Menu Content/Inhalt
Pendahuluan
Pendahuluan
Pusat Kesihatan adalah bangunan bersendirian yang terletak dibahagian pintu masuk hadapan Kampus Kejuruteraan yang bersebelahan dengan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia dan berhadapan dengan kafeteria, pusat kakitangan dan pelajar. Ia ditubuhkan dalam bulan November iaitu pada tahun 1989 dan diletakkan di bawah pengawasan bahagian hal ehwal pelajar. Ianya diketuai oleh seorang Pegawai Perubatan yang bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan kesihatan kepada pelajar, tanggungan pelajar, kakitangan dan tanggungan kakitangan serta keseluruhan masyarakat kampus termasuk pelawat rasmi Universiti. Perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Kesihatan adalah rawatan untuk pesakit luar. Bagi kes-kes yang serius pula akan dirujuk kepada hospital yang berdekatan. Selain dari penjagaan kesihatan, klinik juga bertanggungjawab dalam pengawalan jangkitan penyakit yang berpunca daripada makanan. Oleh itu pemeriksaan terhadap kafeteria juga akan dibuat dari masa ke semasa bersama-sama dengan AJK pemeriksaan kafeteria di dalam kampus. Pemeriksaan persekitaran terhadap pembiakan jentik-jentik yang dikawal oleh pusat kesihatan.