Untitled Document
   
Carian
Kuala Terengganu
 
Untitled Document
 
Laman Web Rasmi KDYMM Sultan Terengganu

HADITH HARI INI

Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Siapa yang tidak mempunyai sifat ramah tamah, bererti dia tidak mempunyai kebaikan.

 

UNDIAN

Pendapat anda tentang portal terkini Istana Terengganu?

Sangat Menarik :
Menarik:
Perlu Dibaiki:
Tiada Komen:
 

KALENDAR

 

PROMOSI WEB

 

 

 

 

 

 

Gelaran-Gelaran Kebesaran Negeri

 

Semenjak dikuatkuasakan Undang-Undang Bagi Diri Negeri Terengganu 1911, nama gelaran Orang-Orang Besar Negeri dikurniakan sebagai suatu kurnia untuk memuliakan seseorang yang berjasa dan berbakti kepada Raja dan negeri. Mereka ini dipermuliakan di dalam Lingkungan Istana Raja. Bagaimanapun gelaran-gelaran ini tidak bersangkut paut dengan kuasa pemerintahan ketenteraan negeri.

Enam gelaran kebesaran yang termaktub dalam Undang-Undang Bagi Diri Negeri Terengganu 1911 yang dikurniakan oleh Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan kepada sesiapa sahaja sebagai Orang Besar Negeri. Kekananan mereka mengikut, susunan selepas waris ganti yang dikurniakan gelaran Yang Di-Pertuan Muda. Gelaran-gelaran itu ialah :-

  • Yang Teramat Mulia Tengku Sri Bendahara Raja
  • Yang Teramat Mulia Tengku Sri Panglima Raja
  • Yang Amat Mulia Tengku Sri Temenggung Raja
  • Yang Amat Mulia Tengku Sri Raja
  • Yang Amat Mulia Tengku Sri Paduka Raja
  • Yang Amat Mulia Tengku Sri Laksamana Raja

Gelaran-gelaran ini lazimnya dikurniakan atas batang tubuh seseorang Kerabat Di Raja yang tertentu sahaja yang mempunyai hubungan rapat dengan keluarga sultan yang memerintah. Pengurniaan ini tidaklah secara turun temurun, walaupun Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Gelaran-gelaran juga dikurniakan kepada orang-orang lain yang berjasa, sama ada Kerabat Di Raja atau bukan Kerabat Di Raja. Gelaran-gelaran ini sudah wujud sejak turun temurun lagi. Walau bagaimanapun Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan mempunyai kuasa untuk mewujudkan nama-nama gelaran yang lain daripada itu sekiranya baginda perkenan. Biasanya gelaran-gelaran berikut dikurniakan kepada Kerabat Di Raja :-

    1. Tengku Seri Indera Raja
    2. Tengku Seri Pekerma Raja
    3. Tengku Seri Wa Raja
    4. Tengku Seri Kelana Raja
    5. Tengku Seri Setia Raja
    6. Tengku Seri Wangsa Raja
    7. Tengku Seri Kemala
    8. Tengku Seri Aria Raja
    9. Tengku Seri Utama Raja
    10. Tengku Seri Ismara Raja
    11. Tengku Seri Bijaya Raja
    12. Tengku Bentara Raja
    13. Tengku Kemala Puri
    14. Tengku Indera Segara
    15. Tengku Bentara Dalam
    16. Tengku Bentara Muda
    17. Tengku Puan Muda
    18. Tengku Bendahari
    19. Tengku Bentara Puan
    20. Tengku Kesukma Puri
    21. Tengku Nila Rakna
    22. Tengku Nara Wangsa
    23. Tengku Lela Segara
 

Gelaran-gelaran kebesaran yang dikurniakan kepada orang-orang yang bukan dari Kerabat Di Raja yang ada sekarang mengikut kekananan adalah seperti :-

    1. Dato' Andika Indera
    2. To' Puan Seri Nela (Perempuan)
    3. Dato' Bijaya Di Raja
    4. Dato' Wira Jaya
    5. Dato' Bentara Dalam
    6. Dato' Perwira Negara
    7. Dato' Setia Wangsa
    8. Dato' Bentara Luar
    9. Dato' Kaya Pati
    10. Dato' Selia Bakti
    11. Dato' Indera Guru
    12. Dato' Lela Perkasa
    13. Dato' Kaya Jasa
    14. Dato' Seri Amar Di Raja
    15. Dato' Maha Kurnia
    16. Dato' Kelana Setia
    17. Dato' Setia Bakti
    18. Dato' Senara Muda
    19. Dato' Maha Jasa
    20. Dato' Kaya Setia
    21. Dato' Setia Jaya
    22. Dato' Rakna Bijaya
    23. Dato' Bentara Setia
    24. Dato' Bentara Muda
    25. Dato' Sang Segara
    26. Dato' Kurnia Jasa
    27. Dato' Lela Berida
    28. Dato' Indera Pahlawan
    29. Dato' Aria Pura
    30. Dato' Aria Negara
    31. Dato' Kurnia Bakti
    32. Dato' Dewa Bakti
    33. Dato' Senara Bakti
    34. Dato' Nara Selia
 

Walaupun nama-nama gelaran ini diasingkan di antara anak-anak Raja dan bukan anak-anak Raja, tetapi ada kalanya ia dikurniakan kepada seseorang berketurunan Tengku atau Syed. Hal ini hanya dilakukan semata-mata atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan sendiri.

Mereka yang menerima pengurniaan Gelaran Kebesaran ini sahajalah yang berhak dikenali sebagai 'Orang Besar Negeri' dan mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu dalam upacara Istiadat Di Raja Negeri ini. Mereka merupakan orang yang hampir kepada Lingkungan Istana Raja.

Bagi Tengku-Tengku atau Syed-Syed yang menerima pengurniaan Gelaran Kebesaran ini mereka akan dikenali dengan Gelaran tertentu yang didahului dengan gelaran Tengku bagi Tengku dan 'Engku' bagi Syed sebelum nama asal masing-masing. Umpamanya apabila Tengku A. Rahman bin Muda dikurniakan dengan gelaran 'Bijaya Wangsa' maka Yang Mulia ini akan dikenali sebagai Tengku Bijaya Wangsa manakala bagi Syed pula, Yang Mulia ini akan dikenali sebagai 'Engku Bijaya Wangsa'. Demikianlah seterusnya bagi penerima-penerima pengurniaan gelaran yang lain. Antara gelaran-gelaran yang dikurniakan kepada Syed-Syed yang terdapat sekarang adalah seperti berikut :-

    1. Engku Seri Pengeran Setia
    2. Engku Bijaya Sura
    3. Engku Bijaya Wangsa
    4. Engku Pengeran Arif Di Raja
    5. Engku Kelana Di Raja

Susunan Keutamaan di antara Orang-Orang Besar Negeri yang bergelar ini ialah:

  1. Gelaran Kebesaran Khusus yang dimaktubkan dalam Undang-Undang Bagi Diri Negeri Terengganu 1911.
  2. Kerabat Di Raja yang dikurniakan dengan gelaran 'Sri'.
  3. Kerabat Di Raja yang dikurniakan gelaran lain.
  4. Orang lain yang dikurniakan gelaran Seri.
  5. Orang lain yang dikurniakan gelaran lain.
  6. Susunan kekananan bagi setiap kumpulan adalah mengikut tarikh pengurniaannya.

 

 

 

 


 

Maklum Balas | Bahasa Inggeris | Polisi & Privasi | Hubungi Kami | Peta Laman | Notis Perundangan

Hak Cipta Terpelihara Laman Web Kerajaan Negeri Terengganu

hit counter
Bilangan Pelawat