bunyi “Haaa”. Hadis yang saya maksudkan ialah:


“Menguap adalah dari syaitan. Maka apabila seseorang kalian menguap, tahanlah sedaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang kalian menguap sambil berbunyi “Haaa” maka ketawalah syaitan”
[Shahih al-Bukhari, hadis no: 3289]


Adab kedua jika terpaksa menguap ialah menutup mulut dengan tangan. Jangan membiarkan mulut ternganga sehingga jelas ternampak “intan dan berlian” yang melekat di celah-celah gigi. Rasulullah s.a.w. mengajar kita: “Jika seseorang kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka).”
[Shahih Muslim, hadis no: 2995]




Adab Bersin

Bersin adalah sesuatu yang disukai oleh Allah s.w.t. sebagaimana yang telah dijelaskan dalam hadis yang pertama di atas. Di antara sebab ia disukai adalah, bersin membersihkan rongga hidung dan tekak dari habuk, debunga, bakteria dan apa-apa lain yang mungkin memenuhi rongga tersebut. Bersin juga adalah satu cara untuk sistem badan menyesuaikan diri dengan perbezaan cuaca yang berlaku secara mendadak. Oleh kerana itulah seseorang itu lazim bersin jika dia bergerak dari tempat yang sejuk kepada panas atau panas kepada sejuk. Bahkan seseorang itu juga akan bersin semata-mata dengan melihat kepada keterikan sinaran matahari.

Mengingatkan banyak kebaikan bersin, ditambahi dengan faktor bahawa ia adalah sesuatu yang disukai oleh Allah, seeorang itu dituntut untuk memuji Allah ketika bersin. Bacaan pujian tersebut ialah “Alhamdulillah ‘ala kulli hal” yang bermaksud
“Segala puji bagi Allah dalam segala sesuatu”


Pernah seorang lelaki bersin ketika berada di tepi Abdullah bin ‘Umar al-Khattab. Lalu lelaki tersebut berdoa: “Alhamdulillah, wassalamu ‘ala Rasulullah (Segala puji bagi Allah dan salam ke atas Rasulullah).” Berkata Abdullah bin ‘Umar: “Alhamdulillah, wassalamu ‘ala Rasulullah? Bukan begitu yang diajarkan kepada kami oleh Rasulullah s.a.w., (sebaliknya) baginda mengajar kami berdoa: Alhamdulillah ‘ala kulli hal (Segala puji bagi Allah dalam segala sesuatu).”
[Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no: 2738].


Seterusnya, apabila kita mendengar saudara kita yang bersin memuji Allah, hendaklah kita mendoakannya dengan berkata: “YarhamukalLah” yang bermaksud: “Semoga Allah merahmati kamu”. Kemudian bagi yang bersin, dia mendoakan kembali orang yang mendoakannya tadi dengan berkata: “YaghfirulLahu lana wa Lakum” yang bermaksud: “Semoga Allah mengampuni bagi kami dan bagi kalian”.
[Shahih al-Jami’ al-Shagheir, hadis no: 686]


Hikmah di sebalik semua ini ialah terjalinnya ikatan ukhuwah dan kasih sayang sesama umat Islam. Apabila kita mendoakan saudara kita yang bersin, dia akan merasa senang dengan kita. Seterusnya apabila dia mendoakan kita pula, kita pula akan merasa senang kepadanya. Hingga akhirnya terjalinlah ikatan ukhuwah dan kasih sayang semata-mata kerana bersin.


Seandainya orang yang bersin tidak memuji Allah, kita tidak dituntut mendoakannya. Pernah dua orang bersin berdekatan Rasulullah s.a.w., lalu baginda mendoakan seorang dan membiarkan seorang yang lain. Orang yang dibiarkan itu bertanya, mengapa baginda tidak mendoakannya? Baginda menjawab: “Orang itu memuji Allah (setelah bersin) manakala kamu tidak memuji Allah (setelah bersin).”
[Shahih al-Bukhari, hadis no: 6225]


Adab terakhir ketika bersin ialah menutup mulut dan hidung dengan tangan atau kain. Pada waktu yang sama hendaklah merendahkan muka dan suara. Jangan bersin sehingga menghamburkan air liur, bersin ke arah muka orang lain atau bersin dengan suara yang kuat. Abu Hurairah menerangkan adab Rasulullah s.a.w. ketika bersin: “Apabila Rasulullah s.a.w. bersin, baginda meletakkan tangannya atau bajunya ke atas mukanya (mulut dan hidung) sambil merendahkan (atau sambil menundukkan muka dan) suaranya.” [Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 5029]

Read More

Rancangan Melodi Yang Bangang

5



Aku tertengok melodi tv3 dan apa yang aku nampak kebangangan melodi makin terserlah.
melodi hanya tahu cari salah orang, korek rahsia orang dan keruhkan keadaan.
sengaja buat2 gosip.
comeonlah!
benda kecik tak payah nak gebang.
takda faedah pun.

wartawan macam tak pernah pergi sekolah.
artis lelaki pakai single dah kecoh.
boleh cakap kurang adab.

artis betina tak cukup kain tak cakap plak kurang adab???
artis betina berkemban buat tak tahu.
oh ni lagi bodoh.

tutup sajalah melodi!
menyemak siaran ja.
sampah menyampah betul la.

Read More

Justkhai Terima Kasih

0

Posted in



Ucapan terima kasih mungkin berat bagi sesetengah orang.
Tak tahu la, mungkin ucapan terima kasih memerlukan tenaga yang banyak untuk diucapkan.
Tak pun terkeluar emas 43 karat bila ucap terima kasih.
Come on lah kawan.
Apa ke susah sangat nak ucap terima kasih.
Aku bukan meminta tapi biarlah kita berbudi bahasa,hormat menghormati dan beretika.
Hari ni orang susah kita tolong orang.
Mana tahu esok2 kita plak susah.mesti ada yang tolong kita.
What u give, u will get.

Aku rasa kurang asam jawa dengan segelintir yang bila aku beli barang,makanan kat kedai mereka,
aku ucap la terima kasih..alih2 dia buat don't know ja.kot dia nak kata sama2 sambil tersenyum.
Rasa macam nak tune je kepala otak dia.
Hmm..mungkin dia tak dengar kot.
Apa2 je lah.asalkan aku bahagia dan korang jangan kacau hidup aku.

Oh kepada justkhai terima kasih kerana feedback emel aku.
Apa yang baik dikongsi bersama.
Sharing is caring.

sayonara...
"aku nak minum milo tanpa gula"

Read More

22 tahun hidup : Apa Yang Telah dilalui

0

Posted in




Aku congak Apa Yang Didepanku

umur semakin ber +
rezeki jangan di -
buat baik jangan se x
keputusan jangan berbelah /

Manusia sekarang adalah manusia yang bertamadun.
Zaman batu telah lama berlalu.
Abad ke-21..Abad yang begitu mencabar.
Kita tidak lagi boleh menoleh ke belakang atau berpatah balik.
Perkara yang lepas biarlah berlalu.
Kerana ada perkara lebih penting lagi menanti dihadapan.

Sejarah menyedarkan dan mendidik kita tentang kehidupan.
Hari esok adalah perkara ghaib.Tak mampu untuk kita menentukannya.
Yang pasti hari esok adalah lebih baik daripada hari ini.
Suka duka kehidupan.itulah rencah dunia.
Senang cerita..yang beriman dan baik akhlaknya disukai.
Siapa Kita?
Kita hanyalah insan lemah yang bermusafir dibumi yang fana.

"aku masih lagi mentah..tolong didik dan nasihat aku"

Read More

Sorry For Manchester United and Fans

0

Posted in


mungkin ada yang marah pasal entri ni.terpulanglah, itu hak korang..korang fan mu.korang ada sebab tersendiri kenapa korang suka mu.begitu jugak aku.aku ada sebab tersendiri kenapa aku tak suka mu.

Read More