Neelofa Bertudung di Morocco | Gambar

Gambar Noor Neelofa Binti Mohd Noor ketika berada di Morocco. Baru-baru ini, ramai yang memujinya apabila Neelofa Bertudung, cantik. Jelas, ramai peminat Lofa yang memberi galakan dan sokongan bila mula berhijab. Berikut ialah beberapa Gambar Neelofa Memakai Tudung ketika berada di Casablanca Morocco

Neelofa berhijab di Casablanca Morocco

Gambar Neelofa cantik bertudung dihadapan Masjid terbesar dan memiliki menara tertinggi di dunia. Pembinaan Masjid ini hampir $1 billion dan dianggarkan mampu menampung 100 ribu orang jemaah. 

Neelofa ayu bertudung

Neelofa Berhijab. Gambar ketika dihadapan Masjid Al-Koutoubia, Masjid terbesar Marrakech. Ramai peminat Neelofa MeleTop! Mengharapkan artis pujaan mereka ini terus bertudung. 

Neelofa bertudung di Masjid Al-Koutoubia

Kita sesama manusia hanya mampu berpesan-pesan dan berdoa, Insyaallah suatu hari nanti akan tiba juga masanya. Gambar Neelofa Ayu bertudung diambil dari laman sosial Neelofa.

Thursday, February 28, 2013

Peraturan Pelik yang dicipta Manusia

Peraturan Pelik yang dicipta Manusia. Sesuatu peraturan dicipta untuk dipatuhi. Apekepelik! bila ada undang-undang aneh dan tak masuk akal telah diamalkan di beberapa negara di dunia ini. Dinamakan manusia, memang banyak ragamnya. Beberapa undang-undang aneh dan peraturan pelik ini, ada antaranya agak lucu, ada juga yang menakutkan. Apa yang pasti, dunia semakin maju, harap-harapnya di Malaysia tidak tercipta peraturan pelik dan undang-undang aneh seperti yang dikuatkuasakan di beberapa negara besar di dunia ini. Pelik dan Aneh tetapi Benar!

Peraturan Pelik Undang undang aneh Apekepelik manusia

Peraturan Pelik dan Undang-undang Aneh yang dicipta Manusia


Undang-undang pelik di Arizona Amerika

Dilarang memandu tanpa kasut.
Dilarang bermain domino di hari Minggu.
Dilarang memakai kumis palsu di gereja.
Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api.
Dilarang memandu dengan mata tertutup.

Peraturan Pelik di Singapura

Dilarang berjalan sambil berbogel
Tidak flush jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda.

Peraturan Pelik di Alaska

Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.
Dilarang memberi minum bir pada rusa.
Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.

Undang-undang Aneh di Arkansas

Suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.
Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub.
Wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara.
Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu.

Peraturan Pelik di Thailand

Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.

Undang-undang pelik di United Kingdom

Dilarang menjual sayuran di hari minggu .
Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.

Peraturan Aneh di Mexico

Dilarang memaki di tempat umum.
Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat memprovokasi rakan kerja selama jam kerja.

Undang-undang pelik di Swiss

Dilarang berkebun di hari minggu.

Peraturan Aneh di Swedia

Dilarang mengecat rumah tanpa izin daripada kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka.

Undang-undang Aneh di Korea

Polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima daripada para pemandu yang ditahan.

Undang-undang pelik di Kanada

Dilarang menempel plaster luka di tempat umum.
Dilarang menyirami tananam di kebun waktu sedang hujan.
Dilarang memanjat pokok.

Undang-undang Aneh di Australia

Dilarang mengangkat telepon pada deringan pertama.
Dilarang mengenakan spenda Hot Pink di hari minggu.

Peraturan pelik di Yunani

Dilarang mengenakan topi di stadium, kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.

Peraturan Pelik di Perancis

Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.

Undang-undang Aneh di Israel

Dilarang memelihara Khinzir di Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati.

Undang-undang pelik di California

Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.

Peraturan Pelik di Colorado

Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan anda ditahan olehnya.

Undang-undang Aneh di Connecticut

Dilarang mencium isterinya di hari minggu.

Undang-undang Aneh di Florida

Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang.
Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6.
Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.

Hootoh! Apekepelik!

Pelik dan Aneh tetapi Benar! Itulah diantara Peraturan pelik dan undang-undang aneh yang telah diciptakan oleh manusia dan diamalkan di beberapa negara di dunia ini. Rasanya Peraturan dan Undang-undang di Malaysia telah memadai, cuma dulu ada juga peraturan Motosikal wajib memasang lampu pada waktu siang, tapi tidaklah melampau peliknya.

Sumber: Umarfaruq

Thursday, February 28, 2013

Do Let Fate Recite! Don't Let Hate Decide

Do Let Fate Recite! Don't Let Hate Decide

Do Let Fate Recite! Don't Let Hate Decide

Do let fate recite but don't let hate decide. Let hunger walk but do not let anger talk. So do not hate your fate. Wise word of wisdom, take unhappiness with happiness. Get more happiness at Ilham Minda

Yang Lapar beristighfar! Yang Marah menyumpah

Yang lapar, mulutnya beristighfar tetapi yang marah mulutnya menyumpah.

By Abdul Rashid Abdul Majid
February 2013
Tuesday, February 26, 2013

Israil Ditampar Hingga Keluar Matanya

Kisah Israil Malaikat Maut ditampar oleh Nabi Musa hingga Keluar Matanya. Kisah Nabi Musa ini dipetik dari Kitab Tahzib Misykat al-Masobih menceritakan Kisah Nabi Musa yang menampar Malaikat Israil.

Kisah Israil Malaikat Maut ditampar oleh Nabi Musa hingga Keluar Matanya

Kekuatan Nabi Musa Alaihissalam

Sebuah kisah daripada Hadis Sahih riwayat Abu Hurairah r.a. bahawa suatu ketika Malaikat Maut diutus kepada Musa a.s. untuk mengambil rohnya. Sebaik sahaja Malaikat Israil tiba, Nabi Musa a.s. terus menamparnya sehingga terkeluar matanya.

Lalu Malaikat Maut pun kembali semula bertemu dengan Allah seraya berkata:
"Engkau mengutus aku kepada seorang hamba yang tidak menginginkan kematian".
Allah pun mengembalikan mata malaikat maut seraya berfirman:
"Kembalilah dan berkatalah kepada dia agar mletakkan tangannya di atas belakang seekor lembu jantan. Dari setiap helai rambut yang dapat dilitupi oleh tangannya, maka baginya (umur) satu tahun".

Malaikat maut kembali dan menerangkan kepada Nabi Musa.
Nabi Musa bertanya: "Wahai Rabb, setelah itu apa pula?" 
Allah berfirman: "Kemudian kematian".
Nabi Musa berkata: "Jikalau begitu aku mahukan kematian sekarang".

Nabi Musa pun meminta kepada Allah agar dibawa mendekati tanah suci, sejauh lemparan batu. Kemudian Rasulullah memberitahu:
"Jika aku berada di sana, tentu aku tunjukkan kuburnya berhampiran Bukit Pasir Merah".
(Sohih Muslim, No. 2372)

Kisah Malaikat Israil Ditampar Hingga Keluar Matanya 

Kisah Nabi ini dipetik dari sumber yang Hootoh sendiri tidak pasti kebenarannya. Kisah ini boleh dibaca secara penuh di Kisah Nabi Musa Menampar Malaikat Maut.

Kisah-Kisah Malaikat di Hootoh Blog
Kelemahan Malaikat Raqib dan Atid

Friday, February 22, 2013

Geng Bas Sekolah Musim ke 5 (GBS5)

Geng Bas Sekolah Musim ke 5. Siri GBS musim ke 5 akan bermula pada 9 Mac 2013 dan ditayangkan pada hari Sabtu, 11 pagi di Astro Ceria. Selamat menonton GBS5 dengan ceria. Berikut merupakan senarai pelakon, ulasan dan sinopsis cerita serta Video MTV Geng Bas Sekolah musim ke-5

Geng Bas Sekolah Musim ke 5

Sinopsis dan Ulasan Geng Bas Sekolah Musim ke 5

Drama Geng Bas Sekolah Musim ke 5 mengisahkan sekumpulan pelajar sekolah yang membina persahabatan mereka melalui perjalanan menaiki bas sekolah. Geng Bas Sekolah sentiasa bersama walaupun apa jua rintangan menghalang mereka! Mereka bukan kanak-kanak biasa. Perpaduan, disiplin, kebijaksanaan dan keazaman menjadikan mereka unik!

Senarai Pelakon Geng Bas Sekolah Musim 5

Untuk season 5, Geng Bas Sekolah diceriakan dengan lakonan Mia Sara sebagai Orked, Syazwan Aiman sebagai DJ, Brandon Lai sebagai Boby. Manakala Jasmine Jessica pula memegang watak Chempaka dan Harris Alif sebagai Jay.

MTV Geng Bas Sekolah Musim ke 5



Friday, February 22, 2013

Mia Sara Duta Susu Dutch Lady

Mia Sara Duta susu Dutch Lady 2013. Tahniah dan Alhamdulillah, semakin murah rezeki adik Mia Sara tahun 2013 ni. Kalau dilihat dari gambar yang diambil dari Fanpage Mia Sara ni, keseronokkan jelas dilihat dari wajahnya. Mungkin susu Dutch Lady merupakan jenama yang digemari adik Mia.

Mia Sara Nasuha baru sahaja selesai penggambaran Geng Bas Sekolah Season 5. Pastinya ramai yang tidak sabar untuk menonton GBS5 ini. Beberapa pelakon kanak-kanak baru telah menjayakan siri Geng Bas Sekolah musim baru untuk kali ini. Pasti ramai yang tak sabar nak melihat Mia Sara bersilat dalam GBS musim 5 itu nanti.

Hi kawan-kawan, Mia sangat gembira! Nak tahu kenapa? Hehe!

gambar Mia Sara Duta Dutch Lady

Mia menjadi duta untuk Dutch Lady Susu Untuk Membesar!

Dialog dipetik dari Twitter Mia Sara
Friday, February 22, 2013

Kata-kata Comel Neelofa Meletop

Kata-kata Comel oleh Neelofa Meletop. Si cantik Lofa! Ewwww, bukan sekadar petah berkata-kata di MeleTop! Namum dilaman sosial twitter, Neelofa juga indah berkata-kata. Ada masanya, kata-kata mampu memberi semangat dan inspirasi kepada seseorang. Berikut ialah Kata-kata Semangat dan Inspirasi oleh Neelofa yang Hootoh petik dari laman Twitter Neelofa sendiri

Kata-kata Comel Neelofa Meletop


Kata-kata MeleTop Neelofa

  • Dont stop believing.. What we see depends mainly on what we look for!
  • Dont hold on bcos u think there will be no one else but there will always be someone else
  • Good food.. Good companies! Happy lofa. 
  • Each day provides its own gifts
  • Do more of what makes you happy

Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga. Yang cantik itu budi, yang indah itu bahasa.. Dah lah comel pastu bijak pulak berkata-kata! Aduhai.. (peluh kecik di dahiku) Layan aje la Kata-kata Comel Neelofa Meletop


Thursday, February 21, 2013

Amalan dan Tabiat Buruk yang Baik

Tabiat dan Amalan Buruk yang Baik untuk kehidupan manusia 

Kalau diperhatikan dalam kehidupan seharian, manusia sebenarnya banyak tabiat buruk dan amalan buruk tersendiri dan pelbagai ragamnya. Namun, disebalik yang buruk kadang-kadang ada yang baiknya. Tahukah anda, mungkin sebenarnya tabiat buruk yang dilakukan dan menjadi amalan setiap hari ini ada juga faedah dan kebaikan untuk kesihatan dan kehidupan kita. Berikut ialah Senarai Tabiat Buruk dan Amalan Buruk yang Baik untuk kehidupan manusia.

Amalan buruk dan Tabiat Buruk Manusia

Senarai Tabiat Buruk dan Amalan Buruk yang Baik untuk kehidupan Manusia


Tabiat Buruk: Gigit Kuku, Pintal Rambut, Goyangkan Peha atau Kaki

Semasa kita gelisah, kita selalu gigit kuku, pintal rambut, goyangkan peha atau kaki, atau menggerakkan anggota badan yang lain tanpa kita sedar. Pergerakan itu sebenarnya seperti senaman ringan yang boleh membakar lemak dan mengurangkan tekanan tanpa kita sedar. Penyelidikan di Kliik Mayo Rochester menunjukkan bahawa orang yang menjadi gelisah akan meningkatkan kadar metabolisma mereka dan membakar kalori sebanyak 40 peratus. Ini kerana pergerakan badan mereka meransang hormon membebasakn otak dan meningkatkan keupayaan anda untuk membakar lemak yang disimpan untuk tenaga.

Tabiat Buruk: Mulut Murai dan Suka Bergosip

Dengan berbual selama 20 minit bersama kawan akrab anda dapat mengurangkan tekanan dan rasa gelisah anda selama 4 jam seterusnya. Bagi mereka yang suka berbual perkara yang positif atau gosip positif pula dapat meningkatkan kegembiraan sebanyak 72%. Jadi tak salah untuk anda berbual dan bergosip, lebih-lebih lagi mengenai perkara yang positif mengenai orang lain.

Amalan Buruk: Makan Manisan untuk Sarapan Pagi

Kajian oleh Virginia Commonwealth University mendapati, mereka yang makan makanan manis untuk sarapan pagi seperti donat, kek ataupun tart manis dan tidak menghiraukan mengenai kalori  boleh mengurangkan berat badan mereka 3 kali lebih cepat dari mereka yang mengamalkan makan bijirin pada waktu pagi.

Tabiat Buruk: Buat-buat Sibuk dan Pura-pura Penat

Lebih dari 75 peratus wanita yang menangguhkan kerja mereka sekali sekala dan 1 dari 4 orang menanggungkan kerja mereka setiap hari dan berehat sebentar sebenarnya  agak baik untuk kesihatan mereka. Pakar dari Germany’s University Medical Center Hamburg-Eppendorf mencadangkan dengan berehat sebentar dari membuat kerja yang memberikan tekanan kepada anda dapat mengurangkan rasa sakit badan dan kepala.

Tabiat Buruk: Gila SMS, Whatsapp dan BBM

Menurut kajian California’s Loma Linda University, jika anda selalu berhubungan dengan kawan-kawan melalui khidmat pesanan ringkas membantu hampir 100% mereka yang menghadapi tekanan dan rasa sedih. Sebabnya? Hubungan sosial yang kuat akan dapat meningkatkan hormon antidepresi seperti serotonin dan dopamine. Tetapi jangan pula anda text and drive. Itu tak membawa apa-apa manfaat pun pada anda, malahan membahayakan anda pula.

Amalan Buruk: Ketagih Kopi

Kafein sebenarnya membantu peredaran gula dalam darah ke otot dan sel otak dan mengurangkan 50% risiko terkena penyakit prediabetes.

Amalan Buruk: Makan Coklat

Coklat merupakan makanan kegemaran manusia di serata dunia dan jika anda memakan dark chocolate sebanyak 2 aun setiap hari, anda dapat mengurangkan risiko terkena masalah arteri tersumbat sebanyak 14% dan meningkatkan peredaran darah ke jantung sebanyak 48% dan coklat juga mempunyai bahan antioksida.

Amalan Buruk: Makan kuning telur

Pernah tak dengar kajian dari Kanada bahawa makan kuning telur sama je teruk seperti merokok? Tapi jika anda makan telur 15 biji sehari tanpa bersenam, itu mungkin akan membahayakan anda. Penyelidik dari University Of Texas mendapati bahawa kuning telur dipenuhi dengan bahan antioksidan dan boleh mengurangkan penyakit kataraks dan buta sebanyak 40%.

Tabiat Buruk: Malas bersenam

Bagi mereka yang sudah bekerja, memang tiada masa untuk bersenam, Amat sukar utak amalkan bersenam setiap hari. Tetapi mengikut kajian dari Louisiana State University, bersenam tidak semestinya dapat menurunkan berat. Menurut kajian jika anda membuat senaman ringan dalam jangka masa yang pendek dan berulang-ulang, ia lebih membantu dalam menurunkan berat badan anda.

Amalan Buruk: Minum Susu Penuh Krim

Jika anda bukan penggemar susu tanpa lemak atau keju kurang lemak, ini ada berita baik untuk anda. Kajian dari Harvard mendapati, di dalam bahan makanan tenusu penuh lemak, ada asid lemak yang dapat membantu otot badan anda membakar gula dalam darah dengan lebih cepat dan mereka yang mempunyai kandungan asid lemak yang tinggi mampu mengurangkan  60% risiko terkena penyakit diabetes.

Tabiat buruk Hootoh Tudia
Betul kata orang dulu-dulu, "dalam yang baik ada buruknya dan dalam yang buruk ada baiknya." Bergantung kepada manusia itu sendiri dan ketentuan dari yang Esa. Hootoh ada tabiat suka baca paper time berada di tandas! Ewww.. malu, tapi sekarang dah takde tabiat tu, sejak Hootoh ganti paper dengan rokok! Heheh. ~ Amalan dan Tabiat Buruk yang Baik 

Wednesday, February 20, 2013

Kucing Bersayap Aneh Makhluk Misteri

Kucing Bersayap Aneh Makhluk Misteri. Benarkah Kucing Bersayap ini wujud di dunia realiti ini. Rupanya-rupanya telah wujud ratusan catatan sejarah tentang kucing bersayap ini. Namun yang biasa didengar hanyalah simpulan bahasa "Tunggu Hingga Kucing Bertanduk" yang bermaksud satu penatian yang mustahil. Ia sangat mengejutkan, beberapa carian di internet mengenai Kucing Bersayap menyenaraikan beberapa laporan mengenai wujudnya Kucing bersayap ini.

Misteri Terkini Kucing Bersayap.

Laporan terkini mengenai kucing-kucing bersayap. Ia hampir mustahil dan sukar untuk dipercayai.

Kucing Bersayap Utusan Iblis

Pada tahun 2004, di Bukreyevk (sekitar Kursk), Russia bagian tengah, seekor kucing bersayap dibunuh oleh penduduk setempat yang percaya takhayul. Menurut harian lokal (Komsomolskaya Pravda), kucing tersebut ditenggelamkan kerana dianggap sebagai utusan iblis.

Kucing Hitam Bersayap

Pada tahun 1998, seekor kucing hitam bersayap ditemukan di Northwood, Middlesex. Sayapnya terletak sekitar 2-3 inci dari tulang belikat dengan lebar sekitar 4 inci, tebal 1 inci dan panjang 8 inci (sekitar 20 cm). Sepasang sayap tersebut telihat mengepak ketika kucing berlari.

Sejarah Kucing Bersayap Catatan Misteri


Kucing Bersayap Aneh Makhluk Misteri

Kucing Bersayap Bombay, 1868 - Penduduk asli India menyebutnya "Pankha Billi" (kucing bersayap). Kucing tersebut ditembak mati oleh Mr. Alexander Gibson kemudian kulitnya yang dikeringkan. Kulit kucing bersayap tersebut diukur,  mempunyai panjang 44 cm dan dipamerkan di Bombay, India.

Kucing Jantan Bersayap, 26 Juni 1897 - Seekor kucing bersayap dilaporkan ditemui di Matlock, Derbyshire. Media Harian setempat menggambarkan kucing tersebut sebagai kucing jantan besar berwarna tortoishell (tortie). Sepasang sayapnya muncul dari kedua sisi di sekitar tulang rusuk ke empat. Jika laporan tersebut benar, berarti kucing tersebut termasuk "mahluk misteri". Bukan sekadar Misteri kerana sayapnya, namun kerana jarangnya kucing jantan warna tortoishell (tortie) dijumpai.

Kucing Bersayap, 1899 - Majalah Strand, London melaporkan adanya kucing bersayap milik seorang wanita yang tinggal di daerah Wiveliscombe, Somerset, England. Kucing tersebut terlihat normal kecuali ada sepasang sayap yang menonjol.

Kucing Bersayap Haiwan Aneh

Apakepelik! Apakah benar makhluk aneh kucing bersayap ini wujud. Kucing-kucing bersayap ini juga dilaporkan pada tahun 1933, 1934 di Inggris, 1936 di skotlandia, 1939 di Inggris, 1942 di Middlesex, 1949 di swedia, 1950 di Nottinghamshire dan di Madrid (dikenal sebagai "angolina"), 1959 di Virginia Barat, 1966 di Kanada, 1970 di Conecticut dan 1975 di manchester. 
~ Hootoh terus ke belakang rumah, lalu membelek-belek badan 3 ekor anak kucingnya...oh tidak! 

Entri lain mengenai Makhluk-makhluk aneh dan Misteri di Hootoh Blog 
Tuesday, February 19, 2013

Misteri Hujan Labah-labah | Fenomena Aneh

Misteri Hujan Labah-labah Fenomena Aneh yang menakjubkan. Langit tiba-tiba dipenuhi labah-labah dan ia bagaikan hujan. Kejadian pelik ini dianggap fenomena meteorologi yang sangat jarang terjadi. Ribuan labah-labah jatuh dari langit.  

Misteri Hujan Labah-labah Fenomena Aneh

Fenomena Aneh Hujan Labah-labah ini dilaporkan berlaku di Brazil. Pakar meteorologi menjelaskan fenomena ini mungkin berlaku setelah labah-labah tersebut dibawa bersama angin kencang dan diterbangkan sejauh beberapa kilometer.

Gambar dan Video Hujan Labah-labah, satu Fenomena Aneh




Labah-labah Menakluk Bumi

Labah-labah Menakluk Bumi. Pada Awal Februari 2013 terjadi satu Fenomena Aneh Misteri Hujan Labah-labah dilangit selatan Brazil. Melihat dari Video Hujan Labah-labah yang dirakam di Santo Antonio da Platina, Brazil, kelihatan ribuan labah-labah menutupi langit dengan jaringan sarang yang berhubung antara satu sama lain. Fenomena ini juga agak menakutkan. Seperti dalam filem dan labah-labah yang membentuk kawasan jajahan yang besar ini bagai labah-labah menakluk bumi, mereka labah-labah yang cuba mencabar manusia.

Monday, February 18, 2013

Kisah Sesalan HIV di Usia Muda

Kisah Sesalan HIV di Usia Muda, Kisah Benar Kehidupan Penghidap HIV/AIDS, Kisah Penyesalan dalam Kehidupan

Kisah Sesalan HIV di Usia Muda


Usia mereka masih muda, baru berumur belasan tahun. Sudah pasti, mereka masih bersekolah. Cantik dan Jelita pula paras rupa. Namum hidup mereka kini penuh sesalan dan air mata. Kisah Sesalan HIV/AIDS di Usia Muda, episod derita hidup hingga ke mati. Kisah Hidup Sally dan Tina, pucuk muda, gadis belasan tahun. Satu kisah mentah kehidupan remaja mencari keseronokan yang akhirnya derita berpanjangan. Menyesal tak sudah kerana kesilapan silam, bahana kebebasan di usia muda.

Usia masih muda namun aku HIV positif AIDS, satu kisah penyesalan dalam kehidupan. Kisah iktibar untuk semua. Masa depan Penghidap HIV dan Pesakit AIDS yang kabur, hidup hanya dengan sisa terakhir yang penuh penyesalan yang tidak mungkin terbayang oleh insan yang sihat di luar sana.

Kisah Benar Kehidupan Penghidap HIV/AIDS

Mereka Ingin Tahu dan Ingin Mencuba. Keseronokan sementara, cinta dan asmara bebas. Menerusi Internet dan Facebook sebagai jalan pintas mencari teman segera. Mereka mula berjumpa lalu bermain cinta. Tidak terlalu lama, lalu mencuba pula asmara bebas, satu keseronokan yang sementara. Semuanya berlaku kerana perasaan ingin tahu dan ingin mencuba, di akhirnya padah menanti bersama Derita HIV/AIDS Hingga ke Akhir Hayat.

Pesona Wang Ringgit Ingin Tahu Ingin Mencuba

Godaan kemewahan dunia, Pesona Wang Ringgit. Mereka terpesona dengan pendapatan puluhan ribu ringgit sebulan hasil asmara bebas. Kegiatan sumbang dan seks bebas bersama lelaki-lelaki tanpa mengira status, umur ataupun keturunan. Malah pelancong asing sekalipun, pasti mereka terima dengan kaki yang terbuka. Mereka ketawa riang, bergaya seksi dan menggoda. Kini mereka menangis hiba bersama Kisah Sesalan HIV di Usia Muda.

Kisah Penyesalan dalam Kehidupan

Bagaimanapun, seronok hanya sekejap tetapi derita berpanjangan. Kini mereka yang menginjak usia 17 tahun menyesal tak sudah kerana kesilapan silam pada usia masih mentah. Kisah Penyesalan dalam Kehidupan. Jika dulu mereka berbangga didampingi ramai lelaki, diulit kemewahan dan mampu memiliki gajet canggih yang menjadi idaman rakan sebaya, kini semuanya tidak berguna lagi selepas Sally disahkan dijangkiti HIV positif. Sumber Kisah Benar Kehidupan Penghidap HIV/AIDS : myMetro

Sunday, February 17, 2013

Gambar Hugh Grant dan anaknya Felix Chang

Hugh Grant Felix Chang

Gambar Hugh Grant dan anaknya Felix Chang


Hugh Grant dan Felix Chang

Gambar Hugh Grant dan anaknya Felix Chang. Gambar Pelakon terkenal, Hugh Grant memegang anak lelakinya Felix Chang telah menarik perhatian ramai. Lihat saja wajahnya, ia amat lucu sekali. Apa yang lebih menarik, menurut sijil kelahiran, Felix Chang dilahirkan di Hospital di Paddington, London Barat St Mary - mana Duchess of Cambridge dijangka melahirkan anaknya. Hugh Grant mendedahkan nama penuh anaknya itu sebagai Felix Chang Hong Grant. Felix adalah perkataan Latin untuk bertuah dan Chang dalam bahasa Cina ertinya tahan lama.

Hugh Grant Rahsiakan Kelahiran Anaknya

Pada permulaannya, Hugh Grant merahsiakan kelahiran anak lelakinya Felix Chang. Pada minggu lepas, pelakon popular itu hanya memberitahu rakan-rakan terdekat sahaja dan ia masih dirahsiakan dari pengetahuan umum. Elizabeth Hurley bekas teman wanitanya, diantara rakan terdekat yang menerima makluman awal ini terus dari Hugh Grant sendiri. Sumber: Entertainmentwise

Sunday, February 17, 2013

Filem Star Wars Episode 7 (2015) | Trilogi Terbaru

Filem Star Wars: Episode 7 (2015). Trilogi terbaru Star Wars Episod 7-9 bakal diteruskan dengan kesinambungan dari trilogi yang terdahulu. Harrison Ford telah menandatangani peranannya sebagai Han Solo. Pelakon Star Wars: Episod 7 mungkin dipenuhi dengan muka-muka baru. Peminat Filem Star Wars: Episode VII pastinya mempunya banyak persoalan berikutan rumor Disney bersedia untuk membeli Lucasfilm. 

Filem Star Wars Episode 7 (2015) | Trilogi Terbaru

Menurut sumber, Harrison Ford telah menandatangani peranannya sebagai Han Solo dalam Star Wars: Episod 7. Ia pasti menggembirakan Peminat Filem Star Wars seluruh dunia kerana hampir pasti Trilogi terbaru Star Wars Episod 7-9 secara langsung akan menerus jalan cerita dari trilogi terdahulu, di samping memperkenalkan juga watak-watak yang baru.

Pasti ramai yang tidak sabar menantikan Star Wars: Episod 7 yang diarahkan oleh Pengarah J.J. Abrams. Informasi terkini pula, Harrison Ford dikatakan menandatangani watak penting sebagai Solo Han dalam 7 Episod. Filem Star Wars: Episode VII 2015

Saturday, February 16, 2013

Hujan Meteor melanda Rusia | Video dan Gambar

Hujan Meteor melanda Rusia. Suasana cemas dihujani meteor yang merupakan batuan dari langit menggemparkan masyarakat dunia. Pagi Jumaat 15 February 2013 waktu setempat, beberapa gambar dan rakaman video Hujan Meteor di Rusia masih sempat dirakam, walaupun keadaan ketika itu sangat bahaya dan mencemaskan. Berikut ialah Video Hujan Meteor di Rusia.

 Video Hujan Meteor di Rusia 2013


Rakaman video hujan meteor di Rusia Sebaik sahaja serpihan meteor melintas diruang angkasa, susana tiba-tiba menjadi gelap seketika. Sangat jelas kelihatan  saat meteor meledak. Suasana yang gelap seketika beberapa saat di kawasan sekitar jatuhnya meteorit itu, sebelum ledakan di langit terjadi. Hujan Meteor melanda Rusia merupakan fenomena yang tidak dapat dilupakan oleh mereka yang menyaksikannya. 

Gambar Hujan Meteor melanda Rusia

Serpihan meteor dari hentaman pertama meledak bagaikan hujan. Serpihan hujan meteor tersebut dilaporkan mencederakan penduduk sekita dan bangunan-bangunan berhampiran juga runtuh. Dari sumber berita Rusia dianggarkan 6 buah kota utama di Rusia mengalami kerosakan teruk akibat hujan meteor ini. Wilayah yang paling teruk terjejas ialah  wilayah Chelyabinsk dan Ural. Meteor meledak di atas kawasan Ural Rusia, Jumat pagi dan pecahannya menyebar di pemukiman. Akibat ledakan meteor tersebut. Lebih dari 250 Orang besar penduduk tempatan tercedera dan beberapa buah bangunan berhampiran mengalami kerosakan teruk. Video dan Gambar Hujan Meteor melanda Rusia.

Friday, February 15, 2013

Tip-tip Usahawan Kecil Internet

Tip-tip Usahawan Kecil Internet. Setiap detik dan ketika, Peniaga Kecil atau Usahawan Kecil mesti bijak dan cepat mengambil peluang. Lebih cepat menghidu suatu peluang itu maka ruang untuk mendapat keuntungan pun semakin besar. Jikalau lambat, bermaksud kita telah membuka ruang kepada persaingan dan ini boleh mengurangkan jumlah keuntungan yang bakal diperolehi. Hapuskan halangan minda. Halangan dalam usaha memang banyak. Tapi semua itu dapat diatasi sekiranya usahawan kecil dapat mengatasi satu halangan ini iaitu "halangan minda". Halangan minda terbesar ialah tidak percaya dengan kebolehan diri sendiri menyebabkan langkah pertama pun sukar untuk diambil. Tanpa langkah pertama, pasti tiada langkah kedua USAHAWAN KECIL DAN TIP-TIP USAHAWAN 2013

Tip-tip Usahawan Kecil Internet Perniagaan Online


Tip-tip Usahawan Kecil Dinamik bukan Statik

Tingkatkan kebolehan belajar. Usahawan Kecil Internet mesti cepat belajar. Semakin cepat belajar maka semakin cepat kita boleh lakukan sesuatu yang baru. Cuma nasihat saya, jangan belajar terlalu banyak tanpa melakukan tindakan. Cara terbaik ialah belajar dan terus praktikkan. Keluar dari zon selesa, sentiasa ingin memajukan diri dengan mempelajari sesuatu yang baru. Usahawan Kecil Dinamik, tidak akan dipandang kecil. Kalau telah mahir dengan blogging, mungkin sudah tiba masanya untuk belajar Affiliate. Kalau selama ini kita telah Belajar Affiliate, mungkin sekarang belajar Menghasilkan Produk Sendiri pula.

Usahawan Kecil yang ingin berjaya mesti membina jambatan ilmu, iaitu dengan mengembangkan rangkaian kenalan kita di kalangan mereka yang berpengetahuan. Ini merupakan Tip-tip Usahawan Kecil Dinamika. Dengan mengembangkan rangkaian rakan kita boleh mempelajari pelbagai ilmu lain daripada orang lain. Melabur untuk minda dengan membeli bahan maklumat terkini dan menghadiri kursus-kursus perniagaan tertentu. Pelaburan minda kalau diaplikasikan akan membawa pulangan yang lumayan.

Usahawan Kecil Internet perlu sederhana dan sentiasa bersyukur agar lebih dekat dengan Yang Memberi Rezeki. Amalkan sikap suka bersedekah sebagai tanda syukur dengan anugerah yang telah diberikan. Hati mesti Tabah dan Berani, jangan jadi seperti Usahawan Kecil Hati Bakal Muflis Semoga Usahawan Kecil mendapat manafaat dan sentiasa majukan diri dari Entri Tip-tip Usahawan Kecil Internet. Idea dari: http://ms.shvoong.com

Friday, February 15, 2013

Asran Bapak Ayam Makassar

Asran Bapak Ayam Makassar akhirnya diberkas polis. Pada Akhir Januari 2013, satu Sindiket Pelacuran Indonesia berjaya dilumpuhkan oleh pihak polis. Dengan menawarkan gadis berusia belasan tahun, sindiket tersebut cukup terkenal malah nama Asran Bapak Ayam Makassar selalu juga Hootoh dengar dari mulut rakan-rakan yang berurusan kerja di Makassar

Bapak Ayam bogel Makassar Indonesia pelacur indon

Digelar Bapak Ayam Makassar, Asran, 30 tahun agak tenang sewaktu ditangkap di bilik bernombor 324 Hotel Jade, Jalan Pengayoman. Asran memaklumkan bahawa, semenjak menjadi bapa ayam, dia tidak pernah mencari gadis-gadis untuk dijadikan Pekerja Seks Komersial, namun Gadis dan Mahasiswi di Makassar yang sering mencarinya. Sumber: Berita Yahoo

"Mereka mencari saya untuk dibantu mencari pelanggan dan saya membantu sekadar mampu"
Asran Bapak Ayam Makassar
Friday, February 15, 2013

Tip-tip dari Najib untuk Usahawan Kecil

Tip-tip dari Najib untuk Usahawan Kecil dan Usahawan Sederhana. Golongan Usahawan Kecil dan Sederhana perlu lebih dinamik, tidak berada di takuk lama dan tidak melupakan jasa kerajaan yang sentiasa memberikan bantuan dan peluang untuk mereka mengembangkan perniagaan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan menerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) telah memberi bantuan pinjaman kepada 250,000 Usahawan Kecil dan Sederhana untuk memulakan perniagaan mereka.

Tip-tip usahawan dari Najib untuk Usahawan Kecil
"Jangan lupa jasa kerajaan, yang sokong (kerajaan) dapat (pinjaman TEKUN), yang tidak sokong pun dapat, kadang-kadang kita sedih juga, kita buat susah-susah, mereka kutuk, bila dapat apa-apa bantuan dia yang tercegat di depan kita"

"Yang paling penting kita sudah faham, sudah tahu siapa yang tolong kita selama ini. Kalau dapat mandat dari rakyat, bukan sahaja Tekun bertambah maju dan dapat lahirkan ribuan usahawan tetapi negara ini dapat dimartabatkan sebagai negara maju dan berjaya"
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Usahawan Tekun dan Ekspo Keusahawanan Tekun Nasional 2013 bertemakan "Melahirkan Komuniti Usahawan Tekun yang Berdaya Usaha, Jujur dan Progresif" di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. Sumber: Bernama 9 Feb

Bila dah masuk bab politik ni, Hootoh blog terus angkat tangan. Tak berani nak komen atau ulas lebih-lebih. Tapi ada nasihat dari otai usahawan, katanya berniaga ada dua jalan. Satu Jalan Kesat, kenalah merangkak. Lagi satu Jalan Berpelincir, licin dan laju aje. Hah! dalam juga maksudnya tu. Sediri mau ingat, jangan pilih jalan hitam, kita layan aje Tip-tip dari Najib untuk Usahawan Kecil dan Usahawan Sederhana

Mengenai Panduan dan Tip Usahawan Kecil

Usahawan Kecil Hati Bakal Muflis - Selain tip-tip usahawan seperti kata-kata semangat untuk usahawan kecil, kata-kata cabaran seperti ini juga perlu. Usahawan Kecil hati dan berasa terancam akibat... 
Kata Semangat dan Tip-tip Usahawan - Kata Semangat dan Tip-tip Usahawan Kecil. Sama ada usahawan kecil ataupun usahawan besar, semangat perlu kuat, hati mesti tabah. Kepada ingin memulakan perniagaan, ingatlah setiap usahawan besar, terkenal dan kaya raya pada hari ini, dulunya mereka... 
Wednesday, February 13, 2013

Surat Wasiat dan Pesanan Akhir Osama Laden

Surat Wasiat dan Pesanan Terakhir Osama bin Laden Kepada Keluarganya dan anak-anaknya. Dalam Surat Wasiat Osama Laden menyampaikan permohonan maaf beliau kepada 24 orang anaknya kerana beliau kurang memberi perhatian kepada mereka. Kata-kata dan Pesanan Akhir Osama Laden ini ditulis oleh pimpinan jaringan Al Qaeda, dalam surat wasiatnya tiga hari selepas 11 September 2001. 

 Osama Laden Surat Wasiat dan Pesanan Akhir

Wasiat Osama Laden, Surat Wasiat kematian merupakan pesanan terakhir ketua Al Qaeda Osama bin Laden kepada anak dan keluarganya.

Biodata Osama bin Laden

Osama Laden yang merupakan anak pengusaha kaya raya dari Arab Saudi mewarisi kekayaan ayahnya, pengusaha konstruksi di Arab Saudi, bernilai 27,6 juta dollar AS. Dalam surat wasiatnya itu juga, Osama juga meminta anak-anaknya tidak terlibat dengan Al Qaeda dan memohon empat isterinya agar tidak menikah lagi. Surat wasiat bertarikh 14 Desember 2001 itu ditandatangani Osama bin Laden sendiri bersama dengan tulisan; "Saudaramu Abu Abdullah Osama Muhammad Bin Laden".

Pada saat itu, Agensi perisikan AS telah berjaya mengesan sistem komunikasi radio Osama dari Tora Bora, sebuah kompleks di antara Afganistan dan Pakistan yang dijadikan lokasi persembunyian dan perlindungan dari serangan pengeboman AS. Osama meminta para isterinya untuk tidak menikah lagi dan sentiasa mengingati Allah disamping mengasuh anak-anak mereka mengikut ajaran Islam. "Jangan berpikir untuk menikah lagi. Curahkanlah waktu kamu di jalan diredhai Allah dan didiklah anak-anak agar mereka ke jalan yang benar"


Surat Wasiat dan Pesanan Akhir Osama Laden

Pada 2002, salinan surat wasiat ini telah tersebar di tanah Arab, namun Al Qaeda menafikan dan memaklumkan bahawa surat ini adalah palsu. Namun, Agensi perisikan Barat tetap menganggap surat wasiat Osama bin Laden ini adalah serius. Surat Wasiat dan Pesanan Terakhir Osama bin Laden Kepada Keluarganya dan anak-anaknya ini masih menjadi tanda tanya dan masih belum pasti kebenarannya hingga hari ini.

والله أعلمُ بالـصـواب
Wallahu’alam bissawab  

Wednesday, February 13, 2013

Usahawan Kecil Hati Bakal Muflis

Usahawan Kecil Hati Bakal Muflis. Selain tip-tip usahawan seperti kata-kata semangat untuk usahawan kecil, kata-kata cabaran seperti ini juga perlu. Usahawan Kecil hati dan berasa terancam akibat persaingan daripada pasar raya besar bakal muflis. Berani menghadapi risiko dan menganggap persaingan satu aktiviti sihat adalah jati diri yang perlu ditanam oleh setiap peringkat usahawan di negara kita.

usahawan kecil tip-tip usahawan

Usahawan kecil, sederhana mahupun besar. Setiap peringkat ada cabaran! Ada persiangannya. Malah apa saja pekerjaan pasti ada risiko. Bergantung pada kekuatan semangat ushawan dan perniaga itu sendiri. Pepatah ushawan yang selalu saya pegang, "Money Must go Fist" dan ingatlah, "Berani mati, tak Mati" dan "Usahawan Kecil Hati Bakal Muflis"
Tuesday, February 12, 2013

Laman Kehakiman di Hack bersama Memo Permohonan

Laman Kehakiman di Hack bersama  Memo 37 Permohonan. Laman Mahkamah Persekutuan Malaysia di hack oleh Hackers terkenal Sofea Hana. Hackers yang bernama Sofea ini menjadikan laman Makhamah Persekutuan Malaysia bewarna pink. Walaupun tindakan menggodam sesebuah laman adalah salah, namun Hacker Sefea Hana telah meninggalkan memo di homepage Laman Mahkamah Persekutuan Malaysia yang pastinya mendapat sokongan dan menarik perhatian rata-rata rakyat Malaysia. Berikut ialah 37 Permohonan isi Memo tersebut

Laman Kehakiman di Hack bersama  Memo Permohonan

Assalamualaikum. Kami selaku rakyat Malaysia memohon agar pihak kerajaan Malaysia sekarang ini menyumbangkan sedikit masa untuk membaca dan meneliti memo di bawah.
  • Mohon Tetapkan pemakaian artis agar tidak terlalu menonjol
  • Mohon Membuka lebih banyk peluang pekerjaan untuk belia
  • Mohon dikaji semula umur bersara untuk memberi peluang pekerjaan kepada golongan muda lepasan IPT.
  • Mohon turunkan kadar cukai
  • Mohon turunkan/hapuskan caj yg xmunasabah
  • Mohon dikaji smula pendidikan negara yg terlalu berorientasikan peperiksaan.
  • Mohon Perdana Menteri melepaskan jawatan demi masa depan negara.
  • Mohon diberikan biasasiswa kepada pelajar yang cemerlang tanpa mengira latar belakang.
  • Mohon kembalikan hak rakyat.
  • Mohon menangkap pemimpin rasuah dengan segera.
  • Mohon debat antara pemimpin berlainan parti 2 bulan sekali untuk menunjukkan kematangan pemimpin.
  • Mohon hentikan penggunaan porno dan fitnah yg melampaui logik akal ketika berkempen atau ketika ingin menjatuhkan parti lawan kerana ia boleh memalukan diri sendiri,
  • Mohon salah satu negeri di Malaysia dibenarkan untuk melaksanakan hukum hudud agar dapat dijadikan contoh kepada negeri2 lain.
  • Mohon siasat setiap kekayaan melampau setiap menteri.
  • Mohon kerajaan masuk campur dalam isu harga rumah yang melambung tinggi sebelum terlambat dan jadi macam spain, portugal dan greece.
  • Mohon undi yang bersih
  • Mohon Bil Pembentungan Indah water dihapuskan
  • Mohon pendidikan percuma untuk rakyat
  • Mohon hukum Islam dilaksanakan secara keseluruhan dan tidak liberal.
  • Mohon dihukum mana2 kaum yang rasict.
  • Mohon royalti diserahkan kepada rakyat Kelantan dan Terenganu,bukan Wang Ihsan
  • Mohon media yang adil.
  • Mohon jadikan Malaysia negara yang betul2 mengamalkan demokrasi,bukan demokrasi yang hanya pada nama.
  • Mohon pemimpin bertaubat
  • Mohon pemimpin yang bersalah mengaku akan kesalahannya.
  • Mohon isteri para pemimpin memakai tudung supaya dapat menjadi contoh kepada rakyat.
  • Mohon pemimpin mengamalkan cara hidup islam.
  • Mohon bangunan usang di setiap bandar dicat semula untuk mewujudkan suasana ceria.
  • Mohon harga barang keperluan diturunkan kerana ia begitu membebankan pengguna.
  • Mohon segala skim 1Malaysia dihapuskan. Kami mahu bantuan sebenar,bukan gula2.
  • Mohon menurunkan harga perkhidmatan internet serendah negara-negara maju yang lain.
  • Mohon memperketatkan syarat kemasukan pekerja asing ke dalam negara.
  • Mohon hentikan penyalahgunaan media untuk kepentingan peribadi dan politik melampau.
  • Mohon memberi bantuan dari segi kewangan atau lain-lain bantuan kepada mana2 organisasi yang ingin mengadakan program Ilmiah dan keagamaan.
  • Mohon meningkatkan sistem pengangkutan awam untuk keselesaan rakyat.
  • Mohon mengasingkan tempat duduk antara lelaki dan perempuan ketika mengadakan persembahan hiburan.
  • Mohon menjadikan Al-Quran dan Hadis sebagai perlembagaan
Harapan kami agar pihak kerajaan Malaysia dapat mempertimbangkan isi kandungan memo ini kerana memo ini dibuat untuk kebaikan dan kepentingan negara Malaysia.

Tuesday, February 12, 2013

Hukum Tutup Cemin Bila ada Jenazah

Hukum Tutup Cemin bila ada Jenazah. Perbuatan pelik, ada jenazah cermin pula ditutup. Menutup cermin-cermin muka dengan kain apabila jenazah ada didalam rumah hampir menjadi kebiasaan masyarakat kita. Timbul juga tandatanya mengapa amalan menutup cermin ini dilakukan apabila ada jenazah didalam rumah, namun memandangkan situasi yang tidak sesuai, persoalan ini selalu disimpan dan akhirnya dilupakan begitu saja. Namun, bila melihatkan amalan metutup cermin dengan kain ini hampir menjadi kemestian, persoalan ini perlu mendapat penerangan yang jelas. Apa Hukumnya dalam Islam perbuatan menutup cermin muka ketika ada jenazah didlam rumah. Berikut ialah maklumat yang Hootoh Blog perolehi dari sebuah laman soal jawab agama. Wallahu’alam bissawab 

hukum agama tutup cermin jenazah kematian

Hukum Menutup Cermin Muka Ketika ada Jenazah di Dalam Rumah


Assalamualaikum ustaz,
Ada tuan rumah yang cover cermin-cermin muka di rumah dengan kain semasa ada jenazah. Saya tidak bertanya mengapa. Harap ustaz jelaskan hukum melakukannya.
Terima kasih.

Bismillahi wal hamdulillah,
Kami tidak menjumpai saranan dari Rasulullah saw supaya menutup cermin-cermin muka ketika terdapatnya jenazah dalam rumah tersebut. Apa yang kami temui ialah ianya merupakan amalan orang tua-tua dahulu yang beranggapan bahawa, cermin hanya digunakan oleh Si Mati ketika hidupnya sahaja. Apabila telah mati, cermin tersebut tidak berguna lagi kerana mengikut Kepercayaan Kuno Masyarakat Hindu, roh atau hantu tidak boleh melihat dirinya dalam cermin.

Maka untuk menjaga hati dan perasaan serta bagi menghormati ruh tersebut, setiap cermin muka dirumah simati tersebut perlulah ditutup. Perbuatan tersebut mengikut syarak adalah dilarang kerana ianya adalah perbuatan yang tidak dilakukan oleh Rasulullah saw serta dianggap sebagai satu perbuatan khurafat yang menyalahi syarak.

والله أعلمُ بالـصـواب
Wallahu’alam bissawab 
dan Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya
and Allah knows the right

Tuhan, Tolong Jangan Matikan Aku
الفاتح untuk Allahyarhamah Farah Farhanah yang telah kembali ke Rahmatullah pada Petang 26 RabiulAwal 1434 H
Sunday, February 10, 2013

Kata Semangat dan Tip-tip Usahawan

Kata Semangat dan Tip-tip Usahawan Kecil. Sama ada usahawan kecil ataupun usahawan besar, semangat perlu kuat, hati mesti tabah. Kepada ingin memulakan perniagaan, ingatlah setiap usahawan besar, terkenal dan kaya raya pada hari ini, dulunya mereka hanya usahawan kecil. Mereka bermula secara kecil-kecilan. Keazaman dan bercita-cita tinggi antara tip-tip usahawan yang disampaikan melaui kata-kata semangat. Berikut, +Hootoh Blog persembahkan Koleksi Kata semangat dari usahawan-usahawan berjaya seluruh dunia yang dulunya hanya Usahawan Kecil.

tip-tip usahawan kecil kata semangat

Tip-tip Usahawan Kecil


Tip-tip usahawan kecil Kata-kata Semangat

Jangan mudah bosan atau berputus asa
Tetapkan matlamat dan misi anda dengan jelas
Bertindak sekarang dan laksanakan idea anda
Langkaui kemusykilan, atasi permasaalahan
Sentiasa kreatif
Anda tidak keseorangan
Usah tunggu, cari dan cipta peluang
Sentiasa berfikir, masa itu emas
Buat kajian, pastikan berhasil
Sentiasa bersedia untuk sebarang risiko
Lakukan apa saja yang anda suka
Fikir dengan bijak
Sabar dan berani
Jangan takut, yakin dalam bertindak
Mengaku kesalahan dan atasinya
Cari keunikan dalam bisnes anda

Kata Semangat dan Tip-tip Usahawan Kecil. Kata, semangnya ringkas, namun ia mampu menusuk dan menyalakan api semangat. Sentiasa ikhlas dan selalulah berdoa agar mendapat petunjuk dari Allah. Semoga halal rezeki yang diperolehi. Hayati Kata Semangat dan Tip-tip Usahawan, ilham dan idea tercipta dimana-mana. Akhir kata, ingat Usahawan Berjaya Seluruh Dunia Hari Ini, Dulunya Hanya Usahawan Kecil.

Saturday, February 09, 2013

Asia Fans Blogger Network Komuniti Blogger Malaysia

Asia Fans Asia Fans Blogger Network Komuniti Blogger Malaysia. Sebuah Forum komuniti internet tempatan yang menyediakan pelbagai topik yang menarik dan terkini. Forum ini juga amat mesra pengguna dan admin yang very friendly. Forum Asia Fans merupakan tempat di mana satu perbincangan tentang sesuatu topik  secara maya boleh dilakukan. Asia Fans Blogger Network Komuniti Blogger Malaysia. Forum Aktif dan Topik terkini. Berbincang dan berdiskusi sambil menambah kenalan baru dunia online anda. Jom Join Asia Fans Forum

Asia Fans Blogger Network Komuniti Blogger Malaysia

Pertama kali Hootoh Blog melawat ke Asia Fans Blogger Network Komuniti Blogger Malaysia, niat mulanya sekadar meronda cari panduan dan tip blog di forum-forum berbahasa malaysia. Namun, bila melihat senarai Topic di Asia Fans, Hootoh Blog terus mendaftar dan memperkenalkan diri di Ruangan Santai. Meneroka Forum Asia Fans untuk beberapa minit, dan Hootoh Blog dapat melihat kepentingan Forum ini demi meningkatkan dan menimba ilmu blog agar mampu bersaing dalam arena blog masa kini. Bermula dari saat itu, Asia Fans Forum menjadi menu harian dunia online Hootoh Tudia.

Asia Fans Blogger Network Komuniti Blogger Malaysia. Forum Aktif dan Topik terkini. Berbincang dan berdiskusi sambil menambah kenalan baru dunia online anda. Network Komuniti Blogger Malaysia Asia Fans. Register Forum Asia Fans

Saturday, February 09, 2013

Misteri Digigit Kekasih Jin

Misteri Digigit Kekasih Jin. Kesan lebam misteri pada badan namun ia bukan Lovebite, ia lebam Jinbite, ia Gigitan Jin. Bila Jin atau makhluk halus mula jatuh cinta kepada seseorang wanita, pasti buruk padahnya. Pada permulaan, akan wujud kesan lebam pada peha wanita itu, dan jika dibiarkan, lebam-lebam itu mungkin melarat ke anggota-anggota badan yang lain. 

Misteri Digigit Kekasih Jin Fenomena Mistik Paranormal

Lebam Digigit Jin boleh berlaku apabila seseorang wanita tidur selepas asar, biasanya kesan itu dapat dilihat pada peha kanan mereka. Tompok lebam kebiruan, dan jika mampu dilihat, pasti ada 5 lubang halus pada lebam tersebut. Apa yang lebih malang, sekali Jin menggigit pasti akan digigit lagi. Jangan biarkan Jin Jatuh Cinta. Elakkan keluar waktu senja atau petang,  jangan dedahkan aurat dan berpakaian seksi, jauhi tempat-tempat sunyi seperti lorong dan kawasan berlubang seperti telaga dan longkang. Informasi tambahan: Video Gigitan Jin di Waktu Tidur

Mandi pada waktu maghrib tanpa beralas, gunakanlah kain basahan. Wanita tidak dapat melihat, namun Jin mampu melihat kekasihnya. Digigit Jin tanda kasihnya. Usah menggoda Jin dengan kecantikan mu, sekali Jin jatuh cinta, buruk padahnya dan sukar dicari penawarnya. Ada yang menamakan ia Sihir Jin Asyik (Jin sedang Angau). Bila Jin cuba pertahan cinta pada kekasihnya, pasti sukar seseorang itu mendapat jodoh. Malah bila orang datang merisik lalu senyap, orang datang meminang juga senyap. Mungkin ada kekasih alam lain yang cuba pertahan cinta mereka. Paranormal Misteri Digigit Kekasih Jin

والله أعلمُ بالـصـواب
Wallahu’alam bissawab 
and Allah knows the right


Saturday, February 09, 2013

Tema Hari Guru 2013 | Borang Cadangan

Tema Hari Guru 2013 masih lagi dalam proses cadangan. Pemilihan Tema Hari Guru 2013 telah bermula pada 15 Januari dan akan berakhir pada 15 Feruari 2013. Borang Cadangan Tema Hari Guru 2013 boleh dimuat turun amat dialu-alukan. Untuk makluman, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti telah menjadi urus setia pemilihan Tema Hari Guru Tahun ini

Tema Hari Guru 2013 | Borang Cadangan

Apa Tema Hari Guru 2013 dan Bagaimana Tema Hari Guru Disediakan.

Sebagai Panduan dan Rujukan dalam penyediaan Tema Hari Guru 2013, bersama Borang Cadangan disertakan bersama Panduan Mencipta Tema hari Guru, Borang Cadangan Tema Hari Guru dan Senarai Tema Hari Guru 1972-2012. Muat turun Borang Cadangan Tema Hari Guru dan Maklumat Hari Guru 2013 boleh terus merujuk Laman Hari Guru Portal


Friday, February 08, 2013

Perjanjian Berhenti Facebook $200 Insentif

Perjanjian Berhenti Facebook $200 Insentif. Seorang bapa berjanji Insentif berjumlah $200 kepada anak perempuannya jika dia berhenti Facebook. Perjanjian Berhenti Facebook yang dibuat oleh seorang bapa demi anaknya Rachel Baier, telah menarik perhatian ramai. Beliau akan membayar membayar Insentif $200 sekira anaknya berhenti Facebook selama lima bulan. Menurutnya lagi, perjanjian Berhenti Facebook $200 antara ayah dan anak itu telah berkuatkuasa sejak 6 Feb 2013 lagi. Perjanjian Berhenti Facebook itu disahut oleh anaknya, Rachel Baier dan meminta $70 sebagai saguhati pendahuluan.

Perjanjian Berhenti Facebook $200 Insentif

$200 To Quit Facebook, mula menjadi perhatian. Rachel menganggap Facebook telah mewujudkan jurang besar antara realiti dan fantasi. Sekiranya ia berlanjutan, kehidupan anak-anak remaja pasti akan musnah. Bagi mengtasinya idea memberi insentif $200 mungkin mampu mengembalikan anaknya ke kehidupan sebenar.

Mendapat bayaran $200 untuk berhenti Facebook mungkin telah cukup untuk gadis ini, tapi ia pasti idea gila sikiranya dilaksanakan secara terbuka. Tapi, bagi Hootoh Tudia, Insentif $200 Perjanjian berhenti Facebook boleh dilakukan secara dalaman untuk sesebuah keluarga. Mampukah Rachel Baier mematuhi perjanjian tersebut? masih ada 4 bulan lebih, dan aku rasa ia terlalu awal untuk dipastikan. Hootoh Blog akan mengikuti perkembangan Perjanjian Berhenti Facebook $200 Insentif.


Thursday, February 07, 2013

Budak 9 Tahun Lahirkan Bayi Perempuan

Budak 9 Tahun Lahirkan Bayi Perempuan. Bayangkan kanak-kanak perempuan di usia 9 Tahun menjadi seorang ibu. Kisah yang menggemparkan ini berlaku di Mexico. Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 27 Jan 2013 di Hospital Zoquipan di Jalisco, Mexico. Kesian, kecik-kecik dah jadi ibu. Mungkin ibu tunggal.

Budak 9 Tahun Lahirkan Bayi Perempuan

Young girl 9-Year-Old Gives Birth. Pada masa kehamilan, dia masih berusia 8 Tahun dan seorang budak lelaki berusia 17 tahun iaitu bapa kepada bayi perempuan telah hilang jejaknya hingga hari ini. Ahli keluarga dan saudara terdekat berusaha mencari bapa kepada bayi perempuan tersebut, namun masih gagal. Pihak berkuasa menganggap kejadian ini Kes Mengandung yang Pelik dan mungkin dibicarakan untuk Kes Rogol atau Penderaan Seksual Kanak-kanak.

Pihak Hospital terpaksa melakukan Teknik C-Section kerana teknik tersebut merupakan pilihan terbaik memandangkan usia Si Ibu yang hanya 9 Tahun yang masih belum bersedia untuk melahirkan bayi. Walaubagaimanapun, bayi tersebut dilahirkan sihat. Ibu berusia 9 Tahun dan bayi perempuan tersebut dibenarkan pulang, namun pihak Hospital akan sentiasa memantau proses pembesaran bayi tersebut memandangkan usia ibunya terlalu muda. Kanak-kanak di Malaysia pada umur 9 Tahun masih main anak patung tapi di Mexico Budak 9 Tahun Lahirkan Bayi Perempuan.

Thursday, February 07, 2013

Tolong Jangan Matikan Aku

Tuhan, Tolong Jangan Matikan Aku. Assalammualaikum..
Annyeonghaseyo. Holla korang! Korang, korang suka pantai tak? Aku suka sangat pantai dan paling suka tengok ombak. Bila tgk ombak, aku rasa macam ombak bawak pergi segala bebanan perasaan aku. Semalam lepas pergi kenduri, papa bawak aku pergi pantai.

Allah, aku tenang tengok ombak yang memukul pantai itu . Aku rasa lapang dada sebaik terpandang pantai . Rasa macam segala kesakitan aku pergi, ya Allah. Papa dan Mama jalan-jalan dekat gigi ombak. Aku pulak tengok aje ombak tu memukul pantai. Allah, semalam semasa melihat kebesaranMu itu, mulut aku tak berhenti dari berdoa.
"Ya Allah , tolong jangan matikan aku lagi. Aku nak terus hidup. Aku nak bersujud padaMu dahulu. Aku nak balas jasa kedua ibu bapa aku dulu . Aku nak tengok kejayaan adik beradik aku dan aku nak tengok wajah pelindung yang akan Engkau hadirkan untuk aku. Allah , tolong jangan matikan aku dulu. Masih banyak impian yang belum tertunai. Masih banyak yang aku nak capai dalam dunia nie. Ya Allah, bawa pergilah segala kesakitan nie. Sembuhkanlah aku"
"Setitis airmata jatuh bersama doa itu , Ya Allah. Aku mohon padaMu, jangan matikan aku sebelum semua itu tertunai. Aku mohon padaMu , beri aku satu peluang"
Friday, 21 December 2012 at 23:34 
Sumber: Blog pribadi Farah Farhanah a.k.a Mrs Lion

Sesungguhnya Allah maha Pengasih lagi maha Mengetahui. Pada hari Khamis 7 Februari 2013. Petang 26 RabiulAwal 1434 H. Farah Farhanah telah kembali ke Rahmatullah إنا لله وإنا إليه راجعون
Semoga Allah mempermudahkan dan mengampuni segala dosa Allahyarhamah serta menempatkannya di kalangan orang-orang yang beriman.  الفاتح 


Takziah kepada ahli keluarga, saudara-mara, sahabat dan sesiapa yang mengenali Allahyarhamah. Semoga tabah melalui ketentuan Allah. Sesungguhnya Allah maha pengasih lagi maha mengetahui.

أعظم الله أجرك وأحسن عزائك وغفر لميتك
"Semoga Allah memberikan pahala yang berganda-ganda kepada saudara dan menjadikan saudara dapat bersabar dengan sebaik-baiknya serta diampunkan orang yang telah mati"

Thursday, February 07, 2013

Fantasi Liga Super | Peraturan Asas Permainan

Peraturan Asas Permainan. Fantasi Liga Super Malaysia  is based on the 2013 Malaysia Super League season. The game will begin with the first matches of the season played on 8th January 2013 and will run through to the final set of matches played upon 6th July 2013. You will get a Fantasy Budget to make your own Fantasy Football Team of players from the 12 teams in the Malaysia Super League. Your Fantasy team will then get Fantasy Points for the real life performance of your selected players.

Peraturan Asas Permainan Fantasi Liga Super Malaysia

You may only enter 1 team per entrant. Any entrant found to have entered more than 1 team will be disqualified and removed from the game. You can join the game at any point throughout the competition. However you will not score points until your team is submitted. Fantasi Liga Super | Cara Memilih Pasukan.

Thursday, February 07, 2013

Helah Akal yang Gagal | Puisi Tipu Daya

Helah Akal yang Gagal sebuah Puisi Tipu Daya - Tipu daya yang terpedaya, tipu muslihat yang terjerat. Mereka tidak akan dapat dengan tipu muslihat dan mereka tidak akan berjaya dengan tipu daya. Yang menggunakan tipu daya akhirnya dia sendiri yang terpedaya dan yang menggunakan tipu muslihat akhirnya dia sendiri yang terjerat. 

Helah Akal yang Gagal | Puisi Tipu Daya

Sekalipun menggunakan akal mereka akan gagal dan sekalipun mengghunakan helah mereka pati akan kalah. Sesungguhnya Allah tahu apa yang kita tipu dan Allah melihat apa yang kita khianat. 
Puisi Malaysia Koleksi Ilham Minda | Inspirasi Bahasa.

Dan orang-orang itu merancang tipu daya, dan Allah pula membalas tipu daya mereka. 
Ali ‘Imran: 54

Antara lain, Koleksi Puisi Malaysia
Keji Berahi Buruk Maksyuk | Puisi Malaysia 


7F2SW9Z7MDBR
Wednesday, February 06, 2013

Kisah Mimpi Raja Nebuchadnezzar dan Nabi Daniel

Kisah Mimpi Raja Nebuchadnezzar dan Nabi Daniel. Dalam satu riwayat mengatakan bahawa pada satu ketika raja Nebuchadnezzar telah bermimpi sesuatu yang menakutkan sehingga dia telah meminta para ahli nujum untuk menafsirkan mimpinya namun dia sendiri tidak tahu apa yang dimimpikan olehnya. Raja Nebuchadnezzar mengancam untuk menjatuhkan hukuman bunuh kepada para ahli nujum sekiranya mereka tidak dapat menafsirkan mimpinya sehinggalah salah seorang daripada tawanan penjara memberitahu raja bahawa Nabi Daniel boleh menafsirkan mimpi raja itu.

Kisah Mimpi Raja Nebuchadnezzar dan Nabi Daniel

Pada ketika itu Nabi Daniel dalam tahanan penjara, Nabi Daniel bersama-sama rakannya tidak menjamah sedikit pun makanan yang diberikan oleh tentera Babylon sebaliknya hanya makan sayur dan minum air sahaja. Nabi Daniel telah menafsirkan mimpi raja itu mengenai sebuah patung besar yang mana setiap bentuk pada tubuh patung itu adalah daripada pelbagai logam iaitu kepalanya dari emas tua, dada dan lengannya dari perak, perut dan pinggangnya dari tembaga sedang pehanya dari besi dengan kakinya sebahagian daripada besi dan sebahagian lagi dari tanah liat.

Demi menghargai bantuan Nabi Daniel, Maka selepas itu, Nabi Daniel telah dilantik oleh Raja Nebuchadnezzar itu untuk menjadi orang kanannya kerana raja itu kagum dengan kehebatan Nabi Daniel, namun para menteri yang lain berasa cemburu lalu mereka telah mengadakan pelbagai cara untuk membunuh Nabi Daniel. Digalilah sebuah lubang besar, kemudian Nabi Daniel dimasukkan ke dalamnya bersama-sama dengan binatang-binatang buas dan berbisa. Namun, setelah beberapa hari lamanya Nabi Daniel berada di lubang tersebut, Nebuchadnezzar mendapatkan Nabi Daniel dalam keadaan sihat serta tidak luka sedikitpun.

Para menteri itu terus membuat perancangan untuk membunuh Nabi Daniel sehinggakan mereka telah menghasut raja Nebuchadnezzar bahawa Nabi Daniel telah "buang air" terhadap raja itu ketika sedang tidur. Raja yang mendengar hasutan itu berasa geram lalu Nabi Daniel telah dipanggil oleh raja terbabit untuk tidur dibiliknya. Nebuchadnezzar telah memberitahu pengawalnya sekiranya terdapat orang yang ingin masuk ke biliknya walaupun dia mengaku sebagai raja, pengawal itu perlu membunuh orang itu. Nabi Daniel tidak keluar daripada bilik itu sebaliknya raja itu yang keluar kerana hendak membuang air sehinggakan pengawal yang berkawal itu tidak percaya sedikitpun kepada Nebuchadnezzar walaupun dia memberitahu dia adalah raja. Akhirnya dia telah dibunuh oleh pengawalnya sendiri. Begitulah Allah S.W.T. hendak menyelamatkan nabi-Nya daripada kezaliman Nebuchadnezzar.

Kisah Mimpi Raja Nebuchadnezzar dan Nabi Daniel ini diambil dari pelbagai sumber di internet dan tidak pasti mengenai kesahihan kisah ini. Namun saya agak kurang jelas pada hasutan menteri "mereka telah menghasut raja Nebuchadnezzar bahawa Nabi Daniel telah "buang air" terhadap raja itu ketika sedang tidur." Jika sesiapa ada penerangan lanjut, harap dapat dikongsi bersama di Kisah Mimpi Raja Nebuchadnezzar dan Nabi Daniel.

Tuesday, February 05, 2013

Panduan Liga Super Fantasi | Cara Memilih Pasukan

Panduan Liga Super Fantasi. Liga Super Fantasi Guide and Tip. Cara-cara bermain dan memilih pasukan Liga Super Fantasi Malaysia. Liga Super Fantasi ialah game online football manager berdasarkan pada Liga Super Malaysia 2013. Permainan akan bermula dengan perlawanan pertama iaitu pada 8 Januari 2013 dan berterusan hingga set terakhir perlawanan pada 6 Julai 2013. Panduan dan Cara-cara bermain Liga Super Fantasi Malaysia.

Panduan Liga Super Fantasi | Cara Memilih Pasukan


Cara-cara bermain dan memilih pasukan Liga Super Fantasi | Panduan Liga Super Fantasi


Namakan Pasukan Liga Super Fantasi. Berikan nama yang anda mahu Pasukan anda akan dipanggil. Sila ambil perhatian - Jangan menyinggung perasaan! Mana-mana nama-nama yang dianggap tidak sesuai atau menyinggung akan dibatalkan dan dikeluarkan dari permainan.

Memilih Ahli Pasukan Liga Super Fantasi. Buat pasukan Bola Liga Super Fantasi anda dari pemain Liga Super Malaysia yang sebenar merujuk Liga Super Malaysia yang terkini. Anda boleh memilih secara manual untuk pasukan anda atau secara autoamatik iaitu pemilihan secara rawak. Anda boleh membuat seberapa banyak perubahan kepada pasukan anda yang anda suka, tetapi anda hanya boleh mendapat mata untuk pasukan yang terbaik.

Bajet Pasukan Liga Super Fantasi. Untuk memasukkan pasukan anda mesti memilih 11 pemain dari pasukan Liga Super Malaysia dalam lingkungan bajet anda RM 12 juta. 3 Pemain Kuota maksimum, Anda boleh memilih maksimum 3 pemain dari setiap kelab yang sedia ada.

Pembentukan Pasukan Liga Super Fantasi. Pilih salah satu formasi yang diberikan untuk pasukan anda untuk bermain. Ini akan menentukan bentuk pasukan anda dan bagaimana bajet anda dibelanjakan. Anda bebas menetapkan semula pembentukan pasukan yang anda mahu selagi anda mempunyai jumlah pemindahan dan bajet yang cukup untuk proses tersebut.

Panduan dan Tip Memilih Pasukan Liga Super Fantasi. Ketika memilih formasi, permainan secara automatik dikeluarkan daripada pasukan anda sekiranya pemain tersebut mendapat mata terendah dalam mana-mana posisi diberikan. Sebagai contoh, apabila anda menukar dari 4-4-2 kepada formasi 3-5-2, pemain pertahanan anda dengan mata-kurangnya akan secara automatik dikeluarkan daripada pembelaan anda. Anda boleh membuat seberapa banyak perubahan kepada pembentukan anda yang anda mahu - hanya pemilihan pemain akan mengambil kesan apabila pembentukan akhir Disimpan dan

Panduan dan Cara memilih Kapten Pasukan Liga Super Fantasi. Anda akan perlu untuk memilih seorang pemain dari pemain 11 anda di atas padang untuk menjadi 'Kapten' pasukan anda. Pemain ini akan memperolehi mata permainan BERGANDA DUA X2 semasa pemain tersebut masih bermain sebagai Kapten untuk pasukan anda. Jika kapten tidak dipilih, pemain tidak akan menerima mata dua kali!

Anda boleh menukar kapten anda seberapa banyak kali yang anda mahu, tetapi hanya pemain yang dinamakan sebagai kapten pada tarikh akhir pemindahan kapten dari jam 14:00 jam (Kuala Lumpur Masa) setiap hari Selasa akan menerima mata kembar bagi perlawanan yang mengambil tempat dalam 7 hari berikut. Sebarang perubahan seterusnya kepada kapten anda tidak akan mendapat mata melainkan mereka dinamakan sebagai kapten pada tarikh akhir pemindahan kapten seterusnya.

Siri Panduan dan Tip Liga Super Fantasi
Pengenalan Liga Super Fantasi Malaysia
Senarai Mini League Liga Super Fantasi 
Tuesday, February 05, 2013

Senarai Ibu-Ibu Hebat Bernama Siti

Senarai Ibu-Ibu Hebat Bernama Siti. Ibu adalah kata yang paling indah di bibir umat manusia dan Agatha Christie pernah berkata, cinta seorang ibu kepada anaknya tak dapat dibandingkan oleh apapun didunia. Ingatlah wahai seorang anak, tiada hal yang dapat membuatmu sebahagia atau sesedih atau sebangga atau sehina, melainkan seorang ibu, kata Elia Parsons pengarang buku The Mother's Almanac. Disini, Hootoh Blog memperkenalkan Senarai Ibu-ibu Hebat bernama Siti.

Senarai Ibu-Ibu Hebat Bernama Siti

Senarai Ibu-Ibu Hebat Bernama Siti


Siti Maryam ibu Nabi Isa Alaihissalam. Siti Maryam merupakan seorang perempuan yang sangat mulia. Setiap hari yang dilaluinya dihabiskan untuk beribadat kepada Allah. Kesucian beliau terpelihara kerana beliau tidak pernah keluar dari biliknya apatah lagi untuk dilihat dan disentuh oleh mana-mana lelaki. Siti Maryam merupakan wanita soleh dan suci yang Allah pilih menjadi ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam.

Siti Hajar ibu Nabi Ismail. Siti Hajar adalah isteri kedua Nabi Ibrahim. Pada saat ketiadaan air, kehausan dan kelaparan, Siti Hajar berlari-lari 7 kali antara Bukit Safa dan Marwah, hinggalah akhirnya Allah menganugerahkan Air Zam-Zam dari hentakan kaki Nabi Ismail. Tempat itu akhirnya menjadi penempatan kafilah Arab yang akhirnya membangunkan sebuah kota. Hingga kini air Zam-Zam tidak pernah kering dan tempat yang kontang dulunya kini menjadi kunjungan berjuta umat Islam.

Siti Asiah ibu angkat kepada Nabi Musa dan isteri kepada Firaun. Sewaktu ramai anak-anak lelaki bani Israil dibunuh. Beliaulah yang mempertahankan Nabi Musa dari kesombongan Firaun yang mengaku dirinya tuhan. Hanya Asiah, satu-satunya wanita di istana Firaun yang beriman kepada Allah. Akhirnya Asiah dihukum pancung oleh Firaun kerana tidak berganjak pendiriannya beriman kepada Allah dan menolak pujukan Firaun supaya mengaku Firaun sebagai Tuhan.

Siti Aminah ibu Nabi Muhammad SAW. Beliau begitu mementingkan kesejahteraan anaknya, Muhammad dengan memberikan yang terbaik buatnya. Sebagai ibu, Aminah begitu mementingkan cara didikan demi memastikan anaknya memiliki sahsiah terpuji. Aminah bukan cuma ibu seorang Rasul atau Nabi, tetapi juga wanita pengukir sejarah. Kerana risalah yang dibawa Putera Tunggalnya sempurna, benar dan kekal sepanjang zaman. Suatu risalah yang bermaslahat bagi ummat manusia. Berkatalah Ibnu Ishaq tentang Aminah binti Wahb ini. "Pada waktu itu ia merupakan gadis yang termulia nasab dan kedudukannya di kalangan suku Quraisy."

Siti Khadijah seorang ibu dan isteri kepada Rasulullah SAW. Saidatina Khadijah binti Khuwailid ialah wanita pertama beriman kepada Allah dan rasul-Nya. Beliau banyak membantu dan mengukuhkan tekad Nabi Muhammad dalam melaksanakan risalah dakwah Islamiah. Beliau sentiasa berusaha meringankan kepedihan hati dan menghilangkan keletihan serta penderitaan suaminya dalam berdakwah. Rasulullah ketika menceritakan keperibadian Khadijah bersabda, maksudnya; "Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik daripada dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan daripadanyalah aku mendapatkan keturunan."

Siti Aisyah seorang ibu angkat kepada anak-anak yatim yang bapa-bapa mereka syahid di medan perang dan digelar Ummul Mukminin. Beliau juga isteri kepada Rasulullah SAW. Nama penuhnya Aisyah binti Abi Bakar bin Osman, biasa dipanggil Ummu Abdillah, dan digelar Ash-Shiddiqah (wanita yang membenarkan). Dia juga masyhur dengan panggilan Ummul Mukminin, dan Al-Humaira’, kerana warna kulitnya sangat putih. Aisyah adalah isteri yang dicintai oleh Rasulullah, dan yang paling banyak merawikan hadis. Dia merawikan 2210 hadis, 279 di antaranya terdapat di dalam Shahih Bukhari.

Siti Fatimah ibu kepada Al-Hassan dan Al-Husein cucunda Rasulullah SAW. Saidatina Fatimah az-Zahra r.a. adalah puteri bongsu yang mulia Rasulullah S.A.W, Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim. Siti Fatimah puteri kesayangan Nabi s.a.w. mendapat gelaran Assidiqah (wanita terpercaya), Athahirah (wanita suci) al-Mubarakah (yang diberikahi Allah) dan yang paling sering disebutkan adalah Fatimah Azzahra (bunga yang mekar semerbak). Dia juga digelari Al-Batuul, iaitu yang memusatkan perhatiannya pada ibadah atau tiada bandingnya dalam hal keutamaan, ilmu, akhlaq, adab,hasab dan nasab.

Terima kasih ibu untuk semua yang engaku lakukan, Aku tahu terima kasihku tidak seberapa, Aku benar-benar mencintaimu. Ibuku adalah lagu yang tak berhujung dalam kedamaian dan kebahagiaan, walaupun liriknya selalu ku terlupa tetapi nadanya kasihnya dihatiku selamanya. Senarai Ibu-Ibu Hebat Bernama Siti khas untuk ibu-ibu di luar sana.

Sunday, February 03, 2013
Newer Posts Older Posts Home