LATAR BELAKANG HOSPITAL MIRI

Hospital Miri adalah hospital sekunder yang memberikan perkhidmatan di Zon Utara Negeri Sarawak. Perkhidmatan yang diberikan adalah dari segi perawatan pesakit kepada masyarakat di Bahagian Miri. Hospital Miri terletak di Jalan Cahaya iaitu 2.5. km dari pusat Bandar Miri dan berkeluasan 87.11 ekar.

Hospital Miri telah mula beroperasi pada 06 Mei 1995, dirasmikan pembukaannya oleh YAB Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Pehin Datuk Patinggi (Dr) Hj. Abdul Taib Bin Mahmud pada 30 Ogos 1996. Hospital Miri mempunyai 339 buah katil dan menyediakan beberapa perkhidmatan kepakaran seperti Perubatan, Pembedahan, Mata, Ortopedik, Perbidanan dan Sakit Puan, Radiologi, Anestiologi, dan Kanak-Kanak. Bidang utama perkhidmatan Hospital Miri adalah Pesakit Dalam, Pesakit Luar, Perawatan Pra-Hospital.


Emel 1GovUC



SILA KLIK IKON DI ATAS UNTUK LOG MASUK EMEL 1GOVUC

Statistik Pengunjung

0.png4.png2.png0.png2.png5.png
Hari ini186
Semalam240
Minggu ini1204
Bulan ini3597
Jumlah42025

Siapa Dalam Talian

Kami mempunyai 7 Para tetamu dan tiada rakan dalam talian

Peta Lokasi

 

Kemaskini

  • Tarikh dikemaskini: Isnin 13 April 2015.
Page Loading Speed 0.33 Seconds