Kek Birthday Alisya dan Azim

by eyriqazz on 3 July 2013

in Alisya, azim, family, food

Majlis Birthday Alisya dan Azim bulan lepas, order kek bertemakan Mickey & Minnie. Mencari kelainan. Kalau setiap tahun asyik sama saja, boring juga kan?

Mickey untuk Azim dan Minnie pula untuk Azim. Kami order dari Mya Zara, dua kek RM150. Senang berurusan dengan Mya Zara, harga boleh runding dan boleh order kek mengikut citarasa kita. Mya Zara ni rakan Irma London yang sponsorkan Kek Pavlova birthday Alisya tahun lepas.

Birthday Girl & Birthday Boy senyum gembira dengan kek yang memenuhi citarasa mereka. Azim cam biasalah, masih belum mengerti, masih malu-malu dengan orang ramai. Part pemalu tu, ikut perangai Papanya.


Happy Moments. In Shaa Allah, akan terus adakan birthday sebegini untuk anak-anak di tahun-tahun mendatang jika dimurahkan rezeki.

Amboi-amboi, bukan main lagi Papa Hot pekena kek. Sedap tak bro? Mesti la sedapkan bertenggek depan tu?. Feedback Isteri dan rakan-rakan yang datang, kek birthday kali ini sedap dan kena dengan citarasa. Kalau nak order kek birthday  or Durian Crepe sekitar Setapak/Wangsa Maju or KL bolehla hubungi Mya Zara . Senang berunding, tak demanding, dah turut menyediakan perkhidmatan hantar ke lokasi untuk tempat-tempat tertentu.

{ 10 comments }

Sebelum vs Selepas

by eyriqazz on 2 July 2013

in family


Sebelum : Johan Merentas Desa Sekolah

20130630_184935Selepas : Johan Lari Sorang-Sorang

Boss di Ofis : Tak percaya la gambar eyriqazz tu…
Eyriqazz : Betul la…Eyriqazz la …Dulu…

Boss di Ofis : Dalam memori…Xkan kembali lagi….
Eyriqazz : Huhu…(Makan dalam…)

{ 19 comments }

Klon Eyriqazz

by eyriqazz on 1 July 2013

in family

Yieza, eyriqazz telah berjaya mengklonkan diri sendiri. Lepasni bolehla eyriqazz suruh klon eyriqazz updatekan blog. Lebih mudah kerja ada klon ni. Memperkenalkan :

Eyriqazz Original sebelah kanan. Klon pula di sebelah kiri. Dua-dua terrserlah 8 paxnya. Hahaha….

Just kidding. Ini adalah gambar yang diambil menggunakan “Drama Mode” dari Samsung S4. Kualiti gambarnya memang puas hati. In term of kualiti gambar, peribadi eyriqazz akui, ianya lebih bagus dari Iphone 5. Lebih banyak function dan kualiti gambarnya lebih terang dan cantik.

{ 35 comments }