|
|
|
|
|
Sultan-Sultan Brunei |
|
Sultan Muhammad Shah (TM 1363 -
1402) |
Sultan
Islam Brunei yang pertama (sebelumnya terkenal dengan
nama Awang Alak Betatar). Setelah berkahwin pada TM
1368 dengan Puteri Dayang Pingai iaitu Puteri Johor
atau Temasek (Singapura Tua) Baginda dikenali dengan
nama Sultan Muhammad Shah.
Pada TM 1371, menghantar utusan ke
China. Dalam catatan China Baginda disebut
Ma–ha–mo–sha. Puteri Baginda, Puteri Ratna Dewi
berkahwin dengan adinda kerabat Maharaja China iaitu,
Ong Sum Ping (Pengiran Maharaja Lela). Baginda
lindung pada TM 1402. |
|
Sultan Abdul Majid Hasan (TM 1402
- 1408) |
TM 1402, naik takhta. Tidak pernah
disebut dalam Salasilah Raja-Raja Brunei tetapi
ada dicatatkan dalam riwayat China. TM 1406, menghantar
utusan ke China, orang Cina menyebut baginda Ma-na-je-ka-na.
TM 1408, berangkat ke China dan lindung di sana ketika
berusia 28 tahun, meninggalkan putera bernama Hsia-wang
berusia 4 tahun. |
|
Sultan Ahmad (TM 1408 - 1425) |
Baginda naik takhta pada TM 1408,
sebelum itu terkenal dengan nama Pateh Berbai.
Pengiran Bendahara yang pertama bagi Brunei. Baginda
disebut dengan gelaran Pengiran Bendahara Seri
Maharaja Permaisuara. Berkahwin dengan adinda Ong Sum
Ping (Pengiran Maharaja Lela). Menjadi mertua kepada
Sultan Sharif ‘Ali. Baginda lindung pada tahun TM
1425 dan digantikan oleh menantu Baginda, Sultan
Sharif ‘Ali. |
|
Sultan Sharif Ali (TM 1425 - 1432) |
Sultan Sharif ‘Ali ibnu Sharif ‘Ajlan
naik takhta pada TM 1425 bagi menggantikan mertua
Baginda, Sultan Ahmad yang tidak mempunyai waris
(putera). Baginda dijunjung untuk menjadi Sultan atas
persetujuan pembesar-pembesar negara dan rakyat
Brunei.
Baginda keturunan Arab, berasal dari
Taif. ‘Pedang Si Bongkok’ yang dibawa Baginda bersama
ke Brunei itu membuktikan Baginda pernah menjadi Amir
Makkah iaitu Al–Amir Sharif ‘Ali bin Sharif ‘Ajlan bin
Sharif Rumaithah bin Sharif Muhammad Abu Numaie Al-Awwal,
mempunyai jurai keturunan daripada Nabi Muhammad
Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam melalui cucunda Baginda,
Sayidina Hasan. Memandangkan jasa dan kearifan Baginda
menyebarkan ajaran Islam maka Baginda dijodohkan oleh
Sultan Ahmad dengan puteri Baginda, Puteri Ratna
Kesuma. Baginda
lindung pada TM 1432 dan digantikan
oleh putera Baginda, Pengiran Muda Besar Sulaiman.
|
|
Sultan Sulaiman (TM 1432 - 1485) |
Baginda naik takhta pada TM 1432 dan turun
takhta pada TM 1485.
Baginda
lindung pada TM 1511 dan digantikan oleh putera
Baginda, Pengiran Muda Bolkiah.
|
|
Sultan Bolkiah (TM 1485 - 1524) |
Baginda naik takhta pada TM 1485.
TM 1521, rombongan Ferdinand Magellan
dan Antonio Pigafetta melawat Brunei. Pada zaman
Baginda, pemerintahan Brunei bukan sahaja meliputi
keseluruhan Pulau Borneo seperti Sambas, Tanjungpura,
Kota Waringin, Banjarmasin, Pasir, Kutai, Bolongan dan
lain–lain bahkan Pulau–Pulau Suluk, Palawan, Keramian
hingga Saludang (Luzon) iaitu daerah-daerah yang
sekarang dikenali dengan nama Filipina. Zaman
pemerintahan Baginda ini dikatakan sebagai zaman
keemasan Empayar Brunei. Permaisuri Baginda yang
termasyhur bernama Puteri Laila Menchanai. Baginda
lindung pada TM 1524, dikatakan kerana cucukan jarum
emas yang digunakan oleh Puteri Laila Menchanai semasa
menyulam pada waktu Baginda sedang beradu dipangkuan
permaisuri itu.
Baginda digantikan oleh putera Baginda,
Pengiran Muda Tengah ‘Abdul Kahar. |
|
Sultan Abdul Kahar (TM 1524 - 1530) |
Baginda
naik takhta pada TM 1524. Pada TM 1521, rombongan
Ferdinand Magellan dan Antonio Pigafetta telah melawat
Brunei semasa Baginda menjadi Pemangku Sultan. TM 1526
seorang Portugis bernama George de Menezes datang ke
Brunei bertujuan hendak menjalankan perniagaan di
samping mencari peliringan hendak menakluki Brunei.
Tetapi memandangkan kekuatan Brunei ketika itu padu,
dijangka agak sukar hendak dikalahkan maka maksud
berniaga sahaja yang diteruskan. Sehubungan itu dia
telah berjaya membuat perjanjian persahabatan dan
perdagangan dengan Sultan Brunei. Sejak itulah
Portugis mengimport lada hitam, sagu, ikan, beras,
emas dan barang makanan yang lain dari Brunei ke
Melaka; di samping menggunakan pelabuhan dan perairan,
Brunei menjadi tempat persinggahan dan lalu lintas
perkapalan mereka dari Cochin ke Melaka, dari Melaka
ke Maluku dan sebaliknya. TM 1530, seorang pegawai
Portugis lain bernama Goncalo Pereira telah datang
juga ke Brunei untuk memerhati keadaan Brunei sambil
berniaga tetapi perniagaannya tidak berkembang dan
akhirnya lenyap. Walau bagaimanapun ulama–ulama Islam
masih ramai datang ke Brunei. Baginda turun takhta
pada TM 1530 bergelar Paduka Seri Begawan Sultan
‘Abdul Kahar. Baginda lindung pada TM 1578, dan
digantikan oleh putera kakanda Baginda, Pengiran Anak
Chuchu Besar Saiful Besar. |
|
Sultan Saiful Rizal (TM 1533 -
1581) |
Baginda naik takhta pada TM
1533. Pada TM 1578, Brunei telah diserang oleh
Sepanyol di Manila. Serangan itu termasyhur dengan
sebutan ‘Perang Kastila’ tetapi berjaya diundurkan
oleh Pengiran Bendahara Sakam bersama Orang Kaya
Harimau Padang, 100 orang pahlawan terbilang dan
rakyat yang taat kepada Sultan. Pada tahun ini juga
Masjid Jame’ Brunei dibakar oleh Sepanyol. Baginda
lindung pada TM 1581 dan digantikan oleh putera
Baginda, Pengiran Muda Besar Shah Brunei. |
|
Sultan Shah Brunei (TM 1581 - 1582) |
Baginda naik takhta pada TM
1581. Tidak mempunyai putera. Setelah Baginda lindung,
pada TM 1582, diganti oleh adinda Baginda, Pengiran
Muda Tengah Muhammad Hasan |
|
Sultan Muhammad Hasan (TM 1582
- 1598) |
Baginda
naik takhta pada TM 1582.
Zaman Baginda
diadakan gelaran ‘Pengiran Di-Gadong’ dan ‘Pengiran
Pemancha’. Menitahkan Pehin Orang Kaya Di-Gadong Seri
Lela melanggar Milau (Sarawak). Baginda lindung pada
TM 1598 dan digantikan oleh putera Baginda, Pengiran
Muda Besar ‘Abdul Jalilul ‘Akbar.
|
|
Sultan Abdul Jalilul Akbar (TM
1598 - 1659) |
Baginda naik takhta pada TM
1598. Pada masa menaiki takhta, Baginda dibantu oleh
ayahanda saudara Baginda, Pengiran Di–Gadong Besar
Osman. Pada TM 1599, mengadakan perhubungan dengan
Sepanyol di Manila. TM 1600, Oliver Van Noort, peniaga
Belanda datang ke Brunei. Baginda lindung pada
tahun TM 1659. |
|
Sultan Abdul Jalilul Jabbar (TM
1669 - 1660) |
Baginda
naik takhta pada 1659.
Baginda berputerakan
Pengiran Temenggong, Shamsuddin, Raja Gayoh. Baginda
lindung pada tahun 1660. |
|
Sultan Haji Muhammad
Ali (TM 1660 - 1661) |
Baginda naik takhta pada 1660. Takhta
kerajaan Baginda direbut oleh Pengiran Bendahara
‘Abdul Hakkul Mubin kerana anaknya ditikam oleh
Pengiran Muda Bongsu yang kalah bersabung ayam.
Baginda lindung pada 14 Rabiulawal 1072 bersamaan 6
November 1661. |
|
Sultan Abdul Hakkul Mubin (TM 1661
- 1673) |
Baginda naik takhta pada 1661.
Baginda merebut takhta kerajaan daripada Sultan
Haji Muhammad ‘Ali, kemudian dibela oleh Pengiran Muda
Muhyiddin sehingga terjadi perang saudara selama 12
tahun. Baginda lindung pada tahun 1673. |
|
Sultan Muhyiddin (TM 1673 - 1690) |
Baginda naik takhta pada tahun
1673. Mengambil alih takhta kerajaan daripada Sultan
‘Abdul Hakkul Mubin. Tahun 1685, berjaya mengatasi
tipu helah angkatan Sepanyol yang berpura-pura datang
melawat Brunei. Zaman Baginda, Datu Dakula datang ke
Brunei untuk membela ayahandanya tetapi dapat
diselesaikan oleh kekandanya, Pengiran Bendahara
Pengiran Muda Amir ibni Sultan ‘Abdul Hakkul Mubin.
Baginda lindung pada tahun 1690. |
|
Sultan Nasruddin (TM 1690 - 1710) |
Baginda
naik takhta pada tahun 1690. Pada masa zaman
Baginda, Dato Godam datang ke Brunei. Baginda lindung
pada tahun 1710. |
|
Sultan Husin Kamaluddin (TM 1710
- 1730) (TM 1737 - 1740) |
Baginda
naik takhta pada tahun 1710. Dua kali naik takhta
dan akhirnya bersemayam di Luba. Pada masa zaman
Baginda, negara makmur dan rezeki mudah diperolehi.
Pernah mengeluarkan mata wang disebut ‘pitis’.
Baginda lindung pada tahun 1770. |
|
Sultan Muhammad Alauddin (TM 1730
- 1737) |
Baginda
naik takhta pada tahun 1730.
Pernah mengeluarkan
mata wang disebut ‘pitis’. Baginda lindung pada tahun
1737. |
|
Sultan Omar Ali Saifuddien I (TM
1740-1795) |
Baginda naik takhta pada tahun
1740. Pada tahun 1775, menitahkan Pengiran
Temenggong Pengiran Ampa mengeluari angkatan Suluk
yang diketuai oleh Datu Teting yang hendak melanggar
Brunei dan berjaya mengalahkannya.
Baginda
lindung pada tahun 1795. |
|
Sultan Muhammad Tajuddin (TM 1795-1804)
(TM 1804-1807) |
Baginda naik takhta pada tahun
1795. Dua kali naik takhta. Sultan Brunei yang pernah
menghantar utusan ke China untuk memasarkan
barang–barang Brunei di sana.
Pernah
menghantar utusan untuk berbaik-baik dengan Sepanyol
di Manila. Baginda lindung pada tahun 1807. |
|
Sultan Muhammad Jamalul Alam I (TM
1804) |
Baginda
naik takhta pada 26 April 1804. Berada di
atas takhta selama kira–kira 7 bulan sahaja sebelum
Baginda lindung pada 19 November 1804. |
|
Sultan Muhammad Kanzul
`Alam (TM 1807-1826) |
Baginda
naik takhta pada tahun 1807.
Pada
tahun 1821, mengeluarkan dan menurunkan wang ‘pitis’
ke padian. Tahun 1809, angkatan dari Inggeris yang
diketuai oleh ‘Si Merah’ datang ke Brunei membawa
kuyuk (anjing) besar dan garang untuk dilawan oleh
orang Brunei dan dapat dikalahkan oleh Pengiran
Muhammad Daud; kerana kejayaannya ia diarak menjadi
‘Pengiran Pemancha’.
Dia juga berjaya menangkap harimau
hadiah Sultan Terengganu yang terlepas daripada
kandangnya. Pada tahun 1823, utusan Kerajaan Belanda
datang ke Brunei. Pada masa zaman Baginda, Pengiran
Muhammad Salleh diangkat menjadi Pengiran Indera
Mahkota dan dititahkan memerintah Sarawak. Baginda
turun takhta pada tahun 1826. |
|
Sultan Muhammad Alam (TM 1826-1828) |
Baginda
naik takhta pada tahun 1826 iaitu semasa hayat
ayahanda Baginda. |
|
Sultan
Omar Ali Saifuddin II (TM 1828-1852)
Baginda naik takhta pada tahun 1828.
Pada tahun 1839, James Brooke datang ke Sarawak.
Tahun 1842, James Brooke dilantik menjadi Rajah
Sarawak. Tahun 1845, Baginda menyerahkan Pulau Labuan
kepada Inggeris. Tahun 1846 angkatan yang diketuai
oleh James Brooke menyerang Brunei. Tahun 1847,
menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Perdagangan
dengan Inggeris. Baginda lindung pada tahun 1852.
|
|
Sultan
Abdul Momin (TM 1852-1885)
Baginda naik takhta pada tahun 1852.
Tidak mempunyai zuriat. Pada tahun 1853,
membuat perjanjian dengan James Brooke mengenai
hak-hak kekuasaan kedua–dua belah pihak. Pada tahun
1856, membuat perjanjian dengan Inggeris mengenai
perbicaraan rakyat Inggeris yang melakukan kesalahan
jenayah dan pertelingkahan di Brunei. Pada tahun 1858,
Pengiran Shahbandar Pengiran Muhammad Salleh terbunuh
setelah dilemaskan oleh pengkhianat yang memusuhinya.
Pada tahun 1877, membuat perjanjian dengan Gustavus
Baron de Overback dan Alfred Dent mengenai pemajakan
ke atas wilayah–wilayah Brunei di Sabah. Baginda
lindung pada tahun 1885 ketika berusia lebih 100
tahun. |
|
Sultan
Hashim Jalilul Alam Aqamaddin (TM 1885-1906)
Baginda naik takhta pada tahun 1885.
Pada tahun 1887, membuat permohonan bertulis kepada
Kerajaan Baginda Queen untuk mengadakan Residen
British di Limbang tetapi tidak dipersetujui oleh
pihak Kerajaan Baginda Queen kerana masalah kewangan.
Pada tahun 1888, membuat perjanjian dengan Inggeris
dengan meletakkan pengawalan hubungan luar negeri
Brunei di bawah pentadbiran Inggeris. Baginda lindung
pada tahun 1906 |
|
Sultan
Muhammad Jamalul Alam II (TM 1906-1924)
Baginda naik takhta pada tahun 1906,
ketika berusia 17 tahun. Pada tahun 1906, penubuhan
Pasukan Polis Brunei; Brunei mempunyai Bendera
Kebangsaannya sendiri. Pada tahun 1911, Sekolah Melayu
mula didirikan. Pada tahun 1922, rancangan pembangunan
mula giat dijalankan. Pada masa zaman Baginda
kerja–kerja cari gali minyak giat diusahakan. Pada
tahun 1922 berpindah dari Istana Kampong Ayer ke
Istana Majlis. Baginda lindung pada tahun 1924. |
|
Sultan
Ahmad Tajuddin (TM 1924-1950)
Baginda naik takhta pada tahun 1924
Dalam usia 11 tahun. Pada tahun 1927, merasmikan
pembukaan jalan raya Brunei–Tutong. Pada tahun 1929,
merasmikan pembukaan Rumah Sakit Bandar Brunei. Tahun
yang sama minyak mula ditemui di Seria. Pada tahun
1932, berangkat melawat England dan Eropah. Pada
tahun 1941, Jepun menduduki Brunei. Pada tahun 1945,
Tentera Bersekutu mendarat di Brunei. Manakala pada
tahun 1946, Lagu Kebangsaan Brunei mula digubah oleh
Awang Besar Sagap dan senikatanya oleh Yura Halim.
Pada tahun 1946, mengambil alih kuasa
memerintah daripada British Military Administration
(BMA). Tahun 1949, menyambut Jubli Perak 25 tahun
pemerintahan. Baginda lindung pada tahun 1950. |
|
Sultan
Omar 'Ali Saifuddien III (TM 1950-1967)
Tahun 1947, diarak menjadi Pengiran
Bendahara. Tahun 1950, naik takhta. Tahun 1951,
menunaikan Fardhu Haji kali pertama.
Tahun 1951, mencadangkan rancangan
perpindahan bagi penduduk Kampong Ayer ke tanah darat;
Lagu Kebangsaan Brunei ‘Allah Peliharakan Sultan’
diakui secara rasmi. Tahun 1953, mengemukakan cadangan
bagi Perlembagaan Bertulis Negeri Brunei. Tahun 1953,
mula menubuhkan Sekolah Inggeris; mula membina Masjid
Besar di Bandar Brunei yang siap dalam Tahun 1958,
dinamakan Masjid Omar ‘Ali Saifuddien. Tahun 1953,
menerima Bintang Kebesaran daripada Duli Yang Maha
Mulia Queen Elizabeth II yang membawa gelaran ‘Sir’.
Tahun 1955, membuat Rancangan Kemajuan Negara Lima
Tahun pertama. Tahun 1957, Radio Brunei memulakan
penyiarannya. Tahun 1959, Syarikat Minyak Shell Brunei
Sendirian Berhad memulakan pengorekkan minyak di luar
pantai; menandatangani dan memasyhurkan Perlembagaan
Bertulis Negeri Brunei di Lapau, Bandar Brunei. Tahun
1961, menubuhkan Pasukan Askar Melayu Brunei yang
kemudiannya dikenali sebagai Angkatan Bersenjata
Diraja Brunei; cadangan penubuhan Persekutuan Tanah
Melayu (Malaysia). Tahun 1962, menunaikan Fardhu Haji
kali kedua; pemberontakan meletus di Brunei. Tahun
1963, memutuskan Brunei untuk tidak bergabung dalam
Malaysia. Tahun 1967, Brunei mengeluarkan mata wang
sendiri. Lebih 33 kali berangkat ke luar negeri antara
Tahun 1951 – 1967, Tahun 1967, menurunkan diri dari
takhta kerajaan, bergelar Paduka Seri Begawan Sultan
Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien.
Baginda lindung pada tahun 1986. |
|
Sultan
Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah (1967-Sekarang) |
1946 |
– |
15 Julai, diputerakan
di Istana Darussalam, Bandar Brunei (Bandar
Seri Begawan). |
1955 |
|
Menuntut di Sekolah
Melayu Sultan Muhammad Jamalul Alam, Bandar
Brunei. |
1959 |
|
Menuntut di Sekolah
Jalan Gurney, Kuala Lumpur sehingga tahun 1961. |
1961 |
|
Melanjutkan pelajaran
di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Menyertai
Pasukan Kadet Victoria Institution sehingga
tahun 1963. |
|
|
14 Ogos, dimasyhurkan
menjadi 'Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli
Pengiran Muda Mahkota'.
|
1964 |
|
Meneruskan pelajaran
di Maktab Sultan Omar 'Ali Saifuddien (SOAS),
Bandar Brunei. |
1965 |
|
29 Julai, melansungkan
perkahwinan dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Bagidna Raja Isteri Pengiran Anak
Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha
Pengiran Anak Haji Mohamed Alam. |
1966 |
|
4 Januari, memasuki
Akademi Tentera Diraja Sandhust, United Kingdom
sebagai Pegawai Kadet. Ditauliahkan pangkat
Kapten dalam Pasukan Goldstream Guards. |
1967 |
|
5 Oktober, ditabalkan
menjadi Sultan Brunei Ke-29. |
1968 |
|
1 Ogos, dipuspakan
dalam satu adat istiadat yang gilang- gemilang
di Lapau, Bandar Brunei. |
1971 |
|
23 Novemeber,
menandatangani Pindaan Perjanjian 1959 dengan
United Kingdom. |
1979 |
|
7 Januari, menandatangani
Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama dengan
United Kingdom. |
1981 |
|
28 Oktober, melangsungkan
perkahwinan dengan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran
Isteri Hajjah Mariam binti Haji Abdul Aziz. |
1984 |
|
1 Januari, mengisytiharkan
Permasyhuran Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam,
NBD. |
|
|
16 Januari, berangkat
ke Casablanca, Maghribi menghadiri Sidang Kemuncak
Persidangan Negara- Negara Islam (OIC). |
|
|
21 September,
berangkat ke New York menghadiri Majlis Perhimpunan
Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Ke-39. |
1986 |
|
20 Oktober, mengisytiharkan
penyusunan semula Menteri-Menteri Kabinet. |
1987 |
|
18 Januari, berangkat
ke Tanah Suci Makkah Al- Mukarramah untuk menunaikan
Farhdu Haji bagi kali pertama. |
1988 |
|
30 November,
mengisytiharkan rombakan dan penyusunan Menteri-Menteri
Kabinet, berhasrat untuk memperkemaskan dan
melicinkan pentadbiran Kerajaan. |
1989 |
|
21 September,
menerima anugerah 'Ijazah Kehormat Doktor Persuratan'
daripada Universiti Brunei Darussalam (UBD). |
1992 |
|
15 Februari,
menerima anugerah 'Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang'
daripada Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur. |
|
|
5 Oktober, menyambut
Jubli Perak, genap 25 tahun di atas takhta Kerajaan. |
|
|
5 November, menerima
anugerah 'Degree of Doctor of Civil Law by Diploma'
daripada Universiti Oxford, United Kingdom. |
2000 |
|
30 Jun, menerima
anugerah 'Award of the President's Gold Medal'
dari City's Royal College of Surgeons, Scotland,
United Kingdom. |
|
|
10-16 November,
mempengerusikan Sidang Kemuncak Ketua-Ketua
Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2000 Brunei Darussalam. |
2001 |
|
11 Julai, menerima
anugerah 'Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang'
dari Universiti Queensland, Australia. |
|
|
2 Oktober, menerima
aungerah 'Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam
Sains Politik' daripada Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM), Selangor, Malaysia. |
|
|
20 Oktober, menerima
anugerah 'Honorary Doctorate Degree in International
Relations' daripada the Beijing Foreign Studies
University, Republik Rakyat China. |
2004 |
|
Majlis
Mesyuarat Negeri diwujudkan
kembali
dengan nama Majlis Mesyuarat Negara |
2005 |
|
Merasmikan
Persidangan Kebangsaan mengenai Masyarakat
Bermaklumat (NASIS) |
|
|
Mengisytiharkan
rombakan Ahli Majlis Menteri-Menteri Kabinet;
memperkenankan jawatan Menteri iaitu Menteri
Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Tenaga
di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Kewangan II
dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II |
|
|
Merasmikan
Konvensyen Pendidikan dan Profesionalisme,
Majlis Ilmu 2005 |
2006 |
|
Merasmikan Penukaran
Kepala Panji–Panji Pasukan Polis Diraja Brunei |
|
|
merasmikan
Majlis Mesyuarat Negara |
2007 |
- |
Pengistyiharaan penubuhan
Universiti Islam Sultan Sharif Ali |
2008 |
- |
Merasmikan Sesi Ke-4 Majlis
Mesyuarat Negara di bangunan Baru Dewan Majlis
|
|
|
|
|