Thursday, March 31, 2011

Update

.........tiada idea dan masa.

Wednesday, January 12, 2011

This Is Good





Dari atas, No Title, Bionic Kid, Nuke dan Wordface. Terdapat dalam saiz S, M, L dan XL.

Untuk yang tulisan jawi, turut terdapat dalam versi warna hitam dan putih.

Semuanya hanya RM30 sehelai, dengan kos penghantaran adalah percuma!

Berminat?Sila baca langkah-langkah di bawah-

- E-mel ke this_is_good@rocketmail.com atau thisisgood11@gmail.com maklumat berikut- nama, alamat penghantaran, nombor telefon, jenis design dan saiz.

- Kami akan membalas email anda dengan kaedah pembayaran.

-Setelah melakukan pembayaran, e-mail kembali kepada kami slip pembayaran anda. Posing ala-ala myspace sambil tunjuk slip pembayaran dibenarkan juga.

-Nantikan t-shirt idaman anda sampai ke rumah atau hostel anda. Kami akan melakukan penghantaran setiap hari Khamis.

-Jika berpuas hati, posing sekali lagi dengan gaya myspace, kali ini dengan baju This Is Good anda dan share di laman facebook kami atau menerusi twitpic di twitter.

-Sebarang ketidakpuasan hati, boleh hubungi kami menerusi email, twitter dan facebook.

Sekian, majulah This Is Good Untuk Deus X Machina.

Ini facebook kami.

Ini twiter kami.

Ini blog rasmi kami.


Mesej khas- Orderlah segera kerana penghantaran pertama akan dilakukan Khamis ini. (13 Januari 2011)

Monday, January 3, 2011

2011 dan seterus-seterusnya

1) Selamat tahun baru 2011. Kepada penabur dan penerima sperma di malam tahun baru, bersiap sedia untuk mencari tempat pembuangan hasil taburan sperma 9 bulan lagi. Harap sekolah khas untuk wanita hamil hasil idea Datuk Wira Ali Rustam akan mula beroperasi dalam masa terdekat ini.

2) Seperti tahun-tahun sudah, saya tidak pernah berazam apa-apa di awal tahun. Saya selalu berazam ikut suka saya sahaja, Kadang-kadang saya membuat azam baru di hari raya, kadangkala ketika awal bulan Mac, kadangkala selepas hari jadi dan kadangkala selepas raya cina. Pada hemat saya, mereka yang suka berazam di tahun baru ini mereka-mereka yang suka berpeleseran di malam tahun baru. kui kui kui.

3) Saya sekadar ingin menceritakan serba sedikit beberapa benda baru di 2011 ini. Merujuk kepada entry sebelum ini, saya dan beberapa puaka serta seorang makwe baru sahaja melancarkan SokerLeaks, Portal Rahsia Bolasepak Kerajaan. SokerLeaks bolehlah diibaratkan sebagai WikiLeaks edisi bolasepak, dan akan melaporkan berita-berita bolasepak tempatan dan luar negara dari perspektif kepuakaan. Cerita banyak pun tak guna, silalah melawat sokerleaks.blogspot.com

4) Mungkin ada yang sudah tahu, mungkin ada yang belum. Rasanya ramai yang belum tahu saya rasa. Saya dan rakan saya yang bernama samaran Si Nakal telah pun menubuhkan perusahaan kami sendiri. TIG Creatives nama diberi, dan kami menyediakan perkhidmatan rekaan grafik untuk apa jua medium. Banner, bunting, poster, kulit buku, web banner, logo perniagaan, flyers, t-shirt dan lain-lain medium yang dirasakan sesuai. TIG Creatives juga akan mengeluarkan kembali t-shirt label This Is Good yang terhenti seketika. Laman web TIG Creatives sedang dalam proses pembikinan dan saya sedang berperang dengan coding-coding ketika ini. Jika tiada aral melintang, saya akan membuka laman web TIG Creatives untuk tatapan umum pada minggu kedua Januari 2011, serentak dengan jualan t-shirt label This Is Good. Untuk sebarang maklumat atau berminat berurusniaga dengan kami, anda-anda semua bolehlah emel ke tigcreatives@gmail.com

5) Nampaknya cerita-cerita bola di sini akan berpindah ke SokerLeaks, dan cerita-cerita politik mungkin saya akan pindahkan ke Blogbusters. Nampak gayanya saya akan bercerita mengenai hal peribadi saya saja di sini selepas ini. Nantikan entry-entry mengenai makanan saya pada hari ini, dating saya dengan tiga gadis serentak pada masa yang berlainan di KLCC dowh, aktiviti hujung minggu saya dan lain-lain yang bersifat peribadi dan personal. Cuma yang pasti, saya tidak akan menulis tips-tips mendapatkan klik Nuffnang terbanyak dan cara-cara menggunakan SEO untuk meningkatkan trafik blog. Itu janji saya di 2011 ini. Awesome bukan?

6) Itu sahaja yang ingin saya tulis sebagai entry permulaan di tahun 2011. Akhir kata, rasa sungguh celaka menggunakan kata ganti diri "saya" dalam entry kali ini. Macam blog Mahathir dan Najib pula saya rasa. Sekian, wassalam.

Friday, December 31, 2010

SokerLeaks

Semacam juga logo SokerLeaks ni kadang-kadang

Sudah pun mula menganjing dan membahan semasa kejayaan Malaysia menjuarai AFF Suzuki Cup Rabu lalu, SokerLeaks bakal dilancarkan secara rasmi pada tengah malam ini. Jadi, dari korang pergi bersesak-sesak tengok bunga api tahun baru 2011 atau pun pergi menabur benih yang akan dibuang ke tong sampah 9 bulan lagi, ada baiknya korang membaca SokerLeaks.

Masalah SokerLeaks sekarang ialah kami tiada lagi pengulas dari kem Chelsea. Mentang-mentang Chelsea tengah down korang tak nak mengaku sokong Chelsea ya. Apa pun, inilah link SokerLeaks

http://sokerleaks.blogspot.com

Friday, December 3, 2010

4 in 1

Ron95 naik harga, gula naik harga, gas naik harga, diesel naik harga.

Rakyat Malaysia?menganga sajalah sambil beratur ramai-ramai isi minyak. Menganga sajalah bila harga-harga barang naik nanti.

Gua?Dah tak larat nak mencarut, biar Dum Dum Tak je yang mencarut bagi pihak gua.



Fak yu fak yu.

Wednesday, December 1, 2010

Sengaja ok, ahaks!

Tersenyum girang selepas berjaya kalah
"Hahaha, kami memang sengaja kalah tadi. 4-0 tu pun memang disengajakan, apa salahnya bagi bookie untung sekali sekala, ye dak? Lagipun sampai bila kami nak menang piala arak ni, sampai bila? Setakat piala arak ni tak minat saya pegang lama-lama. Dua tahun berturut-turut cukup lah. Bagilah peluang ke pasukan lain pula, pasukan budak-budak belum cukup matang ke kan (Kalau la dapat menang). Lagipun kami kalah di suku akhir, bukannya di pusingan awal macam ada beberapa kelab tu. Kesimpulannya, kami gembira kerana kalah, ahaks.!Paling penting kami sedang klasemen di EPL, ahaks lagi!"

Begitulah ujar pengurus kelab paling berjaya di England, Sir Alex Ferguson selepas Manchester United yang hebat dengan sengajanya tewas kepada West Ham United pada peringkat suku akhir Carling Cup. Jelas dengan gaya beliau menjawab soalan dengan penuh ceria, saya dan wakil media dari seluruh dunia meramalkan yang Manchester United akan memenangi treble atau tiga kejuaraan pada musim 2010/2011 ini.

Haji Deus Machina melaporkan dari London untuk Nadi ERK888.

Sunday, November 28, 2010

MasyaAllah, kenapa sampai tujuh?


Dari Guangzhou, pihak majikan telah menghantar saya ke Manchester, England untuk membuat laporan mengenai perlawanan Liga Perdana Inggeris membabitkan Manchester United dan Blackburn Rovers. Memang biasa dan selalu juga saya berulang-alik ke United Kingdom untuk membuat laporan mengenai Liga Perdana Inggeris. Penerbangan saya dan krew ke Manchester telah ditaja oleh Air Asia X, nikmatilah perjalanan serendah RM599 ke London bersama Air Asia. Promosi sebentar, maklumlah penaja penerbangan.

Buat pertama kalinya dalam sejarah saya berkhidmat sebagai seorang pengulas sukan dan wartawan penyiaran, saya agak terkedu untuk menulis laporan mengenai perlawanan ini. Saya kehabisan kata-kata untuk menggambarkan apa yang saya lihat di depan mata saya di Old Trafford. Mengagumkan dan sangat mengujakan. MasyaAllah. Bukan 1-0 atau 2-0. Tapi 7-1. Benar saudara saudari, 7-1. Ah.....menitis air mata saya kerana terlalu teruja. Sungguh tidak menghormati kedatangan pasukan pelawat pasukan Manchester United ini. Betul-betul menghina pasukan Blackburn Rovers yang menjuarai kejuaraan EPL pada musim 1994-1995. Astaghfirullahalazim.


"Sumpah Tuan Haji, saya memang tak terniat langsung nak jaringkan sampai 5 biji. Saya ingat nak jaringkan sebiji je, sampai habis perlawanan saya tak percaya. Berapa kali saya suruh Rooney lempang saya untuk buat saya percaya saya dah jaringkan sampai 5 gol. Maafkan saya Sam Allardyce dan pemain-pemain Blackburn" -ujar Dimitar Berbatov, penjaring 5 gol perlawanan tersebut ketika ditemuramah oleh saya.

Itu sahaja laporan ringkas saya dari Manchester. Haji Deus Machina, untuk Nadi ERK888 (sambil tunjuk angka tujuh ).