16 April 2011

Langkah Menyelamatkan Diri Apabila Kantoi Copycat Blog Orang!

Selamat Pagi Ahad! Semalam ada seorang reader yang concern telah mendropkan link satu lagi blog copycat yang menggunakan header The Dollydle's Cottage. Nak kata tak bagi peringatan, naik berbuih mulut. Nak kata tak letak watermark, dah letak tapi dia edit buang. Kalau dah terror sangat Photoshop, kenapa tak buat header sendiri dik?


Selain header tu, entry "Suntik Minyak Masak Pada Wajah Kerana Ketagihan Silikon" pun adalah antara entry favourite di kalangan copycat. Tapi saya tak nak salahkan every blogger yang copy paste entry tersebut sebab entry tu tersebar melalui email. Mungkin orang pertama yang menyebarkan entry tu melalui email ada letak sumber. Tapi bila dah di-forward dari satu tangan ke satu tangan mungkin email tu diedit sampai hilang sumber dari mana.

Semua blogger yang pernah menjadi mangsa copycat mesti tahu macam mana hanginnya satu badan bila tengok entry kena copy. Tambah sakit hati lagi bila dekat blog copycat siap letak warning "DO NOT COPY!" atau "NAK COPY MINTA KEBENARAN DULU!" atau "I HATE COPYDOGS!" dan macam-macam lagi. EH EH engkau bagi warning kepada diri sendiri ke? Kenapa lucu sangat engkau ini, rasa macam nak cubit-cubit sampai berdarah ^________^

Langkah pertama yang saya buat apabila terjumpa blog copycat adalah mendropkan comment dalam recent posts. BUKAN sekali, BUKAN dua kali, tapi banyak-banyak kali. OKFINE tiru script Sepah dalam Maharajalawak. Memang lawak sampai gelak terbahak-bahak. Kemudian saya juga akan mendropkan ucapan mesra di Shoutbox sebagai kenang-kenangan. Annoying bukan? Copy entry orang tu tak annoying ke AHA AHA.

Bagi Copycat yang terkantoi sedemikian rupa, mestilah ada sedikit kegelabahan dalam hati apabila menerima kunjungan dari tuan doodle/header/entry yang di-copy. Tapi tak perlu lah terlalu menggelabah sampai mendelete blog. Bukannya tujuan saya kasi comment annoying tu untuk suruh awak delete blog tapi kalau delete lagi bagus EH tak tak.

Apa yang harus dilakukan apabila terkantoi copycat content blog orang lain?

PERTAMA: Remove segala content yang di-copy dari blog tersebut.

KEDUA: Hantar email/comment/message minta maaf.

KETIGA: Belajar dari kesilapan dan jangan ulangi lagi.

KEEMPAT: Mulakan berblogging secara BERHEMAH.

Tak perlu lah copycat blog orang lain. Dunia blogging ni kecil saja. Bila blogwalking alih-alih terjumpa blog yang sama. Rasa-rasanya dalam Belog Cap Ayam ni saya tak pernah expose pun mana-mana copycat yang saya jumpa dan saya memang tak berminat pun nak expose. Tapi memang sengsara lah blog engkau dapat comment-comment annoying ^_______^

Kalau tersalah langkah copycat entry blogger-blogger tertentu, memang naiklah traffic awak sebab dia up entry. Lepas tu siap-siaplah jiwa raga untuk menghadap comment-comment cacian dari loyal readers dia. Nak traffic murahan dari blog ini? Macam tak ada harapan je. Aku update pun malas. Inikan pulak nak promote blog copycat kau dekat sini HAHAHA.


15 April 2011

Kesibukan Terlampau

Hai hai. Tahu tidak kali terakhir update blog adalah 2 minggu lepas? Mungkin layak menang anugerah kalau dicalonkan dalam kategori Blog Sampah. Pesaing-pesaing sengit seperti blog Galeri Awek Tudung pun kalahhhh T________T

Kenapa blog tiba-tiba terabai secara tragis? Sebab pertama adalah sangat stress dengan practical. Sekarang saya sedang practical di bahagian gigi budak-budak. Stress dan penat dia ohmydinnnnnnn rasa macam separuh GILA. Bangun pagi-pagi dah mula stress, balik-balik rumah terus black out tak ingat dunia. Macam itu lah rutin setiap hari. Cukup empatpuluhempat hari, aku transfer masuk kampus cawangan Tanjung Rambutan lah jawabnya. Eh Kampus Tanjung Rambutan boleh transfer credit tak LOLOLOL

Sebab kedua tak update blog adalah sibuk dengan konvo! Ini adalah kejadian basi Ahad lepas. Mari layan gambar dan caption (dasar pemalas HAHA)


Hei hei hei konvo bersama fiancee, patutlah muka ekstra bahagia ^______^


EH mana adik aku belajar pouting ni? Amboi kau over mengalahkan kakak pulak.


Bersama Bapa Gula (baca: Sugardaddy)


Agak-agaknya ada tak lelaki kacak berani mengorat kalau tengok bakal pak mertua muka garang macam ini? Jangan terpedaya. Disebalik misai tebal, dalam hati ada taman bunga raya ^____^ Pernah tengok Bapa Gula pakai shawl dalam entry INI?


Bersama Mama Gula ^_____^ Muka berkerut tahan panas terik.


Syafika datang bawa bunga ololo manisnya dia. Beriburiburibu lemon terima kasih untuk Syafika dan Arina! :')

Hampir 5 tahun study di Indonesia memang tertunggu-tunggu untuk pakai jubah Konvo. Sekarang impian dah tercapai maka entry pun TAMAT.

p/s: Saya belum jadi doktor gigi lagi. Masih ada beberapa bulan untuk menyelesaikan practical. Lepas itu baru lah kena bersedia jadi nightmare semua orang T______T


 

Designed By Amar Amirah Radzi | 2010 belog-cap-ayam.blogspot.com